Tuesday, June 26, 2012

~Ori Thai Tom Yam~

ini entri tentang kedai makan lagi.
wehoo!

restoran ini terletak di Taman Putera Jaya, Menggatal, Sabah.
berhadapan dengan cosway.
dan berada di tepi jalan.
kedai paling hujung.
sign board kaler hitam putih.
:)

aku dan babu jah pg kedai ni kerana terlalu lapar.
eh bukan.
sebab maw try tom yam.
kakak ipar aku cakap sedap sangat.

meja agak melekit.
tapi, servis memang laju.
order cepat, hantar food cepat.

sila tengok di bawah apa yang kami makan hari tu.
haha.


Kailan Ikan Masin [RM5.00]

aku xtaw rasanya.
sebab aku xpandai makan sayur.
babu jah habiskan semua.
kesian.

Ice Lemon Tea. [RM2.50]

kurang gula.
tidak apa.
kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.
tapi mahal kan 2hengget stgh?

Jus Tembikai Large [RM5.50]

nasib baik rasa juga buah tembikainya dan bukan air gula semata2.
eh, ini akir bu jah.
:)

Nasi Goreng Thai. [RM5.50]

babu jah cakap sangat pedas.
nasib baik xminta request tambah pedas.
haha.


Tom Yam Campur [RM7.50]

bukan taste aku.
rasanya boleh tahan seja.
tidak terlalu sedap.
udang mini size ada 2, sotong ada 3 potong.
ayam ada 6 ketul dan tiada daging.
terlalu banyak sampah2 tu.
eh.

Nasi Goreng Pattaya [Rm5.50]

boleh tahan.
tapi aku rasa macam telur yang digunakan tidak fresh.
eh, pandai pula aku beza kan.
ada rasa something yang macam tidak enak.
-_-

Telur Bistik [RM5.00]

ini bukanlah bistik yang aku bayangkan.
ini adalah sesuatu yang berbeza dengan bistik semenanjung.
hanyalah telur dadar goreng yang dimasak  masam manis.
mungkin sepatutnya tukar, Telur Dadar Masak Masam Manis.
haih.

Yong Tau Foo [RM5.00]

ekceli harganya 2 pcs RM1.
ambil 10 pcs, kena charge RM5.
kuahnya tidak sedap.
terlalu cair.
isk.

sila jangan heran terlalu banyak yang kami makan.
kami melantak.
dan total cost untuk petang itu RM41.50.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai! gendut!~

2 kOmentar:

farhana said...

Harga makanan standard. tapi harga air macam over pulak.

~miszirdawaty~ said...

paan: hehe!
itulah, mencekik kan harga air tu, :)

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey