Sunday, February 5, 2012

~Sairah Express~

kali ini aku maw cerita pasal perkhidmatan bas.
syarikat yg terpilih adalah SAIRAH Express.

untuk makluman semua, harga tiket bas ke Sandakan telah meningkat ke RM43 sehala.
so, pergi balik RM86 la kan.

berbalik kepada tajuk di atas, aku telah merasai pengalaman menaiki bas Sairah yg sangat mengujakan diri.
jika anda membeli tiket di kaunter, sila pastikan tiket anda BUKAN berwarna MERAH kerana tiket MERAH adalah bas tambahan yg servis nya sgt membanggakan.

perjalanan kali ini berdua dengan mak cik aku.
oleh itu, tidak lah bosan sangat.
dipendekkan cerita, kami memilih bas yg bertolak pada 3 petang.
guess what, penjual tiket tukar waktu tu ke 3.30pm pula.
boleh sabar lagi sebab bas belum sampai.
yg menaikkan suhu badan aku bila bas sampai 4.15pm.
sila kira sendiri kelambatan bas itu.

untuk menyedapkan hati, aku tengok bas tu.
wah, best juga bas ni lawa.
dan, suhu naik balik bila bas kami tu BURUK!
bas tambahan yg seperti bas berhenti2 di kawasan likas.
ok, itu adalah anggapan aku.

kami telah memilih tempat duduk terbaik ketika membeli tiket.
dan satu lagi kejutan menaikkan suhu apabila tempat duduk aku bersebelahan dgn TANDAS dan bau brek serta enjin yg menusuk2 rongga hidung.

mak cik aku cuba untuk menyedapkan hati aku untuk berlawak.
dan akhirnya kami xketawa.
haaha!
aku cuba tidur. 
dan buat pertama kali dalam sejarah, aku TIDAK tidur dalam bas.

selepas berhenti rehat di Ranau, perjalanan diteruskan.
waktu itu, 730pm.

selepas beberapa lama, iaitu tepat 830pm, bas tiba2 berhenti di tepi jalan 5km dari Telupid.
dlm fikiran aku, mungkin ada org maw turun.
tapi, rupa2nya bas sudah berasap.
kami terkandas kira 1jam lebih.
kiranya, kalau bas 6pm dari KK suda sampai p sandakan waktu kami terkandas.
dan aku perasan bas Tung Ma, 6 pm limpas tpt kejadian.

untuk lebih menarik, bas pun bergerak kembali apabila jam hampir 10lbey.
hebat sangat.
dan akhirnya kami sampai ke stesen bas Sandakan pada 115am.
sila kira sendiri berapa lama aku duduk dalam bas.
dan kami sampai bersama2 bas Tung Ma, 8pm.
terlalu HEBAT perkhidmatan bas SAIRAH.

selepas ni, sumpah aku xkan naik bas korg!

malas tulis lagi.

sekian.

diam!

.:END:.

~pengalaman pertama terburuk 2012~



3 kOmentar:

ainShahajar said...

ler.. mesti banyak hutang tu. sebab still teruskan jugak walau teruk.

Tuberosa said...

rasanya suda hampir 10 thn kakak nda naik bas ke sdkn..sejak dpt lesen sentiasa jd driver..anyway klu bas xpress ni mmg kakak pilih Tung Ma la..sejak dr pertama kali diorang beroperasi..nanti kakak cerita pjalanan kami dr Semporna ke KK yg sepatunya mengambil masa paling lama pun 10jam..tapi suda jadi 23 jam..hehe ;p

~miszirdawaty~ said...

Ain: aku pun xtaw nak ckp cmne. Kecewa tahap kronik dgn bas itu.

Kak kmie: lagi hebat kaka ah. Bah, nt ku baca belog kaka kalau sudah update. Eh! :)

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey