Saturday, January 5, 2013

~End Of Watch~

itu tajuk movie.
movie yang aku tengok 2 hari lepas.
di paradigm mall.

mall baru di kelana jaya.
hampir sesat di dalam mall ketika cari GSC.
sebab lif yg kami naik dari B1 tiada yg menuju terus ke level 3.
kesian.

berbalik kepada tajuk movie tersebut.
movie ni berkisar tentang kehidupan dua anggota polis, Brian Taylor dan Mike Zalava.
mereka ni polis peronda di sekitar south central LA. 

Brian ni suka ambil video tentang pergerakan harian dorg.
so, macam paranormal activity, movie ni kebanyakkannya hasil rakaman Brian.
dorg bergaduh dan menangkap penjenayah.
jumpa kartel dadah dan akhirnya diburu kartel tersebut.

kisah hidup Brian turut dipaparkan di sini.
macam mana dia jumpa isteri dia, dan akhirnya berkahwin.
tentang Mike yg sudah berkahwin dan menimang cahaya mata.

ending, ada yang mati.
untuk tahu siapa, sila tengok sendiri.

movie ni menarik untuk ditonton supaya memupuk sikap respect dgn polis.
apa pengorbanan yg dorg terpaksa lakukan demi keselamatan masyarakat.
xmudah terpengaruh dengan dunia kejahatan dan sentiasa berpihak kepada kebaikan.

cuma cerita ni memang untuk 18tahun ke atas.
sila jangan bagi anak2 anda download movie ni.
setiap part akan ada kata2 makian.
seperti satu adegan tu, dalam 1 minit hampir 10 kali perkataan f**k disebut.
fuh.

pelakonnya aku kenal.
tapi, xberapa famous.
kalau kamu ingat ada cerita Beauty and the beast ka tu, cerita sepanyol, perempuan tu ada berlakon.
dia semakin gemuk aku tengok.
haha.

bintang?
aduhai.
susah.
ini bukan filem action walaupun ada sedikit aksi tembak menembak.
bukan filem kekeluargaan sebab terlalu banyak kata makian.
mungkin aku perlu bagi 3 from 5.
sebab kalau xtengok betul2, mmg bosan cerita ni.

anak pegawai polis or polis sesuai tengok movie ni.
eh.

kesimpulannya, sila tengok untuk renungan bersama.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~am home!~

0 kOmentar:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey