Tuesday, June 12, 2012

~Piranha 3DD~

sumpah ini sambungan dari movie Piranha back 2 years.
entri pasal cerita tu ada sini.

dan kagumnya, aku tengok cerita piranha ni 3D.
ok, sangat tidak seronok sebab membuatkan mata aku gatal dan berair serta mencetuskan kepeningan.
haha.
ayat over.

berbalik kepada cerita tu.
Piranha kali ni tetap dengan ikan piranha pembunuh tu.
kali ni ia berlaku di taman tema, xsilap namanya Wilderness Waters.
watak utama, Maddy kononnya seorang pakar biologi Marin.
ekceli taman tema tu kepunyaan ayah tiri dia, Chet yang merevolusikan taman tu utk tarikan umum dgn menggunakan perempuan seksi sebagai penyelamat.
dipendekkan cerita, Barry suka Maddy dan berusaha menambat hatinya tapi ada Josh yang potong jalan sebab agak hensem dan tinggi.

dalam movie ni, ikan Piranha telah try berubah dgn dapat memecahkan keluli yang kuat dan menembusinya untuk mendapatkan makanan.
ikan2 piranha ni menyerang taman tema air dengan masuk melalui saluran paip haram yang dibuat oleh Chet.
ia membunuh ramai orang time hari pembukaan semula taman tema ini.
kesimpulannya, banyak orang mati.
watak utama mati atau tidak, korang pergi tengok sendiri.
haha.

tetapi, macam biasa cerita ini melibatkan terlalu banyak darah.
macam maw menangis aku dalam cinema tengok benda ni.
nasib baik xmuntah.
fuh.
semakin berjaya mengawal kemualan terhadap darah.
yay.

cerita ini untuk mereka 18tahun ke atas.
ibu bapa jangan lah berfikir maw bawa anak2 kecil tengok.
terlalu banyak pendedahan kulit seorang wanita dan perkataan luncah serta perlakuan luncah yang terlibat.
eh.

dan cerita ini hanya 1jam 21minit.
sangat lah sekejap.
isk.

bintang?
aku bagi 3 from 5.
terlalu banyak darah membuatkan aku minus 2 star.
haha.

oleh itu, sesiapa yg berumur 18tahun ke atas yg maw tengok movie ni, silakan ke cinema berhampiran.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~ohoi!~




2 kOmentar:

farhana said...

Kalau xbnyk darah, best la ya cite ni?
Tp seksi meksi sgt...

~miszirdawaty~ said...

paan: a'ah. best la jadinya.
eh, memang seksi habis. time puasa lelaki xboleh tengok ni. haha!

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey