Friday, October 11, 2013

~11102013~

setelah sekian lama, akhirnya aku pun menulis entri ini.
sebenarnya banyak entri aku tulis.
tapi halfway sahaja penulisan, so masuk draft. 

dan sekarang sebenarnya aku agak konfius kenapa jari aku sangat ringan untuk menulis.
lebih setengah tahun aku meninggalkan blog ni.
tiada orang akan tertanya2 apa yang aku buat dalam waktu itu kan.

hidup aku tiada kemajuan.
masih di tempat yang sama.
mungkin ada orang akan cakap, hey loser!
okay, aku boleh terima.
sebab aku sedar hakikat itu.

tiada kerja tetap, tiada pendapatan tetap, semuanya yang berkaitan dengan perkataan tetap, masih belum melekat pada aku.
agak sedih.
tapi, aku positifkan diri.
ada orang cakap, lepas 3tahun pun belum masih ada rezeki?
aku senyum. 
tapi, kamu sedar pertanyaan itu paling menyedihkan?
balik-balik tanamkan dalam fikiran, otak, hati, rezeki itu belum ada untuk aku.

ada juga orang cakap, tidak nampak pun usaha kau mencari?
duduk-duduk relaks, senyum-senyum tengok telefon, online 24/7.
itupun selalu aku balas dengan ketawa.
sebab bagi aku, itu cara untuk sedapkan hati.
*again*

dan soal jodoh.
soalan paling malas untuk dijawab.
hey, adik-adik kau ada boyfee. kau mana?
ini sumpah aku ketawa kuat-kuat.
sebab kalau tiada, macam mana kita mahu adakan seorang?
bagi aku, hubungan yang dulu tu banyak sangat silapnya, jadi kita muhasabah diri sedikit.
sila baca twitter aku untuk ayat paling marvellous untuk jodoh ni.
:)

apa lagi?
tempoh 3 tahun hampir mahu habis, lepas ni kita dengar cakap.
kita buat apa kena suruh.
jangan menjawab.
tapi, dengar cakap dengan baik.

review movie, novel or anything, aku sangat malas.
harap ada kerajinan yang menyusul.
sekarang aku terjebak dengan online shopping, nanti aku reviewkan juga.
wehoo!

kesimpulannya di sini, terjumpa media sosial bekas boyfee adalah sangat suwey.
dia achieve banyak benda, aku still situ juga.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~motif?~

0 kOmentar:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey