Saturday, June 30, 2012

~Mael Lambong~

Mael Lambong seorang penarik kereta profesional.
Mael LAmbong tidak mengamalkan rasuah.
itu tagline movie ni.

movie ni memang pasal Mael Lambong.
dia terjebak dengan seorang perisik iaitu Maria yang membanteras jenayah siber.
membawa lari diri ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penarik kereta untuk memajukan diri gara2 pinangan ditolak dan wajahnya berparut.
Mael dan Maria lari ke pantai timur dan akhirnya sampai ke kampung halaman Mael.

dipendekkan cerita, Mael berjumpa Rozie kekasih lama yang telah menjadi tunangan Tiger si musuh lama.
ending nya, Mael bersama Rozie.
Maria tetap jadi perisik.
:)

komedi yang disampaikan di sini berjaya.
cuma ada komedi yang tidak sesuai iaitu komedi berasaskan keluncahan.
itu tidak sesuai untuk kanak-kanak.
ibu bapa perlu control anak anda.
haha.

bagi aku filem ini mempromosikan negeri Kelantan.
or terengganu?
eh.
cantik pantainya.

bintang.
aku sanggup bagi 3 from 5 la.
malay movie is not my forte.

sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk~

Friday, June 29, 2012

~Baik Giler~

ini adalah filem yang tidak berkualiti yang telah ditayangkan di pawagam.
hei, ini pendapat aku.
jangan maw tweet atau jadikan bahan di blog.
haha.

movie ni berkisahkan tentang Taufik atau naman glamer nya Afik yang mengikut pengamatan aku orang yang xfaham bahasa.
dia salah anggap bila orang cakap 'Baik Giler' tu maksudnya dia baru baik dari penyakit mental.
keseluruhan cerita ni tentang perkataan 'Baik Giler'.

endingnya, dorang menari kegmebiraan di jambatan.
apadahal.

Afik lakonan Zizan tidak menjadi di sini.
terlalu bosan dan aku pun xfaham kenapa dia berlakon di dalam ni.
dan sesungguhnya Zizan promote baju BADGER.
eh.

Suraya lakonan Farahwahida, aku xfaham apa yang dia lakonkan.
sangat bida lah.
mesti maw improve kalau maw lakonan kau disukai orang.

komedi yang maw di sampaikan tidak berjaya.
mesej yang disampaikan pon aku xfaham.
mungkinkah dorang maw kestaw pasal jangan rosakkan bahasa yang kita cintai.
atau jangan mudah bersangka buruk.
-_-

sebenarnya cerita ni memang mempromosikan MELAKA.
oleh itu, orang MELAKA mesti tengok cerita ni.
semua tempat menarik di MELAKA ditonjolkan seperti, Dataran Pahlawan Mall, Menara Taming Sari dan banyak tempat lagi.

aku memang bagi 0.5 from 5 star. 
bayangkan, 15minit orang sudah keluar.
ikut hati aku pun maw keluar.
tapi, sengaja maw waste time.
sesuai la bintang di atas.

oleh itu, saranan aku kepada semua, tunggulah cerita ni time hari raya.
tidak berbaloi bayar mahal2 tengok movie ni di cinema.
minta maaf ayat kejam.

sekian.

diam!

.:END:.

~bosan~

Thursday, June 28, 2012

~Peta ke Universiti Malaysia Sabah~

peta yang detail sangat susah dicari.
ekceli itu kerja anak buah kakak aku cari peta.
tapi disebabkan period pain, aku pun mengada2 google.
dan peta yang detail amat susah la maw dijumpa.

kalau google maps tu, aku xberapa lengkap juga.
sebab xda tunjuk mcD segala.

setelah mencuri dari sini, aku edit picca tu.
dan akhirnya terjadilah picca di bawah ni.
:)


maw nampak lebih jelas, sila right click.

kesimpulannya, aku tiada mood.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~diam lebih baik dari tersalah kata~


Wednesday, June 27, 2012

~Talking Tom~

siapa yang tidak taw apps Talking Tom mmg tiada smartphone.
eh, itu ayat kejam.
minta mahap.

talking tom adalah aplikasi yg sumpah semua budak minat di awal usia kanak2.
kalau da agak besar macam Acha, mesti xlayan.
setakat ni Mya masih layan.
haha.

dia suka ketuk2 Tom sampai jatuh segala.
tapi sekarang Mya tertarik dengan Talking Ben dan Talking Robin.
yang penting segala benda bercakap tu dia suka.
sebab boleh buli kot.

di alam realiti, dia pernah juga terketuk c Nau.
dan Nau buat xtaw.
bukan bagi reaksi macam Tom.
:)

dipendekkan cerita, kakak aku pergi bercuti dan beli patung bergerak dan rakam suara Talking Tom seperti picca di bawah.
kakak aku tanya berapa lama boleh tahan.
aku cakap 10min ja.

dan ternyata hampir tepat.
xsampai sehari rosak sudah.
terer anak buah aku.

nanti kita beli benda lain kasi rosak lagi.
kita dua ja.
jangan bawa kakak n kacha.
haha.



sekian.

diam!

.:END:.

~apalah!~

Tuesday, June 26, 2012

~Ori Thai Tom Yam~

ini entri tentang kedai makan lagi.
wehoo!

restoran ini terletak di Taman Putera Jaya, Menggatal, Sabah.
berhadapan dengan cosway.
dan berada di tepi jalan.
kedai paling hujung.
sign board kaler hitam putih.
:)

aku dan babu jah pg kedai ni kerana terlalu lapar.
eh bukan.
sebab maw try tom yam.
kakak ipar aku cakap sedap sangat.

meja agak melekit.
tapi, servis memang laju.
order cepat, hantar food cepat.

sila tengok di bawah apa yang kami makan hari tu.
haha.


Kailan Ikan Masin [RM5.00]

aku xtaw rasanya.
sebab aku xpandai makan sayur.
babu jah habiskan semua.
kesian.

Ice Lemon Tea. [RM2.50]

kurang gula.
tidak apa.
kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.
tapi mahal kan 2hengget stgh?

Jus Tembikai Large [RM5.50]

nasib baik rasa juga buah tembikainya dan bukan air gula semata2.
eh, ini akir bu jah.
:)

Nasi Goreng Thai. [RM5.50]

babu jah cakap sangat pedas.
nasib baik xminta request tambah pedas.
haha.


Tom Yam Campur [RM7.50]

bukan taste aku.
rasanya boleh tahan seja.
tidak terlalu sedap.
udang mini size ada 2, sotong ada 3 potong.
ayam ada 6 ketul dan tiada daging.
terlalu banyak sampah2 tu.
eh.

Nasi Goreng Pattaya [Rm5.50]

boleh tahan.
tapi aku rasa macam telur yang digunakan tidak fresh.
eh, pandai pula aku beza kan.
ada rasa something yang macam tidak enak.
-_-

Telur Bistik [RM5.00]

ini bukanlah bistik yang aku bayangkan.
ini adalah sesuatu yang berbeza dengan bistik semenanjung.
hanyalah telur dadar goreng yang dimasak  masam manis.
mungkin sepatutnya tukar, Telur Dadar Masak Masam Manis.
haih.

Yong Tau Foo [RM5.00]

ekceli harganya 2 pcs RM1.
ambil 10 pcs, kena charge RM5.
kuahnya tidak sedap.
terlalu cair.
isk.

sila jangan heran terlalu banyak yang kami makan.
kami melantak.
dan total cost untuk petang itu RM41.50.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai! gendut!~

Monday, June 25, 2012

~Restoran Ayam Penyet Ria~

ini entri tentang kedai makan.
oleh itu, sila berhati dengan mulut anda.
jangan menumpahkan apa2 air liur di sini.
haha.

restoran ni restoran terbaru di 1 Borneo.
terletak di tingkat paling bawah atau nama lainnya Basement Floor.
bersebelahan dengan Digi outlet.
berhadapan dengan kedai2 kecil yang aku lupa namanya.
eh.

sistem di restoran ni order menggunakan form yang disediakan.
kita boleh isi sendiri or suruh orang tu isikan.
dan sebab aku maw tunjuk terer, aku tulis sendiri.
haha.

restoran ni menggunakan warna merah.
menyala u olls.
sakit mata ai.
tapi, restoran ni nampak bersih.
meja pun tidak melekit.
win!

servis laju lah.
sekejap ja aku tunggu dapat sudah hidangan.
wehoo!

terdapat pelbagai pilihan menu.
sila tengok di bawah ni.


menu di sini.
ada juga yang CS iaitu Coming Soon katanya.
restoran ini berasaskan Indonesian Cuisine.
semuanya maw dipenyet kan.
penggunaan bahasa di dalam menu pun guna Indonesia language kot.

paparan harga makanan.
confirm xkan disaman oleh kementerian sebab tiada paparan harga makanan.
eh. 

menu pilihan aku time tu.
sila tengok bawah lagi.

 ayam penyet [RM8.90]

ayam nya nice.
boleh ditelan dan agak rangup.
dan sambal nya boleh fight Warung Padang Jawa.
sangat pedas.
dan aku xmakan habis.
tempe, sayuran itu pun tidak ku telan.
except kubis, rasanya dorang celur dulu dalam air panas baru hidang.
nice.

 Soda Gembira [Rm3.00]

aku xfaham kenapa mesti namanya begitu.
tiada soda sedih ka?
eh.

rasanya boleh tahan.
tasedap sangat pon.
dan terpaksa minta tukar straw time ni.
sebab straw aku koyak.
xnikmat minum.
mahal pula tu.


Soto Ayam [Rm6.00]

sotonya boleh tahan.
ini adalah soto taste kakak aku.
tapi sebab ianya soto, habis juga aku telan.
haha.

restoran ni mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 10%.
oleh itu, total lost tengah hari itu RM 19.70.
makan seorang pula tu.
fuh.
kuat makan.

sekian.

diam!

.:END:.

~peduli apa aku!~

Sunday, June 24, 2012

~Brave~

ini cerita kartun terbaru di pasaran.
ekceli aku tengok 1st day launch.
kiranya antara org pertama tgk show pertama di kk.
eh, tengok 3D yah.
mata aku semakin boleh menerima 3D.
haha.

ehem.
berbalik kepada cerita ni.
brave mengisahkan tentang seorang princess, Merida yang mahu mengubah nasibnya.
dia xmaw kahwin dan jadi permaisuri macam mamanya.
dipendekkan cerita, dia jumpa ahli sihir, mamanya jadi beruang.
endingnya semua happy.

cerita ni mengajar kita tentang kepentingan kekeluargaan.
kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
dan jangan memburu binatang yang tidak berdosa.
eh.

ada part lawak.
part adik2 nya yang tiga orang tu.
mereka penambah kelucuan dalam cerita ni.
wehoo.

bintang?
aku sanggup bagi 4 from 5.

ekceli aku malas maw review.
tapi, review juga ni.
apalah.

sekian.

diam!

.:END:.

~aku tapaham betul~

~Burung Mati~

ini cerita sedih.
sila nangis lepas baca entri ni.
eh.

beberapa hari lalu ketika sampai di tempat kerja, aku pun berhentikan kereta.
sampai ja ternampak burung yang mati di depan pintu.
aku tidak langgar ah.
mmg sampai2 tidak bernyawa.

cantik burung ni.
tengok la picca di bawah.

disebabkan tiada kelengkapan.
aku ketepikan ja burung ni dengan harapan pak cik cleaner nampak dan tanam.
:|



sekian.

diam!

.:END:.

~apadahal~

Saturday, June 23, 2012

~Nova Computer Service~

lama tidak merepek pasal servis laptop atau apa2 berkaitan kedai komputer kan.
last time repair skrin pecah.
dan macam tiap2 tahun ada ja masalah lappy.
isk.

seperti entri2 sebelum ini.
lappy aku rosak.
hasil siasatan kawan aku, dia ckp cakera keras or hard disk rosak.
dan terbang lah duit lagi.
nasib baik aku teringat ada HDD lama dari lappy yg sudah lama rosak.
selamat duit.
haha.

kali ni aku maw cerita pasal kedai Nova Services.
ekceli kakak aku yang jumpa kedai ni.
dekat page Mudah.
dia bertekad mencari charger lappy dia yg rosak.
dan kedai tu offer best price for an adapter.
senyum sampai telinga kakak aku.

dan aku pun menyelit lah menghantar lappy kesayangan.
hari tu kawan aku xrepair sebab dia tidak expert dengan mini lappy.
apakah.

dipendekkan cerita, mari aku share lokasi kedai ni.
terletak di deretan kedai berdekatan University Apartment (UA).
kedai ni di tingkat 1.
tangga naik ke atas berdekatan kedai runcit dan Orange.
memang senang maw cari.
deretan kedai paling depan menghadap jalan.
wehoo!

servis dorang ni di tahap excellent bagi aku.
sebabnya aku hantar tengah hari.
petang siap.
tapi, aku ambil keesokan harinya sebab adapter kakak aku belum ada stock.

bayaran pun murah.
aku ingatkan mahal, sangkaan meleset.
just kena charge untuk format lappy.
:)

kesimpulannya, kalau ada masalah lappy, aku syorkan ke sini.
tidak rugi lah.

 perasan kah sign kami hampir sama?
haha.


 abaikan kekotoran yang ada.
sila fokus kepada lappy yang sudah ON itu.
berbulan sudah x ON ni.

lappy kesayangan bernyawa.
wehoo!

dan di sini, aku maw mention yg penjaga kedai time aku ambil lappy hensem.
harap2 ko xbaca blog aku.
nanti malu maw pg kedai if ada masalah lagi.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~lalala~

Friday, June 22, 2012

~Nur Balqis Restaurant~

itu adalah nama restoran.
terletak di Basement Floor, 1 Borneo Hypermall.
berhadapan dengan pintu masuk Giant.
disebelah butik Faraheen.
sebaris dengan mc Donalds.

cukup lengkap location kedai ni? 
kalau korg tanya dimana 1b, memang maw kena tampar.
confirm2 lah di kota kinabalu.
haha.

masuk restoran ni dan terus duduk.
budak tu hairan kenapa aku makan sorang.
dan dia buat muka konpius bila aku order dua jenis food.
eh, kuat makan ba ni orang, jangan di heran ah dik.
:)

aku minta Nasi Goreng Kampung dan Tom Yam Ayam.
nasi goreng tu nice, sedap bila masuk perut.
tom yam ayam pula sedikit manis bagi aku.
tapi nice lah.
xla teruk sangat.

condition restoran ok.
meja tidak melekit.
sesuai untuk keluarga yang anak kecilnya suka stay atas meja.
haha.

harga makanan dan minuman murah.
pelayan yang agak baik.
servis pun cepat.

dan aku xpercaya tips di foursquare kecuali aku terkena benda yang sama.
wehoo.

apa2 pun. enjoy picca di bawah.


 Nasi Goreng Kampung [RM5.50]

 Tom Yam Ayam [RM5.50]

Ice Lemon Tea [RM1.80]

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai!~

Thursday, June 21, 2012

~Abraham Lincoln: Vampire Hunter~

serius movie terbaru di cinema.
aku berjaya menontonnya 1st day and 1st show of the day.
win!
wehoo.

siapa yang tidak kenal Abraham Lincoln?
presiden Amerika Syarikat yg entah keberapa aku pn xpasti.
tapi aku taw dia presiden yang memperjuangkan tiada hamba abdi wujud di dunia ni.

dan movie ni memang pasal perjuangan ni.
tapi diselitkan dengan kisah Vampire atau nama melayu nya Pontianak.
kisah hidup Lincoln dalam ni ditunjukkan sejak dia kecil lagi iaitu bagaimana ibunya dibunuh oleh seorang pontianak.
dia menyimpan dendam dan mahu menuntut bela atas kematian ibunya tapi dia xtaw bagaimana.
so, dengan pertolongan Henry dia pun berjaya reveal cara bunuh perak with silver.

dipendekkan cerita, Lincoln bunuh Vampire, berjumpa kawan baiknya, Speed dan Will.
akhirnya berkahwin dengan Mary Todd.
seterusnya dapat anak, dan perang dengan Vampire bermula dan mencetuskan kebimbangan lalu kematian banyak orang.
ending, ada orang gembira, ada sedih dan ada yang tertanya2.

kalau cerita Vampire, mesti melibatkan darah.
oleh itu, sila tahan mata tengok darah2 tersebut.

aksi2 pembunuhan Vampire dan cara bertarung dalam movie ni quite good.
penuh style bah.
haha.

mungkin ada scene yang agak bosan.
tapi xkurang juga scene yang mencabar kita berfikir.
eceh.

kesimpulannya, cerita ini untuk 18 tahun ke atas.
ada sedikit aksi yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak diselitkan.
oleh itu, parents yang teringin maw tengok movie ni aku sarankan tinggalkan anak dengan babysitter dan pergi cinema tonton berdua.
bawa anak umur bawah 18tahun mmg xlepas.
eh.

bintang untuk movie ini hanyalah 3 from 5.
aku bukan minat melampau terhadap darah, jadi kurang sikit.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~senyum~

~Cheesy Steak Pizza~

produk terbaru dari Pizza Hut.

ada pilihan Beef Steak or Chicken Steak.
kami pilih chicken sebab aku suka makan ayam.
haha.

picca nya di bawah ni.


serius.
lepas ni xmaw makan sudah.
tidak sedap sebab terlalu masin di lidah aku dan bu jah.

penyelamatnya cuma ayam dan cheese itu.
isk.

oleh itu, sesiapa yg maw makan, sila berfikir banyak kali.
mencuba tidak salah.
tapi aku sudah bagi amaran.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~bersin!~

Wednesday, June 20, 2012

~Jiwa Taiko~

movie melayu lagi.
sila jangan ketawa.
tiada movie baru.
again, alasan.
haha.

cerita ni aku maw tengok sebab ada Remy Ishak.
wehoo.

cerita ni tentang Firman Mustakim (Remy).
semuanya tentang dia.
macam mana dia berkawan dengan Pinto (Bront Palare) dan Friz (Fizz Fairuz) and the geng.
dipendekkan cerita, Firman keluar penjara dan join group Friz yg juga teman sepenjara nya di Wira Cinta.
Kak Pora yg bawa dia masuk situ untuk menjadi insan yang lebih baik seterusnya belajar erti cinta.

dipendekkan cerita, Firman suka Trisha (Diana Danielle) tapi Lara (Nadia Nissa) suka dia tapi Friz suka Lara dan tidak lupa Pinto.
ada pergaduhan geng sebab Lara yg lari dari Wira Cinta gara2 kecewa dgn Fir dan Trish.
Lara lari kepada Pinto dan preggy.
endingnya, ada orang mati.
siapa?
ehem.

kesimpulannya, cerita ni bukanlah movie aksi yang dijangka oleh aku.
ini cerita pasal Taiko yang mahu bercinta dan dicinta.
sepatutnya movie ni tukar tajuk, Jiwang taiko.
ohmai.

baru aku taw cerita ni untuk 18tahun ke atas.
elok lah juga.
minda budak2 dan remaja tidak patut dicemarkan dengan beberapa adengan dalam movie ni.
cerita ni macam bersetuju dengan anak luar nikah,buat yang ringan2 tu dan macam2 lagi.

tapi, lakonan Beto Khusyairi mmg siuk.
itu sebenarnya ayat untuk Tisha.
ko baca blog aku kan?
haha.

part singing tepi unggun api fail.
suara sumbang.
dan suara aku pn mmg sumbang.
sebelum orang mencebik sebab aku kutuk cerita ni, baik aku stop.

kesimpulannya, cerita ni hanya mampu ku beri 1 from 5 star.
sebab xsebati dengan jiwa.
minta maaf remy.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~batuk! jerebu oi!~





Tuesday, June 19, 2012

~X~

tajuk movie.
bukan cerita Xmen tuh.
ini movie yang berada di cinema maybe since minggu lepas kot.
aku pun xpasti.

disebabkan tiada movie english keluar last week dan perasaan maw tengok movie meronta2 serta maw jalan dengan bu jah, kami tabah tengok movie melayu.
plus, babu jah peminat malay movie.
:)

movie ni mengisahkan tentang Hafiz (Pierre Andre) dan kelima-lima X-Wife nya or bekas isterinya.
aku lupa nama watak nya.
yang aku ingat ada Diana Amir.
HAfiz ni cuba untuk propose bakal isterinya yang ke-6 iaitu Arissa (Intan Ladyana).
tapi, dikacau oleh kelima-lima bekas isterinya.
masing2 membawa presepsi tentang bekas suami dorang.

dipendekkan cerita, last2 Arissa dan Hafiz kahwin.
semuanya atas jasa janda2 nya.
dan dipenghujung cerita, ada kejutan yang berlaku.

cerita ni sumpah bosan.
aku mmg lah xminat langsung.
xfaham kenapa cerita ni boleh ada di cinema.
eh.

lawak tu ada la part isteri no 2, fatihah yg sangat patuh kepada suaminya.
part bawa kambing tu agak lutchu.
dan the rest bosan.

aku kurang faham apa motif scene berlagak mabuk tu.
dan propose ala2 mat saleh tu aku boleh terima.
tapi, kenapa kunu maw buat ala2 kissing macam orang putih.
hilang sudah kemelayuan dalam cerita ni.
boleh la join sekali cerita omputih di pasaran.

lagipun, aku xfaham apa nilai murni yang maw ditonjolkan.
hormat suami?
mungkin.
jangan terlalu mementingkan kemewahan?
mungkin.
jangan jadi pengkid?
mungkin.

kesimpulannya, cerita ni membosankan.
aku sedih berada di dalam cinema selama 1jam40minit.
bintang?
ehem.
cukuplah aku bagi 1 from 5.
wehoo.

ini pandangan aku.
jangan pula maw komersialkan tulis aku condemn cerita melayu.
malas ai.
haha.
if korang ada pandangan lain, itu hal kamu.
eh.

sekian.

diam!

.:END:.

~selamat hari lahir! ~

Monday, June 18, 2012

~Tutti Fruitti~

Dark Chocolate + Death Chocolate + Chocolate Rice.

gila chocolate time ni.
nyummeh.

:)




sekian.

diam!

.:END:.

~nice food!~

Sunday, June 17, 2012

~Warung Padang Jawa~

di sini aku maw share picca lagi.
aku pernah buat entri pasal restoran ni di sini.
<<<sini>>>

itu entri tahun lepas.
wah.

harga nasi ayam penyet still sama, rm5.50.

sambal still macam dulu.
pedas.
tapi, kurang sudah la.
xmacam awal2 dulu.

servis pula semakin laju.
sebab pekerja ramai.
tidak lah kena tunggu sampai 30min ke atas.
wehoo.

oleh itu, sila enjoy picca ni.
jangan tumpah kan apa2 ok.
:)



sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

Saturday, June 16, 2012

~Cheese Cake~

tiada idea maw update apa.
tengok lah picca cheese cake ni.
aku maw makan kek!
isk.


amaran: jangan tumpahkan air liur di sini.

sekian.

diam!

.:END:.

~bosan~

Friday, June 15, 2012

~Ummi Aisah Restaurant and Catering~

siapa selalu lepak alamesra xtaw kedai ni memang betul2 belum arif pasal alamesra.
eh, apa kaitan dengan tajuk.
haha.

tajuk entri = nama restoran.
kedudukan tepat, di corner.
berhadapan dengan Restoran Safwanah.
bersebelahan dengan kedai mamak yang aku lupa namanya.
dan kedai ini di Alamesra.

menu yang kononnya pemes adalah Nasi Kukus Ayam Berempah dan Sanggar.
Ada dua sanggar, penyet dan cheese.
pilihan kami pagi tu ialah Sanggar cheese.

sanggar Cheese.
campur susu pekat dengan parutan keju.
rasa boleh tahan, tapi sedap lagi yang di Anjung Senja.
tapi, sue cakap Adzie lagi sedap.
nanti maw try.
:)

Nasi Kukus Ayam Berempah.
kakak aku suka, aku langsung tidak suka.
tahukah anda, aku amat fanatik dengan ayam.
oleh itu, apa2 lauk ayam akan habis bila dihidang depan aku.
tapi kali ni tidak habis sebab ayam nya half cook.
malas maw tegur, nanti dibenci pula.
so, ayam besar2 seperti di bawah ni xhabis pon.
isk.

tapi, kari dia sedap.
sambal nya aku xmakan.
sebab aku xtahan pedas.
kesian.

harga food nya berpatutan lah.
servis pun laju.
meja tidak melekit.
pelayan peramah.

malas maw komen lagi.
kalau maw rasa, sila pergi ke kedai ini dan makan.
:)

 Nasi Kukus Ayam Berempah [RM7]

Sanggar Cheese [RM2.80]

sekian.

diam!

.:END:.

~review seja oi!~

Thursday, June 14, 2012

~Restoran Singgah Sokmo~

tengok nama pun taw itu restoran orang pantai timur kan.
restoran ni terletak di Kepayan Commercial centre.
if aku bagitaw macam tu, mesti orang blur kan.
ekceli aku pun xtaw.
haha.
apa aku merepek.

berbalik kepada lokasi kedai tu, ia terletak berdekatan Cyber City apartment.
area kepayan.
jalan lintas.
selepas petronas jalan lintas menghala ke KKIA tu, ambil simpang kiri ke Cyber City apartment.
masuk simpang tu, korang akan nampak kedai ni di sebelah kanan.
besar2 tu nama kedai.
sure jumpa.
:)

di sini aku maw menekankan bahawa nasi goreng paprik di sabah bukan bewarna merah.
maknanya, bukan berkuah merah macam di semenanjung, di sini colour putih macam masak ladna.
eh.
tapi, exception di Prapeni Thai putatan ada paprik merah.
haha.
sebab utama, orang kelantan yang jadi chef.
so, di restoran singgah sokmo pun aku confirm kelantanese jadi chef.
wehoo!

food di sini murah.
serius murah.
sedap pula tu.
meja tidak melekit langsung.
pelayan dia friendly dan hensem!
sorang tu ja, yang terlebih peramah tu tidak hensem sebab aku taw dia sabahan.
haha.

servis memang laju lah.
maw cakap sedap orang sikit, tidak juga.
ramai lah yang datang.
eh.

tapi, disebabkan jaraknya jauh, aku berkira2 maw pergi sini.
eh, itu tipu.
food sedap akan ku kejar ke mana sahaja.
:)


rm 6

rm 7.

rm7.50

sila berkunjung ke kedai ni.
serius xrugi.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku tidak dapat apa2 benefit pun if buat review oi!~

Wednesday, June 13, 2012

~130612~

ini bukan entri review movie.
haha.

teringin maw update sesuatu tapi malas menaip.
kesian dengan diri.

tadi buka email.
dapat panggilan interview.
seronok rasanya.
kali ni kena buat betul2.
wish me luck, bulan depan.
haha.

dan sekarang aku buat dua kerja.
fuh, rasa macam tengah kumpul duit maw kahwin.
haha.
ekceli, aku dengan kakak tengah fikirkan untuk start up new bussiness.
adik aku di kL sudah mula.
dan aku bukan terlibat MLM.
tidak sesekali.
:)

so, kiranya kerja keras ni untuk cover modal semua.
ekceli, aku boleh start bulan lepas.
tapi, hasil kerja keras sebelum ni telah habis aku belanjakan untuk bergembira dengan makan segala apa yang aku suka.
eh.

oleh itu, masa bekerja aku adalah dari pagi hingga ke lewat petang.
ehem.
kerja sampingan akan dilakukan ketika malam tiba.
wehoo.

doakan aku berjaya dalam hidup.

sekian.

diam!

.:END:.

~suka makan itu aku~


~Waktu Operasi BAru Poliklinik UMS~

gambar di bawah merupakan waktu operasi terbaru Poliklinik UMS.
ada kesalahan sedikit di bawah.
am jadi pm.
lawak xberkesan.
haha.


dapat tengok picca tu?
malas maw tekan?
ok lah.
aku tuliskan balik.

Isnin- Khamis : 8.00am - 1.00pm
                       2.00pm - 8.00pm

Masa rehat : 1.00pm - 2.00pm

Jumaat : 8.00am - 11.30pm
           2.00pm - 8.00pm

Masa rehat : 11.30am - 2.00pm

Sabtu : 9.00am - 1.00pm
       2.00pm - 8.00pm


Masa rehat : 1.00pm - 2.00pm


Ahad dan Cuti Umum : TUTUP


sekian.

diam!

.:END:.

~wah! hapdate benda lain!~

~Jalan Kembali : Bohsia 2~

aku tengok movie melayu!
movie melayu oi!
haha.

aku pun xsangka boleh tengok movie ni.
adakah kerana syamsul yusof atau zizan?
eh bukan, aku maw buang masa.
wehoo!

movie ni sambungan dari cerita Bohsia dulu.
aku tiada buat review dulu sebab malas kot.
or time tu kemalasan melanda.

berbalik kepada cerita ni, mengisahkan tentang Amy yang berubah menjadi baik dan masuk pengasih.
Tasha yang semakin hanyut dengan dunia gelap.
Mus berkawan baik dengan Ijan yang akhirnya lama kelamaan maw insaf.
Keting yang menjadi boyfee kepada Tasha dan kununnya raja KL dan menyumbang kepada bekalan dadah Tasha.

dipendekkan cerita, Amy dan Mus maw selamatkan Tasha dari hanyut dengan dunia gelap.
Keting mengamuk.
gaduh2, pukul2, belasah2 dan akhirnya ada kematian.
siapa mati?
sila cari sendiri dengan menonton movie ni.
haha.

satu benda yang aku hairan.
kali ke2 Keting VS Mus, dari mana Keting dapat parang tu?
memang dia bawa kah.
siapa boleh jawabkan? 
aku malas maw tengok ulang2 ni.

kesimpulannya, cerita ni menghiburkan.
mungkin sebab lawak agak pandai Zizan dan Harun Salim Bachik.
ehem.

bintang?
aku bagi 3 from 5.
ok lah tu kan?
haha.

dan aku tidak faham kenapa orang depan, tepi dan belakang aku beria2 ketawa.
time tu xlutchu pun.
sedih aku.
maybe aku ni xpandai express feeling kot.

kepada ibu bapa di luar sana, sila nasihatkan anak2 anda agar tidak terlibat dengan aktiviti haram.
contohnya, dadah, rempit, rokok, buli dan lain2.
movie ni boleh mengajar anak2 anda supaya tidak terlibat benda2 berkenaan.

sekian.

diam!

.:END:.

~achum!~

Tuesday, June 12, 2012

~Piranha 3DD~

sumpah ini sambungan dari movie Piranha back 2 years.
entri pasal cerita tu ada sini.

dan kagumnya, aku tengok cerita piranha ni 3D.
ok, sangat tidak seronok sebab membuatkan mata aku gatal dan berair serta mencetuskan kepeningan.
haha.
ayat over.

berbalik kepada cerita tu.
Piranha kali ni tetap dengan ikan piranha pembunuh tu.
kali ni ia berlaku di taman tema, xsilap namanya Wilderness Waters.
watak utama, Maddy kononnya seorang pakar biologi Marin.
ekceli taman tema tu kepunyaan ayah tiri dia, Chet yang merevolusikan taman tu utk tarikan umum dgn menggunakan perempuan seksi sebagai penyelamat.
dipendekkan cerita, Barry suka Maddy dan berusaha menambat hatinya tapi ada Josh yang potong jalan sebab agak hensem dan tinggi.

dalam movie ni, ikan Piranha telah try berubah dgn dapat memecahkan keluli yang kuat dan menembusinya untuk mendapatkan makanan.
ikan2 piranha ni menyerang taman tema air dengan masuk melalui saluran paip haram yang dibuat oleh Chet.
ia membunuh ramai orang time hari pembukaan semula taman tema ini.
kesimpulannya, banyak orang mati.
watak utama mati atau tidak, korang pergi tengok sendiri.
haha.

tetapi, macam biasa cerita ini melibatkan terlalu banyak darah.
macam maw menangis aku dalam cinema tengok benda ni.
nasib baik xmuntah.
fuh.
semakin berjaya mengawal kemualan terhadap darah.
yay.

cerita ini untuk mereka 18tahun ke atas.
ibu bapa jangan lah berfikir maw bawa anak2 kecil tengok.
terlalu banyak pendedahan kulit seorang wanita dan perkataan luncah serta perlakuan luncah yang terlibat.
eh.

dan cerita ini hanya 1jam 21minit.
sangat lah sekejap.
isk.

bintang?
aku bagi 3 from 5.
terlalu banyak darah membuatkan aku minus 2 star.
haha.

oleh itu, sesiapa yg berumur 18tahun ke atas yg maw tengok movie ni, silakan ke cinema berhampiran.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~ohoi!~




Monday, June 11, 2012

~Prometheus~

ini review movie lagi.
ok, sila bosan.
haha.

movie ni aku tergerak hati maw tengok sebab movie english.
dan aku menyesal dengan membuat keputusan itu.
sebab utama tidak best.
tapi, aku suka time ni sebab lelaki hensem duduk di depan dan lelaki boleh tahan duduk di sebelah.
eh, aku tengok movie sorang2.
haha.

berbalik kepada movie.
movie ni mengambil tahun2 ke hadapan, 2083 ka tu.
then, tiba2 pergi 2090 dan akhirnya 2093.
terlalu banyak millenia.
haha.

movie ni tentang kewujudan manusia.
Ellie dan Charlie mencari siapakah pencipta dan telah menyakinkan pemilik Wayland corp utk menaja penyelidikan dorg utk menggembara ke angkasa lepas utk mencari pencipta manusia.
dipendekkan cerita, dorg berada dalam keadaan stastis utk 2tahun lebih dan akhirnya berjaya sampai ke destinasi.
pendekkan cerita lagi, misi dorg gagal.
ending, semua mati kecuali Ellie.
sebab apa, sila tengok sendiri.
dan jangan tengok di cinema, tunggu kt HBO.
membazir duit tengok sana seperti aku menyesalinya.

cerita ni tidak sesuai untuk orang yg kurang kepercayaan kepada agama.
boleh rosak akidah.
sebab Ellie dan Charlie ni kira mempersoalkan lah kepercayaan siapa pencipta dorg.
malas maw ulas banyak2 sebab aku xsuka cerita ni.
wehoo.

kesimpulannya, jangan bawa anak2 kecil tengok untuk hiburan hujung minggu.
elok lagi cerita Madagascar.

bintang?
ehem.
1 fr 5 lah.
bosan.

sekian.

diam!

.:END:.

~selamat bersekolah semua!~

Sunday, June 10, 2012

~Senja Nan Merah~

aku bukan maw nyanyi lagu Senja Nan Merah tu.
itu nama kedai makan.
xtaw maw panggil kedai ka gerai, tapi better panggil kedai di medan selera.
haha.

ini adalah salah satu cawangan Selera Senja.
aku pernah tulis entri pasal tempat tu di sini.

kedai ni terletak di Anjung Senja.
di bandar raya Kota Kinabalu, bukan dekat likas tu.
gerai no 19 kalau xsilap.
:)

ekceli aku dan family kakak aku boleh dikira regular customer lah.
kalau xtaw maw makan mana, terus pilih sana.
eh.
:)

makanan sedap.
food murah.
menghadap laut.
Mya lari2 dekat anjung broadwalk tu, dan aku terpaksa kejar tiap2 kali.
haha.

malas maw cerita panjang.
tengok picca food lah.
lain kali aku tambah lagi picca.
xjumpa yg lain2 sebab terlampau banyak.
eh.




sekian.

diam!

.:END:.

~malas oi!~

~Tutti Frutti~


Vanilla flavour.
choc n strawberry chips.
nyum.

sekian.

diam!

.:END:.

~kesukaan aku!~

Saturday, June 9, 2012

~Masakan Ala Thai~

itu nama restoran.
ekceli aku xtaw nama restoran tu.
kat banner tulis benda tu, so aku pandai2 kasi nama lah.
haha.

kedudukan tepat restoran ni di Kingfisher Plaza.
bersebelahan Digital Photo Express dna JD Hair Team.
berhadapan dengan Multi Bake.
satu barisan dengan Nasi Ayam Juara.
kalau xjumpa juga, komen sini tanya direct.
eh.

restoran ni mempelbagaikan menu harian.
maw taw baca di bawah.

Monday : Nasi Kerabu.
Tuesday : Laksa Penang @ Laksam
Wednesday : Lontong, Nasi Impit
Thursday : Nasi Beriyani
Friday : Kari Kambing, ikan.
Saturday : Nasi Dagang.

tapi, menu di atas bukan pilihan aku pon.
semuanya kesukaan kakak aku.
so, dia yang paling happy.

for me, aku suka soto Ayam ja.
:)

2 kali ke sana kami buat assumption food nya memang murah.
less than rm5.
kali ke3 makan situ baru terserlah mahal yang amat.
kami datang time menu nasi beriyani.

sila bayangkan nasi beriyani + ayam masak merah + telur asin + terung kot = rm 9.50.
sila terkejut sebab sumpah mahal kan.
orang tu kira nasi beriyani kosong rm 4.50.
nasi semata2 pulak tu.
sangat lah tidak berpatutan.
oleh itu, kami ban kedai ni dan wajiblah mencari kedai baru.
haha.

dan, di bawah ni picca food yang sempat aku snap sebelum masuk perut.
eh.


Nasi Kerabu. [RM4.50]

 Laksa Penang. [RM4]

Soto Ayam. [RM4]

sila jangan stalk aku sampai ke kedai ni.
muahaha.
perasan famous oi!

sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

Friday, June 8, 2012

~080612~

ini cerita pasal hidup aku.
eh, tipu.
memang xtaw maw tulis apa.
serius.

hasil pemerahan otak, aku cerita sikit pasal hidup aku lah.
not interesting at all.
sumpah bosan, itu sebabnya aku lagi suka review movie.

kerja?
confirm lah tiada yang tetap lagi.
macam bola pula tukar2 kerja ni.
sekarang, seperti kata kak Ireyati, aku macam security guard.
and i admit it, memang pon!
jaga ofis 8 to 1pm.
boleh la kan dari bosan2 tiada buat kerja di rumah.
plus, kerja ni pun bosan, duduk atas kerusi ja.

then, sebelah petang aku melakukan aktiviti yang pelbagai.
kadang2 aku tengok movie dan itu mmg hobi utama.
kadang2 aku ajar tuisyen.
dan kadang2 aku tidur ja.
eh.

dan siapa yang sedap2 mulut ja cakap aku xmaw cari kerja tetap tu mmg maw kena makan penumbuk kot.
pernah dengar perkataan, usaha dan tawakal?
aku berusaha cari kerja, if ada interview buat yang terbaik dan tawakal.
doa banyak2 lepas tu.
setakat ni, tiada hasil yang memberangsangkan.
wehoo!

dan sila jangan tanya pasal setadi lagi.
aku malas suda.
itulah berhenti separuh jalan.
orang ckp pendek akal, sekejap lagi maw habis.
sabar seja kunu.
if u r in my shoes, u will noe what did i face everyday.
dan aku bukan seorang yang sabar dengan benda2 tu.
plus, aku pun mmg ketara2 la kurang cerdik sebab xtaw fikir mana yang baik.

ok, tulisan di atas buat aku sedih.
dem.

untuk makluman semua, sila jangan condemn apa yang aku tweet.
aku mmg sensitif.
ceh, tipu.
aku agak mengambil berat tiap2 kali orang balas tweet aku.
dan kalau itu buat aku terasa, hilang mood satu hari oi!

tweet ja la tempat yang aku boleh tulis suka hati.
kalau kamu sakit hati, sila unfollow.
tidak susah, tidak merugikan sesiapa.
hati senang, hidup semua orang akan jadi gembira.
:)

aku rasa sampai sini seja maw tulis.
lain kali kita cerita benda lain.
boring topik sama.
bai.

sekian.

diam!

.:END:.

~malas oi! malas!~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey