Monday, April 30, 2012

~300412~

counting.
6 hari lagi bakal tua.
3 hari lagi habis berkhidmat.

siapa maw bagi aku kerja?
haha.

wishlist akan dihapdate seperti setiap tahun dan tidak akan tercapai seperti tahun-tahun sebelumnya.
aku semakin membiasakan diri dengan ketidakboleh capaian tersebut.

oleh itu, bai.
malas tulis lagi.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~tidur lambat! menikmati astro free. haha~

Sunday, April 29, 2012

~290412~

sedang bersedih mengingatkan keadaan lappy.
sudah nazak.
terasa maw terjun bangunan dan rendam lappy dalam coke biar xdapat guna.
itu hanya dapat dijalankan ketika aku tidur.

eh, aku sedang berlawak.
kenapa perlu ketawa?
aku bukannya group yang bertanding dalam super spontan.
ok, xlawak again.
*facepalm*

mesti korg sudah tahu astro bagi channel free lebih dari 130 channel kan?
kecuali astro first.
ini membuatkan aku rambang mata dan kerja tidak siap.
damn.

sekarang, aku tengah siapkan kerja.
tapi, aku sempat buat entri blog.
kesian pada diri sendiri.

oleh itu, penangguhan kerja bertambah.
bila maw insaf?
aku macam rasa xkot.
:p

dont laugh at me.
am writing like this cause am used to it.
and please dont google me.
haha.

eh, aku maw sambung kerja.
berharap siap sekarang juga.
dem.

sekian.

diam!

.:END:.

~pengsan~

Wednesday, April 25, 2012

~250412~

laptop rosak lagi.
boleh bayang macam mana robek hati aku?

setiap tahun rosak.
aku kena tanggung sendiri.
padahal bukan sebab aku.

xdapat bersabar.
memang 1ari memaki.
eh, silap 2 hari memaki di twitter.

oleh itu, aku maw berhenti menulis.
supaya xmemaki di sini pula.

sekian.

diam!

.:END:.

~stop baca belog ni~

Monday, April 23, 2012

~The Cabin In The Woods~

tahukah anda itu satu tajuk movie?
movie yang berunsurkan horror dan mistik.
dan aku kagum dgn diri boleh tengok movie ni sampai habis.

cerita ni pasal 5 sekawan yang pergi bercuti hujung minggu kot di sebuah rumah berdekatan tasik.
rumah Buckner.
Curt couple dgn Jules, Holden maw dikenenkan dgn Dana, sorg lagi si mabuk Marty.

ekceli, dorg ni terikut satu rancangan jahat org2 berkenaan yang control their mind utk lakukan apa sahaja.
lepas tu, as the story go on, hantu pun keluar.
eh, bukan hantu zombie.
zombie yang disuruh membunuh mereka.
kononnya untuk ritual pengorbanan kepada dewa.
endingnya, semua mati kot.
if x pon, ada 2org hidup.
sila teka sendiri siapa.

awal2 cerita ni aku blur.
xfaham kenapa ada 2manusia berbaju kemeja putih bercerita merepek dan last2 masuk control room.
then, semuanya semakin difahami bila cerita maw habis.
dan aku memang tidak sarankan ibubapa bawa anak2 tengok cerita ni.
even remaja di sekolah menengah shouldnt masuk cinema tgk.

too much blood.
dan terlalu kejam.
dan ada juga aksi melampau yg dikhuatiri boleh ditiru oleh budak yg bijak pandai sekarang.

bintang?
ehem, 1.5 from 5?
cukup teruk kan.
sebab cerita ni mempersembahkan darah2 itu dan ketidak sukaan aku terhadap endingnya.

sekian.

diam!

.:END:.

~ngantuk oi!~



Saturday, April 21, 2012

~Triple Chicken Pizza~

memang lama sudah makan benda ni.
tapi, hari ni baru maw share.

rasa macam pizza yg dibuat chicken floss.
dan kami ada try juga triple platter tu.
rasanya, sumpah xberapa ngam dengan selera.

tengok ja la picca pizza tu.
picca platter aku xingat simpan di mana.
nanti aku hapdate ah.



sekian.

diam!

.:END:.

~airmatasedihkenatinggaltidakikutholiday~

Friday, April 20, 2012

~Homes~

2 tahun dulu aku pernah buat entri pasal homes.
entri itu di sini.
>>>Homes<<<

selama 2tahun aku xmaw masuk kedai ni.
tapi, hari tu termasuk pula.
dengan kata2 positif dilontarkan oleh kakak iparku, mungkin berubah sudah tu kedai kali.
kami semua melangkah masuk.

suasana dalam kedai tidak berubah.
meja yang pernah aku duduk dulu tetap sama.
maybe ada penambahan akurium?
:p

rasa foodnya pun ok.
sedap dan boleh dimakan.
tidak seperti masa2 lalu.

airnya pula tetap ditahap yang sama.
aku xsuka.

meja pun tidak melekit.
jadi, bagi anak2 yang suka duduk atas meja, jangan risau, pakaian mereka tidak akan kotor.
ruang restoran yg luas membolehkan anak2 buah aku berlari keliling restoran dan menikmatinya.
manakala, Mya mengetuk2 akuarium sesuka hatinya.
haha.

malas sudah menulis.
tengok lah gambar lagi.
 





sekian.

diam!

.:END:.

~airmatadarah~

Thursday, April 19, 2012

~Restoran Kak Tini~

ekceli, aku xberapa pasti nama kedai ni.
tapi, seingat aku, memang itulah namanya, Restoran Kak Tini.
dan ini bukan yg terletak di Salut.
di Gaya Street, Kota Kinabalu.
bersebelahan bangunan DBKK  dan Lintasan Deasoka.

di sini terkenal pisang goreng nya yang marvellous.
tapi, memandangkan kami pergi ke sini pada pagi ahad, tiadalah pisang goreng tu.

oleh itu, menu pilihan adalah soto ayam dan soto campur.
time tu rojak habis.
adikku kecewa.
:p

rasa food nya memang sedap lah.
ngam dengan selera aku.

tapi,aku xberapa suka meja yang melekit.
pekerja nya patut lebih efisien membersihkan meja.
:)

sila tengok picca di bawah, dan telan air liur.



sekian.

diam!

.:END:.

~tekananjiwamodeon~

~Lockout~

itu tajuk movie yang aku tengok malam tadi.
ekceli aku memasang niat maw tengok cerita Melayu atau Mandarin.
tapi, xngam dgn jiwa.
eh, bukan, aku ternampak cerita ni ada.
tengok la terus.

time masuk cinema, hall penuh.
dan si penjual tiket pun bernada tidak percaya aku tengok movie sorang2.
malas ai ok.
haha.

cerita ni start ja aku sudah lost.
cerita ni pasal apa.
sebab permulaannya, orang kena tumbuk dan seterusnya ditumbuk sehingga perkara sebenar terungkai.
orang yg ditumbuk iaitu Snow, telah ditangkap kerana membunuh ketua CIA.
selepas kena belasah2, terus dia kena suruh buat usaha menyelamatkan anak presiden, Emilly.

dipendekkan cerita, selepas gaduh2, ketawa2, dan sedih2, aksi2, Emily selamat.
bagaimana dan bila, sila tengok sendiri.

cerita ini adalah untuk 18 tahun ke atas.
sesuai dengan rate itu, cerita ini memang mempunyai keluncahan yang tidak patut dipelajari oleh kanak2.
oleh itu, jangan lah berangan maw jadikan ini hiburan hujung minggu keluarga.
nanti jadi kes kronik pula pada institusi keluarga korg.

bintang untuk cerita ini?
ehem.
3.5 from 5 kot.
ada kebosanan yg aku rasa walaupun hero hensem.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk oi!~

Wednesday, April 18, 2012

~KK Box rate~


malas maw cerita banyak.
aku sertakan di sini, rate atau harga untuk KK Box, karamunsing.

bagi orang yang xtaw, KK Box ni terletak bersebelahan kompleks karamunsing.
bersebelahan juga dengan Shell karamunsing.
dan bagi orang yg telah duduk lama di KK, dulu KK Box ni Parkson.

nah, tengok la picca di bawah.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~tekananmental~

Tuesday, April 17, 2012

~Lembah Impian Cake House~

tajuk entri adalah nama sebuah restoran.
oleh itu, update ini berkenaan food.
kalau kamu xmaw terliur, jangan baca.
tekan, Alt Del.
:)

restoran ni terletak di Harbour City, Sembulan, Sabah.
Sabah ok! bukan semenanjung.
Berdekatan dengan 7eleven Harbour City dan sebuah syarikat pembinaan?
haha.

restoran ni menawarkan aneka jenis pastries, masakan bergoreng dan pelbagai lagi.
merujuk kepada namanya, mestilah pastries yg paling sedap kan.
time berkunjung ke situ, macam2 kami try.
oh, kami bermaksud, kakakku, kakak ipar, Alya n Aysha.

aku xpuas hati dengan rasa minuman Choc Milkshake itu.
pernahkah anda minum susu coklat free dari SIP tu?
sebiji tu rasanya.
baik aku minum susu sekolah yg banyak tu ja.
-_-

memandangkan kami pergi time minum petang, kami memesan kek.
Platano, Dream Valley, Blueberry, Cheese cube, Apple Pie.
semuanya awesome!
boleh lawan Secret Recipe juga.
hihi.

oleh itu, aku malas maw tulis banyak2 lagi.
sila enjoy picca di bawah.
:)



 rm2.00

 rm5.90

 rm4.60

 rm4.50

 rm3.30

 rm6.50

 rm5.90

rm5.90

sekian.

diam!

.:END:.

~menghitung hari~

Monday, April 16, 2012

~Street Dance 2~

movie ini seronok.
yay.
aku terhibur sebab aku suka tarian2 tersebut.

mengisahkan tentang Ash yang mahu mengalahkan group street dance tersohor di dunia kononnya, Invicible.
selepas kejadian memalukan jatuh ketika battle Invicible, dia pon malu maw hadapai dunia.
tetapi, Eddie yg tiba2 dtg n maw jadi pengurus dia utk tubuhkan group baru bg mengalahkan Invicible.

dipendekkan cerita, Ash n Eddie mencari bakat2 street dance di sekeliling dunia utk menubuhkan group itu.
ada yg dari Prague, Amsterdam n etc.

Ash n the gang buat tarian yg gabung Salsa, Tango dgn tarian jalanan.
bboy n all of that.
oh, dorg buat ni sebab maw bertanding dlm Final Clash.
setelah happy2, ketawa2, komedi2, sedih2, akhirnya Final Clash berlangsung.
utk menyakitkan hati kamu semua, dorg menang.
haha.

oleh itu, sila tengok movie ini di mana2 yg korg boleh jumpa.
tapi, jangan bawa kanak2 tengok.
boleh rosak akhlak n terpengaruh benda xelok.
:)

bintagn?
yalah2.
aku bagi 3 from 5 ja.
boleh?

sekian.

diam!

.:END:.

~emosi tidak stabil~

Sunday, April 15, 2012

~Battleship~

one word, awesome!
cerita ni menghiburkan aku.
selama aku duduk dalam cinema 2jam, aku enjoy cerita ni from the beginning to the end.

mula2 aku ingatkan cerita ni pasal abang dan adik, adik maw mengorat perempuan seja.
then, bar tu kena serang dgn orang jahat ka apa.
alien take over bumi ka.
tapi, sangkaan aku meleset.
itu hanya bunga2 cerita mcm mana c adik tu masuk Navy.

cerita ni mengisahkan adik beradik masuk Navy dan berperang dengan makhluk yang tidak diketahui status nya.
dipendekkan cerita, perang2 dengan alien dan menang.
abang nya mati, adiknya hidup, bahagia bersama  orang tersayang.
haha.

aku suka tengok cerita ni sebab ada lelaki hensem.
oh, abang dan adik hensem.
lepas tu, aku suka tengok battle antara alien dan manusia.
seronok oh! 
benda2 kecik yg xlogik tu boleh tolak tepi.
haha!

cerita ini boleh ditonton seisi keluarga.
tapi, pastikan anak2 anda tidak mendapat senjata utk imitate or lakon semula adegan2 ganas dalam movie ni.
dan budak2 boleh la belajar sedikit sejarah pasal kapal USS Missouri tu.
wehoo!

bintang yang sanggup aku bagi, 4 from 5.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~jangan bergaduh xbaik~

Friday, April 13, 2012

~Dark Flight~

kali ini aku bukan maw cerita pengalaman naik flight.
ini adalah tajuk movie.
movie thailand.

movie ni pasal satu aeroplane yang mempunyai kisah silam yang amat buruk.
plane tu dijadikan serbab baru dan cantik luar dan dalam.
SA407, nombor plane tu.

movie ni kunun2 nya berlaku kebanyakkannya di dalam movie.
penumpang dirasuk dan berbunuhan sesama sendiri.
dan akhirnya hanya 3 orang yang tinggal dan berjaya menjadikan plane itu tidak haunted by ghost.

movie ni seram tapi tidak terlalu menakutkan macam other Thai movie.
dan movie ini tidak merepek seramnya macam tipikal malay horror movie.
banyak aksi yg membuatkan kita terkejut.
tapi aku sarankan orang yang ada sakit jantung, jangan tengok.
nanti mati terkejut dalam cinema.

bintang untuk cerita ini, cerita thai yg aku tengok di cinema, adalah 3.5 from 5.
yay.

oleh itu, sila bawa kawan2 untuk hiburan hujung minggu.
ibu bapa dinasihatkan jangan bawa anak2.
nanti pintar pula dorg menjadi ganas dan cuba berbunuhan di sekolah.

sekian.

diam!

.:END:.

~fuh!~

~Mirror Mirror~

ekceli movie ni aku suda tengok since hari kedua ditayangkan di pawagam.
tapi, xda kesempatan maw tulis reviewnya.

cerita ni memang suka berabis.
mungkin sebab aku suka fairytale.
adakah kamu ingat kisah 'Snow White and 7 dwarfs' ?
ini adalah cerita itu tapi dari versi yang berbeza.
haha.

2nda day, cinema xpenuh2 juga.
maybe semua orang penat bekerja dan malas menonton wayang.
tapi sumpah cerita ni memang best.
mungkin sebab ada Julia Roberts, terus mata aku terpikat maw tonton.

siapa pernah baca cerita snow white, mesti taw cerita ni.
tapi bukan cerita snow white ja memanjang, cerita pasal ibu tiri dia yang jahat pun ada.
dengan cermin yang dipanggil, mirror mirror.

eh, apa aku merepek ni.
untuk menyudahkan entri ini, aku syorkan kamu tengok sebab memang banyak part yg lawak.
tidak lupa pengakhiran di mana Snow White dan pelakon2 lain menyanyi ala2 bollywood.
dan cerita ini serius adalah movie english.

bintang, 4 from 5.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~si stalker, berhenti2 lah~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey