Friday, July 8, 2011

~Trip to Kelantan~

mari kita bercerita tentang route untuk ke Kelantan.
untuk makluman semua, aku orang Sabah.
dan xsalah kiranya memberi info utk ke Kelantan.
:)

Route pertama menggunakan Lebuhraya Pantai Timur.
Perjalanan dari Shah Alam.
melalui Lebuhraya Damansara-Puchong, Keluar ikut Susur Subang Jaya.
tol 2 x Rm1.60.

Masuk Tol Gombak, RM 5.
Tol lagi satu sebelum tuh aku lupa, RM2.

Straight ke Kuantan dan singgah di sana sebab adik2 mahu tengok bandar Kuantan.
Tol, Rm19.60.

Dan dari Kuantan ke Kota Bharu melalui Terengganu (Kemaman, Kuala Berang).

Perjalanan mengambil masa hampir 9jam, dengan pemberhentian sebanyak 3kali untuk makan dan mengisi minyak.
Jalan tidak berliku2.
kurang kenderaan, tetapi persekitaran membosankan.
:)

Route Kedua: Kembali Ke Shah Alam melalui Gua Musang.
Dari Kota Bharu cari jalan ke Kuala Krai dahulu.
then, cari jalan ke Gua Musang.
dan straight ke Gombak.

tol hanyalah rm 5.

perjalanan mengambil masa kurang 7jam dengan pemberhentian sebanyak 3 kali untuk mengisi minyak, mengada2 mahu gemukkan badan dan lain2.

route kedua agak mencabar kerana banyak selekoh tajam dan kawasan kemalangan.
tidak kurang dengan Bas2 yg serupa mahu berlumba di Jalan Raya.
tapi, kami selamat sampai ke destinasi.
kelebihan route kedua, kurang tol, menjimatkan masa.

oleh itu, aku menyarakan route kedua untuk siapa yg mahu cepat.
untuk yg mahu bersiar2 ikut lah LPT.
:)

dan ada juga route ke3, melalui Simpang Pulai.
nanti aku akan share if aku berpeluang memandu ke sana.

sekian.

diam!

.:END:.

~oh crap!

2 kOmentar:

farhana said...

Gambar???

~miszirdawaty~ said...

cik farhana: haha! picca laen kali eh, xde kat i, kt adek~
:)

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey