Friday, February 10, 2012

~Bujang Terlajak~

bujang terlajak adalah definisi untuk seorang lelaki yg terlambat mendirikan rumah tangga.
had umur untuk mereka yg terlajak aku kurang pasti.
mungkin 35 tahun ke atas atau 30tahun ke atas?
oh, aku ambil yg 1st one sbb kejam sangat kalau 30.
haha.

sebenarnya aku bukan maw cerita pasal lelaki bujang terlajak yg meminati aku.
mahupun yg ingin mengahwini aku.
aku maw cerita pasal movie.
iya, movie yg telah ditayangkan di pawagam berhampiran hampir 3minggu.
dan aku baru menontonnya TADI!
booo!

ekceli, kami adik beradik maw tengok cerita lain.
tapi, terlepas waktu.
haih.

diteruskan dgn sinopsis movie ini.
3watak bujang terlajak, Saiful, Nabil dan Johan.
watak perempuan yg dikejar, Puteri. eh, bukan aku, lakonan Fazura.
haha.

dipendekkan cerita, 3lelaki itu berebut untuk mendapatkan cinta Puteri dan berusaha bermacam2 sehingga sanggup menjadi si Buta, Pekak, Bisu.
ini kerana bapa Puteri ckp anaknya mencari jodoh seperti dia.
setelah mengharungi beberapa rintangan, akhirnya mereka kantoi menipu kerana adik angkat Puteri telah merakam aksi mereka menggunakan video kamera.
dan endingnya, sila teka sendiri siapa dapat Puteri.
:)

cerita ini sesuai untuk tontotan seisi keluarga.
bagi aku, cerita ni boleh membuatkan aku ketawa sedikit demi sedikit.
bukan kerana lutchu, hanya sebab aku tengok orang sekeliling ketawa.
terutama adik2 aku.
haha.

cerita ini mengajar kita supaya jangan menipu untuk mendapatkan sesuatu.
berterus terang apabila anda berhadapan dengan apa yg anda suka.
dan jangan mempermainkan kelemahan atau kekurangan fizikal orang lain.

aku sanggup bagi half from 5 star untuk cerita ini.
dan aku mmg bukan peminat setia cerita melayu.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai!~

2 kOmentar:

ainShahajar said...

pulak.. macam tak best langsung jalan cerita dia ni

~miszirdawaty~ said...

ain: sumpah xbest! +_-

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey