Monday, January 21, 2013

~Aizat Burger Bakar~

review makanan oi!
macam review burger bakar sedunia pula.
haha.

Burger Bakar yang terpilih kali ni Aizat Burger Bakar.

malam tu aku mmg niat maw pg cari burger bakar.
hujan lebat dari tuaran ke kk.
membuatkan aku lapar.
time maw balik tuaran, aku ckp dengan kakak aku, singgah mcD lah, tapi aku mcm maw cari burger bakar d kf tu.
so, kami pun memulakan pencarian dengan mencari twitter sebab maw taw lokasi dorang.

twitter dorang @aizatrecipez.
aku baca lah twitter dorg. 
dia buka di rumah sebab kedai tengah renovate.
kalau xsilap, dekat riverside kedai dorang.
tepi jalan ja tu.
:)

dipendekkan cerita, di malam hari dan hujan yang lebat, aku suruh kakak aku msg dorg tny buka ka lagi.
bila kena balas buka, tanya direction pula.
dan sesat time mencari lorong.
boohoo!

malar sesat kalau dalam kingfisher bah.
fail GPS aku dalam kf.
haha.

dan setelah sampai baru mengada2 maw order.
disebabkan malam tu hanya tinggal patty daging dan ikan yg tinggal, kami pilih beef patty with special homemade sauce.
blackpepper sauce n mushroom sauce habis.
isk.

tapi, kami xmenunggu lama.
selepas 15minit, burger siap!
hooray!

harga burger ni RM8.
bagi aku berbaloi sebab patty besar!
cheese sedap.
kesimpulannya sedap lah.

dan equation aku ada peningkatan.
Aizat Burger Bakar = Rawang Burger Bakar.
or lebih sedap lagi!

maka,
Aizat Burger Bakar > Rawang Burger Bakar > Burger Bakar HS > Burger Bakar Kaw Kaw > Burger Bakar Tg Aru.

fuh.

dan ayat pak cik tu yang aku xboleh lupa, kalau makanan ni, banjir pun orang sanggup datang kan.
well said uncle!
sebab kalau hujan lebat, jauh mana pun, makanan sedap tu aku sanggup cari!
wehoo!

sila enjoy tengok picca burger ni.
yums.
boleh jadi dapur no 2.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

Sunday, January 20, 2013

~Burger Bakar Habiba Suites~

entri review makanan.
kalau kamu tidak mahu baca, sila tekan Alt Del.
:)

aku tidak galakkan kamu baca, sebab entri ini bosan.
tiada gambar yang banyak.
haha.

kali ni aku maw cerita tentang Burger Bakar.
dulu aku pernah review pasal Rawang Burger Bakar dan Burger Bakar Kaw Kaw.
eh.

gerai Burger Bakar Habiba Suites (Burger Bakar HS) ni terletak di hadapan Habiba Suites.
jalan ke Bukit Bendera tu.
ekceli, aku xnampak sangat jalan nya, sebab abg aku yg drive.
tapi mengikut pemahaman aku, memang jalan naik bukit tu.
waze ja kalau sesat oi!
haha.

eh, Habiba Suites di Sabah ya kawan2.
jangan cari di peta semenanjung Malaysia, xjumpa tu.
:)

ekceli, dorang ni ada twitter.
@BurgerBakarHS
aku xfollow dorang sebab xrasa maw follow.
*kejam*

yang seronoknya dengan mereka ni, kamu boleh order by call or sms or mention di twitter pon boleh.
tapi, pastikan jangan busuk hati xdatang ambil order pula.
xpun dorang boleh delivery.
aku xpasti berapa patty baru dorg antar.

time hari kejadian, kakak ipar aku yang order.
oh, dia peminat tegar burger bakar dorang ni.
senang dia cakap, order pakai sms seja.

harga pun murah.
single patty hanya RM5.

rasa?
Rawang Burger Bakar lebih sedap dari Burger Bakar HS tapi lebih baik dari Burger Bakar Kaw Kaw.
dan adik aku cakap, Burger Bakar HS lebih baik dari Burger Bakar Tg Aru Plaza.
eh, aku belum rasa burger bakar Tg Aru dan adik aku membangkang utk aku pergi sana.
dia cakap, mahal dan sumpah xsedap.
dan aku percaya.
haha.

so, equation yang kita dapat buat adalah seperti di bawah.
Rawang Burger Bakar > Burger Bakar HS > Burger Bakar Kaw Kaw > Burger Bakar Tg Aru

sebagai penutup kata, tengoklah picca yang hanya ada satu.
aku xsempat ambil picca banyak2 sebab kami drive thru.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~done!~

Saturday, January 19, 2013

~Restoran Le Lac~

restoran ni terletak di seksyen 13 shah alam.
berhadapan Restoran Orkid.
bertentangan dengan kedai Lessa formula.
berhampiran dengan Shine Shine.

restoran ini berkonsepkan kelab.
eh, bukan kelab malam.
cuma ada live band dan orang menyanyi.
ada shisha.
ada burger bakar.

mengikut senarai menu banyak yang ditawarkan.
oleh kerana before keluar aku suda makan megi, aku pun maw order light food.
minta roti bakar, tiada.
minta kerang bakar, tiada.
last2 minta mee hailam ayam.
dan bf adik aku minta tom yam campur.

di bawah adalah picca food kami.



komen.
portion sedikit dengan harga yang agak mahal.
kalau lapar mesti rasa food ni sedap, but not for me.
xsedap pun.

minuman pula, aku kecewa xda star fruit.
terpaksa order jus epal.
nasib baik sedap.

servis agak cepat.
walaupun sorang pelayan tu macam blur bila hantar order.
kami assume dia baru kerja.
haha.

meja pun berada dalam keadaan agak bersih.
cuma kerusi yang agak kotor.
lantai?
aku senyum seja.

suasana yg ada live band tu aku suka.
tapi jangan bai mak cik poyo tu menyanyi boleh?
xboleh terima gaya orang gitu.

overall restoran ni ok lah.
:)

sekian.

diam!

.END:.

~bising~

Friday, January 18, 2013

~sudah lama hari raya~

koleksi gambar raya.
again, dari tahun lepas belum post.
haha.

enjoice.








sekian.

diam!

.:END:.

~bila maw kurus balik ni!~

Thursday, January 17, 2013

~Open House 2012~

ini betul-betul entri tertunggak.
since last year maw post.
tapi asyik lupa.
tersimpan dalam draft setelah sekian lama.

sila tengok.
jangan komen.
:)











sekian.

diam!

.:END:.

~sudah gemuk dari gambar tu~

Wednesday, January 16, 2013

~wordless wednesday~





~15012013~

hakikat aku tertinggal jauh kebelakang tidak dapat disangkal lagi.
dari semua segi.
senaraikan apa sahaja, memang aku di belakang.

setiap kali aku mesti akan tersenyum bila orang menyoal tentang apa jua berkaitan dengan aku.
walaupun sebenarnya, hanya aku yang tahu.

mungkin teguran tu ada benarnya.
tapi, usaha yang aku lakukan xpernah diambil kira.
aku masih lagi dipandang seperti sambil lewa.
mungkin aku xbersungguh.
terlalu menikmati hidup.

aku xpernah memilih.
semuanya aku cuba, tapi tidak berjaya.
seringkali aku dengar, belum tiba masanya lagi.
mungkin aku tidak bersyukur.
ampunkan kekhilafan ku ya Allah.
aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Kau berikan.

mungkin jalan yang aku pilih pada mulanya sudah salah.
dan aku masih memilih jalan itu.
dan aku telah berusaha untuk berpatah balik, namun gagal.
kejayaan itu masih bukan milik aku.

aku perlu lebih kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi hari yang mendatang.
tabahkan hatiku dan berikan kesabaran kepada ku Ya Allah.
amin.

sekian.

diam!

.:END:.

~its hard to be me~

Tuesday, January 15, 2013

~Young and Dangerous Reloaded~

ini review filem.
perasan kah aku rajin update belog?
haha.

aku tengok movie ni ahad yang lalu.
gara2 menunggu adik aku yang bertemujanji dengan konsultan.
tabah ja menonton wayang.
eh.

movie ni based cerita komik.
dan aku xbaca komik tu pun.
tengok sebab c idat maw tengok.
dan jangan tanya aku apa permulaan movie ni.
aku terlepas xtaw berapa minit.
dan jangan tanya kenapa.
fuh.
banyak songeh kau!

diringkaskan cerita yang aku faham, ada 4 sekawan, Ho Nam, Chicken, Pau Pan dan Dei Yee bersahabat baik.
dorang ni samseng Hung Hing.
bunuh Raja Ubat sebab balas dendam atas kematian cousin antara dorg ni.
aku lupa.
then, konon Raja Ubat ni ahli kepada Kwan, kira budak Hung Hing juga.
so, xboleh kan bunuh geng sendiri. 
Kwan bengang, maw balas dendam tp xdpt sebab dorg masuk geng Ah Bee.

dipendekkan cerita, ada komplot bunuh Ketua Hung Hing, Mr Chiang.
Anna jahat.
Lorraine bercinta sekejap dengan Ho Nam.
ending dia, Kwan mati sebab karma.
what goes around, will goes around.

itu seja sinopsis yg aku dpt bagi sebab aku pun xpaham.
haha.

movie ni xsepatutnya ditonton oleh kanak2 bawah umur.
xsilap rate dia 18sx kot.
ngam.
sebab tahap keluncahan melampau.
ibu bapa yg anak dia yg ada komik ni dan berumur bawah 18tahun patut bakar komik tu kalau ada dalam simpanan.
eh.

sebenarnya movie ni senang faham kalau baca komik dia.
itu yg idat cakap.
oh.

rating?
sebab terlampau banyak darah, aksi ganas, luncah aku bagi 2 from 5.

so, pilihlah movie yang kamu maw tengok dengan sebaiknya.
tapi, sememangnya pelakon utama movie ni hensem2 belaka.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~apa maw jadi oi!~

Monday, January 14, 2013

~Upside Down~

ini tajuk movie.
ini bukan entri maw tunjukkan hidup aku yang kucar kacir.
haha.

movie ni aku tengok gara2 tiada lagi movie yang boleh ditonton ketka membawa seorang budak kecil berumur 3tahun.
iya, aku menonton bersama Mya dan mamanya.
oh, i miss her already.
baru berapa hari tajumpa.
-_-

pada permulaan cerita ni aku rasa bosan.
memang bosan.
sangat2 bosan.
bila hampir penghujung cerita, baru aku rasa movie ni best.
semakin lama, aku semakin faham.
haha.

movie ni menceritakan tentang Adam dan Eden.
kedua2 nya berada di dunia yang berlainan, adam di dunia bawah dan Eden di dunia atas.
mereka bertemu di satu puncak di dunia masing.
dan akhirnya mereka bercinta.
tapi mustahil untuk orang dunia bawah bersama orang dunia atas.

dipendekkan cerita, Adam dan Eden terpisah.
Adam berusaha mencari jalan untuk melawan hukum graviti nya.
dan Eden hilang ingatan gara2 jatuh dulu.

ending, mereka bersama akhirnya.
haha.

maw taw sinopsis penuh, baca sini

konsep graviti amat ditekankan dalam movie ni.
sangat interesting.
apa compound yg boleh melawan hukum graviti itu.
apa kaitan lebah pink tu.

dan banyak benda yang buat kita berfikir sepanjang movie ni.
yang aku malas, cerita bercinta.
itu part yg bikin malas.
haha.

rating.
ehem, untuk permulaan cerita, aku rasa maw bagi 1 per 5.
bila sudah faham dan interprete selepas movie, aku bagi 3 from 5.
menaik dengan mendadak kan?

cerita ni kalau maw bawa kanak2 pun boleh.
untuk bagi dorang rasa fizik ni best.
tapi, kalau maw spm tahun ni, batalkan niat.
takut terpesong ingatan pasal hukum graviti fizik.
eh.

malas maw tulis panjang2 lagi.

sekian.

diam!

.:END:.

~tidur!~

Sunday, January 13, 2013

~Rumah P Ramlee~

setelah beredar dari Masjid Terapung, kami menuju ke Rumah P.Ramlee.
rumah ni terletak di Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang.
hasil bantuan waze, kami jumpa rumah ni dengan mudah.
nasib baik xkena bawa pusing 1 pulau dulu.
:)

kami pergi hari Isnin.
untuk makluman semua, hari Isnin rumah ni tutup.
tapi akan dibuka jika ISNIN jatuh pada cuti umum atau cuti sekolah.
lucky us, datang time cuti sekolah.
jadi xkecewa.
haha.

sila tengok picca kami di sekitar rumah ni.
kalau bosan tengok muka kami, sila tekan Alt Del.
:)





















dalam rumah tu ada tabung yang disediakan untuk menderma bagi rumah ni.
jangan malu2 untuk menderma.
dana ni untuk preserve rumah tu.
jangan lah kasi hilang warisan bangsa.
bantulah seadanya.
macam buat iklan pula.
eh.

di sebelah rumah ni terdapat galeri P.Ramlee.
ada di pamerkan tentang susur galur hidup P.Ramlee.
xsia2 datang jika dapat lebih ilmu.

selain itu, ada juga dijual merchandise yang menarik.
key chain, fridge magnet, poskad, karaoke cd, movie dan etc.
aku sempat beli fridge magnet, rm4 dan key chain rm5.
yay!

akhir kata dari aku, silalah melancong ke tempat bersejarah.
haha.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~senyum!~

Saturday, January 12, 2013

~here comes the boom~

ekceli cerita ni lama suda aku tengok.
baru tergerak hati maw tulis review.
movie ni aku tengok dengan Nina, Rahman dan Kamal.
aktiviti hujung minggu. 
eh.

cerita nya tentang seorang cikgu Biologi yang mahu menolong sekolahnya mendapatkan dana di samping memastikan pekerjaan seorang cikgu muzik secure.
Scott Voss sanggup untuk berlawan untuk melayakkan dirinya ke UFC.
dipendekkan cerita, Scott berjaya sampai ke UFC setelah banyak halangan dilalui.
dan ending nya semua orang gembira.

cerita ni komedi.
tidak terlalu ganas untuk ditonton oleh kanak2.
time ni tengok ni aku ketawa.
bukan lah ketawa terbahak2 tanpa control, tapi dengan sederhana.
haha.
*phui!*

xtaw maw tulis apa lagi.
rating.
ehem, 3 from 5.
itu seja yang mampu diberi.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~malas!~

Friday, January 11, 2013

~Masjid Terapung~

setelah kami habis makan, kami meneruskan perjalanan untuk round bandar Pulau Pinang.
ekceli around batu feringgi hingga georgetown ja.
haha.

dan tiba2 ternampak masjud yang sungguh cantik.
masjid terapung tanjong bunga.
cantik.

tapi xberapa nampak terapung sebab air laut surut.

sila tengok picca.
malas tulis panjang2 nanti kamu bosan.
:)








sekian.

diam!

.:END:.

~malas oi!~

Thursday, January 10, 2013

~Slow Rock Cafe~

gerai ini benar2 wujud.
berhadapan dengan Rock Shop di Pulau Pinang.
xdapat buktikan dengan picca kerana masa tu semua phone tiada bateri.

tiap2 kali mesti tiada bateri kan.
iya, aku pengguna blackberry.
xsabar maw apply rebat dan beli phone baru.
doakan aku berjaya.
ehem.

berbalik kepada cerita gerai tadi.
gerai tu beroperasi sejak awal pagi kot.
kami sampai di gerai tu around 10am.
memang lapar dan xjumpa kedai nasi kandar di area batu feringgi.
isk.

gerai ni suasana agak menarik.
ramai org singgah sebab banner yg besar itu.
kami pun terpengaruh oleh banner itu.
sila jangan kecewa jika senarai menu yg dipamerkan di banner TIADA.
hanya ada Roti canai dan murtabak.
kecewa xdapat makan nasi lemak.
-_-

dan air minuman pula hanya ada yg berasaskan teh dan nescafe.
minta milo, tiada.
horlicks, tiada.
last sekali ckp teh o ais limau, TIADA.
yang ada nescafe ais or teh o ais.
kami pilih teh o ais.
kecewa lagi.

harga tidak lah terlalu berpatutan.
mahal sedikit, tapi masih boleh afford.
roti canai kosong rm1.50.
air rm2.
harga yg aku dpt di sabah.
xpala, biasa suda bayar mahal.
haha.
riak.

servis pada mulanya agak lembap.
tapi dengan kehadiran Pak Cik @ Mamu tu, semuanya tiba2 jadi laju.
tunggu air dalam 15min.
food xsampai.
bila mamu sampai, less then 5min semua ada depan mata.

kesimpulannya, carilah gerai yg dihadapan sedikit.
lebih banyak choice.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~batuk!~

Wednesday, January 9, 2013

~Wordless Wednesday~


Tuesday, January 8, 2013

~Gerai Mama Hjh Halijah~

ini adalah entri tentang tempat makan yang kami kunjungi sewaktu di Cameron highland.
ehem.

terletak di Tanah Rata, Cameron Highland.
boleh search guna Foursquare untuk kedudukan tepat.
yang aku ingat, di Medan Selera Tanah Rata gerai ni.
tengok ja tempat tumpuan orang, mesti xsesat.
:)


menu pilihan.
mee hailam.


kueh tiaw tom yam.


nasi goreng udang.


minuman, ice lemon tea, jus dan laici.
kecewa kerana xdapat rasa jus strawberry.
orang cakap sedap.
-_-

dan sila singgah gerai ini.
pelayan hensem.
*sewel*

harga makanan murah.
empat orang makan dengan menu di atas kurang RM25.
murah la untuk makanan di tanah tinggi.
:)

oleh itu, jangan malu jangan segan.
sila berkunjung ke gerai ini.

dihadapannya, ada jual satay.
di tepi ada jual burger.
di tepi lagi ada orang jual cenderamata.

sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey