Monday, December 12, 2011

~Cinta Kontrak~

eh, jangan salah sangka dengan tajuk ni.
bukannya aku kena paksa dengan parents kawen kontrak pon.
ini tajuk novel.
Cinta Kontrak by Nurul Ain Syuhada.

last week time kat MPH Bukit raja, rank no 2 novel paling popular.
yg no 1 tentu n pastilah Ombak Rindu yg jadi kegilaan.
dan tiada pun buku tuh atas rak ni.
haha!

mari aku cerita sikit pasal novel ni ah.
aku rasa novel ni ala2 catatan harian si Nur Alia Airysha, watak utama novel ni.
dia luah segala apa yg berlaku dlm hidup dia dalam diari kesayangan.
mula2, dia ni hidup miskin di samping adik beradik, tiba2 tuah jatuh bergolek bila kakak dia kawen dgn sorg laki yg mmg suka dia dari dulu.
dan dia terpaksa kahwin dgn Danial Franz yg mmg terjatuh cinta pandang pertama dgn Alia.

dipendekkan cerita, Danial ada buat kontrak bodoh dan Alia sign. tapi malam pertama sudah p kasi hancur tuh kontrak.
ada konflik2 sikit bila lelaki idaman Alia, Farhan terjumpa di Uni dan gaduh2 laki bini, cemburu2, dan banyak lagi.

endingnya, tentulah Alia dan Danial bahagia.
mereka xbercerai walaupun banyak dugaan.

novel ni ada ciri alim2 sket.
sebabnya watak Alia dan keluarganya digambarkan cukup prihatin dgn soal agama.
alia bertudung labuh dan berstokin n berbaju besar.
manakala, watak Danial semestinya jejaka idaman Malaya berwajah campuran perancis tetapi tidak hanyut dengan budaya barat.
eh.

novel ni serius lutchu.
aku xrasa sedih pun baca novel nih.
sesuai untuk anak2 baca, tapi pastikan anak2 anda betul2 free dan tidur dengan cukup.
jangan terlalu concentrate baca novel ni.
haha!

utk tidak lebih merepek, aku stop sini.
malas bagi bintang, sebab lain orang lain citarasanya kan?
aku mungkin suka, tapi mungkin juga orang lain benci.

sekian.

diam!

.:END:.

~gemuks!~


0 kOmentar:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey