Tuesday, March 27, 2012

~The Hunger Games~

tajuk ni sudah berapa kali trending di twitter.
mula2, aku ingatkan suatu game terbaru di pasaran.
setelah ternampak trailer nya di TV, baru aku taw itu movie.
haha.

cerita nya mestilah pasal Hunger Games.
setiap tahun di negara xtaw apa namanya, setiap daerah akan menghantar seorang wakil perempuan dan seorang wakil lelaki untuk permainan ini.
sebab ada 12 daerah, semua peserta ada 24orang.
mereka akan compete dan membunuh sesama sendiri untuk keep alive.

dipendekkan cerita, Kandis telah sukarela ganti adik dia dlm game ni dan bertarung bersama Paete.
time game, semua kisah suka, duka dan mendebarkan berlaku.
ending nya, peserta district 12 menang.

sumpah bagi aku cerita ni bosan.
sepanjang berada dalam cinema, aku count every minute utk habiskan cerita ni.
maybe ada some part ok, but the world story tidak mencapai tahap best untuk aku.
:p

oleh itu, bintang yang di dapati untuk movie ini hanyalah 2.
iya, xsilap mata kamu.
dan aku heran kenapa orang cakap cerita ni best.
menyesal baca TT dan dengar cakap orang.

sekian.

diam!

.:END:.

~stalk bagus2 yah!~

Monday, March 26, 2012

~One For The Money~

ini tajuk movie.
ini bukan entri pasal scam MLM or cara mendapatkan duit secara mudah.
haha.
lawak xlawak.

ceritanya bermula apabila Stephanie Plum menjadi semakin miskin akibat hutang dan tiada pekerjaan tetap.
dia mengambil keputusan untuk memberkas orang yang lari dari bail.
dipendekkan cerita, Stephanie maw memberkas Joe Morelli kerana ada kisah silam antara mereka.
pendekkan lagi, dorg terlibat dengan penjahat yang sama.
ending nya, Stephanie berjaya dapatkan 50k sebab tolong tangkap Joe.
haha.

untuk mendapatkan cerita yang lebih spesifik, sila tonton cerita ini.
aku bukan maksudkan di cinema, donlod lah.
or korg tunggu kuar d HBO. 
aku xsyorkan tgk d cinema sbb cerita ni banyak part bosan.
yang best pun sikit ja.

bintang?
ah, half pon xboleh bagi ba ni.
so, kira aku bias dgn cerita melayu, 2 from 5 tu ok kan?
haha!

sekian.

diam!

.:END:.

~stalker terhebat kamu!~

Sunday, March 18, 2012

~Kesayangan saya~

jangan risau.
aku bukan tulis pasal boyfee, fiancee atau apa2 pun berkaitan itu.

ini bff aku.
Eein and Yun.
friend from matrix to UKM.
<3 them.


ya, muka macam terencat di sebelah kanan tu aku.
haha.

sila gelak puas2.
atau kutuklah.
aku xkisah.

yang penting aku sayang dua2 ni.
maw balik sudah p tempat asal.
sila ajar budak bagus2 ya cikgu.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~senyum~

Saturday, March 17, 2012

~The Lorax~

movie ni keluar last week.
bersama2 dengan John Carter kan?
aku assume ja ba.
haha!

nvm, berbalik kepada movie berkenaan, aku telah menontonnya bersama 2orang BFF sehidup semati, Yun and Eein.
hihi.

ini movie kartun.
ceritanya tentang The Lorax.
eh, bukan pasal Ted kot.
ah, baru tengok lupa suda nama wataknya.

anyway movie ni ada banyak nyanyian, tarian dan komedi.
interesting enuf.
dan banyak nilai2 murni yang diajarkan kepada kita secara tidak langsung.
hasil post mortem dengan Eein tadi, movie ni xsuruh kita tamak.
then, tidak boleh jadi sombong, mengikut nasihat yg baik dan paling penting SILA SAYANGI DUNIA KITA.
jangan melakukan pencemaran air, udara dan penebangan pokok secara haram.

oleh itu, aku syorkan pada para ibu bapa untuk membawa anak2 anda menonton movie ini.
mereka akan dapat belajar tentang kekeluargaan dan kamu dapat spend masa bersama keluarga.

sebagai penutup kepada entri ini, aku bagi 4 from 5 star utk movie ini.
yay!
dan aku suka tiga ekor ikan di dalam movie ni.
bukan fanatik, tapi kelakuan mereka lutchu.

oleh itu.

sekian.

diam!

.:END:.

~i love them both!~

Friday, March 16, 2012

~M &N Corner~

sebenarnya entri ini sudah tertunda almost 2months?
haha!
aku tiada mood maw menulis.

eh, ini cerita tentang makanan.
dan tajuk entri adalah nama tempat aku menelan makanan ini.
now, the place quite famous bila tweet ppl always ask abt the famous 'sanggar cheese' in kk.

Sanggar cheese or famously known 'Sanggar Peppek' in Tawau.
i hope i spell it correctly and please pronounce it carefully.
haha!

dan agak pemes juga Ayam Penyet.
ayam served with nasi and papadom.

Sanggar price rm4 per set.
Ayam Penyet, rm 6.50 or rm7?
aku pun kurang pasti.
haha!

tapi, sedikit komen.
bendi tidak fresh.
sambal terlalu pedas.
orang bukan maw cari ayam penyet paling pedas, they find for the best ayam penyet in town.
:)

apa2 pun, sila berkunjung ke sini.
eh, lupa bagitaw lokasi.
located at Anjung Selera.
gerai no 3.

enjoy the picca of Sanggar n Ayam Penyet served there.
:)



later, aku akan buat entri untuk semua kedai di sana. tinggal 7 gerai lagi aku belum test?
haha!

sekian.

diam!

.:END:.

~oh, lambat!~




Thursday, March 15, 2012

~John Carter~

ini bukan cerita tentang pak cik john dekat mana2 bahagian dalam dunia ni.
ini tajuk movie.
anda pernah dengar?
John Carter movie yg sudah seminggu di cinema.

movie ni totally pasal si John Carter.
how he went to Mars make his history there, back home in Virginia and got a lots of gold.
a cave full of Gold?
ending? 
kamu semua patut tengok movie ni di cinema utk taw ending nya.
haha.

movie ni penuh dgn aksi yg menyeronokkan.
lucu, sedih, kekeluargaan dan macam2 lagi.
dan ya, cerita ni ada unsur2 ketuhanan sedikit like Iss, Thern dan lautan2 tu.
but, itu tidak menganggu aku untuk enjoy cerita ni.
if u hve strong faith towards Islam, tiada apa2 boleh mengugatnya.
kan?
:)

 part aku rasa macam maw nanges sket, bila Carter teringat family nya.
rupa2nya sebab dia xmaw berlawan for tentera coz dia terlambat balik.
terlambat utk menyelamatkan family sendiri.
kalau tiada org kiri kanan, confirm mengalir air mata oh.

twinkle2 little star for this movie, 3 from 5.
yah, cerita ni BETTER than Act of Valor.
haha!


sekian.

diam!

.:END:.

~aku sayang kawan-kawan~


Wednesday, March 14, 2012

~Sinario Cafe~

dulu aku pernah juga review kedai nih.
entri berkurun tu di sini.

kali ni aku berbesar hati untuk sekali lagi review kedai ini.
haha!




itu yang kami makan dulu2.
kedai ni tiada peningkatan dari segi servis walaupun aku sudah lama tidak berkunjung.

sila bayangkan situasi ini, order air soya.
after food arrived, belum dapat.
try ask the worker, she said, eh ada order?
menjadikan aku menyampah!
then, after food finished, the drink still not arrive.
ask the worker again, she answered, kejap lagi.
imagine the gap was 15min.
after a long wait, and we ask th boss, the drink arrived after 1hr and 15min.
yah, hebat sinario.
keep the good work.

oleh itu, aku tidak syorkan kedai ini.
food agak mahal.
servis lembap.
dan meja melekit u olls.

bukan mahu condemn, based on my experience, fikir2 kan lah.
but, the food ok. not too delicious.

sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk~

Sunday, March 11, 2012

~This Means War~

aku bukanlah mahu melancarkan perang terhadap mana2 pihak di dunia ini.
ini hanyalah tajuk movie.
oh, lame joke.
sila jangan ketawa.
:)

movie ini mengenai dua sahabat baik yang merupakan agen CIA yg amat hebat di dalam dunia penyiasatan.
mereka selalu berjaya dalam misi2 yg diberikan tetapi satu misi menyebabkan mereka di diletakkan di pejabat.
Tuck, si duda yg mencari cinta setelah lama xberhubungan dan FDR, si bujang yg agak suka flirt.
mereka jatuh hati dgn perempuan yg sama iaitu Lauren.
mereka berusaha untuk mendapatkan cinta Lauren dgn pelbagai cara, ada yang baik dan jahat.
endingnya, the best man wins.
haha.

movie ni komedi romantik.
dan TIDAK sesuai untuk tontonan semua umur.
18 tahun ke atas sahaja.
oleh itu, ibu2 atau bapa2 yg maw menonton bersama pasangan, sila tinggalkan anak anda untuk dijaga oleh orang lain atau tinggalkan dengan parents ja.
ada aksi yg tidak sesuai di tonton dan penggunaan perkataan yg agak luncah di dalamnya.

sekian.

diam!

.:END:.

~lapar~

Saturday, March 10, 2012

~SeeFood~

ini bukanlah entri tentang aku melihat makanan di kedai.
ataupun di pasar.
ataupun di supermarket.
ini entri tentang movie yang agak baru di pawagam berhampiran.
eh, sila gelak.
haha.
jangan paksa gelak kalau x ikhlas. 
:)

cerita ini tentang ikan yu.
iya, ikan yu atau kalau maw takut sikit, sila sebut SHARK.
ada dua jenis, aku lupa jenis2 itu sebab xtumpu last2 tu.
Julius dan Pup yg berkawan baik, seekor besar dan garang, seekor kecil dan nampak tidak bermaya.
Julius yg tidak makan haiwan lain, Pup yg suka menggembara dan rasa bertanggungjawab dengan 'penculikan' telur2 ikan di dasar lautan oleh penyeludup remaja.
dipendekkan cerita, semuanya akan hidup gembira.

cerita ini tiada kematian atau keganasan melampau.
ibu bapa bolehlah membawa anak2 sempena cuti sekolah ini ke pawagam berhampiran untuk menontonnya demi menjaga kemaslahatan keluarga.
:)

kononnya cerita ini mendapat banyak pujian kan.
aku taw itu.
tapi, apa anugerahnya?
haha.

ada some part boring, tapi banyak yang enjoy untuk anak2 kecil.
anak buah aku yg fanatik terhadap ikan, menjerit2 sepanjang movie sebab keobsesannya.
dan, rupa Kambing itu tidak seperti kambing2 yang biasa.
takut budak2 salah imagine akan rupa bentuk kambing.
maybe its a sheep? who knows.

bintang berkelipan untuk movie ini?
lemme think, i cant give 5 sbb some part bosan.
i gave them half fr 5.

untuk pesanan penaja, sila ke pawagam berhampiran.
dan cerita ini tidak sesuai untuk couple yg bercinta.
jangan bercinta sgt dalam cinema ok?
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku senyum~

Friday, March 9, 2012

~Act Of Valor~

ini movie yang agak basi dalam cinema.
dan aku xfaham kenapa orang cakap movie ni best.
mungkin bapa, abang, kaum keluarga atau boyfee ataupun suami dia adalah seorang perajurit negara yg menyebabkan mereka menyokong 100% bahawa movie ini wajib tonton.

bagi aku, movie ni totally BOSAN.
dari mula sampai akhir bosan.
mungkin aku xpatut percaya kata2 di twitter atau FB.
haha.

movie ni mengisahkan tentang perjuangan anggota SEAL yg ditugaskan untuk menyelamatkan seorang agen yg ditangkap pengganas.
selepas itu, ditugaskan untuk menyelamatkan dunia dari pengganas berani mati.
di sini aku xbersetuju bila PENGGANAS itu digambarkan sebagai seorang muslim dan berjambang.
hei! orang yg berada di barat! bukan semua org muslim tu jahat.
sila jgn label muslim begitu.
damn.

seterusnya, ada ahli platun yg mati.
dan sebenarnya cerita ini based on surat yg ditulis oleh kawan kepada si mati untuk family si mati especially anak si mati yg berada di dalam kandungan.

sorry aku xdpt sebut nama mereka, sebab totally lost nama watak2 ni.
terlalu bosan la kan.
haha.

ending nya, semua hidup gembira kot.
cerita ni adalah movie english yg amat bosan untuk ditonton sehingga tiada bintang aku sanggup bagi.

jikan anda ada duit lebih dan ingin kan hiburan hujung minggu, sila tonton cerita ni.
atau, anda boleh tunggu movie ni ditayangkan di HBO.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~oh bosan~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey