Tuesday, February 28, 2012

~Hantu Dalam Botol Kicap~

lagi2 movie melayu aku tengok.
haha.
ini semua sebab adik aku.
semangat maw tengok.
dan ada kawan dia cakap best.
so, kami pun menonton di cinema last2 week.
:)

ceritanya mudah.
3beradik dihantar ke kampung gara2 parents dia ada kerja.
mereka dijaga oleh nenek mereka yg merupakan penangkap hantu.
bilik selempang merah menempatkan banyak hantu dan adik bongsu, Epul yg gatal tangan memecahkan botol kicap gara2 membaca buku magic nya.
dipendekkan cerita, nenek dorg selamatkan dorg dari hantu2 botol kicap itu.
mereka gembira sehingga akhir cerita.

movie ni more to lawak dan bukan cerita hantu.
bukan riak, tiada pun menakutkan cerita ni.
adik2 aku ketawa memecahkan panggung, tapi aku xterkesan pun lawak tu.
oh, riak lagi.
bagi aku bosan, tapi org yg suka lawak yg xmencapai kepintaran akal ni boleh terhibur.
haha.

bintang?
sama taraf dgn ombak rindu.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~aku maw review makan, tapi malas!~

Monday, February 27, 2012

~penat~

otak penat.
badan penat.
tekak penat.

eh, pasal tekak tu silap.
haha!

kesimpulannya, aku penat.

sekian.

diam!

.:END:.

~pending!~

Wednesday, February 22, 2012

~210212~

malam ni aku susah maw tidur sebab berada di dalam kondisi sakit hati.
sakit hati membawa kepada ketidak stabilan emosi.

aku akan beritahu kenapa kesakitan hati melanda.

ceritanya begini, disuatu malam yg suram.
aku sudah mengantuk.
dan tiba2 ada seorang manusia mengomen foursquare dan bertanya tentang bbm aku.
aku memberitahu dia bahawa aku tidak memadam dia dari senarai bbm pun.
oleh itu, langkah yg aku kira bijak ketika itu, aku pun bbm dia.

dan setelah beberapa rangkap bbm, dia mengatakan dia maw pergi berak.
oh, kurang sopan sedikit penggunaan perkataan di situ.
sorry.
 dan, aku kiranya ingin berjenaka dengan menggunakan perkataan, 'yala2, syuh2'.

mungkin agak kasar pada pandangan mata atau telinga dia.
eh, itu hanya bbm, tiada penggunaan suara.
jadi, aku rasa lembut sedikit.

tiba2, dia pun mengeluarkan perkataan yg kurang enak dibaca.
seperti di bawah.
begitulah gaya orang kaya2, tidak pandai berbudi bahasa.
ingat binatang ka maw dicakap2 begitu.

disebabkan aku agak mengantuk dan mudah marah, aku pun terus menulis seperti di bawah.
terima kasih sebab sudi bersahabat dengan saya.
mungkin kita xboleh bersahabat sebab begitu deskripsi ko terhadap sa.
saya bukan orang KAYA dan minta maaf jika ko terasa dgn ayat sa tu.

seterusnya, aku terus delete dia dari senarai bbm dan foursquare.
*puas hati*

aku ingin menegaskan di sini, Jika anda tidak boleh menerima gurauan yg mudah begitu, sila unfriend aku dari segala social network.
mungkin bahasa aku kurang ajar pada pandangan kamu.
tapi, ingin ditegaskan bahawa AKU bukan ORANG KAYA yang sombong dan tidak berbudi bahasa. 

kalau maw dapat kawan perangai seperti malaikat, sila pastikan anda mempunyai sifat yang sama.
jangan suka2 maw describe orang tanpa usul periksa dan menuduh2 semua orang sama.
aku ada had untuk bersabar.
plus, aku memang seorang pendendam.

sekian.

diam!

.:END:.

~jangan kawan dengan aku~

Monday, February 20, 2012

~Ghost Rider 2~

movie yang terbaru di pasaran.
mungkin lah.
aku kurang pasti.
tapi, ini adalah movie yang kami tertengok.
ekceli adik kesayangan maw tengok cerita melayu.
tapi, hall penuh.
haha.

movie ni kesinambungan ghost rider dulu.
eceh!
kali ni cerita mengisahkan tentang Johnny Blaze, si penunggang hantu berapi yg terpaksa mencari dan menjaga Danny.
Budak tu jadi buruan sebab dia istimewa buat kedua-dua pihak yg jahat dan baik.
selepas banyak rintangan, Danny selamat dari si baik dan si jahat.

movie ni ada lutchu, serius, boring, dan adventure sket.
ending nya, Danny bersama dgn mama dia, Nadya.
Johnny jadi hantu eh silap, jadi malaikat yg baik.
:)

untuk bintang pula, cerita ni hanya mampu diberikan 3 fr 5.
banyak part bosan.
ada ala2 cerita melayu ni.
*kejam*

tapi, aku galakkan korg p tengok sebagai hiburan di hujung minggu.
dan kanak2 tidak digalakkan meniru aksi2 di dalam movie ni.
bahaya tu main senjata.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai!

Friday, February 10, 2012

~Bujang Terlajak~

bujang terlajak adalah definisi untuk seorang lelaki yg terlambat mendirikan rumah tangga.
had umur untuk mereka yg terlajak aku kurang pasti.
mungkin 35 tahun ke atas atau 30tahun ke atas?
oh, aku ambil yg 1st one sbb kejam sangat kalau 30.
haha.

sebenarnya aku bukan maw cerita pasal lelaki bujang terlajak yg meminati aku.
mahupun yg ingin mengahwini aku.
aku maw cerita pasal movie.
iya, movie yg telah ditayangkan di pawagam berhampiran hampir 3minggu.
dan aku baru menontonnya TADI!
booo!

ekceli, kami adik beradik maw tengok cerita lain.
tapi, terlepas waktu.
haih.

diteruskan dgn sinopsis movie ini.
3watak bujang terlajak, Saiful, Nabil dan Johan.
watak perempuan yg dikejar, Puteri. eh, bukan aku, lakonan Fazura.
haha.

dipendekkan cerita, 3lelaki itu berebut untuk mendapatkan cinta Puteri dan berusaha bermacam2 sehingga sanggup menjadi si Buta, Pekak, Bisu.
ini kerana bapa Puteri ckp anaknya mencari jodoh seperti dia.
setelah mengharungi beberapa rintangan, akhirnya mereka kantoi menipu kerana adik angkat Puteri telah merakam aksi mereka menggunakan video kamera.
dan endingnya, sila teka sendiri siapa dapat Puteri.
:)

cerita ini sesuai untuk tontotan seisi keluarga.
bagi aku, cerita ni boleh membuatkan aku ketawa sedikit demi sedikit.
bukan kerana lutchu, hanya sebab aku tengok orang sekeliling ketawa.
terutama adik2 aku.
haha.

cerita ini mengajar kita supaya jangan menipu untuk mendapatkan sesuatu.
berterus terang apabila anda berhadapan dengan apa yg anda suka.
dan jangan mempermainkan kelemahan atau kekurangan fizikal orang lain.

aku sanggup bagi half from 5 star untuk cerita ini.
dan aku mmg bukan peminat setia cerita melayu.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai!~

~my beloved Nani~

ini entri serius untuk Nani.
oh, lupa kenalkan.
Nani adalah kawan aku, BFF from GBS.
auch! geli pula guna BFF.
tapi xsalah kan.

eh, berbalik kepada tajuk entri.
dan sila abaikan penggunaan I and U di entri ini, maw guna saya geli pula.
maw feeling macam omputeh nih.
haha.
:)

cik Nani yg disayangi, berbalik kepada entri yg pernah u tulis kat belog, I telah private entri bergambar U tanpa hijab atau terus mendelete entri tersebut tanpa ragu.
begitu juga yg berada di dalam photo album FB.
jika pihak Nani ternampak lagi mana2 entri dan album yg berkaitan, sila maklumkan eh?
takut terlepas pandang.
:)

tidak tahu maw buat ucapan apa lagi.
haha!

sekian.

diam!

.:END:.

~senyum!~

Monday, February 6, 2012

~Library @ Suria~

mari bercerita tentang perpustakaan atau bahasa bajau Library.
eh salah, english pula tu.
ok, xlawak.
*mouth zipped*

pada 1 Februari tu, Library @ Suria telah dibuka kepada umum.
time tu, pendaftaran keahlian adalah percuma kepada semua.
now, offer habis suda.
each membership application u need to pay rm10 fee.
:)

untuk pengetahuan semua, Library @ Suria adalah perpustakaan yg berada di DALAM pusat membeli belah Suria. 
dan ini adalah pertama kali aku dgr lib dlm shopping complex.
maybe ada di some part of the world, pengetahuan am aku kurang.
:)

ketika melangkah masuk ke dalam, tiba2 pekerja di situ berkata, 'Ini lah orangnya'
aku panik lah, ingat kawan foursquare or twitter yg tegur.
then, dorg ckp tahniah miss, kamu pengunjung ke 200.
wah2! dapat free merchandise ah.
wehoo!

malas cerita panjang, sila enjoy picca di bawah.
dan muka aku tiada di bawah, itu adik2 aku.









sekian.

diam!

.:END:.

~lapar~

Sunday, February 5, 2012

~Sairah Express~

kali ini aku maw cerita pasal perkhidmatan bas.
syarikat yg terpilih adalah SAIRAH Express.

untuk makluman semua, harga tiket bas ke Sandakan telah meningkat ke RM43 sehala.
so, pergi balik RM86 la kan.

berbalik kepada tajuk di atas, aku telah merasai pengalaman menaiki bas Sairah yg sangat mengujakan diri.
jika anda membeli tiket di kaunter, sila pastikan tiket anda BUKAN berwarna MERAH kerana tiket MERAH adalah bas tambahan yg servis nya sgt membanggakan.

perjalanan kali ini berdua dengan mak cik aku.
oleh itu, tidak lah bosan sangat.
dipendekkan cerita, kami memilih bas yg bertolak pada 3 petang.
guess what, penjual tiket tukar waktu tu ke 3.30pm pula.
boleh sabar lagi sebab bas belum sampai.
yg menaikkan suhu badan aku bila bas sampai 4.15pm.
sila kira sendiri kelambatan bas itu.

untuk menyedapkan hati, aku tengok bas tu.
wah, best juga bas ni lawa.
dan, suhu naik balik bila bas kami tu BURUK!
bas tambahan yg seperti bas berhenti2 di kawasan likas.
ok, itu adalah anggapan aku.

kami telah memilih tempat duduk terbaik ketika membeli tiket.
dan satu lagi kejutan menaikkan suhu apabila tempat duduk aku bersebelahan dgn TANDAS dan bau brek serta enjin yg menusuk2 rongga hidung.

mak cik aku cuba untuk menyedapkan hati aku untuk berlawak.
dan akhirnya kami xketawa.
haaha!
aku cuba tidur. 
dan buat pertama kali dalam sejarah, aku TIDAK tidur dalam bas.

selepas berhenti rehat di Ranau, perjalanan diteruskan.
waktu itu, 730pm.

selepas beberapa lama, iaitu tepat 830pm, bas tiba2 berhenti di tepi jalan 5km dari Telupid.
dlm fikiran aku, mungkin ada org maw turun.
tapi, rupa2nya bas sudah berasap.
kami terkandas kira 1jam lebih.
kiranya, kalau bas 6pm dari KK suda sampai p sandakan waktu kami terkandas.
dan aku perasan bas Tung Ma, 6 pm limpas tpt kejadian.

untuk lebih menarik, bas pun bergerak kembali apabila jam hampir 10lbey.
hebat sangat.
dan akhirnya kami sampai ke stesen bas Sandakan pada 115am.
sila kira sendiri berapa lama aku duduk dalam bas.
dan kami sampai bersama2 bas Tung Ma, 8pm.
terlalu HEBAT perkhidmatan bas SAIRAH.

selepas ni, sumpah aku xkan naik bas korg!

malas tulis lagi.

sekian.

diam!

.:END:.

~pengalaman pertama terburuk 2012~



Saturday, February 4, 2012

~Journey 2: The Mysterious Island~

review movie lagi.
haha.
dan kali ni movie English.
fuh.

ekceli, 5min terawal cerita ni aku xtertengok gara2 masuk lambat.
movie ni pasal pengalaman mengembara antara Hank dan anak tirinya, Sean.
Sean dpt signal dari sebuah pulau misteri yg diyakini di hantar oleh datuknya, Alexander Handerson.
dipendekkan cerita, selepas sedikit konflik dorg pun start mengembara dan akhirnya sampai ke Palau.
disana, dorg bertemu Gabbato dan anak perempuannya, dan meminta mereka menghantar ke pulau misteri tersebut.

selepas mengharungi taufan, dorg terdampar di sebuah pulau.
xlama lepas tu jumpa dgn Alexander.
bila dorg melawat Atlantis, Hank ckp pulau ni akan tenggelam.
so, dorg pun cari kapal Nemo dan akhirnya semuanya selamat.

untuk mengetahui pengembaraan mereka, aku syorkan korg bawa family tengok di cinema.
astro 1st xkan tayangkan movie ni kan?
haha!

nilai2 murni yg aku dpt belajar ialah dengar cakap orang tua.
cuba bersangka baik sesama manusia.
dan tidak lupa, tips2 bercinta dari Hank.
haha!

bintang pula, bagi aku 3.5 from 5 cukup.
sebab movie ni mampu buat aku terhibur tapi tidak mampu membuat aku suka.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku bosan~

Friday, February 3, 2012

~Sumpahan Kum Kum~

hai semua!
lama suda aku xmenulis kan.
iya, aku malas.
sure kamu boring baca belog ni.
eh. biar lah. 
hak kamu semua.
:)

dan jangan risau, aku xkan sumpah korg kalau xbaca belog aku.
aku bukan jahat juga.
kejam tu mungkin ada.
haha.

berbalik kepada tajuk di atas.
aku TELAH menonton movie bertajuk seperti di atas di cinema.
iya, aku tengok cerita seram MELAYU.
adik aku minat cerita malay, so follow ja.

cerita nya bermula bila 2org adik beradik mahu balik ke suatu tempat kerana si abang mahu berjumpa kekasih hatinya.
then, adik dia kena bunuh time pergi ke tandas awam.
seterusnya, mungkin selepas 10 atau beberapa tahun, abang dia, Ajib kahwin dan mempunyai seorang anak, Tini dan isteri, Nurul.

dipendekkan cerita, nenek dia xsuka Tini.
nenek mati, hantu kejar family Ajib, rasuk Ajib dan endingnya hantu tu terhapus juga.
act, aku kurang faham di mana sumpahan tu, akhir2 cerita barulah taw siapa menyumpah siapa.
haha.

act, cerita ni xlah menakutkan sangat.
tapi adik2 aku teriak macam hantu depan mata.
ok, xbaik riak.
tapi, aku mmg xtakut sgt cerita ni.

bintang2 pula, aku xpandai bagi untuk cerita2 seram ni.
sesuai juga ditonton untuk hiburan hujung minggu keluarga.
tapi, sila pastikan anda tidak mengharapkan yg hebat2 dalam movie ni.
sebab, aku xnmpk hebat mana pon.
ops, sorry atas komen membina.
:)

akhir kata, nanti aku hapdate belog lagi.

sekian.

diam!

.:END:.

~hello!~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey