Wednesday, December 31, 2014

~ Terbaik dari Langit~

movie melayu.
boleh lah ketawa kalau x percaya ai tengok movie melayu.
tajuk seperti tajuk entri di atas.

movie ni sebenarnya mudah dalam erti yang susah.
ala,complicated for some people.

bukan cerita pasal kawan yang mencari UFO.
bukan juga cerita pasal cikgu x reti mengajar di sekolah.
atau pun pelakon yang berlakon seperti kayu.

tapi, cerita pasal Sahabat.
bukan kawan.
kawan tu yang datang dalam hidup kau macam touch n go.
tapi sahabat ni, manusia yang berada dekat kau.
ketika susah, ketika senang.
ketika kau menangis, ketika kau gembira.

banyak nilai murni yang kita boleh ambil dari movie ni.
kau kena hormat cikgu, hargai jasa mereka.
kau kena ingat jasa orang yang kau sayang.
kau kena pandai express kan apa kau rasa.
kau kena fikir sebelum bertindak.
kau kena buat apa yang kau patut buat tanpa fikir orang lain.
kesimpulannya kau kena jadi diri sendiri.
jangan kutuk orang lain sebab kau x boleh buat orang faham apa kau buat.

dan setiap watak membawa maksud masing-masing.
hayati dan fikirkan.

oh mungkin ada orang x setuju dengan apa ai tulis.
do i care?
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~sahabat, pitahati~

Monday, September 15, 2014

~Lagenda Budak Setan 3: Kasyah ~

aku tengok movie ni baru seja tadi.
satu perkataan: BOSAN.

walaupun aku mungkin bias kalau tengok cerita melayu, tapi serius, movie ni di tahap kritikal kebosanannya.
cerita pasal part Kasyah.
macam mana Kasyah kahwin dgn Kate.
macam mana ada watak sebabak hantu Ayu muncul.
macam mana wata Zahira muncul lagi bersama penderaannya.
macam mana ibu kandung Atira muncul.
dan banyak lagi macam mana.

maybe sebab aku bukan orang filem atau jiwang, mungkin aku tidak faham apa yang disampaikan.
plot cerita bosan.
ada orang halfway cerita ni sudah keluar cinema.
nasib baik aku dan Yan fikir bayar mahal tiket movie, kalau tidak, maybe keluar sekali.

harapkan lagu dalam movie ni seja yang best.
sedap pada halwa telinga aku.
haha.

dan ada retis tu buat gosip pasal xmau suda berlakon macam tu lagi, aku tengok, time LBS pertama lagi teruk Ayu kena belasah.
yang dalam movie ni biasa sajo.
drama di tv lagi banyak yang teruk.
kah kah kah.

cuma satu nilai yang aku dapat ambil dari movie ni.
hentikan keganasan rumah tangga.
:)

bintang untuk movie ni hanyalah 1.5 dari 5.
itupun sebab ada Iqram berlakon.
kbai.

sekian!

.:END:.

~seriuskah kamu?~

Saturday, September 13, 2014

~The Maze Runner~

mesti ada yang tertanya kenapa banyak betul masa aku tengok movie.
aku assume ada walaupun sebenarnya siapa jugalah baca blog kau 
perasan.
sebab dia mudah, aku xkerja. 
sedang belajar dan buang masa dengan tengok movie.

movie ni baru keluar minggu ni.
aku tengok hari kedua tayangan, petang khamis.

movie ni pasal Thomas dan rakan2.
bukan Thomas yang cerita kartun kanak2 tu.
Thomas yang hilang ingatan dan diletakkan disuatu tempat yang mempunyai banyak cerita tersembunyi.
dorang diletakkan disitu dan terpaksa survive sendiri.
dorang cuba cari jalan keluar thru maze yang ada di dinding, tapi xberjaya.
nasib baik ada Thomas yang degil dan mereka pun berjaya melepaskan diri.
ending dia buat aku sakit hati.
haha.

konflik di sini persahabatan, kepercayaan, kuasa.
kurang part yang bosan.
dan banyak yang best.
bintang: 4 dari 5.

cerita ni sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan umur sebab tiada part mulut bertemu mulut.
tapi ganas sedikit, jangan tiru ya adik2.
:)

sekian!

.:END:.

~penat otak~

Friday, September 12, 2014

~The Giver~

movie ni menceritakan tentang satu komuniti manusia.
rumah dipanggil dwelling.
keluarga diberikan oleh mereka yang konon lebih tua dan berpengalaman
setiap orang diberikan peranan masing2 apabila telah lepas graduate.

dan cerita ini tentang Jonas, diberikan jawatan Receiver atau penerima memori.
Penerima tangunggjawab dia besar, sebab manusia dikomuniti tu tiada memori, tiada apa2.

pendek cerita, adalah konflik kekeluargaan.
konflik komuniti.
percintaan dan etc.
ending dia best la juga.

sebenarnya movie ni mengajar manusia kurangkan sifat cemburu, iri hati, sebab ia boleh membawa kepada kehancuran komuniti.
jangan biasakan diri menipu atau berbohong kerana banyak implikasi yang akan timbul selepas itu.
kita perlu percaya akan kemampuan diri

penulisan di atas macam mak cik2 bagi nasihat dengan anak2 pula
haha.
bintang untuk cerita ni 3 dari 5.
:)

sekian!

.:END:.

~rajinkanlah diri menulis~

Thursday, September 11, 2014

~As Above, So Below~

kembali menulis dengan review movie.
maafkanlah.
maybe penulisan aku jadi agak bosan, lama sudah bah xmenulis.

back to business.
cerita ni pasal seorang perempuan yg teramat fanatik dengan satu batu, kiranya hasil tinggalan sejarah.
mula2 dia cari dkt Iraq, then pergi Perancis kali.
Scarlett dibantu oleh rakan baiknya George dan Papillon and the gang untuk ke terowong yg dikatakan menyimpan batu tu.
dipendekkan cerita, di sana semuanya terjadi. 
Geng2 dia yg turun ke terowong tu mati dibunuh atas dosa yang pernah dorg buat.
ending dia, adalah yang terselamat.
siapa yang terselamat tu, sila tengok sendiri. 
haha.

cerita ni ada part best. 
ada part bosan.
ada part melibatkan darah yang banyak which is aku sangat benci.

dan bintang!
lama suda xbuat begini.
aku sanggup bagi 2 dari 5.
sebab utama darah dan sejarah.
bikin geli dan bosan.

sekian!

.:END:.

~lama sudah xbuat gini~

Sunday, June 29, 2014

~29062014~

entri kedua pada tahun ini.

aiseh.
semenjak dua menjak ni, kemalasan berganda.
mahu tulis satu post pun malas.

hidup tiada banyak perubahan, 
masih seperti dulu.
tiada yang menarik.

blackberry sudah hampir menemui ajal.
tapi, dad bagi pinjam (ai amek terus) bb10, oleh itu, aku masih boleh meneruskan hidup dengan bb. :)
lappy pink kesayangan ni pula, sana sini key yang xboleh ditekan.
tapi, masih dapat berkhidmat untuk tuannya yang agak ganas ini.

dan sebenarnya, aku sambung study buat kali kedua.
berbeza dengan yang dulu, kali ini aku lebih fokus.
tiada erti main2.
belajar dan terus belajar.
sekarang tengah cuti semester.
result pun ada yang sudah keluar.
dan aku agak sedih sebab xdapat result yang diingini.

pasal kerja.
aku baru lepas interview beberapa hari yang lepas.
soalan tidak banyak berbeza.
itu saja yang diulang setiap kali  interview.
doakan aku berjaya dapat kerja tu.
:)

orang cakap umur aku ni patut ada suami.
tapi, aku malas maw kisah.
kita tunggu dan lihat seja.
haha.

dan hari ni 1st Ramadhan.
di sini aku maw ucapkan selamat berpuasa.
ampun dan maaf kalau ada salah dan silap selama di luar dan di dalam blog ini.

akhir kata, doakan kerajinan aku untuk menulis lebih banyak dalam blog.
banyak benda maw cerita.
macam dulu2.
makanan.
movie.
vacation.
everthing.

lain kali kita jumpa lagi.

~sekian!~

.:END:.

~mari belajar~

Monday, March 17, 2014

~17032014~

entri pertama di tahun ini.
eh, tahun lepas macam tiada pos apa-apa.

nanti aku update picca2 dalam blog ni.
sebabnya, muka mereka yang berkenaan sudah berubah.
ada yang mengurus, ada yang menggemuk.
as for me, aku menggemuk.
haha.

dan sekarang hidup aku lebih kurang seperti dulu.
tiada kemajuan besar.
haha.

tapi, kali ni, mesti habiskan apa yang aku buat.
cerita dulu tu biarlah berlalu.
macam ayat orang putus cinta.
haha.
tapi cerita aku ni, bukan pasal percintaan pun.

apa yang aku buat sekarang?
next post aku cerita.
doakan kerajinan diri.
:)

~sekian!~

.:END:.

~mari review journal~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey