Sunday, August 5, 2012

~Program Ihya Ramadhan Aman Palestin dan KYS~

seperti yang aku pernah story di entry yang lalu, program ni berjalan lancar.
dan aku xberkesempatan untuk mendengar talk Farah Adeeba di Wisma Wanita tu.
itu kerana aku tiada transport.
kesian.

dipendekkan cerita, HCS berpeluang untuk pergi ke Majlis Berbuka Puasa Program Ihya Ramadhan Aman Palestin dan KYS bersama Puan Farah Adeeba.
terima kasih kepada Puan presiden sebab bagi kami peluang untuk bersama-sama dalam program ni.
<3 p="p">


majlis start around 5pm kot.
majlis ni untuk mengumpul dana untuk membina semula masjid Al-Qassa di Palestin.
dianjurkan bersama Aman Palestin cawangan Sabah dan KYS.

pengisian program adalah tayangan video oleh ustaz that i cant remember his name.
dia akhirnya berpeluang ke Gaza setelah mencuba sebanyak 3 kali.
time beliau menunjukkan video tu, memang rasa sedih yang amat.
kita di sini bahagia dengan keamanan yang dicapai.
tetapi di Palestin, tiada istilah itu.
sedih oi!

dan sedikit talk from Puan Farah Adeeba, ikon Aman Palestin.
beliau berkongsi sedikit pengalamannya semasa di Gaza.
bagaimana hidup orang di sana.
bagaimana dia membawa anak lelakinya di sana.
dan berkongsi bagaimana semangat kental orang di sana.

dipendekkan cerita, after buka puasa dengan kuih muih dan kurma serta air, kami semua solat Maghrib berjemaah.
eh, kaum lelaki ja sempat jemaah, kaum perempuan tidak berpeluang sebab ruang yang sedikit dalam bilik tu dan membataskan pergerakan semua orang.
isk.

after tu barulah kami makan nasi dan semuanya.
dan berpeluang beramah mesra dengan Farah Adeeba.
wehoo!

tahukah anda, kita boleh menderma melalui SMS untuk rakyat Palestin?
misi Aman Palestin adalah untuk menghantar sekurang-kurangnya 100k sebulan untuk rakyat Palestin.
marilah kita menjayakannya.
setakat RM10 sebulan, xluak pun duit kan?
:)

kita boleh menaip SMS seperti berikut,
PALESTIN 10/5/3/1
Hantar ke 39111.

mudah kan?
dari kita undi peserta mentor or AF tu, baik lagi kita menderma dan beramal.
hihi.


di bawah adalah picca HCS sisters with Farah Adeeba.
sila tengok dan jangan kutuk.
aku <3 mereka.="mereka." p="p">
dan picca ni aku ambil dari kakak Aima
:)





sekian.

diam!

.:END:.

~berpeluang untuk beramal~

0 kOmentar:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey