Thursday, December 22, 2011

~Sistem Letak Kereta Centre Point~

aku maw bercerita tentang sistem pembayaran tiket kereta untuk centre point.
oh, bukan yg di klang ataupun negeri2 lain.
precise, aku maw cerita centre point sabah.
dulu orang panggil yaohan.
:)

dari kecil sampai besar aku pergi situ.
dari zaman aku naik bas, tumpang adik beradik, sampailah bawa kereta sendiri.
kiranya terlalu lama aku stay2 matang situ.

dulu, harga parking mahal.
kira ikut jam.
time tu, kalau full day dekat sana boleh kena charge almost 30 ka tuh.
then, makin murah.
maybe sebab ada shopping complex baru disebelah.
kira per entry.

dan mungkin sebab da laku, dorg kuatkuasakan lagi rate park yg mahal.
ikut jam.
aku pun mentabahkan diri bayar park sebab movie sini murah.
haha!

tapi, aku xpuas hati dengan sistem pembayaran tempat letak kereta yang PALING TERBARU.
before exit kena bayar dulu.
ok, itu aku xkisah sebab di 1borneo buat benda yang sama.

masalahnya kalau di time malam.
selepas pukul 1030pm, hanya SATU kaunter pembayaran dibuka.
di tingkat 2.
amatlah menyusahkan bila ko park tingkat 5, ko kena turun p 2FL, turun dari kereta.
cuba management letak autopay machine every level.
xkah menyenangkan umat.
pintu exit xsesak dan SATU kaunter tu xla ramai berbaris.
erh, emo.

selepas ni, aku maw park kat 2FL. 
sekali bayar n keluar.
haha.

sila abaikan kegilaan aku disitu.

sekian.

diam!

.:END:.

~apalah!~

Wednesday, December 21, 2011

~Songlap~

siapa yang taw erti songlap?
aku xtaw kalau word ni ada dalam kamus dewan atau tidak.
bagi aku, songlap bermaksud menyembunyikan sesuatu dari individu/organisasi demi kepentingan diri.
kira macam makan duit haram lah.
itu pandangan aku.
so, cerdik pandai diluar sana, sila bagi link kalau jumpa maksud tepat perkataan ini sebab aku xterjumpa time gugel.
:)

aku bukan maw kamu semua belajar bahasa.
aku maw ceritakan perasaan dan pandangan aku, ringkasnya review dari aku untuk filem terbaru di pasaran.
eh, baru kah? macam 6hari sudah kan.

cerita bermula dengan dua beradik Ad dan Am yg terpaksa bekerja secara haram untuk menampung hidup.
eg, jaga perempuan preggy utk tauke cina, main judi, jual anak.
mereka saling bantu membantu untuk meneruskan hidup.
Razak, abang Hawa yg mati akibat penggunaan dadah.
Hawa, preggy mungkin hasil rogol bapa sendiri.
banyak lagi watak sampingan, Abg Mat, Hamzah, Mak Jah, Mama, Keong dan lain2.

movie ini mungkin hendak menunjukkan realiti hidup kita pada zaman ini.
sindiket penjualan bayi dengan menjaga ibu2 yg mengandung hasil dari perbuatan tidak bermoral.
sindiket pemalsuan dokumen kelahiran.
sindiket pelacuran.
sindiket permerdagangan orang.
dan pelbagai lagi kerja kotor yg mungkin kita dpt lihat pada zaman ini.

paling melucukan apabila pak cik yg dirodok dengan botol kaca itu boleh bertahan lama.
ending, Ad dan Hawa berjaya melarikan diri bersama baby.
Am tertinggal bas.
oh, terspoil.
sila tutup mata baca paragraph itu.

kronologi cerita sumpah membosankan.
aku tidak terhibur langsung ketika menonton movie ini.
daya tarikan utama utk menontonnya adalah watak utama, Shaheizy Sam.
kalau heronya orang lain, mungkin aku akan berfikir berulang kali untuk menontonnya.
:p

oleh itu, kalau anda mahu menonton di cinema, aku bukan xgalakkan.
baiklah kiranya korg tunggu astro first, xpon raya thn depan aku pasti movie ni mesti astro siarkan.

bintang pula.
atas usaha untuk menghasilkan movie yg baik dan hero yg hensem, aku bagi 2 per 5.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~bosan~

Wednesday, December 14, 2011

~Anis Chocolate Moist Cake~

moist cake yang agak pemes di Shah Alam.
terletak di Seksyen 13.
kedai ni area belakang sedikit.

alamat, 37, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Bussiness Centre, Sek 13.
contact no. 013-3566966.

harga kek yg kecil hanya rm4.
kalau yg besar rm8.
ini harga dekat kedai tu.
kalau beli kat luar, mahal sikit lah.

then, kalau maw tempah pun boleh.
kek macam kat bawah ni, just rm40.

rasa pun sedap.
tidak buat kita cepat muak.
:)

feel free to drop by kedai ni.
eh, macam kedai aku pulak.
haha!


sekian.

diam!

.:END:.

~tiba2 lapar~

~Krushers~

krushers by Kentucky Fried Chicken.
ada dua flavor, Mocha n Oreo.

time aku kat Sabah, xpernah ba nampak benda ni.
so, adik aku yg mengajar aku untuk menjadi addict to it.
tapi, mmg rasa nya nyummy.
aku paling suka Mocha.
walaupun xsuka coffee, tapi between Mocha n Oreo, sanggup lagi aku telan mocha.
haha.

harga hanya rm4.15.
kalau add on lagi murah, tapi aku lupa berapa.

memang nikmat ba makan.
haha.
oh, ini rupanya di bawah.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~saya suka makan~

~Kelat Kelat Sayang~

tajuk novel.
bukan aku maw mengada2 letak tajuk entri begitu.
haha!

ini adalah karya Izzul Izzati.
tajuk novel ni pun boleh diubah kepada Tentang Salina.
macam drama yg tengah pemes tu, Tentang Dhia.
setiap lembaran dalam novel ni mesti berkisar pasal Salina.

novel ni simple.
mengisahkan tentang kehidupan Salina dari zaman sekolah yang selalu dipanggil 'Itik' oleh Aizam sehingga mereka menjadi dewasa.
kunun2nya Salina ni budak pandai, cantik dan bertudung dan selalu dikacau oleh Aizam tidak kira masa.
konflik berlaku bila Salina sudah menjadi pensyarah dan berjumpa crush time sekolah, Ismail.
time dia frust sebab terdengar Ismail n Ehsan mengutuk dia, Salina terus terima pinangan Aizam.
oh lupa bagitahu, Aizam cinta mati kat Salina.

dipendekkan cerita, tiba2 Ismail main2 cinta dengan Salina n dia pun minta putus tunang.
malang utk dia, bapa Aizam meninggal time dgr berita tu dan Mama Aizam terus benci Salina n bapa Salina halau dia dari rumah.
sedikit2 konflik melibatkan Aidil, adik Aizam dan akhirnya Aizam n Salina kahwin.

gaduh2 lagi, peristiwa menyelamatkan nyawa membuatkan Mama Aizam terus memaafkan Salina dan berlaku konflik pula bila Salina sakit hati dengan keluarga Aizam.

tapi, endingnya Aizam tetap berkahwin dengan Salina.
Nadia with Ehsan.
Ismail alone.

novel ni boleh dibaca untuk remaja.
kalau kanak2, kurang sesuai.
jangan jinakkan anak anda dengan novel.
suruh mereka study untuk exam.
:)

bintang pula?
aku xpandai lah bagi bintang2 sudah.
kurang bijak beri bintang untuk novel.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai~

~GBS~

masih ingat geng aku dulu.
alah, geng time ukm.
stand for geng bas sekolah.

eh, tapi kami bukan geng bas sekolah.
kami kan geng bas rapid.
haha.

act, kami bereunion time puasa hari tu.
tapi sorang member xcukup.
sebab dia jauh nun di terengganu.

muka semua da matang kot.
xla macam kanak2.
time picca n diambil, lagi berapa minggu zura maw tukar status.
:)

ini kami selepas 2tahun.


sekian.

diam!

.:END:.

~sila buat pandai~

~Air Terjun Mahua~

air terjun ini terletak jauh di Tambunan. 
dari pekan Tambunan, it tooks 15km to drive here.
dan bila sampai, kena daki sikit.
penat lah juga, tapi bila nampak air terjun tu, sure hilang kepenatan.

dan kawasan air terjun ni ada waktu buka n tutup.
not sure waktu buka, tapi waktu tutup adalah 7pm.
sebab utama, tiada orang maw tengok2 korg selepas waktu tu.
gelap lah dan menakutkan kot hutan time lepas maghrib.
mistik plak.
haha!

time aku pergi dulu (4bulan yg lalu), kawasan rumah2 berdekatan masih dalam pembinaan.
maybe sekarang siap suda kot.

jika anda warganegara malaysia, yuran masuk rm3.
kalau foreigner maybe lebih sikit.
:)

air terjunnya sumpah sejuk yang amat.
tapi, seronok!
:)

enjoy the picca. 




sekian.

diam!

.:END:.

~blur~

~Puding Kelapa dan Lokan Bakar~

aku maw buat 20 entri malam ni. 
so, sila muntah kalau bosan or tekan Alt F4. 
:)

now, aku maw cerita pasal puding kelapa n lokan bakar.
eh, bukan aku yg buat.
aku beli lama dahulu.
kali ni baru maw cerita.
poyo.
 
salah satu tarikan di sabah adalah lokan bakar n puding ni.
bukan maw cakap tempat lain xsedap.
tapi lebihnya di sabah.
ops, riak.
minta maaflah ya.

tempat paling pemes untuk makan benda2 ni ialah di Salut.
bukan restoran seafood.
aku kurang pasti nama kampung di sini, tapi bila korg ckp puding salut, sure driver teksi taw.
terletak jauh sedikit dari pusat bandar.
maybe dalam 20km kot, aku xtaw precise. sorry.
yang penting, selepas politeknik KK.
:)

harga pun boleh tahan murah.
puding kelapa hanya rm4.
kalau kalau korg baik ckp sikit, puji2 mak cik tu sikit, boleh dpt ko 3 seploh hengget.

Lokan pula bermacam2 harga untuk bermacam2 saiz.
juga bergantung kepada musim lokan ni.
paling murah pernah dapat selonggok rm10.
rasanya marvellous.
lebih kurang kerang lah.
but ini saiz besar.

ada dua picca ja.
sebab aku kelaparan time ni.
:)




sekian.

diam!

.:END:.
 
~nyums~

~Selamat Hari Lahir Fathin~

lama xbuat ucapan birthday kan.
okay this entry goes to Nur Fathin Farhain Ghazali.
bFF adik aku.

semoga panjang umur murah rezeki.
eh, dan dapat boyfee seperti yg kita idamkan.
so, siapa2 yg masih solo, sila komen entri ni.
kawan adik aku nih sumpah cantik.
:)

malam tadi kunun2 nya kami buat suprise untuk dia.
together with her brother.
sampai menangis ok.
sebab terharu ba.

kami xbaling telur, xbaling tepung sebab adik2 ni semua ada test keesokan harinya.
:)

aku cuma dapat share picca kek.
sebab kami xbergambar pun malam tadi.
mood malas.
haha!


sekian.

diam!
.:END:.

~lalala~

~Pajeri Nenas~

betul kah tidak ejaan tu?
dan aku dengan berlagaknya assume betul. 
haha!

disebabkan aku mempunyai hobi yang baru, mari aku share resipi untuk Pajeri.
dan untuk pengetahuan semua aku xmakan masakan nih.
ini adalah masakan paksaan dari adik aku.
haha!

Bahan2:
3 ulas bawang merah
2ulas bawang putih.
2cm halia.
1 genggam udang kering (ditumbuk)
3 sudu besar serbuk kari.
1/2 cawan santan pekat.
1 sudu besar gula.
sedikit garam.
10 ketul nenas yg dipotong kecil.

 Cara membuatnya:

1. Tumis segala jenis bawang bersama2 dengan udang kering sehingga menjadi kekuningan.
2. Campurkan serbuk kari ke dalam 1 cawan air dan tuang ke dalam kuali.
3. Tuangkan santan, gula, garam dan nenas.
4. Masak sehingga anda puas hati dengan rasa dan rupanya.
5. Hidang kepada orang yg tersayang. :)

Di bawah ni hasil yang aku dapat.
aku buat ikut sedap aku ja.
malas lah pakai bunga lawang, cengkih, kerisik tu.
aku xberkenan.
asalkan adik2 aku kenyang.


sekian.

diam!

.:END:.

~kita enjoy!~

Monday, December 12, 2011

~Cinta Kontrak~

eh, jangan salah sangka dengan tajuk ni.
bukannya aku kena paksa dengan parents kawen kontrak pon.
ini tajuk novel.
Cinta Kontrak by Nurul Ain Syuhada.

last week time kat MPH Bukit raja, rank no 2 novel paling popular.
yg no 1 tentu n pastilah Ombak Rindu yg jadi kegilaan.
dan tiada pun buku tuh atas rak ni.
haha!

mari aku cerita sikit pasal novel ni ah.
aku rasa novel ni ala2 catatan harian si Nur Alia Airysha, watak utama novel ni.
dia luah segala apa yg berlaku dlm hidup dia dalam diari kesayangan.
mula2, dia ni hidup miskin di samping adik beradik, tiba2 tuah jatuh bergolek bila kakak dia kawen dgn sorg laki yg mmg suka dia dari dulu.
dan dia terpaksa kahwin dgn Danial Franz yg mmg terjatuh cinta pandang pertama dgn Alia.

dipendekkan cerita, Danial ada buat kontrak bodoh dan Alia sign. tapi malam pertama sudah p kasi hancur tuh kontrak.
ada konflik2 sikit bila lelaki idaman Alia, Farhan terjumpa di Uni dan gaduh2 laki bini, cemburu2, dan banyak lagi.

endingnya, tentulah Alia dan Danial bahagia.
mereka xbercerai walaupun banyak dugaan.

novel ni ada ciri alim2 sket.
sebabnya watak Alia dan keluarganya digambarkan cukup prihatin dgn soal agama.
alia bertudung labuh dan berstokin n berbaju besar.
manakala, watak Danial semestinya jejaka idaman Malaya berwajah campuran perancis tetapi tidak hanyut dengan budaya barat.
eh.

novel ni serius lutchu.
aku xrasa sedih pun baca novel nih.
sesuai untuk anak2 baca, tapi pastikan anak2 anda betul2 free dan tidur dengan cukup.
jangan terlalu concentrate baca novel ni.
haha!

utk tidak lebih merepek, aku stop sini.
malas bagi bintang, sebab lain orang lain citarasanya kan?
aku mungkin suka, tapi mungkin juga orang lain benci.

sekian.

diam!

.:END:.

~gemuks!~


Sunday, December 11, 2011

~Hobi Baru~

tahukah anda aku seorang yang rajin memasak?
ya, itu AUTA!
sumpah aku pemalas, kesian kat bakal suami aku nanti.
kita makan nasi lauk garam n kicap.
kalau future husband maw makan sedap, pergi makan kat kedai.
haha!

itu kejam lah.
semenjak duduk dengan adik2, aku terlebih rajin memasak.
kesian dorg asyik makan kat luar.
teringin juga tunjuk bakat memasak.
nasiblah masakan aku boleh dimakan, kalau x, sampai tua kena kutuk.
haha!

dan kepada bakal suami yg mungkin ada diluar sana, aku boleh memasak.
selagi ada encek gugel dan aku boleh membaca resipi2 di internet, semuanya boleh.
so, xpayah risau makan di luar.
tapi, anda kena risau aku xikut makan sekali.
terutama sayuran hijau.
:)

eh, aku tulis macam bakal suami baca ja.
xpalah, nanti kalau aku maw kahwin, aku suruh bakal suami baca blog ni.
baru dia paham bakal isteri dia ni gila.

eh, merepek lagi.
ok, sudah lah.
bai.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai~



Thursday, December 8, 2011

~I city lagi~

aku xpernah bosan cerita pasal I City.
dulu aku pernah merepek di sini.
bila aku update tweet pasal p icity, terketawa bila kak aima ckp kami adik beradik boleh jadi duta icity.
terlampau rajin pg nih.
haha!

so, ini adalah entry update tentang fee semua benda dalam i city tu.
:)

sekarang, pihak I City menggunakan sistem Autopay.
tidak perlu bayar time masuk.
but, ambil tix n bayar dkt machine.
bagi aku, benda ni kurang menjadi.
sebab kesesakan jalan raya berlaku ketika maw ambil tix dan ketika keluar.
mesin pun tidak diletakkan secara strategik.
kalau orang terlupa bayar pun, pembantu lambat bergerak.

dan untuk musim cuti sekolah, FEE per ENTRY adalah RM10.
semua lampu2 sudah dibaik pulih.
nampak cantik.

ibu bapa sila sediakan duit yang banyak ketika ke I City.
ini adalah kerana apabila anak anda merengek maw main permainan2 itu, harga tix adalah RM5.
kebanyakan permainan adalah RM5 per PERSON.
tidak boleh kongsi tiket ya parents2 sekalian.
maybe permainan Coaster2 itu, car boleh dikongsi berdua dan save cost, RM5 only.
double decker carousel, pirate ship, speed walk n etc adalah RM5 per PERSON.

permainan itu semua adalah untuk level kanak2.
orang tua bosan.
aku naik pon bosan sebab aku da tua.

sila bayangkan carousel tanpa music?
itulah yg berlaku malam tadi.
argh.
tiada music, budak pun nangis.
oh, jadi pantun. :)

supaya aku tidak menghentam lebih panjang, aku stop entri ini di sini.
ibu bapa aku nasihatkan jika anak anda berketinggian lebih 90 cm, sila bawa mereka ke Sunway Lagoon.
permainan boleh diulang2.
icity hanya dalam 3minit, dan per ride cost tinggi.

dan minta maaf.
entri ini tidak bergambar kerana cameraman tiada.
handphone low bat.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku malas~

Wednesday, December 7, 2011

~Ombak Rindu~

ini adalah tajuk filem kegilaan ramai buat masa sekarang.
kunun2 nya semua cinema full house.
tapi, kenapa aku boleh dapat tix pula?
haha!
aku xguna apa2 ilmu.
but, TGV bukit raja mmg banyak seat kosong.
hari ni maw tengok, sempat beli tix.

marilah kita bercerita tentang movie ini.
semua tahu, movie ni adaptasi novel Ombak Rindu by Fauziah Asshaari.
dua watak utama, Izzah n Hariz.
ada konflik2, semua kesedihan dan kurang kegembiraan.

bagi AKU, movie ni bosan.
maybe sebab aku pernah baca novel.
and i expect more from movie ni.
dan semua orang tahu aku xsuka movie melayu.
seperti kata2 kakak aku, macam mana movie melayu maw maju kalau aku xsokong.
so, aku pun dengan pasrah derma duit beli tix.
:)

movie ni ambil jalan shortcut.
part cintan cintun sikit ja.
watak semuanya macam kacau.
aku tetap bayangkan Maya Karin sebagai Pontianak.
Lisa Surihani berlakon dlm cerita Zoo di astro Ria.
tapi, Aaron aziz tetap hensem seperti movie2 nya yg lain.
haha.

nasib baiklah mamat sebelah hensem.
so, kurang tensen tengok movie ni.
:)

dan aku kurang faham kenapa orang maw nangis2 tengok movie ni.
sedia tissue berpacket2.
meleleh air mata dan teresak2 ka?
maybe dorg feeling lebih.
feel tu xsampai kat aku.

dari aku merepek lebih panjang, silalah tengok movie ni.
dan bagi AKU, breaking dawn wpn ada part bosan, Ombak rindu lagi bosan.
sorry peminat di luar sana.

dan jangan bawa anak kecik tengok movie nih.
mengganggu manusia yg tengok movie.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku sakit tekak~

Monday, November 28, 2011

~Twilight The Breaking Dawn Part 1~

oh, aku sudah tengok pada hari kedua keluar di cinema.
semangat bukan?
haha!
actually, xsangka dpt tix tengok pada hari kejadian.
adik aku pun xbusy n dapat menemankan aku tengok movie.
:)

part 1, boleh tahanlah.
tidaklah terlalu mengecewakan.
tapi agak boring.

dalam part ni, cerita tentang Bella n Edward kahwin.
penderitaan Bella ketika mengandung.
Jacob yg semakin hensem. :)
dan, Bella bersalin anak perempuan dan jadi vampire kot.
haha!
sila pergi ke pawagam berhampiran untuk menontonnya.

aku bersedih kerana banyak wishlist movie yg aku maw tengok tapi xdapat.
eg. immortals. happy feet2. adventure of tin tin. dan banyak lagi.
di tanah sJung susah tgk movie sbb aku penakut keluar sorg2.
kidding.
hanya sebab aku benci harga tix mahal.
ohmai.

oleh itu, aku xsabar maw balik rumah.
:)

lupa bagi bintang kan?
ntah lah, maw bagi banyak2, xbest sangat movie ni. 3 fr 5 enuf?
:)

sekian.

diam!

.:END:.
~terasa hati~

Monday, November 14, 2011

~Bukit Tinggi~

ini bukan cerita tentang Taman Botanikal tuh.
ini cerita tentang perjalanan aku ke Bukit Tinggi, Pahang.
maybe i shud change tajuk entri nih kan.
haha!
jom cerita tentang perjalanan kami.
kununnya maw bertolak seawal yang mungkin, tapi kami budak2 yg suka bangun lambat, so, jalan pukul 9am.
dan driver hari itu adalah saya.
iya, adik2 suka membuli.
aku baru sampai ke tanah sJung nih, sudah kena suruh drive.
eh, kami pergi last week pula.
:)

rasanya sampai pukul 11am hari tu.
sebab singgah makan mcD kat R&R Genting Sempah.

cuaca hari itu meyebelahi kami.
tidak hujan.
cuma agak panas sedikit.
oh maybe banyak dosa, itu rasa panas.
haha!
*lame joke*

bayaran masuk ke Colmar Tropicale adalah rm12 utk seorang dewasa.
kanak2 aku xpasti, maybe half dr dewasa kot.

sampai2 ja sana, kami terus ke Japanese Village.
dengan harapan dapat pakai kimono dan bergambar dgn perempuan Jepun yg cantik.
tapi, kekecewaan melanda.
the whole village kena renovate.
gadis cantik tiada, kolam buruk, kimono pun aku x terasa maw sewa.
view buruk kot.
membazir rm20 aku.
haha!

so, seterusnya kami ke Colmar Tropicale tu.
kunun2 nya maw bergambar.
after a few picca, aku rasa mcm maw muntah.
muntah terlampau bnyk snap picca.
:p

then, around 1230pm, kami pun beredar dari situ dan bergerak balik.
tiba2, ada seorang mencadangkan kami pergi ke Genting Highlands.
Just utk bergambar, bukan bermain di kota keriangan.
aku layankan ja.

then, around 3pm aku da lapar.
ajak adik2 makan MB, lepas tuh bertolak balik pukul 5pm.
time nih sudah berkabus dan angin sepoi2 bahasa.
nasib baik xhujan.

dan kami sampai ke sA pukul 7pm.
sebab kami mengada2 singgah banyak tempat.
haha!

route:Shah Alam- Federal highway-LDP-Karak-Bukit Tinggi-Genting Highlands-Karak-NKVE-Shah Alam.
toll: RM 17.20.
minyak: RM50 (Saga FL)
tenaga drive: redeem by sleep for 16hours.
:p

sumpah korg boring baca entri ni kan?
so, sila tengok picca yg xbanyak pon.
aku ambil dri fB adik.
:)








sekian.

diam!

.:END:.

~berani buat, berani tanggung~

Saturday, November 5, 2011

~Hidden~

bahasa melayunya Sorok.
ini adalah movie berkonsepkan mistik.

benda yg menarik minat aku tengok movie ni ialah Erra Fazira.
hanya sebab itu.
kalu diikutkan, xhadap sudah dgn cerita melayu ni.
:)

kunun nya cerita ini based on true story.
dan aku malas maw gugel.
siapa2 taw cerita sebenar, sila share dgn aku.

Dian (Erra Fazira) mempunyai seorang anak Adam yg suka menyendiri dan main sorok2.
Dia kapel dgn Walter (Charles Atkins) yg juga ada sorg anak, Sam.
dipendekkan cerita, Dian p stay rumah Walter.
satu hari, Adam dan Sam main sorok2 tgh2 malam, exact 10pm onwards dan Adam hilang since itu.
act, dia termasuk dlm bonet kereta skandal pembantu rumah Walter dan mati dlm tu.
roh Adam membunuh semua yg pernah buat jahat dgn dia.
Sorg ustaz kot or bomoh yg tolong tenteram kan roh adam kunun nya.
ending, Dian jumpa mayat adam.

bintang?
mungkin 3 fr 5 kot.
sebab agak takut tengok dlm cinema yg hanya ada 2org. 
haha!

sekian.

diam!
 
.:END:.

~ohmai!

Friday, November 4, 2011

~In Time~

untuk pengetahuan semua, aku bias kalau cerita english.
aku akan lambung tinggi2 dalam entri berbanding cerita melayu.
haha!
:)

movie ni mengisahkan keadaan bila kehidupan manusia bergantung kepada masa.
masa utk hidup boleh dimanipulasikan oleh orang kaya dengan mereka boleh hidup lebih lama, orang miskin bergelumang dengan risiko mati setiap hari.
terdapat juga zon masa, penjaga masa, dan bandar orang kaya (new greenwich) dan bandar orang miskin (Dayton).
will salas tinggal dengan mum, dorg miskin, banyak hutang.
suatu hari Will selamatkan Henry Hamilton yg larikan diri dri dunia org kaya dan sedekahkan semua masa dia selama lebih seabad kepada Will.
malangnya selepas itu, mum Will mati sebab xcukup masa.
dipendekkan cerita, Will pergi bandar org kaya, nikmati hidup sekejap, culik anak org kaya master mind hal2 masa, dikejar penjaga masa, dan akhirnya hidup bahagia.

bukan keseluruhan cerita ni best.
ada part yg buat aku mengantuk juga.
bintang cerita ni hanyalah 3 fr 5.
bosan dan seronok agak seimbang.
:)

anak2 kecil tidak digalakkan dibawa bersama ketika menonton.
sebab ada bahagian dalam cerita ni agak meluncah.
alah, part2 kissing2 dan buka2 baju sikit.

oleh itu, aku ingin berkirim salam dengan orang sebelah time di movie.
nampak hensem.
tapi, aku malu2 maw senyum.
ok, menggatal tidak sesuai dengan jati diri aku.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~mari tidur!~

Thursday, November 3, 2011

~Apa Tengok Tengok~

di sini aku bukan maw cari gaduh dengan melontarkan pertanyaan seperti tajuk entri ini.
aku maw bercerita tentang movie yg baru aku tonton.
tajuknya, Apa Tengok Tengok.
ini adalah movie melayu.
seperti yang semua tahu, aku xsuka cerita melayu.
so, mungkin aku akan bias ketika memberikan sinopsis dan ulasan.

cerita ni pasal 2 geng yg suka bergaduh dgn sekolah consist of 8 org yg berbilang kaum.
ketua geng, Daniel dan Shariff.
dipendekkan cerita, 2 geng gaduh, cikgu frust, terlibat pengedaran dadah, sedar kena pergunakan, org jahat serang mereka, ikut pertandingan menyanyi, menang, sorg student sekolah sakit, kutip derma dgn menyanyi.
itu adalah apa yg berlaku dlm movie ni.
sebenarnya, aku rasa cerita ni SESUAI ditayangkan ketika Hari GURU atau Hari MALAYSIA.
sebab yg aku nmpk dorg maw tonjolkan pasal student, cikgu dan berbilang kaum.

mari kita cerita pasal scene yg aku xberkenan pula.
  1. cikgu bercerita pasal kepelbagaian kaum. tapi, kenapa skrip teruk sangat. xsampai lah mesej tu.
  2. kalau ikut logik, seorang Guru akan meninggalkan kelas yg sedang diajar hanya kerana maw bersembang dengan kawan yg datang ke sekolah di Kantin ka?
  3. terdapat wording 'Saudara Saudari Diminta berdiri ketika Lagu Negaraku dinyanyikan'. maybe dorg sepatutnya xpayah buat pun scene tu. bukan aku maw ckp aku xpatriotik, tapi benda tu xpenting pon ketika itu.
  4. adegan kejar mengejar Jalur Gemilang. apa yg maw ditonjolkan? semangat patriotik? ok lah.
  5. kenapa imej seorang polis ditunjukkan sebegitu rupa? seorang polis mempunyai potongan rambut yg panjang, muka ala2 gangster kah? aku rasa xselamat if polis real begitu. urh.
  6. Nyanyian yg amat tidak ngam pada pendengaran aku. tiba2 pula guru besar menyanyi? ohmai! scene paling akhir, konsert tu paling fail. 
act, banyak lagi maw tulis.
tapi, nanti ada pula org saman aku sebab komen banyak2.
sebelum apa2 terjadi, ini adalah dari sudut pandangan aku.

dan aku perasan, penari time konsert tu adalah polis yg kunun2 tolong dalam kes di sekolah, kurang bajet eh?
:)

oleh itu, dari korg bazirkan duit p tengok di cinema, baik korg tunggu time raya.
konpom ada tayangan di TV.
xpon, korg langgan astro first kalau ada.

untuk pemberian bintang, aku bagi 0.5 fr 5 atas effort keluarkan movie ni.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai~

Thursday, October 20, 2011

~What's Your Number?~

aku bukan maw tanya nombor siapa2.
ini adalah tajuk movie.
ok, lambat sedikit untuk aku tonton.


movie ni tentang Ally Darling yg asyik kecundang dalam perhubungan cinta.
time dia dlm tren setelah dibuang kerja, dia baca satu artikel fr Marie Claire mags, avg utk sorg pmpuan buat sex adalah 10.5 ppl.
dia pun kira2 org yg dia date, dan no yg dia perolehi 19.
bila baca artikel tu balik, selepas 20 orang itu akan menjadi andartu.
dia risau dan cari balik boyfee2 lama dengan bantuan Collin.

dipendekkan cerita, finally dia bersama Collin dan berhenti di no 20.
dia selamat.

spesifikasi 18sx amat sesuai untuk movie ini.
sila jangan bawa anak2 kecil.
rosak akhlak.
banyak perkataan meluncah, perbuatan meluncah, penglihatan yg meluncah.
:p

bintang @ star?
erm, sebab keluncahan melampau 3 fr 5 ja la.
cerita ni best.
jangan tengok dgn boyfee k?
tengok dgn suami.
dan aku, tengok sorg2 xpa.
haha!

sekian.

diam!

.:END:.

~blurgh!

Wednesday, October 19, 2011

~Speggi's @ Park~

lama sudah blog nih xcerita pasal food kan?
aku menjadi malas upload pic food.
banyak tempat makan best.
tapi, aku malas.
diulangi malas.
haha!

ok, ini cerita pasal tempat makan ice cream.
ekceli bnyk ja food tempat ni, but aku focus on ice cream.

time order, kakak ipar ckp bagus2 kamu service.
adik ipar aku ada blog.
nanti dia komen macam2.
ekceli, xda pon pelayan tu dengar.
:)

back to bussiness, Speggi's @ Park terletak di Perdana Park.
dulu aku pernah buat entri tentang tempat ni kan?
sila gugel.

di bawah ada picca ice cream2 yg aku makan.
iya, semua aku rasa sebab anak2 buah kesayangan lebih tertumpu pada air yg berirama itu.

rasanya sedap.
muka pelayan cantik.
meja bersih.
layanan bagus.
tapi, mereka lupa smoothies blueberry aku.
aku xkisah sbb kena makan 2 ice cream itu.

so, enjoy the picca.
:)







muka anak2 yang semangat


penat bermain. comot sudah.

sekian.

diam!

.:END:.

~aku kenyang oi!~

Tuesday, October 18, 2011

~Real Steel~

aku minat movie english.
so, movie ni best.

movie nih tentang robot2.
mula2 aku ingat cerita ni around 2010.
rupa2nya, 2020.
kunun2 nya masa depan lah.
sebab banyak robot2 diguna untuk ganti tinju btw manusia.
:p

dipendekkan cerita, Charlie kena jaga anak dia Max setelah kematian bekas gF dia aka mum Max.
tapi, dia minta payment 100k gara2 mak cik Max, Debra yg maw jaga Max sgt2 demi membeli Robot berlawan.
time konflik2 anak-bapa, Max jumpa Atom, robot G2 yg terdampar di tempat buang sampah.

Max n Charlie train robot tu sampai ia terer dan tidak dipandang remeh.
Atom kalah kepada Zeus, undefeated robot gara2 Farra Lorenza guna pengaruh.
match terakhir itu yg seronok ditonton.

walaubagaimanapun, cerita ini terlalu banyak dipotong ketika aku tonton.
awal2 pusingan p1 Zeus vs Atom, dipotong.
benci.

bintang2 kehidupan?
haha!
aku mmg suka!
so, 5 fr 5 lah.
wee~

oleh itu, sila bawa anak2 tengok.
tapi, jangan suruh mereka tiru.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~sakit tekak~

Sunday, October 16, 2011

~Al-Hijab~

time tengok di sebalik tabir, aku da taw aku xmaw tengok movie ni.
tapi, demi kasihku pada mak cik ku, aku pon teman dia tengok.
ok, ayat buat org menyampah kan.

sebab aku sudah tengok sebalik tabir, boleh agak apa yg terjadi.
dan ayat pierre andre yg menyamakan taraf movie nih dengan jangan pandang belakang membuatkan aku semakin tidak mahu menontonnya.
sebab utama, JPB pon aku rasa merepek, for sure AH pon sama kan.
itu adalah hipotesis aku sendiri.
dan ternyata ia BENAR!
yahoo!
nasib tiket murah.

Al-hijab mengisahkan rafael dapat tawaran berlakon.
tiada feel takut dan belajar tentang hijab dari mum gF dia.
then, ada mak cik yg tiba2 muncul bukakan hijab dia.
supaya dia dapat rasa takut.
dia minta tempoh utk buka hijab.
setelah takut untuk 1malam, dia maw jumpa mak cik tu tutup hijab.
ending, mak cik mati.
so, korg taw kan jalan cerita nya sekarang.
1jam 30minit yg sia2.

dengan ini aku menekankan, ini opinion aku.
ikut suka korg la maw minat ka apa.
ok?
:)

bintang?
for effort buat cerita melayu, aku bg 1.5 fr 5.
xkejam tapi terus terang.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~cerita melayu bukan genre aku~

Saturday, October 15, 2011

~Twitter oh Twitter~

adakah korg tahu, bandar kota kinabalu ada twitter?
i noe xlogik la bandar yg menulis n menjawab kan.
ada person behind that twitter acc.
nad dia xkena bayar pun untuk membuat akaun itu.

kalau korg pergi kk and sesat or maw cari tpt makan, cari hotel, ask the handler ja.
lupa mention that twitter acc.
search for @KKCity and follow it.
sangat membantu.

if mahu tahu pasal pakej travel around sabah pulaa, follow @BorneoTours.
traffic di kota kinabalu, @KKTraffic.
info tentang sabah, @SabahInfo.
dan yg sudah buat apps utk iphone, @My_sabah.

penyampai radio utk suriafm sabah, hitzkk pon ada.
just google, korg boleh jumpa lah.
:)

oleh itu, jom follow memfollow.
ok, bahasa yg hancur disitu.
kalau maw follow aku, sila search ikut suka korg.
haha!
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~basi!~

Friday, October 14, 2011

~Klip 3GP~

wehoo!
aku maw buat klip 3GP sendiri.
haha!

ok, back into the title.
aku tengok movie yg sumpah bodoh itu.
itulah tajuknya.

sorry mimie, ur acting bida.
zahiril adzim, as usual hensem.
dan aku baru sedar, sabhi sadhi yg bawa watak boyfee sandra time tengok teaser kat tv.

cerita nih about 3gp clip yg melambak dekat internet tu.
dat sex 3gp.
then, sorg jutawan siber mengaut keuntungan dengan klip2 yg diupload to website yg dia manage.
gigolo kl black mail sorg executive.
kaki skodeng upload vid2 skodeng dan jual pada penjual dvd lucah.
abg rogol adik, bunuh adik n boyfee.
sedikit cerita hantu, 3 pompuan maw p clubbing terjumpa hantu dekat jalan.
dan aku masih fikir, siapa sebenarnya hantu itu.
tapi, ending, jutawan mati.

ayat yg masih terngiang2 dalam kepala aku,
"Kenapa aku bunuh Eddie, sebab dia yang menyebabkan ramai mangsa seperti aku (Maya)"
ayat tuh maya yg cakap.
tapi yg bengapnya, siapa suruh buat 3gp.
if tiada org rakam, tiada mangsa rite?
so, disitu aku terasa kemerepekannya.
haha!

star?
xsanggup maw bagi ok.
sorry lah condemn cerita ni.
but, aku just express apa aku rasa sepanjang muvie ni.
lepas nih maw try buat 3gp.
ok, kidding.
:)

dan,jangan bawa anak tengok movie ni.
rosak akhlak.

tadi pun, hanya 11 orang yg tengok.
kesian.
midnight movie.
+ve, org xtgk cerita melayu tengah malam.

oleh itu, buat pilihan yg bijak, real steel or 3gp.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku benci 3gp~
ini updated post. :)

~Abduction~

aku bukan maw cerita pasal rancangan penculikan aku atau orang lain.
tiada orang teringin maw culik aku pon.
aku bukan siapa2.
eceh!

hero Abduction, Taylor Lautner.
si serigala jadian Twilight.
oh dem, kau memang hensem.
menguatkan lagi perasaan time aku maw tengok movie nih.
sanggup tengok sorg2 pula tu.
ish2.

aku tertunggu2 bila penculikan berlaku.
sebab aku xbaca sinopsis, jadi aku totally blank pasal movie nih.
ingatkan c Taylor yg jadi penculik, rupa2nya dia adalah mangsa penculikan.

sangat hensem bila part gado2 itu.

Taylor sebenarnya anak angkat kepada 2org ibu bapanya itu.
ekceli, selama 16tahun kot, dorg berlakon jadi parents Taylor.
dorg adalah CIA or FBI? aku lupa. 
2minggu lepas tengok movie ni.

then, time buat asgmnt dengan jiran yg dia suka, dia terfikir parents dia culik dia.
sebab ada lah 1website tu yg mungkin menunjukkan dia mangsa penculikan.
dipendekkan cerita, sebenarnya Taylor anak seorang yg menyimpan rahsia penting kerajaan.
dia kena diperhatikan dan dijaga rapi sepanjang hidup.
orang jahat maw bunuh dia, supaya bapa dia menyerah.
dan ada org dlm agensi yg korup.

ending, dia xsempat pon jumpa bapa dia.
tapi dia dapat bercinta dgn jiran yg dia suka.

star? 
sebab taylor hensem aku bagi 3.5 fr 5.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~blurgh!~



Saturday, October 8, 2011

~Three Musketeers~

aku tengok 3D.
sumpah pening.

aku semangat pergi tengok movie nih time 1st day keluar sebab hero hensem.
malas maw sebut, korg mesti taw kan.
:)

movie nih pasal musketeers.
tiga orang, Athos, Aramis n Porthos.
dan tambah sorg lagi, d'Artagnan.

banyak action.
bunuh2, lawan pedang, lompat sana, lompat sini.

permulaan cerita, 3 musketeers yg aku sebut di awal tuh mencuri pelan kapal udara.
lepas tuh kena betray oleh Milady yg bagi kepada Bunkingham.
then, dorg semakin meningkat tua, d'artagnan muncul.
ada skandal2, misi selepas itu mencuri berlian permaisuri perancis.
mereka berjaya.
ending, happy ever after.

aku malas maw cerita semua.
ada lagi, tapi nanti tiada apa korg maw tgk di cinema pula.
haha!

star?
aku sanggup bagi 3.5 fr 5.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk~

Friday, October 7, 2011

~Troll Hunter~

ini tajuk movie.
movie yg tidak patut ditonton.
ok, itu pendapat aku.

mesti org heran, kenapa ada orang tengok muvie nih.
aku xbaca sinopsis.
pergi cinema, beli tiket, duduk dan mahu enjoy.
dan malangnya, movie nih serius xseronok.

movie kununnya berasaskan video yg dirakam.
so, mmg kelam kabut.
sekejap ke atas, sekejap camera ke bawah.
org kununnya bawa berlari.
serius buhsan.

movie nih mmg tentang tiga sekawan yg mahu buat rakaman tentang pemburu Bear.
rupa2nya dia bukan buru beruang, itu hanya lakonan.
Hans memburu raksasa.
tiga sekawan ni ambil bahagian sbb maw reveal sisi kerajaan yg jahat.

untuk memburu raksasa, tidak boleh percaya pada Tuhan.
tidak boleh mainkan lagu berasaskan ketuhanan.
so, ini yg membuatkan movie nih nampak merepek.

ending, ada sorg mati dalam krew itu.
sorg lagi kena penyakit anjing gila.

aku xsyorkan korg tengok.
lagi2 mereka yg berada di tanah semenanjung.

sekian.

diam!

.:END:.

~siapa yg maw gugel picca aku nih?~

Saturday, October 1, 2011

~Dream House~

ini adalah tajuk movie.
bukan karangan 'Rumah Impian Saya'
:)

aku tengok movie ni.
secara nekad.
tanpa baca review.
tengok poster macam cerita hantu.
kunun2 maw buktikan diri berani tengok sorg2.
haha!

dipendekkan cerita, mari aku sinopsis kan movie ni.
mengisahkan tentang sebuah rumah yg menjadi idaman si bapa.
menjadi tempat tinggal 4 beranak, ibu, bapa, 2org anak perempuan.
tiba2, 3 drpd mereka mati.
jeng2. siapa hidup?
si bapa dan pada permulaannya si bapa dituduh sebagai pembunuh.
apabila tiada bukti, si bapa dibebaskan.

ciri2 mistik timbul apabila, Will Atenton tiba2 sedar bahawa dialah si bapa yg membunuh keluarganya dan nama sebenarnya Peter Ward.
ok, saya sudah buat anda bingung.
haha.

untuk menjadi kurang bingung, sila tengok sendiri ok?
aku sudah xberapa pandai mereview.
dan movie ini mengajar aku untuk mengasah pemikiran yg semakin kusut.
:)

oleh itu, acara memberi bintang.
dari 5, aku sanggup bagi 3.
sebab aku benci cerita yg suruh aku berfikir.
haha!

sekian.

diam!

.:END:.

~screw me!~

~Bini-biniku Gengster~

cerita yang dibintangi Yana Shamsudin, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sebagai pelakon utama.

kalau korg maw baca sinopsis, banyak kat blog lain.
aku malas maw cerita.
sebab sama ja dorg tulis dgn apa yg aku tulis.

tapi, untuk menghilangkan saspen, last2 hero ada 3bini.
haha!
untuk full story, sila tengok sendiri.

movie nih ok.
tidak terlalu teruk, tidak terlalu baik untuk aku.
sebab nilai murni yg aku dapat tangkap dalam cerita ni, jangan biadap dengan suami.
dengar kata orang tua.
dan?
tiada lagi yg dapat difikirkan.

bukan mahu menghentam ckp movie ni xbest.
tapi, cerita dia hanya untuk ketawa begitu2 ja.
ok, im making all of u confused.
lets end this entry, the star fr me, half fr 5.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~a.k.u~

Tuesday, September 20, 2011

~improved!~


saya tengah menjadi terlebih kagum dengan blogspot nih.
eh, bila masa pula guna saya nih.
geli.

ok, back to cerita tadi.
aku terkagum tengok blogger new interface.
for sure benda nih suda lama kan?
aku ja baru taw kan?
booo! boooo! booo!

anyway, aku merepek sekejap  ja.
tiada picca maw dikongsi.
sebab line xmenyebelahi aku utk grab picca from album raya adikku.
igt maw share.
perasan ada org maw tengok ba.
phui!

apa2 pun, tahniah kepada Suami Norazura Dahlot dan Isteri Muhaymin Rasid sebab dah kahwin last week.
16september to be exact.
minta maaf sebab xdapat datang.
anak buah maw manja2 ngn aku.

kalau majlis kelantan aku dapat pergi, aku bagitaw.
:)

oleh itu, cukuplah di sini aku merepek.

sekian.
diam!

.:END:.


~aku benci btol dengan org mcm kau!~

Wednesday, August 24, 2011

~230811~

€lately, my blog kinda bored rite?
enuf said, its totally bored n dull.
no cheerful entry like those in d back days.

aiseh, apa macam bida btol english aku tuh.
haha!
ignore it.

apa2 pun, mmg aku akui blog sudah kekurangan info menarik.
aku jarang tengok muvie.
jarang keluar makan.
jarang melakukan aktiviti menarik.
akibat stress dalaman yg merunsingkan empunya diri.
:)

oleh itu, follower yg tersayang, sabar dengan kerenah aku ok.
maybe, ill update if aku ada sedikit aktiviti.

btw, zookeeper awesome!
wpn plot agak boring, tapi haiwan2 tuh so adorable.
nantilah tulis sinopsis, bila dpt skrin besar.
sakit tgn type guna bb.

sekian.

diam!

.:end:.

Friday, August 19, 2011

~Corner's Burger~

entri ini tentang burger.
bukan burger mcD.
bukan burger KFC.
mahupun burger2 Fast Food chain yg lain.

Corner's Burger hanyalah sebuah gerai burger.
terletak di Putatan.
dan untuk pengetahuan korg, tempat ini sangat jauh dari rumah aku.
dan aku sanggup pergi hampir setiap malam.

sebab utama aku suka burger dekat sini ialah murah dan sedap.
kedudukan tepat gerai nih sebaris Golden City supermarket Putatan.
bersebelahan dengan Giant Putatan.
berhampiran dengan kedai makan.
if korg masih xtaw, sila tweet aku atau msg ja d hp.
haha!

harga untuk burger biasa, RM2.80.
burger special iaitu ayam dibalut telur bernilai, RM3.30.
burger special + cheese, RM4.30.
burger double+cheese, RM5.30.
banjo, rm2.30.
harga burger double special, aku lupa. :p

dan satu sebab lagi aku suka burger nih kerana cara penyediaan yang TERLALU RAPI.
sayur dipotong halus.
cara packaging dat better than mcD.
telur yg tidak terlalu tebal dan nipis.
sayur yg fresh.
dan pembuatnya PEMBERSIH.
:)

ok lah, xpayah puji lebih2 sangat.
sila tengok picca di bawah.
yang nih ja aku jumpa dalam memori hp.
:)



sekian.

diam!

.:END:.

~lapar burger abg RApi~

~blank~

fill in the blank.

sorry sebab lama xupdate.
aku taw blog xpemes nih teda visitor tetap pon.
sebab tiada apa yg menarik tentang hidup aku.

anyway, aku mengalami ribut taufan dalam hidup.
dunno wat to do.
dunno how to act.
dunno wat to think.
conc, aku xtaw apa maw jadi dengan hidup.

maybe, i shud start a fresh new life.
delete semua memori dulu.
make a new memory.

and, sorry untuk org2 yang menyayangi aku.
aku xdapat fulfill apa yg mereka mahukan.
sebab utama, hidup aku macam tiada hala tuju yang betul.
bukan tiada, tapi aku xmaw ikut path yg mula2 aku pilih.

sumpah, now mmg terlalu lambat maw sedar.
if aku sedar awal2, semua nih xkan terjadi.

aku minta maaf sangat2.
aku xmenipu di sini.

aku akan isi form.
hantar form.
isi form lain.
hantar form lain.

aku xtaw macam mana maw cakap direct.
sebab aku xberapa kuat utk face benda nih.
ok, aku mmg loser.

sekian.

diam!

.:END:.

~aku rasa bersalah dan minta maaf lagi sekali~


Wednesday, August 3, 2011

~tiket KTM dan Bas~

tiket kereta api tanah melayu (ktm) ke pantai timur pada 26-29 ogos 2011 habis dijual.

tiket bas pula boleh dibeli secara dalam talian, e-ticketing.my
ini utk mengelakkan kesesakan di kaunter bas dan ulat tiket.
:)

dan tiket flight masih dijual oleh semua syarikat penerbangan.
yang berbaloi dan murah is fireflyz.
airasia sgt bnyk kos.
sikit2 mesti bayar.
beg, makan, infront man kt dpn tpt boarding yg kerek.

krng pahala puasa.

sekian.

diam!

.:end:.

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey