Wednesday, December 14, 2011

~Pajeri Nenas~

betul kah tidak ejaan tu?
dan aku dengan berlagaknya assume betul. 
haha!

disebabkan aku mempunyai hobi yang baru, mari aku share resipi untuk Pajeri.
dan untuk pengetahuan semua aku xmakan masakan nih.
ini adalah masakan paksaan dari adik aku.
haha!

Bahan2:
3 ulas bawang merah
2ulas bawang putih.
2cm halia.
1 genggam udang kering (ditumbuk)
3 sudu besar serbuk kari.
1/2 cawan santan pekat.
1 sudu besar gula.
sedikit garam.
10 ketul nenas yg dipotong kecil.

 Cara membuatnya:

1. Tumis segala jenis bawang bersama2 dengan udang kering sehingga menjadi kekuningan.
2. Campurkan serbuk kari ke dalam 1 cawan air dan tuang ke dalam kuali.
3. Tuangkan santan, gula, garam dan nenas.
4. Masak sehingga anda puas hati dengan rasa dan rupanya.
5. Hidang kepada orang yg tersayang. :)

Di bawah ni hasil yang aku dapat.
aku buat ikut sedap aku ja.
malas lah pakai bunga lawang, cengkih, kerisik tu.
aku xberkenan.
asalkan adik2 aku kenyang.


sekian.

diam!

.:END:.

~kita enjoy!~

0 kOmentar:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey