Monday, December 10, 2012

~Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012~

entri kali ini berkaitan dengan perjalanan yang telah aku tempuhi.
ceh, macam diari pula kan.
haha.
abaikan.
aku agak kurang sihat sekarang. 
:)

kali ini aku maw cerita pasal event seperti tajuk di atas.
Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012.
7 hingga 11 Disember 2012.
bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2.
10 pagi hingga 10 malam.

boleh tengok bunting di bawah ni.
:)


terdapat banyak aktiviti yang dijalankan di sini.
ada jualan barangan makanan tempatan.
seperti barangan keluaran agromas, hasil tani FAMA dan banyak buah-buahan tempatan.

selain itu, ada juga sudut Petting Zoo Arnab.
di sudut ini, kanak2 diberi peluang untuk mendekati arnab ini dan boleh memegangnya.
mereka juga boleh menjadikan haiwan2 ini sebagai haiwan peliharaan.
bayaran untuk itu aku kurang pasti.


terdapat juga gerai pameran dari FAMA dan agensi yg terlibat dengan hasil tani ni.
ada bibit tarap.
ada tanaman hidroponik.
ada jus buah naga.
dan bermacam2 lagi bahan pameran.

selain itu, terdapat juga ruang untuk makan Durian, Manggis dan Rambutan sepuas hati.
hanya perlu membayar RM15 untuk dewasa, kanak-kanak 6 hingga 12 tahun, RM10 dan kanak-kanak dibawah 6 tahun RM5.
berbaloi2.

kalau xmaw makan di sana, anda boleh bawa balik.
ada gerai jualan buah.
tadi kami dapat 5 kilo rambutan dengan harga RM10.
buah durian dan yang lain-lain kami xpandang.
sebab sudah kenyang makan di Bangi.
:)

itu seja maw update.


sekian.

diam!

.:END:.

~am coughing all the time~

0 kOmentar:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey