Tuesday, December 4, 2012

~Warung Mak Anjang Tanjung Dawai~

itu nama restoran.
eh, ka gerai?
tapi lebih sesuai dipanggil restoran walaupun namanya warung.
hihi.

dipendekkan cerita, time ke Kedah beberapa hari yang lepas, aku telah ke restoran ini demi makanan sedap.
ekceli, kakak senior @ kak mod yang maw merasa sotong bakar di Tanjung Dawai.
untuk mereka yg tidak tahu, Tanjung Dawai terletak di negeri Kedah.

setelah kak mod melakukan research di internet, memang sotong bakar yang nampak menyelerakan.
dan kami pun tercari2 gerai yang menyediakan hidangan ini.
ketika di rumah kak ain [kenduri kahwin], kami ada bercerita dgn pasangan suami isteri ni, dorg suggest pergi di Arked Tg Dawai dan cari gerai hujung no 5 katanya.

setelah berhempas pulas mencari kedai tersebut, akhirnya kami menemui kekecewaan.
haha.
ayat tah apa2.

dan orang di sana suggest pula restoran di atas.
dan akhirnya kami makan di situ.

kami pilih Sotong Bakar, Sotong goreng tepung, half Ikan masak masam manis + half Ikan Bakar dan sayur kailan ikan masin kot.
minta maaf.
tiada gambar di entri ini.

komen aku:
1) sotong bakar dan ikan bakar itu agak sedap.
2) Ikan masak masam manis xsedap sebab kuah nya tu ready made. tidak panas langsung. seperti makan ikan goreng curah kuah.
3) sotong goreng tepung rasanya seperti CEKODOK! sumpah tidak sedap.
4) jangan minta air sejuk. aku makan ais nya dan esok harinya aku merana di dalam tandas.
5) kebersihan kedai berada di tahap antara sederhana dan kotor. sila faham maksud tersirat. eh.
6) makanan laut tidak fresh seperti di sabah. isk. am missing home. haha.

aku rasa itu sahaja yang aku maw tulis.
total lost time tu plus air minuman adalah hampir RM60.
maybe kami patut makan di tempat lain.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~aku belum tidur!~

2 kOmentar:

Uchi kay-f @hmad said...

uik jauhnya kedah tue...

~miszirdawaty~ said...

encek kf: haha! org drive, kita ikut ja. :)

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey