Monday, July 2, 2012

~Aku, Kau dan Dia~

minggu lepas aku layan movie melayu semuanya.
fuh.
kagum dengan diri.
ini gara2 dipaksa bu dech dan aku memang pergi ja sebab tiada movie english yang terbaru.

movie ni pasal Mia yang kehilangan tunangnya, Han dan akhirnya terjumpa seorang yang baru iaitu Izlan.
Izlan digambarkan sebagai seorang yang baik, romantik dan sangat sayangkan Mia dan berusaha untuk menarik hati Mia.
manakala, Han, tunang yang mati dilanggar ketika mahu membantu seseorang melintas jalan juga seorang yang romantik dan telah mengubah lagu untuk Mia.

dipendekkan cerita, sebenarnya Izlan adalah khayalan Mia dan Han memang mati.
Izlan adalah Haris di dunia nyata.
dan mereka semua gembira.

sebenarnya cerita ni buat aku konfius.
setelah berfikir selama 2 hari, barulah otak aku dapat mencerna segala cerita itu.
kesian betul.
haha.

adegan berbaju putih itu agak suhwit.
seperti kata dech, kalau ada lelaki kasi buat ni, cair abis.
eh.

aku suka bila adik Mia panggil dia Gemik.
itu adalah kata lain bagi Gemuk.

dalam cerita ni Harun Salim Bachik jadi seorang bapa iaitu daddy Mia.
maigad, aku xboleh bayang dia serius.
tapi dalam movie ni dia serius.
dan itu buat aku rasa lutchu.
eh.

bintang untuk cerita ni hanyalah 2.
aku tapaham bah.
kesian ni.
siapa2 dapat kasi faham aku, mungkin akan tolong naikkan star itu.

kesimpulannya, seperti yang aku tulis di muka buku, eloklah kiranya cerita ini ditonton oleh sepasang suami isteri dan bukan kekasih.
aiseh.

sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

0 kOmentar:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey