Monday, December 31, 2012

~Tuaran TV~

ekceli aku maw cerita pasal baju aku beli dengan mereka ini.
iya, aku semangat Tuaran.
gara-gara tempat mastautin banyak di Tuaran sekarang.
eh, aku di shah alam pula ni.
maybe i shud search for Shah alam town?
haha.

a big no no.
cause i love Sabah.
ada kaitan?
melalut.

ok lah.
di sini aku tunjukkan baju yang belum sampai di tangan gara-gara lupa dikirim hari tu oleh adik aku.
faham ka tu ayat.
bukan dorg belum deliver.
tapi, aku yang belum dapat di SA.
isk.


untuk mengorder baju di atas, boleh lah menghubungi admin TuaranTV.
ada banyak cara.

mereka peramah.
senang berkomunikasi.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~kenapa aku belum tidur?~

Sunday, December 30, 2012

~Selera Sejati, Umbai~

selepas berkunjung di Port Dickson, kira-kira pukul 8 malam kami bertolak ke Melaka.
ini adalah kerana Aizat mahu makan di Umbai.
makan seafood katanya.
kami layankan seja.
haha.

sampai di Medan Selera Umbai kira-kira 11 malam.
kami ikut jalan tidak bertol.
konon2 maw rasa jalan kampung.
tetapi kami disesatkan oleh Waze GPS.
kami lalu semua daerah di Negeri Sembilan dan Melaka.
kira buat pusingan U sebelum sampai Umbai.
malang.

lupakan kisah sedih.
mari aku kongsi pasal gerai pilihan kami.

sebenarnya pak cik penjaga tandas suggest makan di Parameswara.
tapi, penuh dan tutup awal gara-gara sambutan awal.
if mahu makan sana, better buat tempahan lebih awal.
then, pak cik tu cakap try Gerai No 1.
malang lagi.
kedai tu fullhouse.
mesti sedap kan?

akhirnya, kami pergi ke gerai bernombor 6.
Selera Sejati milik Mohd Hashim.
dan sesungguhnya gerai ini tidak mengecewakan.
:)


di bawah picca suasana Umbai.
kira-kira 1130pm ketika picca ini diambil.
ramai orang tidak kira masa.


sebelum makan, benda pertama yang dihidangkan adalah dadih.
bukan free.
harganya RM1.50.
adik aku cakap sedap.
eh.

di sini terdapat nasi lemak berharga 60 sen.
murah!
memang tidak sebanyak nasi lemak Rm1.50.
tapi rasanya sedap dan dihidangkan panas2.
nyummeh!


menu pilihan kami.
sotong goreng tepung.
ikan Jenak masak Sambal.
Siakap 3 rasa.

pada mulanya request siakap masak stim.
tapi disebabkan dapur penuh dan mungkin mengambil masa yang lebih lama, orang tu syorkan tukar masakan.
-_-

tapi, pilihan kami tidak salah.
food tu sedap!
mereka bertiga menikmati sambal cicah yang diberi.
aku xmakan pedas, jadi say bye2 lah.
haha.

minuman pula, kelapa muda 2 biji, teh o ais limau dan laici.
kelapa muda yang mengecewakan sedikit.
bukan muda pun.
tua.
sedih.







total cost makan dan minum malam itu adalah RM97.50.
kurang dari seratus ringgit.
boleh dikira murah.
eh.

di bawah ni picca belacan.
motif ambil picca ni?
untuk tontonan rakan Aizat dan Ummy yang xkenal belacan.
kesian.


ini pula picca perkhidmatan bot ke pulau Besar.
kami sampai malam.
jadi kecewalah Aizat keran xdapat ke Pulau Besar.
haha.


sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk!~

Friday, December 28, 2012

~Pertemuan semula separuh GBS~

rindu GBS.
dan pucuk dicita ulam mendatang.
eh, betul kah perumpamaan itu?
kita assume betul.

Tisya ajak jumpa di Bangi sebab dia berkursus.
setelah dua kali cancel sebab aku dan dia xpunya masa yang sama, akhirnya kami berjanji untuk bertemu di Big Bad Wolf.
yay!


itu picca sebelum kami makan.
lokasi, Old Town White Coffee Mines.
terima kasih encek Farid sudi ambilkan gambar.
gambar anda tiada dalam simpanan.
haha.

seterusnya, setelah berbincang secara aman ketika memilih buku di BBW, aku pun hendak ke Bangi untuk menemankan Tisya yang menangguhkan perjalanan balik kerana BBW.
:)

selepas balik shah alam dan pergi ke Bangi menaiki komuter, tiba2 Tisya bagitaw Ain ajak dinner.
super excited!
sebab sudah lama xjumpa.

akhirnya, lokasi pertemuan kedua bersama Tisya dan pertama bersama Ain adalah D'One Steak, Bangi.

di bawah adalah picca kami.
aku sudah minta kebenaran untuk tempek di belod.
sila jangan komen kecomelan kami.
dan iya, ketiga-tiga masih belum berpunya.
haha.







pesanan ringkas, kalau orang berbaju biru di tepi meja kami membaca belog ini, aku kirim salam.
hensem.
serius.
haha.

dan aku xdapat maw review restoran ni gara2 superexcited dan lapar, tiada picca food yang diambil.

akhir kata, rindu mereka.
ahli GBS yang lain jangan marah.
nanti kita arrange jumpa.

sekian.

diam!

.:END:.

~apa maw dikata~

Thursday, December 27, 2012

~sebelum tahun baru~

sebelum tahun baru, aku berazam mahu update belog.
adapun picca berada di dalam tab adikku.
oleh itu, aku tangguhkan update sekali lagi.

mahu berkongsi kisah perjalanan.
shah alam-port dickson-melaka-shah alam-cameron highland-penang-shah alam.
perjalanan menggunakan jalan lama.
dan kurang membayar tol.
masa perjalanan yang lama.
haha.

nantikan update aku.
phui.

sekian.

diam!

.:END:.

~perasan orang baca belog dia~

Wednesday, December 26, 2012

~Wordless Wednesday~


Tuesday, December 25, 2012

~D'Kayangan Steamboat~

tempat steamboat yang dikunjungi gara-gara menonton JJCM.
sebenarnya kami menyambut hari lahir Fathin.
iaitu hampir 2minggu yang lalu. 
sangat tiada masa update belog.
konon.

D'Kayangan Steamboat.
berhadapan dengan Restoran Tupai-Tupai.
Jalan Lompat Tinggi, Seksyen 13, Shah Alam.
Amat mudah mencarinya.
cari ja Sri Acapella Apartment.
mesti jumpa.

terdapat banyak pilihan.
seafood.
kupang atau lala.
isi ikan.
udang.
tapi tiada ketam.
aku faham, sini mahal.

bebola yang banyak.
ayam.

part paling aku suka Ice Cream.
aku memang gila ais krim.
enam kali kaut 3 scoop.
itulah sebabnya lemak terkumpul bertambah.
haha.

dan ayat adik aku, sedap sedikit dari satu tempat itu.
lupa namanya.

harga pun murah.
hanya RM26 beserta tax.
free for birthday girl.
terima kasih owner!
:)

xbanyak picca aku ambil malam tu.
gara-gara membaca TL perlawanan Malaysia vs Thailand.
yang akhirnya Malaysia kalah.
-_-




sekian.

diam!

.:END:.

~ehem~

Thursday, December 13, 2012

~Burger Bakar Kaw Kaw~

gerai burger ini terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju.
senang maw cari, di mana ada orang baris panjang, di situ lah gerai nya.
berdekatan gerai ni ada gerai Char Kueh Teow.
gerai ni betul2 dekat simpang.

sistem gerai ni senang.
berbaris untuk order.
pilih apa yang dimahukan.
dan hanya bagitaw makan sana or take away.
done.

malam tu, kami order seperti gambar di bawah.


me : Chicken Cheese set meal. [chicken cheese burger + 2 sausages + drink]
it cost RM11.

ummy: Beef set meal. [beef burger + 2 sausages + drink]
it cost RM10.

gg: Beef Cheese only cost RM 8.50.

my chicken cheese burger.

servis memang cepat.
dan agak kagum di situ.
tapi yang xbest, sebab dia cepat adalah kerana burger ni macam sudah kena masak 15mins ago.
cold and not so nice on my tongue.

makan dan makan dan hayati serta hayati lagi burger ni.
i cant feel SEDAP tu.
maybe i should go to mcD and get my regular mc chicken.
*kecewa*

sebab kehambaran rasa burger ini, aku rasa benda ni sangat mahal.
but, thanks to the drink.
its superb and i love it.
itulah penyelamat kepada rasa yang hambar.

ini adalah personal thought.
so, if u have different review from me, dont try to bash me.
lidah lain2 kan?
:)

apa2 pun, good effort utk menjayakan burger bakar.
aku akan ke mcD sahaja selepas ini.

sekian.

diam!

.:END:.

~achum!~

Tuesday, December 11, 2012

~Big Bad Wolf 2012~

baru kali ini aku berpeluang untuk pergi ke pesta buku ini.
yay!
gembira sungguh rasa hati.
:)

walaupun kami berpandukan GPS, sebab tiada yang biasa sangat dengan jalan Serdang, kami berjaya menemui MIECC.
park d Mines dan jalan kaki ke MIECC.
happy!

time masuk exhibition hall, memang sangat rambang mata.
sangat besar dan luas.
tidak taw maw mula dari mana.
dan aku skip banyak tempat sebab xcukup masa.

Big Bad Wolf 2012.
bertempat di MIECC.
7 hingga 23 Disember 2012.
9 pagi hingga 9 malam.

tengok seja la picca.
mungkin ini part 1.
jika ada rezeki, ill go for second part.
amin.





sekian.

diam!

.:END:.

~sakit~


Monday, December 10, 2012

~Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012~

entri kali ini berkaitan dengan perjalanan yang telah aku tempuhi.
ceh, macam diari pula kan.
haha.
abaikan.
aku agak kurang sihat sekarang. 
:)

kali ini aku maw cerita pasal event seperti tajuk di atas.
Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012.
7 hingga 11 Disember 2012.
bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2.
10 pagi hingga 10 malam.

boleh tengok bunting di bawah ni.
:)


terdapat banyak aktiviti yang dijalankan di sini.
ada jualan barangan makanan tempatan.
seperti barangan keluaran agromas, hasil tani FAMA dan banyak buah-buahan tempatan.

selain itu, ada juga sudut Petting Zoo Arnab.
di sudut ini, kanak2 diberi peluang untuk mendekati arnab ini dan boleh memegangnya.
mereka juga boleh menjadikan haiwan2 ini sebagai haiwan peliharaan.
bayaran untuk itu aku kurang pasti.


terdapat juga gerai pameran dari FAMA dan agensi yg terlibat dengan hasil tani ni.
ada bibit tarap.
ada tanaman hidroponik.
ada jus buah naga.
dan bermacam2 lagi bahan pameran.

selain itu, terdapat juga ruang untuk makan Durian, Manggis dan Rambutan sepuas hati.
hanya perlu membayar RM15 untuk dewasa, kanak-kanak 6 hingga 12 tahun, RM10 dan kanak-kanak dibawah 6 tahun RM5.
berbaloi2.

kalau xmaw makan di sana, anda boleh bawa balik.
ada gerai jualan buah.
tadi kami dapat 5 kilo rambutan dengan harga RM10.
buah durian dan yang lain-lain kami xpandang.
sebab sudah kenyang makan di Bangi.
:)

itu seja maw update.


sekian.

diam!

.:END:.

~am coughing all the time~

Friday, December 7, 2012

~Legend of Pi~

itu tajuk movie.
tajuk movie yang tengah hangat diperkatakan sekarang.
dan aku berpeluang menontonnya.
wehoo.
i got my movie life back.
haha.

maw cerita sinopsis penuh aku xdapat.
sebab a few minutes yg awal tu xtertonton.
masuk hall agak lambat.
920pm start, but we oll manage to get in at 931pm due to no park.
eh.

oleh itu, mari kita komen isi cerita ini.
pada mulanya aku blur, mmg pun blur.
tiba2 cerita pasal nama dia, Piscine Patel.
buat nickname Pi.
dan aku kagum budak tu boleh hafal those numbers, 3.1462......

next, cerita pasal kepercayaan agama.
tambah blur dan bosan.
cerita libat agama ni buat aku malas.
hindu, kristian, Islam dan last sekali Buddha.
xberkenan aku.
boleh pula percaya 3 agama sekaligus.
boleh sesat manusia.

tapi, cerita tentang Pi dan harimau, Richard Parker adalah super awesome!
aku suka sangat cara Pi handle those problem.
mula dari cara dia invent rakitnya, duduk stay bersama harimau dalam satu bot.
dan cara Pi & Richard Parker communicate.
ohsem!

maka, berbaloi cerita ini pada akhirnya.
aku amat gembira tengok Pi dan harimau.
yay!

bintang?
ehem. sebab awalnya bosan, ill only give 3 from 5.
so, cerita ini boleh jadi tontonan hujung minggu anda.
:)

itu sahaja coretan untuk kali ini.

sekian.

diam!

.:END:.

~awesome!~

Thursday, December 6, 2012

~Doli Kuey Teow~

itu nama restoran.
restoran yang terletak di Taiping.
Taiping yang terletak di Perak.
kedudukan kedai ini amat mudah dicari.
berhadapan dengan klinik kesihatan pergigian Taiping or Klinik Kesihatan ja?
either one.

kami ke restoran ini ketika perjalanan pulang dari Kedah.
singgah di Taiping demi kueh teow yang kononnya sedap.
dan nasib baik tidak makan cendol yang dikatakan sedap juga di pusat penjaja.
perut aku ketika ini kurang membantu.
sakit kerana makan ais di tanjung dawai.
haha.

dipendekkan cerita, kami pergi restoran ini.
dan telah menempah makanan seperti picca di bawah.


di hadapan dan di kiri kueh teow biasa [RM5].
di kanan, kueh teow special [RM10].

rasanya biasa2 seja.
tiada faktor yang membolehkan aku mengatakan rasanya WOW!
seperti kueh teow yang mum masak di rumah dan jarang sekali aku jamah sebab aku xsuka kueh teow.
haha.
kueh teow special kelebihannya, lebih banyak udang dan portionnya lebih besar serta lebih banyak penggunaan telur dan kicap.
eh.

restoran ini tutup pada hari Jumaat.
jangan sesekali ke sana ketika hari Jumaat.
nanti anda kecewa.

oleh itu, jangan mengharap sangat.
indah khabar dari rupa.

sekian.

diam!

.:END:.

~baca tips foursquare~

Wednesday, December 5, 2012

~Kenduri kahwin Kak Ain~

majlis berlangsung di Merbok, Kedah.
dan aku bertolak dari Senawang bersama kakak senior @ kak mod.
wehoo.

perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam.
ini gara2 kami tidak singgah di mana2 RNR.
bukanlah semangat, tapi tersilap agak RNR yang mahu dituju.
haha.

ekceli aku xdapat ambil picca yg banyak.
ini adalah kerana camera canggih tiada.
telefon pintar pula kehabisan bateri.
sungguh tidak best.
oleh itu, hanya dua picca di bawah yang ada.
sila tengok dan jangan komen picca itu.
eh.




tahniah kepada kak Ain atau nama manjanya Puan Nurul Ain.
semoga berbahagia selalu.
hubungan jarak jauh anda ke jinjang pelamin!
eh.

lupa maw ambil sirih junjung buat tambah berkat.
haha.

lauk kenduri mmg sedap!
rasa macam maw tambah banyak kali.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~oh lapar~

Tuesday, December 4, 2012

~Warung Mak Anjang Tanjung Dawai~

itu nama restoran.
eh, ka gerai?
tapi lebih sesuai dipanggil restoran walaupun namanya warung.
hihi.

dipendekkan cerita, time ke Kedah beberapa hari yang lepas, aku telah ke restoran ini demi makanan sedap.
ekceli, kakak senior @ kak mod yang maw merasa sotong bakar di Tanjung Dawai.
untuk mereka yg tidak tahu, Tanjung Dawai terletak di negeri Kedah.

setelah kak mod melakukan research di internet, memang sotong bakar yang nampak menyelerakan.
dan kami pun tercari2 gerai yang menyediakan hidangan ini.
ketika di rumah kak ain [kenduri kahwin], kami ada bercerita dgn pasangan suami isteri ni, dorg suggest pergi di Arked Tg Dawai dan cari gerai hujung no 5 katanya.

setelah berhempas pulas mencari kedai tersebut, akhirnya kami menemui kekecewaan.
haha.
ayat tah apa2.

dan orang di sana suggest pula restoran di atas.
dan akhirnya kami makan di situ.

kami pilih Sotong Bakar, Sotong goreng tepung, half Ikan masak masam manis + half Ikan Bakar dan sayur kailan ikan masin kot.
minta maaf.
tiada gambar di entri ini.

komen aku:
1) sotong bakar dan ikan bakar itu agak sedap.
2) Ikan masak masam manis xsedap sebab kuah nya tu ready made. tidak panas langsung. seperti makan ikan goreng curah kuah.
3) sotong goreng tepung rasanya seperti CEKODOK! sumpah tidak sedap.
4) jangan minta air sejuk. aku makan ais nya dan esok harinya aku merana di dalam tandas.
5) kebersihan kedai berada di tahap antara sederhana dan kotor. sila faham maksud tersirat. eh.
6) makanan laut tidak fresh seperti di sabah. isk. am missing home. haha.

aku rasa itu sahaja yang aku maw tulis.
total lost time tu plus air minuman adalah hampir RM60.
maybe kami patut makan di tempat lain.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~aku belum tidur!~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey