Tuesday, August 21, 2012

~3 syawal~

nanti update picca raya.
dan picca yang tertangguh2 dulu.
:)

yang penting raya tahun ni dapat duit raya lagi.
yay!
tamaw kawin lah.
baru dapat duit raya.
ohsem!
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~ngantuk!~

Monday, August 6, 2012

~Hijabers Community Sabah Gathering ke 3~

akhirnya gathering kali ke 3 berjalan dengan lancar.
syukur!
:)

HCS Gathering ke 3 adalah juga program Makan Malam bersama Artis Tempatan Sabah dan Rakaman Sioknya Bayu TVi 180 Raya Merdeka.
diadakan di Restoran Sri Nurain & Catering.

di sini aku maw letak apa yang admin HCS tulis di page.
wehoo!

Hijabers Community Sabah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang menjayakan HCS Gathering 3: Makan Malam Bersama Artis Tempatan Sabah dan Rakaman Sioknya Bayu TVi 180 Raya Merdeka, terutama sekali AJK HCS yang bertugas, crew Sioknya Bayu dan Restoran Sri Nurain & Catering dan tidak lupa juga hijabersisters yang turut hadir memeriahkan majlis ;)

Maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan kekurangan itu datang daripada kami sendiri.


sangat enjoy sebab kami berpeluang beramah mesra di antara satu sama lain.
HCS sisters united u olls!
dan juga, dapat berkenalan dengan artis baru disamping masuk TV time raya nanti.
haha.

kami dapat masuk TV sebab Sioknya Bayu TVi 180 bagi peluang ni.
boleh like Fb dorg di sini
crew dan penerbit yang sumpah baik.

antara aktivit gathering adalah game berkumpulan.
dan banyak aksi lutchu berlaku time ni.
contohnya time main music chair, Tchelle telah melanggar Kak Zuraidah sehingga hampir jatuh.
part Tchelle dan Wana jatuh sebab berebut kerusi pun lutchu.

kuiz about Sirah dan Merdeka also cute.
berpeluang juga mengasah pengetahuan kami yang xberapa tajam sudah.
we are united as one.
seronok bila gather ramai2.

tidak dilupakan juga untuk orang di Palestin.
ada tabung untuk mereka as the presiden Aman Palestin cawangan Sabah ada dan give talk about them.
menderma sambil bergembira main game bersama rakan-rakan.
wehoo!

also, aku dapat cabutan bertuah.
terima kasih kepada Amy sebab cabut nama aku.
dapat hadiah yang ditaja oleh Afieyza Aleeschaylee.
gembira tahap maksima sebab kira aku masih bertuah.
yay!

dan di bawah sedikit picca malam tu yang telah aku ambil dari beberapa orang.
Amy.
Erra.
Aisyah.

terima kasih in advance.
kira minta kebenaran sudah ni kan.
haha.

enjoy it.













sekian.

diam!

.:END:.

~tapaham kenapa orang samakan dengan NL~

Sunday, August 5, 2012

~Program Ihya Ramadhan Aman Palestin dan KYS~

seperti yang aku pernah story di entry yang lalu, program ni berjalan lancar.
dan aku xberkesempatan untuk mendengar talk Farah Adeeba di Wisma Wanita tu.
itu kerana aku tiada transport.
kesian.

dipendekkan cerita, HCS berpeluang untuk pergi ke Majlis Berbuka Puasa Program Ihya Ramadhan Aman Palestin dan KYS bersama Puan Farah Adeeba.
terima kasih kepada Puan presiden sebab bagi kami peluang untuk bersama-sama dalam program ni.
<3 p="p">


majlis start around 5pm kot.
majlis ni untuk mengumpul dana untuk membina semula masjid Al-Qassa di Palestin.
dianjurkan bersama Aman Palestin cawangan Sabah dan KYS.

pengisian program adalah tayangan video oleh ustaz that i cant remember his name.
dia akhirnya berpeluang ke Gaza setelah mencuba sebanyak 3 kali.
time beliau menunjukkan video tu, memang rasa sedih yang amat.
kita di sini bahagia dengan keamanan yang dicapai.
tetapi di Palestin, tiada istilah itu.
sedih oi!

dan sedikit talk from Puan Farah Adeeba, ikon Aman Palestin.
beliau berkongsi sedikit pengalamannya semasa di Gaza.
bagaimana hidup orang di sana.
bagaimana dia membawa anak lelakinya di sana.
dan berkongsi bagaimana semangat kental orang di sana.

dipendekkan cerita, after buka puasa dengan kuih muih dan kurma serta air, kami semua solat Maghrib berjemaah.
eh, kaum lelaki ja sempat jemaah, kaum perempuan tidak berpeluang sebab ruang yang sedikit dalam bilik tu dan membataskan pergerakan semua orang.
isk.

after tu barulah kami makan nasi dan semuanya.
dan berpeluang beramah mesra dengan Farah Adeeba.
wehoo!

tahukah anda, kita boleh menderma melalui SMS untuk rakyat Palestin?
misi Aman Palestin adalah untuk menghantar sekurang-kurangnya 100k sebulan untuk rakyat Palestin.
marilah kita menjayakannya.
setakat RM10 sebulan, xluak pun duit kan?
:)

kita boleh menaip SMS seperti berikut,
PALESTIN 10/5/3/1
Hantar ke 39111.

mudah kan?
dari kita undi peserta mentor or AF tu, baik lagi kita menderma dan beramal.
hihi.


di bawah adalah picca HCS sisters with Farah Adeeba.
sila tengok dan jangan kutuk.
aku <3 mereka.="mereka." p="p">
dan picca ni aku ambil dari kakak Aima
:)





sekian.

diam!

.:END:.

~berpeluang untuk beramal~

Saturday, August 4, 2012

~Bali Bali Gardens~

meeting HCS hari tu diadakan di Bali Bali Gardens.
terletak di Sembulan or Tanjung Aru.
berdekatan Stesen Minyak Petronas.
di sebelah kiri dari roundabout Sembulan.

kalau maw ke situ, kena masuk simpang kiri di hadapan sebelum simpang berdekatan flyover Tanjung Aru.
penerangan yang rumit.
tapi, if korang lalu, boleh taw juga apa yang aku maksudkan.

di bawah adalah group photo.
ehem.
semuanya cantik-cantik kecuali aku.
haha.


servis amat memuaskan.
tindakan yang diambil untuk setiap masalah cepat.
tidak lah menunggu terlalu lama.
walaupun si penjaga kaunter yang agak bikin menyampah.
tapi, pelayan dan operation manager yang baik.
:)

meja pun berkeadaan baik.
kawasan sekitar yang sesuai untuk kanak-kanak berlari.
dan orang ramai boleh camwhore xkira masa di sini.
haha.

untuk berbuka, aku order Nasi Lemak Ayam Masak Merah.
kak Zar Ayam Betutu.
dan air adalah Green Apple Juice.

RM15.20.

nasi lemak tu macam nasi lemak pandan.
tidak sedap.
ayam tu bukanlah ayam masak merah yang aku harapkan.
lebih baik tukar namanya, ayam masak sambal.
dan tidak sesedap seperti yang aku harapkan.
sayuran tu aku xmakan, jadi xboleh komen.
kesimpulannya, tidak menepati citarasa aku.

 RM16.00

menu yang di atas, aku xrasa.
kakak ipar aku cakap its a So So only.
tidak sedaplah tu.
haha.

perbezaan diantara dua menu diatas adalah nasi dan jenis salutan ayam sahaja.
no speciality yang boleh diingati.

nasib baiklan green apple itu sedap.
bukan lah apple hijau yang dikisar menggunakan blender.
dorang guna juice extractor.
terima kasih sebab air yang sedap itu.
dan harganya adalah rm7.50. 

minta maaf bali-bali.
lain kali aku berfikir kalau maw ke sini.
-_-

kesimpulannya, untuk bergambar silalah ke sini.
untuk makan fikirlah berulang kali.

sekian.

diam!

.:END:.

~kalau kereta kena langgar, kita kena cool~


Friday, August 3, 2012

~Rapunzel Style Hijab~

inspiration by Hijab Pilihan.
Facebook: Hijab Pilihan.
Twitter : @Hijabpilihan.

covered in Daily Express (3 august 2012) by Kazalinah Kamaludin.


untuk mendapatkan gaya hijab yang lebih banyak, boleh lah follow page Hijab Pilihan.
or korang boleh directly contact the owner, Ummy Aliasgar and Intan Ashgar bagi mendapatkan produk hijab dengan harga yang murah.

kindly browse their page untuk tudung hari raya anda.

aiseh.
macam sales girl promote barang pulak.
haha.

dan, terima kasih untuk Kazalinah dan Hijaber's Community Sabah.
<3 p="p">

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai!~

Thursday, August 2, 2012

~Updated Gathering HCS ke 3~

sebelum ni, aku pernah tulis tentang informasi gathering ni di sini.
tapi, terdapat perubahan masa disebabkan ada hal yang timbul.
eh.

gathering dijangka bermula pada 4.30 pm dan bukanlah 2pm seperti yang diwar-warkan.
:)

oleh itu, marilah kita meramaikannya.
boleh contact kakak Aima.
empunya belog ini.

ataupun terus contact admin HCS di fanpage.
atau tweet terus ke @HC_Sabah.
apa2 pun, sila lah bertanya.
takut sesat jalan macam aku.
haha.

dan maw share, esok (03082012) ada Program Ihya Ramadhan Aman Palestin dan KYS bersama Puan Farah Adeeba (Personaliti TV9).
pada 12-1pm bertempat di Wisma Wanita.
dan ada satu slot lagi 2-3.30pm di Jabatan Ketua Menteri.

khabarnya, Puan Farah akan berkongsi pengalamannya di Palestin.
marilah kita join.
majlis ilmu xsalah kita join.
:)



sekian.

diam!

.:END:.

~uhuk!~

Wednesday, August 1, 2012

~Restoran Masakan Sedap~

banyak kali plan maw makan sini.
tapi, hanya berkesempatan pergi hari tu.
dan aku sudah 2 kali pergi ke situ untuk menikmati buffet ramadhan nya.

harga Buffet Ramadhan itu RM28.35 seorang dewasa termasuk tax.
untuk kanak-kanak aku kurang pasti. mungkin RM14++.

untuk buffet ni, lebih baik booking tempat awal-awal di talian 088-247459.
ini untuk memastikan space untuk anda makan terjamin dan selesa.
haha.

banyak hidangan yang disediakan.
time dua kali datang tu, ada sedikit perbezaan menu yang disediakan.

semuanya sedap-sedap belaka dan servis pun memuaskan hati.
meja di alas dengan alas meja kuning yang tidak menyakitkan mata.
minta bil cepat ja dapat.
haha.

tidak banyak picca yang dapat di kongsi sebab aku khusyuk makan plus bateri bb habis.



sekian.

diam!

.:END:.

~terima kasih belanja makan. haha!~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey