Tuesday, November 30, 2010

~MYAUTHENTICZONE OPENING GIVEAWAY~

aku telah ditag oleh kak aima.
dateline: 25 dec 2010
hadiah : mana² item dari Victoria's Secret Secret Garden Collections body mist/ body lotion/EDT yg bernilai lebih RM50. seperti dalam gambar dibawah nih. :)

syarat2 yg sungguh mudah:
  1. Follow blog - myauthenticzone.blogshop.com
  2. Create satu post untuk giveaway ni
  3. Link semula contest to this post.
  4. Tepek banner kat bawah di sidebar.
  5. Komen sikit pasal blogshop ni.. ok ke tak..apa perlu tambah ke..ape yg korang nak di bawak masuk ke.. ape² la.. ^^ [[ since ni giveaway..tiada special markah akan diberi.. cuma cadangan/komen yg memberansangkan supaya blogshop ni dapat dikembangkan sangatlah dihargai]]
  6. Tinggalkan link entry korang kat sini so that saya leh buat terjahan yer!
  7. Ajak kengkawan lain masuk by tagging dorang ke apa ke amatlah digalakkan :P

ok, yg atas tuh da buat.
so, kena komen kan.
here i go.

as for me, the blog is marvellous!
loading cepat.
sebagai pengguna, xda la saket hati bila tunggu satu blogshop tuh loading lambat sangat sebab disertakan dengan terlalu banyak benda mahu diletak dalam satu page.
membuat link untuk melihat item, cara membuat bayaran dan etc adalah satu cara paling senang bagi pelanggan.
:)

kesimpulannya, blogshop nih memang da cantek pon.
dan if termalas untuk bukak blogshop nih, korang yg kaki fB tuh boleh jenguk mereka di facebook mereka di sini .
>>> Blogshop CheChe Lyn dan Rosie Posie<<<

as for the tagging issue, aku xdapat mao tag sesiapa.
rasanya seperti sudah kehilangan pembaca tegar yg akan buat tag nih.
oh, sedih!

sekian.

diam!

.:END:.

~harap2 luck ada!~

Monday, November 29, 2010

~Rapunzel~

aku mmg mo story pasal gadis berambut panjang yg tinggal di dalam hutan.
heh.

make it short.
aku tengok mOvie nih dkt GSC Suria Sabah dengan tiket berharga RM6.
aku xtengok 3D.
dan aku guna kad student supaya lebih murah.
tidak cukup bajet.
:p

kami tengok cerita Rapunzel bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
haha.

Movie nih simple.
Sama ja macam fairy tale yg slalo kita dgr tuh.
Rapunzel diculik oleh org tua jahat.
disembunyikan di dalam hutan.
bukan putera raja yg selamatkan dia.
pencuri yg paling dikehendaki dalam negara yg selamatkan dia dari perempuan tua yg mahu kelihatan sentiasa cantek.

banyak part yg sangat lucu di dalam mOvie nih.
Part Pascal (sesumpah Rapunzel) yg pandai merajuk n etc.
Part Maximus (kuda diraja) yg bermusuh dengan Eugene (Pencuri).
Part penjenayah muka kejam boleh jadi hati lembut.
oh, dem!

sila tengok mOvie nih.
recommended lah!
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~oh, please!~

Sunday, November 28, 2010

~Ngangkung~

ini adalah tajuk filem Shaheizy Sam.

aku tengok di Growball cinemax gara2 pokai.
harga tiket untuk sesiapa yg menunjukkan kad matrik/student adalah RM5.
hall cinema boleh tahan.
tapi, tandas jauh ya kawan2.
:)

mula2, aku sangat tidak faham maksud benda nih.
aku buat assumption Ngangkung bermaksud judi.
dan itu salah.
aku gugel kejap tadi, maksud nya pemujaan dengan mencangkung.

introduction movie ini adalah ngangkung oleh Azad Jazmin dan Angah bersama seorang bomoh di telaga.
mula2, menakutkan.
lama2 buhsan part ini.

dipendekkan cerita, Azim (Shaheizy Sam) mempunyai isteri yg suka membebel tentang kesusahan hidup.
langkah pendek yg diambil Azim, mintak nombor ekor dari bomoh.
then, dapat nombor, menang dan beli semua benda bagi menebus kemiskinan mereka.

ending, mereka bertiga insaf.
Shaheizy Sam insaf akibat berkasar dengan anaknya.
Azad Jazmin insaf akibat bayi dalam kandungan isterinya hilang.
Angah insaf akibat dibelasah Along dan isterinya mengandung.

nasib baek aku xtgk the making of.
jadi, boleh enjoy story ini.

part2 yg beh adalah seperti, angah buang air kat semak.
dia minta permission dari 'penunggu' di tempat itu.
hantu tuh sahut, bila masa aku kawen dgn atuk ko.

banyak lagi kot part lucu.
tapi aku xdpt mo ingat.

permulaan cerita bagus.
pertengahan dan klimaks tercapai.
tapi, ending aku macam xbley terima.
pelik sikit time keinsafan tuh dikemukakan.
:)

panjang da aku tulis kan.
sila tonton if anda mahu.

sekian.

diam!

.:END:.

~insomnia lagi?~

Saturday, November 27, 2010

~Likas Highway Corner Part #2~

dulu aku pernah story pasal restoran ini.
>>>sini<<<

ada lah improvement sikit2.
nasi da xrasa masin sangat.
air tetap jugak kurang manis.
layanan pon ada improvement.
:)

aku makan nasi goreng paprik ayam.
bu ijah makan nasi goreng kampung + baby kailan.
intan makan nasi putih + isi ikan masak sweet n sour.
ummy makan wantan ho.

kami minum ice lemon tea, neslo tarik dan milo kot?
total kerugian malam itu, rm 40.40.
peniaga itu bagi diskaun 40sen ja.
kan bagos if diskaun 40hengget tros.
haha~

aku boleh syorkan korang makan sini.
tapi, jangan harap lebih2 ok.
average lah tempat nih.





sekian.

diam!

.:END:.

~oh, field work!~

Friday, November 26, 2010

~GIve AwaY...SaPA NaK BaJu?????~


dateline: 100ppl join @ 30 nov 10
hadiah : baju seperti gambar di atas.

syarat:
1)jadi follower kedua blog empunya GA.
2) copy banner ke dalam entri dan sidebar with backlink.
3) link entri anda ke entri ini.

all done!

wish me luck!
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~oh, si gila contest sdh muncul!~

~3RD CONTEST : BELANJA SAYA MC DONALD'S~

disebabkan aku suka gila kat mcD, aku jOin contest nih.
nyum2!



dateline : 30 nov 2010
hadiah : RM 20. :)


syarat :
1) follow blog ini.
2) post pic kat atas tuh.
3) komen kat entri ini.

all done.
mudah kan.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku gila mcD~

~1 ST GIVEAWAY-The Chronicles Of Yaya~

demam GA melanda.
okeh, ini GA dari empunya blog ini.
marilah kita join si kaki wayang.
haha.



dateline : 1 dec 2010 (12am)
hadiah : 2 Voucher tiket wayang The Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Trader


syarat2:
  • Jadi follower saya
  • Letakkan blog saya di list blog anda
  • Buat satu entri pasal giveaway ni (hanya letakkan banner dan copy paste je ayat yang saya buat ni sebijik2)
  • Tinggalkan komen di entry itu.
ok, done!
ada naseb baek, boleh menang lah kan?
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku rajen hapdate!

~Giveaways selipar jepun pink~

sumpah GA ini sangat best!
boleh menang pulshies dan i love it.

sangat mahukan plushies.
tapi, teda siapa mo bagi.
so, aku join GA nih dengan harapan menang.
:p

dateline : 10 december 2010
hadiah : 3 plushies mengikut kategori (3 kategori -ibu2, student, bekerja)

syarat2:
1) jadi follower blog itu.
2) tinggalkan nama dan linkblog serta komen secara best.
3) letak pics kiszydolls dan terangkan abt GA itu.
4) sila mention kategori mana korg join.



aku mestilah jOin GA ini bagi kategori no 2.
aku masih study dan tidak bekerja juga tidak mempunyai anak.
:)

Kak AIMA, join lah GA nih.
best!
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~update2~

~Little Finger Personal Giveaway Calendar 2010~

aku telah ditag oleh kak aima untuk giveaway ini.

dateline : 24 december 2010
hadiah : 10 X simple personal calendar dgn photo sendiri + birthdate penting

syarat2:
1) kena jadi follower kedua2 blog empunya GA.
2) if mau letak empunya GA dalam bloglist lagi bagos. haha
3) letaklah banner empunya GA kat entri dan sidebar with backlink.
4) upload 2 pictures yg kamu rasa paling best utk diletakkan dalam calendar + date istimewa.
5) lagi best if korg dapat tag kawan2 utk meramaikan GA itu.
:)

pictures yg aku pertaruhkan:

alya.aysha.mya


tarikh penting dalam hidup aku, banyak sgt, tapi mo list down jgk
haha.

6 May : Im getting older every year! my birthday!
12 May : Mya's birthday
23 June : Aysha's birthday
23 Dec: Alya's birthday

cukup kot 4, xmo letak banyak2, nanti jadi tamak.

i tag cik farhana.

ok, done!

:)

sekian.

diam!

.:END:.

~misi join GA on!~

~Seminar!~

bukan mahu cerita pasal seminar yg membuhsankan tuh.
just mahu share group photo kitorang.

seminar itu sumpah buhsan!
aku harap xkan pegi seminar macam itu lagi.
ish.

gambar nih adalah budak2 lab atas.
ptc.
labmate yg ganti sikin adalah org yg disebelah aku.
lelaki itu.

kak ain.kak ainil.kak lina.nor.me.fauze.bong.

malas merepek.

sekian.

diam!

.:END:.

~lampu itu cantek!~

Thursday, November 25, 2010

~Cinta Hatiku~

bukan mahu bercerita tentang boyfee kesayangan.
*adakah orang itu? haha*

tapi, aku mo story pasal 3 dara pingitan kesayangan kami.
aLya.mya.aysha.

aLya = 4 tahun.
mya = 6 buLan.
aysha = 2tahun.

aLya, cucu sulung yang sentiasa mahu menjadi no 1.
banyak berceloteh.
telah memasuki Tadika Sunshine Tuaran.
kununnya seorang yg pemalu di kelas.
erh.

asyha, cucu kedua yg sangat cOoL.
mendapat nO 2 kerana kakaknya sentiasa no 1.
berbakat untuk menjadi seorang Raja Lawak dan pelakon.
petah berkata2 walaupun hanya 2tahun.
heh.

mya, cucu ketiga yg gundut dan menjadi no 3.
suka tersenyum dan pandai pose depan camera.
terlalu cergas untuk melompat2 jika dipegang.
suka bermain dengan walker kesayangan.
:)

tengok muka mereka.
aku sayang mereka.

ayat aLya = aunty amOi teda kawan lelaki.
dan aunty amOi jawab, nanti if ada, teda orang mau bawak kakak pg 1B.
dia diam dan setuju untuk aku tidak berboyfee.
mungkin untuk kesenangan sendiri.
mahu ke 1B tiap2 minggu.
haha.

cukup la merepek.



sekian.

diam!

.:END:.

~hidup ceria walaupun kamu tiada~

Wednesday, November 24, 2010

~Borneo Tribes Kafe~

ini adalah nama kafe yg terletak di U-Playground+U-Bowl.

just mahu share makanan yg aku terfikir mahu beli di sini.
oleh kerana kami bermain bowling dan aku terasa lapar, aku mengambil keputusan untuk membeli makanan di situ.

bukan heavy food lah.
just mau isi perut.
erm, aku minta Triple Combo.
consist of sedikit french fries, 3biji bebola ketam@ikan (xigt), dan 4 ketul jejari ayam.

Mengikut List Harga di meja Bowling tuh, Rm6.
Mengikut List Harga di Kaunter itu, RM6.50.
Dan mengikut Harga yg disebut oleh Cashier itu, RM6.90.

ini sudah lebih, ada charge 5% tuk gvmnt tax kah?
malas mau kecoh2 sebab aku risau food tuh kena goreng dgn salutan ludah org yg sakit hati.
jadi, anggap ja Rm0.90 tuh jatuh dekat longkang.

mesti ada mulut2 yg ckp, duit xsmpy seringgit pon mau kecoh.
if korg, kumpul2, rm1 dpt gak jd duit merah kan.
if dia letak dlm mesin cashier tuh xkesah.
if masuk poket sendiri?
erh.




sekian.

diam!

.:END:.

~apa2 lah~


Tuesday, November 23, 2010

~Unstoppable~

oh, ini bukan pasal MLM yg membencikan itu ok.
ini adalah tajuk muvie yg aku tonton hari ahad yg lalu.

erm, ini kisah pasal tren kereta api yg kununnya tidak dapat diberhentikan.
sinopsis korg bley baca sini.
Unstoppable.

memang banyak adegan menarik dan mengejutkan.
oleh itu, jika anda ada saket jantung, sila bawak meds dlm cinema.
kidding.

tapi, part yg mau turunkan Ryan Scott ke ats Train 777 tuh mmg menakutkan lah.
mungkin dia boleh tergilis if slh point uk jatuh.
tapi, pada akhir cerita dia patah leher dan dapat diselamatkan.

train yg kunun2 nya tidak dapat diberhentikan dapat diselamatkan tanpa sebarang penggelinciran berlaku dan kemalangan yg teruk dapat dielakkan.
Will Colson pula dapat berbaik semula denga isterinya.
manakala, Frank pula dapat GF baru iaitu Connie.
pandai2 ja buat cerita nih.

apa2 pon, aku recommend jugak lah korang tengok muvie nih.

sila tengok di Sabah ok.
harga tiket wayang sangat murah.
oh, sangat gembira!
RM5 ja.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~alya xsesuai bawak masuk cinema~

Monday, November 22, 2010

~McD Api-Api Centre~

McDonalds di situ telah kembali beroperasi seperti biasa.

sumpah cantek oh after renovation.

aku blom berkesempatan masuk ke situ.

nanti aku capture pic n bagi korg tgk k.

sekian.

diam!

.:END:.

~puasa McD hampir 3minggu~

~Hadiah cabutan bertuah Manjakusayang~

saya menang!
dekat cabutan bertuah ini.
:)

website yg baek hati bagi aku menang adalah ini.
Manjakusayang

memula, aku ingat da xda luck mo menang mana2 contest.
tengok2 ini melekat.
lambat gak la aku claim hadiah.
sebab hari tuh kritikal xdapat on9.
naseb baek tuan rumah bagitau aku menang.
i lebiu lah!
:)

thank banyak2 sebab bagi aku menang.
terharu sangat!

ini hadiah tuh.
pouch tuh anak buah aku da amek.
gelang adek aku rampas kot.
brooch aku punya lah.
haha.


sekian.

diam!

.:END:.

~apa-apalah~

Sunday, November 21, 2010

~Harry Potter and the Deathly Hollows Part 1~

aku menonton muvie ini bersama2 adek2 kesayangan.
untuk makluman semua, adek2 aku sedang bercuti semester.
oleh itu, segala aktiviti dilakukan bersama adek2 lah.
:)

kami tengok muvie nih di Growball cinema, CP.
harga tiket untuk seseorang yg menunjukkan kad student adalah RM5.
naseb baek masih student, ada juga benefit nya.
haha.

ok, back to the story.
banyak sgt review aku baca dan dengar.
ada orang cakap beh.
ada orang cakap tidak seperti yg diharapkan.
bagi aku, ok lah.
boleh heart attack kot tengok muvie nih.
:)

just ada few part yg terasa sangat buhsan lah.
ada part yg memang beh.
part seksa2 Hermione dan berbunuhan sesama serta bergaduh sesama Death n ahli sihir.
part yg meloyakan adalah time Harry n kawan2 masuk kementerian sihir menggunakan mangkuk tandas.
oh, yucks!

untuk keseluruhan cerita, sila tengok sendiri.
ini aku recommend berbanding Skyline.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~kaki muvie come back!~

Friday, November 19, 2010

~Skyline~

aku bukan mo story pasal kereta skyline tuh.
nih tajuk mOvie yg aku tengok kt 1b pada malam tadi dengan tiket beharga RM8.
Skyline hampeh!

tidak siuk lah.

cerita pasal makhluk asing kot yg menyerang bumi dengan menggunakan cahaya.
ia peka cahaya.
ia menarik manusia dan mengambil otak manusia.
dalam movie nih, aku ingatkan Terry adalah hero.
jangkaan meleset.
hero adalah Jarrod dan heroin adalah Elaine.

dipendekkan cerita, Terry adalah kawan Jarrod yg mempunyai kekasih bernama Candice dan skandal bernama Denise.
Jarrod melawat tempat Terry.
Percutian menjadi teruk kerana diserang makhluk asing yg makan otak manusia.

dipendekkan lagi, Jarrod dan Elaine tetap ditangkap oleh makhluk2 itu.
dan Jarrod telah transform menjadi mereka dan menyelamatkan Elaine dan janin itu dari dibunuh.
lastly, movie ini akan ada sambungan.
sebab cerita tadi tergantung.

mau tahu lebih detail, tengok sendiri.
tapi, aku xsarankan korang tengok lah.
menghabiskan duit ja.

aku tengok benda nih sebab Harry Potter full house.

sekian.

diam!

.:END:.

~i suka u~

Thursday, November 18, 2010

~selamat hari raya aidiladha~

tidak terlambat untuk ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua rakan2 blogger.
:)

raya kali ini aku bekerja part time di bubble penguinz.
bukan sebab aku malas mo sambut raya.
tapi, ketiadaan kedua nenek aku yg pergi menunaikan haji membuatkan semangat raya hilang.

oleh itu, aku tiada apa mo share pasal raya.
just mya sudah 6bulan.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku malas!~

Sunday, November 14, 2010

~Oh dem!~

Kawan ketawa senang dicari, Kawan menangis sukar sekali.

renung2kan.
dan selamat beramal.

:)

sekian.

diam!

.:END:.

oh, apa mo jadi nih!~

Friday, November 12, 2010

~Sim Sim~

bukan permainan the sim ya kawan2.
nama tempat makan.
Sim Sim.

terletak dekat batu ntah hapa.
tapi, yang aku ingat, sila ikot signboard ke Jalan Buli Sim Sim.
gerenti korang jumpa tempat makan nih.

dan di sini bukan restoran berhawa dingin.
ini ala2 pasar beraircondkan udara.
haha.
*merepek*

back to the story, Sim Sim if orang sJung cakap, medan ikan bakar kot.
sangat lah banyak seafood di sini.
bermacam2 pilihan.
udang, sotong, ikan.

harga pon berpatutan lah.
makan2 hari tuh, 6orang baru 60 hengget.
ikan bermacam2 jenis.
ikan bahulu, ikan putih, udang, sotong, dan macam2 lagi.
bukan udang kontot yg slalo kat pasaraya tuh.
dan bukan udang kecil2 macam kat pasar tesco tuh.
yg big size punya nih.
*riak*

dengan ini, aku mengesyorkan korg singgah sini if ada masa.
semuanya fresh2 belaka.

dan untuk gambar, nanti share ah.
camera like always, at my room.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku lah orang yg malas itu~

Thursday, November 11, 2010

~Anjung Rasa~

nama sebuah restoran ya.
bukan mo rasa2 anjung yg ada.
apa aku merepek.
cesh.

terletak di Taman Puterajaya, Telipok.
nama pemes tempat tuh PJ.
semua orang tau lah.
restoran ini di corner dan boleh nampak dari jalan.

aku pergi ke sini dengan mak cik.
selepas balik dari Sandakan.
waktu pada masa itu ialah 1115pm.

aku order nasi goreng paprik ayam.
bu ijah nasi goreng kampung.
bu ros nasi goreng pattaya.

kami takeaway sebab da lewat malam.
aku takut drive lewat2.
*tipu!*
aku takut hantu.
haha.

harga?
tidak dapat dipastikan.
sebab aku tiada di kaunter.
mungkin harga nasi tuh sepinggan, RM5++.

kualiti makanan?
hancur!
mungkin tukang masak tuh ngantuk kot.
tiada kesedapan langsung.
aku rasa bersalah sebab xhabiskan food tuh wpn tgh lapar.
nmpk sgt xsedap kan.
haih.

kesimpulannya, kali terakhir aku makan situ dan aku xkan promote dengan orang.

sekian.

diam!

.:END:.

~tolong masak sedap2!~


Wednesday, November 10, 2010

~Be Part of ChurpChurp Today!~


marilah kita meramaikan benda ini.
Churp Churp.

aku pon baru jOin.
ini adalah kerana kecomelan burung kecil bewarna biru itu.

cara mahu join?
sangat mudah!
klik link ini , Churp Churp
dan sign up as a churper!

ikot segala step, dan selesai!
:)

dan if korang xjoin, aku nanes nanti.
haha.
kidding lah!
terpulang pada korang.
but, lagi ramai, lagi meriah kan?
:)

medium utk Churp Churp are FB n Twitter.
so, ia sangat mudah.
then,tipulah if korang xda those FB n twitter kan.
:p

dan aku berharap Churp Churp buatlah aktiviti kat Sabah.
just a simple one like tengok muvie kat 1B.
or jalan2 sekitar Kota Kinabalu.
or Pergi Waterworld kat Taman Tun Fuad.
haha.
its my dream lah go WW!

sekian.

diam!

.:END:.

~tertiba terbuat benda ini?~


~Tiket Bas ke Sandakan~

aku sudah berjanji dengan seorang kawan untuk update pasal tambang bas nih.
ini disebabkan post terbaru di dunia maya adalah pada 2006.
baru lagikah itu?
haha.

mari kita bercerita pasal bas ke Sandakan.

Jika anda mahu ke Sandakan, anda haruslah ke Terminal Bas Inanam.
di sini anda akan dapat melihat pelbagai jenis syarikat pengangkutan yg memberikan perkhidmatan untuk ke Sandakan, Tawau.

Untuk destinasi lain, akan aku bincang di lain post.
haha.

Hari itu, aku telah pergi ke Sandakan menaiki Tung Ma Express.
Harga Tiket ke Sandakan adalah RM30.
Masa perjalanan, aku kurang pasti.
Tapi, aku menaiki bas pada 8pm.

Munkin Tung Ma ada menyediakan bas setiap 2 atau 4 jam.
8pm merupakan bas terakhir ke Sandakan bagi mana2 syarikat Bas.

bagi SIDA ekspress, paling LAST 7pm.

kerusi bas TUng Ma sangat tidak menyelesakan.
duduk di bahagian belakang+Bau tandas yg boleh mengakibatkan muntah adalah kombinasi terbaik menaiki bas ini.

oleh itu, pilihlah syarikat laen utk ke Sandakan atau Tawau.
bukan mahu condemn.
tapi, harap2 Tung Ma perbaikilah bas anda.

dan beli lah tiket lebih awal, takut habis dan ulat2 tiket sentiasa ada untuk membantu anda menghabiskan duit.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku malas!~

Tuesday, November 9, 2010

~Saya benci MLM~

sangat suka dengan statement ini.

aku suka page ini.
Say NO to MLM

dan juga BLOG ini.
Aidid Mu'addib

suka dengan cara orang2 ini reveal sal MLM scammers.

dan aku memang sangat benci MLM.

sesiapa yg teringin mau bawa aku pegi TALK MLM tuh, sila simpan niat anda.
mungkin aku akan pegi.
tapi, itu mungkin adalah kali terakhir kita akan bersahabat.

moralnya, jangan terjebak dengan MLM.

:)

sekian.

diam!

.:END:.

~oh, please!~

Sunday, November 7, 2010

~07112010~

currently in sandakan.

buat apa?
dengan siapa?

akan dihapdet kemudian.

sekian.

diam!

.:END:.

~benci!~

Saturday, November 6, 2010

~Nasi Lemak Antarabangsa

mesti semua orang kenal nama restoran nih.
salah satu restoran yang famous.

kali ini aku akan bercerita mengenai cawangan Nasi Lemak Antarabangsa di Karamunsing.
ekceli bangunan berhadapan dengan Kompleks Karamunsing.
lupa nama bangunan nih.
haih.

kami pergi waktu Lunch.
xbanyak orang time nih.
*heran*

suasana kedai berwarna hijau puck pisang.
segala2 nya berwarna hijau.
mak cik aku sangat la suka.
dia minat kan ngn kaler th.
aku?
prefer pink!
haha.

harga makanan agak mahal.
untuk student2 yang mo save budget, xpayah la pegi restoran nih.
baek makan fOOd court.
:)

layanan?
erm, self service ok!
kira mcm makan kat food court juga.
pegi tempah makanan n minuman kat counter, bayar n amek nombor.
lepas tuh, tunggu food kena hantar.

taste of the fOod?
ordinary lah.
boleh hilangkan lapar, tapi xmungkin datang lagi.
erh, sangat pedas komen tuh kan.
but itu lah komen aku.

sila tengok pic di bawah.
harga makanan aku lupa.
resit dekat kereta.





sekian.

diam!

.:END:.

~makan~

Friday, November 5, 2010

~Manja Rasa, Labuan~

ini adalah restoran tepi laut yang terletak berdekatan Muzium Marin Labuan.
itu pun if aku xsalah bangunan.
ia juga berdekatan dengan Gelanggang Gasing Labuan.

Restoran ini hanya buka pada waktu malam.
maybe 6pm ke atas.
aku xpasti sangat.

di sini ditawarkan Buffet Seafood.
Hanya RM20 seorang.

terdapat banyak pilihan makanan laut yg boleh dipilih.
ketam, udang, sotong, ikan, ayam n etc.
nasi putih, asam pedas, mee goreng.
kuih muih.
buah-buahan.
teh cina, sirap bandung, sarsi.
pelbagai jenis sayuran.

dulu tempat nih pernah tutup sekejap.
gara2 bankrupt.
tapi, akhirnya dibuka kembali.
dan aku dapat merasa makan di sini.

sorry ya kawan2.
tiada gambar kerana pada masa ini aku sangat lapar dan bateri handphone tiada.
camera tertinggal di hotel.

sekian.

diam!

.:END:.

~marilah bersama2 meramaikannya~

Thursday, November 4, 2010

~Tiara Labuan~

ini adalah nama hotel tempat kami tinggal semasa di Labuan.
bukan kami bayar pon.
aku dan anne tumpang bilik kakak aku.
ekceli dia ada kerja kat Labuan, kami tumpang menyibuk.
haha.

rate bilik?
yang aku taw hanya Deluxe room.
goverment rate dapat la Rm188++.

servis hotel?
ok lah.

time aku mo cek in, di layan penuh ramah.
xtaw la dorg berlakon atau disebabkan dia kenal kawan yg bawa p sana tuh.
ups.

then, masuk ke bilik tuh, srOnok sangat!
ruang besar.
ada peti ais kecil, TV yg bermacam2 channel.
dan dapat juga WiFi Free.

in-house guest dapat menikmati banyak kemudahan di sini.
boleh guna Sauna dan Steam.
main Squash.
Guna Gym.
Pool dan etc.

as for breakfast, free for 2person.
dan choice makanan pagi2 tuh ok lah.
menepati taste aku.
haha.

ini website dorg.

ok lah.
itu ja mau story.

sekian.

diam!

.:END:.

~mau jalan lagi!~

Wednesday, November 3, 2010

~Cuti Cuti Cinta~

Movie Lakonan Farid Kamil dan Nora Danish.
bukan aku yg bercuti2 dan bercinta.

aku tengok akibat kebuhsanan berada di kampung dan mak cik aku amat meminati cerita Melayu.
kami tengok di GSC 1B pada hari ahad.
Harga tiket RM9.
oh, berbaloi jugak lah.

ayat paling aku suka dalam movie nih, nasi lemak 50sen.
hahaha.
lawak jugak la sket2.

cerita nih berkisar tentang seorang anak Tan Sri iaitu Eva yg lari ke mOrib setelah nampak Tunang dia Flirt dengan perempuan laen.
Eva seorang yg amat cerewet dan suka mencari gaduh dengan orang laen.
Ketika di Hotel hanya si Omar (farid Kamil) yg tahan dengan perangai Eva (Nora Danish).

dipendekkan cerita, si Eva jatuh cinta dengan Omar.
dan Eva xjadi kawen dengan tunang dia (Zed Zaidi).
Watak sampingan yg sangat Lucu dalam cerita nih kumpulan fabolous Cat kOt.
huhu.

oleh itu, aku boleh suruh korg tengok muvie nih.
xla teruk sangat.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~oh, crap!~

Tuesday, November 2, 2010

~Funfair Tuaran~

Oh, Please2!
jangan lah pegi!

bukan mahu cOndemn funfair nih.
juz aku rasa xpatOt di buat kot.
erh.

1 Token=RM2.
mahal kan?
lagi baek mereka jual RM1 @ 50sen pon ok!
sebab utama KEBANYAKAN permainan tidak BEST.

Hanya 1 mainan ja beh.
lupa plak nama benda tuh.
swing2 macam roda ferris but not that.
ada lah macam dekat sunway sket2.
haha.

permainan lain, Pancing ikan yg confirm dapat hadiah.
tapi utk dapat hadiah utama, kebarangkalian adalah 1/500 kot.
then, main guling2 bola kot.
xbeh pon.

main dart, tembak dan gelang also bola tuh, main point.
hadiah utama berapa puluh point tah.
mmg susah la.
dan satu permainan memerlukan 2token.
rm4 tuk main bnda ntah apa2 tuh.

baek aku beli barang2 tuh kat kedai.
keseronokan pn xdapt.
erh.

ok lah, malas komen,
xpayah bawa anak p cni.
nanti diorg kecewa macam aku.

sekian.

diam!

.:END:.

~menci!~

Monday, November 1, 2010

~McD Shell Jalan UMS~

tetiba buat pengumuman xrasmi di sini.

McDonalds ini akan ditutup selama lebih kurang sebulan.
untuk proses penambahbaikan atau bahasa pemesnya Renovation.
haha.

macam jadi duta McD sana ja.
aku pengunjung tetap.

dan black pepper spicy chicken mcDeluxe mmg tiada di sini.
nasib baek da rasa hari tuh.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~rasa malas bertimpa2~

~Labuan!!!~

xlama lagi blog aku jadi blog travel kot.
haha.

abaikan.

ada benda laen mo cerita dulu before benda nih.
tapi, aku malas mo taip.
so, aku mo cerita sal Labuan lah.

Cara2 untuk pergi ke Wilayah Persekutuan Labuan dari Kota Kinabalu:

menggunakan jalan udara.
iaitu menaiki kapal terbang ke Labuan.
Harga tiket mungkin Rm150++ sehala.
dan hanya ditawarkan oleh MAS.
AirAsia xda ok!

menggunakan jalan air.
iaitu menaiki feri ekspress dari Jesselton Point atau terminal Feri.
Hanya Labuan Express yg menawarkan khidmat ini.
harga tiket kelas ekonomi+cukai = RM34.60.
harga tiket kelas pertama+cukai = RMRM39.60.
perbezaan antara dua kelas, kelas p1 di atas dan kelas kedua di bawah dan boleh meningkatkan kebarangkalian untuk muntah.

menggunakan separuh jalan darat dan separuh jalan air.
disebabkan Labuan adalah sebuah pulau, so mmg kena guna half2 la kan.
Kena naik bas dari KK (berdekatan Mahkamah) ke Menumbok.
Harga tiket adalah Rm14.
Jika naek kereta sewa, mungkin lebih mahal, lupa berapa, maybe Rm20-30.
Selepas itu, kena naek speed bOat or Feri Angkut.
Aku hanya tahu tambang speed boat iaitu RM15 dan kekerapan perjalanan sangat tinggi.
15min ada ja bot baru.
feri angkut ada masa tertentu.
ini juga bagi kemudahan orang ramai yg mahu bawa kereta ke Labuan.

itu ja aku mo cerita.
nanti kita story pasal bandar labuan pula.

sekian.

diam!

.:END:.

~no komen!~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey