Sunday, November 15, 2015

~ 15112015 ~

assalamualaikum and hi. 

a few days back, ai pergi appt gigi. 
once in two months. 

masuk bilik doc ja, dia cakap saya rasa awak macam susah nak menutup mulut. 
kena cabut gigi ni. 
dan muka ai terus berubah. 
doc pun pandai juga tackle, dia cakap bukan buat sekarang. 
kita ambil acuan dulu, tengok mana satu gigi yang terpilih. 
bukan harini. 
lega sikit. 

tapi since haritu till today, ai asyik fikir gigi hilang. 
oleh itu, Damon tidak menyelamatkan gigi iolls. 
sebab tiada space untuk gigi ai align perfectly. 
even proses potong sikit gigi If am not mistaken, ipr, pun tidak dapat menyelamatkan nya. 
ayuh lah bersedih. 

sebenarnya bukan rasa takut. 
tapi more too sayang gigi. 
sudah lah gigi tacantik lagi. 

oh, experience ambil acuan semasa pakai braces sangat tidak best. 
sakit oi. 
lenguh rahang ni sebab kena nganga lama.
😅

oleh itu, ai sedang prepare mental dan fizikal untuk di cabut gigi next week. 
doakan ai berjaya. 
:) 

till then. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ unstable~ 

Saturday, November 14, 2015

~ spectre ~

assalamualaikum and hi. 

hampir sebulan kot ai x tulis apa2 dalam ni. 
padahal banyak juga movie ai tengok. 
banyak tempat ja ai makan. 
harapnya kerajinan tu akan mendatang. 
:) 

as requested by Rinah.
ai mau review spectre. 
not so new movie. 
sudah seminggu lebih dan ai baru tengok. 
agak sibuk dengan komitmen belajar kononnya. 

spectre ni movie James Bond. 
cast,Daniel Craig.
di pendekkan cerita, Bond mahu menyelesaikan misteri selepas kematian M. 
dia bunuh orang tu, kena gantung kerja, program 00 kena suspend, ganti dengan technology utk banteras kejahatan, konspirasi terbongkar, dan misi berjaya. 
in one sentence tu. 
haha. 

si jahat adalah abang angkat Bond dulu. 
collaborate dengan C. 
M yang baru cuba bantu Bond walaupun mula2 dia agak tidak setuju. 
money poney &  Q still setia. 
dan ada few part yang ai rasa sangat bosan. 
tapi nasib baik tidak tidur. 
:) 

Bond masih kekal dengan karakter 'minat'  terhadap wanita. 
few action yang agak menarik. 
lawan sana lawan sini. 
pukul sana pukul sini. 
dan akhirnya Bond tetap menang. 

movie ni ajar kita, cari lah sumber dan siasat lah sumber maklumat kita sebaiknya. 
jangan skeptical dengan sesuatu. 
cuba untuk percaya kepada seseorang. 
layan lah orang sebaiknya walaupun kau tasuka. 
mulut manis memang akan membantu. 
:) 

bintang? 
3 out of 5.
di selamatkan oleh kerana karakter Q. 
sebab cerita ni agak slow pada mulanya. 
dan berterusan untuk ke berapa minit. 
eloknya jangan bawa anak tengok. 
orang sekarang mudah terpengaruh. 
tengok ja lah fb. 
macam2 hal. 

eh, cukuplah merepek. 
nanti ai mau cerita pasal appt gigi lagi. 
doakan ai rajin

till then. 

sekian. 

diam! 

.:E.N.D:.

~ tabahlah wahai hati~


Wednesday, October 21, 2015

~ KHM agro farm ~

assalamualaikum and hi.

sambungan review kedai makan di Cameron Highlands.

di pagi yang indah, ai pun bangun awal.
tiba2 teringat scones.
sebab malam sebelumnya ai ternampak review dalam foursquare.
scones everywhere.
dan come out lah cafe seperti tajuk di atas.

disebabkan ai macam dah makin pro jalan Cameron, Cafe ni senang ja cari.
dekat kg taman sedia.
kalau dari tanah rata, masuk simpang homestay taman sedia tu.
kalau dari Brinchang, masuk simpang iris hotel.
jalan straight ja, mesti jumpa Cafe ni tepi jalan.

homemade ice cream, RM 3.
scones set, RM15.
dapat 4 ketul scones with strawberry and whipped cream.
satu teko teh panas.

ice cream tu biasa ja.
sedap tapi ai lagi suka dekat al mashoor.

scones tu boleh tahan.
makan dengan teh dan pemandangan indah.
mabeles.
haha.



nikmati lah gambar makanan di atas. 

till then. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ malas mode ~



Tuesday, October 20, 2015

~ restoran dinding gelas besar ~

assalamualaikum and hi. 

kali ni review kedai makan lagi. 
dan memang hobi ai adalah mencari dan makan sedap. 
:) 

 selepas makan dekat mee udang banjir tu, kami meneruskan perjalanan. 
kekonon mahu ke pantai remis. 
tapi waktu masa tu around 2 pm. 
rasa panas sangat dan baru lepas makan. 

then, ai nampak suggestion dkt foursquare, coconut shake. 
dia cakap jom lah singgah kalau mau. 
oleh itu, ai route guna waze ke Restoran Dinding Gelas Besar.

kedai ni If dari Kuala Selangor, sebelah kiri. 
if dari tanjung karang, sebelah kanan. 
jangan risau, banyak parking. 
ada surau dan tandas.

sebab speciality kedai ni adalah coconut shake, ai pun order yang paling besar. 
dia pilih yang kecil. 
perbezaan harga hanya rm3 and rm6.
kalau tapau, rm4 cup besar. 
perbezaan saiz, tengok gambar di bawah. 
gigih ai habiskan minuman ni. 

dan kalau mengidam coconut shake, tapayah pergi melaka. 
pergi tanjung karang pun boleh. 
and taste better.
lagi best kalau dorg guna ice cream walls. 
but, nestle pun sedap juga. 
:) 

walaupun kami baru makan sebelum tu, dia p minta waffle. 
sebab teringat waffle al mashoor. 
haha. 
waffle ice cream.
salah faham sikit sebab ingatkan dia spread juga choc n strawberi on the waffle. 
rupanya letak ice cream tu seja. 
-_-
tapi waffle nya gebu dan sangat sedap. 





suasana kedai sesuai untuk semua golongan. 
kalau anak mau berlari pun boleh. 
meja bersih. 
pelayan baik. 
overall kedai ni memuaskan hati iolls. 
hihi. 

oleh itu, sila lah berkunjung ke restoran ini. 
gerenti tidak kecewa. 

till then. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ manuskrip oh manuskrip ~

Monday, October 19, 2015

~ Gangnam Station Restaurant

assalamualaikum and hi. 

jom review kedai makan! 
one of my favorite part lah makan. 
haha. 

nama kedai seperti tajuk. Gangnam station restaurant. 
terletak di Laman Seni Seksyen 13, Shah Alam. 
if pergi pagi mungkin agak mudah mau nampak. 
but, if uolls pergi waktu malam, kena park kereta area tutti fruiti dan jalan ke blok belakang. 
from the centre part, gangnam will be on your left. 

actually banyak benda lain boleh makan waktu malam. 
but, we need something else. 
selain nasi but end up pilih nasi juga. 
versi Korea. 
kah kah kah. 

bila tengok menu, ai kenot find any mee kicap aka jjangjamyeon. 
dan akhirnya pilih set couple combo. 
dapatlah food seperti gambar di bawah. 

free refill side dish. 
2 ice lemon tea. 
stewed beef.
tteokbokki. 
bingsu. 





ai rasa 4 orang pun boleh makan semua tu. 
sebab tahabis kitorg tapau. 

kimchi tu rasa biasa seja. Ai boleh dapat lagi sedap dekat b.bap. 
tteokbokki pula sedap but again sopoong lagi sedap. 
bingsu or ice cream tu ai tasuka. sebab serpihan beans tu melekat dkt gigi besi iolls. 
rimas lah ada benda menyangkut. 
but overall best lah dekat sini. 

pekerja nya friendly dan helpful. 
meja bersih dan suasana kedai cozy. 
but the price lil bit pricey. 
guna bahan berkualiti bah kan. haruslah begitu. 
hihi. 

anyway, kalau mau ke sini. 
pakai lah maps or waze dan turun dari kereta selepas ayat 'You reach your destination'. 
kedai nya bertapuk di belakang. 

till then. 


sekian. 

diam!

.: E.N.D :. 

~ bersyukur bukan bersabar ~

Sunday, October 18, 2015

~ mee udang banjir ~

assalamualaikum and hi. 

entri tentang road trip Kuala Selangor. 
hari cuti. 
dan dua orang yang lapar. 
mahu tengok alam dan makan. 
akhirnya sampai ke kuala selangor. 

bila tengok apps dan Google, orang cadangkan kedai ini. 
dan kami pun sampai berpandukan waze. 
sebenarnya ada dua kedai ni. 
satu dekat entah mana dan satu lagi di Tanjung Karang. 

kami pergi ke Mee Udang Banjir Tanjung Karang. 
maps mesti berjaya bawa ke sini. 
dan papan tanda kedai besar di tepi jalan. 
bersebelahan dengan masjid dan sekolah tahfiz. 

banyak menu yang di tawarkan.
seperti Mee bandung udang. 
soto. 
mee udang banjir special. 

tapi kami pilih Mee udang banjir. 
RM 9 semangkuk. 
ada tiga ketul yang yang agak besar dan segar. 
kuah yang rasa sedap dan hampir kepada rasa Mee rebus. 


pekerja kedai ni semuanya bersongkok. 
baik dan peramah. 
kebersihan kedai agak bagus. 
tapi mungkin sebab kami pergi tengah hari, walaupun kipas tu berfungsi dengan baik, tapi agak panas persekitaran nya. 
pengunjung kedai ni pun tidak putus. 
sentiasa ramai. 
memang tidak salah pilih kedai. 
:) 

kalau mau banding dengan Mee udang mak jah, mmg mak jah menang. 
tapi kalau ibu mengandung mau hilangkan mengidam, bawa p sini pun okay sudah. 
lebih kurang juga rasanya. 
dan lebih dekat dengan KL. 

apa2 pun, singgah la kedai ni. 
murah dan sedap. 
mesti tidak menyesal. 

so, till then 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ hidup umpama roda ~

Saturday, October 17, 2015

~ Hill Station Cafe ~

assalamualaikum and hi.
edisi review tempat makan bersambung.
ini bergantung kepada kerajinan iolls.
terperap dalam draft ja entri ni.
tapandai habis tulis.

so, let's begin.

suatu petang tu, ai tengah cari tempat makan malam yang sedap.
dan ai bergantung kepada suggestion foursquare dan Google.
terjumpa lah recommendations yg sangat banyak utk satu kedai ni.
Hill station cafe.

kedai tu terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands.
sebaris dengan Marry Brown.
sebelah dengan 4D.
oh, kedai ni halal. besar tanda halal depan kedai.

bila menu sampai, kami pun pilih from today special menu seperti gambar di bawah.
ribena lemon.
Ice lemon tea.
cheese baked spaghetti with grilled chicken.
mushroom soup.
claypot tom yam.
add on hot mocha.
Blueberry cheese cake.








bila ai start makan, the foods below my expectation. 
rasa so so ja. 
x seperti yang orang cadangkan. 
tapi still consumable. 
the taste ja x sampai. 

price quite okay untuk food di Cameron. 
agak murah juga. 
dan speciality Hot mocha suda tiada okay. 
ganti dengan mocha from machine yg rasa nya seperti dalam tin tu seja. 

pekerja nya serius friendly dan membantu. 
suasana kedai yang agak cozy dan ada free WiFi. 
boleh jadi tempat meeting or dating di tanah tinggi. 
haha. 

so, till then. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ post ai bukan sebab kau pun ~


Friday, October 16, 2015

~ Crimson Peak ~

assalamualaikum and hi. 

itu tajuk movie. 
bukanlah tajuk lagu. 
dari kelmarin dia mau tengok movie ni. 
so, dengan semangat yang ada, kami pun gigih menonton movie ni bersama orang lain di hari ianya baru keluar. 

movie ni menceritakan tentang Edith Cushing. 
seorang perempuan yg mempunyai seorang ayah dan kematian ibu. 
cerita bermula dengan ayat hantu memang wujud.
semuanya berkisar tentang kehidupan Edith yg cuba menulis manuskrip dan cuba menerbitkan nya. 

dipendekkan cerita, dia terpesona dengan Thomas Spade yg mempunyai seorang kakak, Lucille. 
Edith mempunyai seorang peminat atau crush yg setia, Alan McMichael.
ayah Edith meninggal (read : dibunuh)  dengan kejam. 
Edith kawin dengan Thomas dan tinggal di Crimson Peak. 

misteri bermula di rumah Abedelle Hall itu. 
hantu mengacau Edith dan banyak benda yg tidak masuk akal berlaku. 
dan ending nya Edith dan Alan seja yang hidup. 

mau tau lebih lanjut pergi la tengok sendiri.
sebab nya ada part yg ai tutup mata. 
takut dengan bunyi yg tidak menyelesakan.

cerita ini ai bagi 2.5 from 5.
sebab ai yg penakut ni x menghayati cerita. 
dan terlalu banyak darah di dalam movie tu.

nilai yg kita boleh pelajari dari movie ni, kita akan lakukan apa sahaja untuk orang yang kita sayang. 
perlu nya rancangan yang rapi untuk melaksanakan sesuatu impian. 
sayangilah keluarga anda sebaiknya. 
dan banyak lagi. 

so, till then. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ sleepy head~

Thursday, October 15, 2015

~ Goosebumps ~

assalamualaikum and hi. 

malam tadi after road trip around Kuala Selangor which I will tell more later, kitorg pergi lah tengok movie. 
di antara ribuan orang yang tengok on the first day on public holiday. 
goosebumps. 

actually ai fikir cerita ni will be scary all the way. 
but salah tekaan iolls. 
cerita ni comedy with monster in it. 
dan ai enjoy. 

movie ni bermula bila Zach dan ibunya berpindah ke Madison. 
berjiran dengan seorang lelaki pelik dan sebenarnya penulis buku hantu, Goosebumps. 
di pendekkan cerita, Zach fikir anak Stine kena dera dalam rumah dan mahu selamat kan dia. 
tapi dia x taw semasa proses tu, dorg terlepas kan raksasa dari dalam buku. 
snow man keluar dan sempat huru hara kan ice rink. 
tapi dapat di selamatkan oleh Stine dan dia emo. 

bila balik rumah, ada lagi buku yang terbuka dan Slappy yang keluar. 
Slappy mau balas dendam dengan Stine dan mahu bunuh dia. 
Slappy rampas semua buku tu. 
kemudian, sila tengok sendiri di Cinema. 
ai cerita semua dekat sini nanti x best. 
sebab ada part yang kamu mesti tengok sendiri. 

ending nya, semua orang hidup dengan gembira. 
:) 

movie ni ajar, walau macam mana pun kau rasa keseorangan, jangan lah balas dendam dengan orang sekeliling. 
jangan buat harm kepada dorg dengan apa jua cara pun, dalam movie ni, buat cerita hantu untuk menakutkan dorang. 
family r everything. 
walaupun kau rasa kau terasa hati orang, come clean. jumpa orang tu and speak up. bukan dengan cara yang tiada kematangan. 
cinta tidak mengenal paras rupa. 
haha. 

bintang, ai mau bagi 4 out of 5. 
kurang 1 sebab ai tasuka tengok raksasa tu. 
menakutkan. 

so, till then. 
nanti ai tulis lagi. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ parents balik lusa yeah! ~

Tuesday, October 13, 2015

~ Lampuneon Cafe ~

assalamualaikum and hi. 

mood rajin review! 
clap hands. 
:) 

ai memang suka misi mencari makanan sedap sepanjang perjalanan. 
dan akan gugel apa yang orang suggest. 
tengok ig, tengok 4sq. 
if ada good comments, mesti mahu pergi. 
sejauh mana pun akan ai try. 
dengan bantuan waze atau Google maps. 
haha. 

road trip kali ni kami singgah dekat lampuneon Cafe, Tanjung malim. 
berbekalkan keazaman ai route guna waze. 
tapi x jumpa. 
try guna Google maps. 
sama juga. 
dan bila tengok ig lampuneon, baru nampak maps ke sana. 
tapi itu pun ai x reti tgk sebab quite confusing. 
nasib baik my beloved driver nampak landmark, Elite Futsal tu. 

so, here my instructions to get there safely. 
if sudah route guna waze or maps, sila off kan selepas nampak KTM tanjung malim. 
jalan depan sikit, nampak simpang ke kanan ada bangunan kedai, di situlah lampuneon.
dkt simpang tu ada orang jual kuih.
cafe ni sebelah building futsal. 

dan bila sampai ke situ ai pun blur mau order apa. 
everything in the menu rasa macam sedap.
haha. 

disebabkan day before tu their machine rosak, x boleh mau order any juice or blended drinks.
dan ai pilih blue lagoon. 
him, ai lupa namanya. 
tu hah gambar di bawah. 


my drink sedap dan ai suka.
tapi air dia sangat manis for me. 
semenjak ada gigi besi, ai can't handle too much sugar.
but he said it's okay. 
boleh minum dengan berjaya. 

for food. 
him, grilled black pepper chicken. 
me, maryland chicken with black pepper sauce. 
photo as below. 



overall food tu rasa sedap. 
but boleh improve in term jangan hangitkan sauce tu dan terkena dekat fries. 
grilled chicken tu lah. 
my food serious okay. 
ai enjoy the food. 
:) 

in term of price, affordable. 
harga itu di Tanjung malim dengan kualiti yang begitu sepadan. 
quote to him. 

interior cafe sangat ohsem. 
those decoration sangat menarik. 
sila Google kalau mau tengok. 
ai taboleh tahan lapar, jadi memang terus order food saja. 
haha. 

so, anyone yg pass by Tanjung malim shud visit this cafe. 
Masa perniagaan Ahad -  Jumaat. 
2pm above. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ I love food as I love you~

Monday, October 12, 2015

~ Knock Knock ~

assalamualaikum and hi. 

kembali review movie. 
kali ni tajuk movie tu Knock Knock. 
lakonan Keanu Reeves. 
sudah tua pun masih hensem. 
kah kah kah. 

movie ni tentang satu keluarga bahagia. 
ayah (Evan), ibu (Karen) , sepasang anak (Jake dan Lisa). 
ayah arkitek, ibu artis yg hasilkan karya dari batu atau arca.

ibu dan anak2 pergi ke pantai untuk menyambut hari bapa. 
tapi bapa x dapat join sebab kena siapkan kerja.
dan semasa keluarga ke pantai tu, ada orang datang rumah awal pagi.
dan adalah perkara 18sx berlaku.

dipendekkan cerita, perempuan yg datang rumah iaitu Bel dan Genesis torture Evan.
Dan mahu bunuh dia.
sempat lagi bunuh Louis.
ending yang ai taboleh terima adalah Evan x mati dan video 18sx tu kena post dekat Facebook.

movie ni ajar kita jangan terlalu ghairah share semua benda dalam laman sosial.
even tiny thing pun mau kasi tau.
elakkan orang dari tahu lokasi dan perbuatan kita.
dan jangan baik sangat dengan orang yang ketuk pintu rumah awal pagi.
haha.

bintang ai mampu bagi 2.5 from 5.
ai expect cerita ni best.
tapi kecewa.

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ tasiap kerja ~

Sunday, October 11, 2015

~ Taman Agro Al Mashoor ~

assalamualaikum and hi. 

rasa macam rajin mau review tempat makan. 
kalau lah ada orang baca blog ni kan. 
gaya macam ramai sangat follower. 
tapi ai takisah. 
kalau rasa benda ai tulis berfaedah, silakan lah baca. 
:) 

tajuk entry adalah tempat yang ai mau review. 
sepatutnya ai ambil gambar sekitar tu sebab cantik sangat. 
tapi sebab lapar, gambar makanan di bawah seja sempat. 
haha. 



pilihan untuk minum petang. 
waffle strawberi coklat,  RM 3.
homemade ice cream strawberry, RM 2.50

sebenarnya ai masuk tempat ni dua kali. 
memula ingat mau makan  ringan dulu. 
tapi ai tadapat tahan lapar. 
pergilah cari proper food dekat Tanah Rata. 

kedudukan Taman Agro Al Mashoor ni di Kg. Taman Sedia. 
kalau dari Tanah Rata,  masuk simpang yg ada tulis homestay taman sedia. 
kalau dari Brinchang, masuk simpang Iris hotel, straight ja and kena pusing sikit baru jumpa. 
tempat ni betul2 sebelah YZ Agro Farm. 

pekerja dia baik dan peramah. 
bukan muka masam tamau layan customer yang blur macam dkt YZ tu. 
she instruct and tell us what they do have there. 
after few moments, we decide above menu. 

ada lagi menu lain.
strawberi celup coklat. 
strawberi jam. 
tea. 
etc. 

suasana sejuk. 
ais krim tu serius sedap di tambah lagi dengan fresh strawberries on top of it. 
waffle tu panas dan gebu. 
sedap.

ai x minat self plucking strawberry tu semua. 
so I can't share the feeling about that. 

kesimpulannya tempat ni tidak mengecewakan kalau mau cari waffle dan ice cream homemade. 

sekian! 

diam! 

.: E.N.D :. 

~food! ~

Saturday, October 10, 2015

~ Regression ~

assalamualaikum and hi. 

bukan mau cerita pasal formula matematik. 
tapi movie yang berjaya di tonton malam tadi. 

time otw balik tu, dia tanya mau tengok movie kah.
and me like jom!  
padahal rasa ngantuk. 
but, keep searching for new movie. 
banyak juga movie yang baru released. 
dan akhirnya selepas mendapat kata sepakat, weolls pun tengok lah Regression. 

time baca sinopsis, ai ingat movie ni more to action movie. 
but sebenarnya thriller keagamaan kot. 

permulaan cerita, John Gray di tuduh oleh anak perempuan nya dan mengaku salah atas kesalahan itu. 
John masuk penjara. 
detektif penyiasat tu, Bruce Kenner dgn psychologist, Raines menyiasat kes tu dan menemui misteri baru, pemujaan syaitan. 

di pendekkan cerita, John sebenarnya tidak bersalah.
anak perempuan nya, Angela yg psiko dan benci keluarga sendiri. 
John kekal di penjara sebab mau menebus kesalahan kepada isteri nya sudah meninggal. 

 kesimpulannya fantasi boleh di jadikan realiti apabila kita cuba menanam dan menerima ia sebagai suatu yang benar tanpa menyiasat nya terlebih dahulu. 
itu teori regresi dan di tolak oleh dunia penggunaannya kerana tidak membantu. 
sama seperti kita, jangan mudah mempercayai dan mempertahankan sesuatu tanpa asas dan fakta yang kukuh. 
menerima sesuatu membuta tuli dan menegakkan nya tanpa pengetahuan adalah seperti tin kosong. 

dan kalau pun benci keluarga tu, tapayah jadi jahat sangat buat fitnah. 
mulut tu jaga sebaiknya. 
perbuatan tu lakukan lah secara beretika. 
bukan menuduh tanpa usul periksa dan buat kesimpulan sendiri. 
oh, dan ini di tuju memang untuk kamu yang suka terasa iolls asyik tulis semua pasal kau. 
get a life please. 

rasa mcm ilmiah sangat entri ni. 
kah kah kah. 

ai enjoy the movie. 
bintang. 
ai sanggup bagi 3.5 out of 5.
kurang 0.5 sebab tiada lelaki hensem. 
cuma ada Emma Watson. 
haha. 


sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ berfikir secara waras ~

Friday, October 9, 2015

~ Update : Harga tiket wayang ~

assalamualaikum and hi. 

ai perasan banyak yang landing dekat blog ni cari harga tiket movie. 
tu harga lama. 
back in 2012. 

oleh itu, atas rasa tanggungjawab tidak mahu orang kecewa, ai tulis harga tiket wayang yang ai tau. 
haha. 

Golden Screen Cinemas. 
Isnin -  Jumaat : RM 8.50 (before 6 pm, EM)  
RM10.50 - 13 (after 6, EM) 
RM 10.50 (before 6pm WM) 
dan after 6pm bagi WM depends on movie. 
kalau movie baru mahal sikit. 
but the maximum price will be rm15.

TGV Cinemas. 
Standard seat, RM17.
Preferred seat, RM19.
Student price, mon -  Fri before 6pm, RM 9.

semua harga tu untuk 2D sahaja. 
kalau beli online tambah 50 sen each tix. 

harga untuk MBO ai tadapat tulis. 
sebab jarang pergi. 
and ai tasuka MBO. 
haha. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ pemalas~

Monday, September 28, 2015

~ 28092015 ~

assalamualaikum and hi. 

bulan ni ai tiada tulis apa apa. 
padahal banyak benda berlaku dalam hidup. 

dan ai tengok banyak movie dalam bulan ini. 
vacation. 
transporter. 
maze runner. 
everest. 
sicario. 
girlfriend kontrak. 
kalau ai rajin, ai review lah. 
walaupun memang sungguh ketinggalan. 

oh, ada appointment gigi juga. 
yang ketiga atau keempat? 
tukar wire atas dan potong sikit gigi supaya ada ruang untuk gigi bergerak. 
cuci gigi tu kena buat tiap kali appt. 
sebab ada part yg ai terlepas pandang. 

sekarang tengah gigih siapkan projek. 
kumpul data. 
key in data. 
dan ada asgmnt yg kena hantar secepat mungkin. 
kah kah kah. 

kesimpulannya ai malas tulis entries baru. 
doa kan kerajinan iolls. 
dan ai sangat suka road trip. 
thank you kesayangan sebab layan kan saja apa ai mau. 
:) 

sekian. 

diam! 

.:E.N.D:.

~ bosan dengan masalah si serkap jarang ~


Saturday, August 29, 2015

~ pixels ~

assalamualaikum and hi. 

review movie secara berterusan. 
sebab ai tgk movie lagi. 
ada juga orang mau bawa ai jalan. 
yay! 

movie ni pasal game lama. 
yang dulu weolls main time kanak2. 
defender, pac man, centipede and etc. 
kekonon makhluk asing mau takluk bumi melalui those game. 
sebab manusia di bumi pergi hantar sign mau berperang. 
padahal alien tu salah sangka. 

alien tu communicate guna old film yg dorg gabung kan. 
cabar manusia di bumi dgn game di atas. 
X boleh main tipu. 
kena bijak berfikir. 

dan akhirnya di penghujung cerita, orang bumi menang. 
big yay! 

this movie P13  if aku x silap. 
ada some part yg parents mmg kena ambil peduli. 
part mencarut. 
part kiss. 

tapi cerita ni ada good side. 
ajar kita hormat orang. 
jangan menipu. 
jangan lupa kawan. 
kena bijak fikir strategi untuk menyelesaikan sesuatu. 
jangan sceptical. 
dan banyak lagi. 

bintang. 
ai sanggup bagi 3.5 from 5.
 sebab most of the time, ai terhibur. 
tidak bosan. 

till then. 
nanti ai review lg satu movie. 
tunggu. 

sekian. 

diam! 

.:END:.

~ hei you,  Ily ~

Friday, August 28, 2015

~ Hitman : Agent 47 ~

assalamualaikum and hi. 

setelah sekian lama, akhirnya ai menulis lagi di blog ni. 
dan mau review movie. 
dari post terakhir pasal movie, itu adalah gap ai x tgk movie. 
kesian. 

semenjak tiada kereta dan bergantung harap dgn orang time di rumah, beginilah kehidupan ai. 
taboleh suka hati keluar. 
taboleh suka hati jalan. 
bertabah lah. 

berbalik kepada tajuk tadi. 
ai mau juga review movie yg rasanya lama sudah di cinema. 
kah kah kah. 

movie ni semua pasal Agent 47, Katia dan The Syndicate. 
mission impossible pun guna tajuk yg sama. 
coincidence? 
mungkin. 

Syndicate mau cari bapa Katia yg merupakan ketua penyelidik untuk projek penghasilan pembunuh unggul yg di panggil Agent. 
Katia diburu oleh Agent dan John Smith. 
selepas beberapa persengketaan, Katia cooperate dgn Agent 47 utk cari dan selamat kan bapa dia. 

dan di pendekkan cerita, John Smith upahan Syndicate kalah sebab kena renjatan elektrik. 
Katia selamat. 
Agent 47 selamat. 
bapa Katia dan ketua penjahat mati. 
di hujung cerita ada Agent 48.

mungkin ada sequel. 
kita tunggu seja lah.

movie ni di klasifikasikan sebagai 18 tahun ke atas. 
mungkin sebab terlalu ganas. 
blood everywhere. 
senang2 tembak, pancung, belasah orang. 
mungkin risau kanak2 terikut gaya yg teruk itu. 
good. 

but, movie ni ada banyak juga nilai murni. 
dengar dan patuh kepada arahan ketua. 
kita yang menjadikan diri kita manusia dengan mengikut perasaan dan hati sendiri. 
jangan mudah di pengaruhi dengan anasir tidak baik. 
peka dan fokus dengan persekitaran. 
sayangi lah orang yang tersayang dengan sebaiknya. 

itu seja lah yg ai dapat list down. 
nanti kamu bosan baca entri ni. 
bintang. 
2.5 from 5.
 ai  expect tinggi movie ni. 
tapi biasa seja. 
hero pun x hensem.. 
kah kah kah. 

till then. 

sekian. 

diam! 

.:END:.

~ kita jumpa next week! :)  ~

Thursday, August 13, 2015

~ 13082015 ~

assalamualaikum and hi. 

penat. 
sebab bersin x berhenti. 
mungkin demam. 
mungkin  hanya selesema. 
mungkin juga sudah tua. 
haha. 

sekarang ni ai belajar jahit baju. 
dan skirt. 
bukan attend class pun. 
informal class with my sister. 
dia sudah agak hebat menjahit. 
:) 

ai guna mesin industri. 
sebab adik ai cakap lagi senang. 
tapi bikin nangis guna tu. 
sebab ai tapandai control kelajuan pedal tu. 
walaupun mesin tu ada motor, tapi ai guna manual. 
kadang2 ja pandai pijak pedal. 
sebab selalunya jahitan  ai akan senget. 
kah kah kah. 

setakat ni ai sudah berjaya jahit blaus. 
jahit skirt. 
sebelum tu belajar buat pola, potong kain. 
tapi budak baru belajar mmg jahitan nya agak 'hebat'. 
:p

boleh lah pakai pergi jalan2. 
cuma agak penat sebab ai lambat guna mesin tu. 
:) 

dan ai x taw mau tulis apa lagi. 
ai takisah pun  kalau orang lambat reply wasap. 
tapi jangan tabalas langsung. 
dan jangan sudah read, kau nampak online tapi masih tabalas. 
 boleh emosi iolls tau. 

so, till then. 

sekian. 

diam! 

.: END :. 

~ tabah ~

Saturday, August 8, 2015

~ mission impossible : the rogue nation ~

assalamualaikum and hi. 

sebenarnya aku tgk movie ni last Wednesday. 
berbelah bahagi mau tgk movie ni or fantastic four. 
tapi di sebabkan hero hensem which is Tom Cruise, aku tgk ni dulu. 
haha. 

dan watak utama seperti Benji, Brandt dan yang lain2 masih ada. 
kali ni misi dorg untuk buktikan Syndicate tu wujud. 
tapi mestilah x kena percaya oleh pihak atasan. 
dan dorg punya ketua setiausaha sudah mati dalam last movie. 
Imf terpaksa dibubarkan dan merge to cia. 

di pendekkan cerita, Ethan Hunt berjaya dalam misi dia. 
buktikan Syndicate wujud dan semua kawan dia masih hidup. 
itu semua konspirasi pihak atasan. 
:) 

movie ni x juga ganas. 
boleh jadi tontonan seisi keluarga. 
cuma part seksi tu kena pantau. 
budak sekarang pandai meniru. 

movie ni ajar kita untuk buat keputusan dengan berhati hati. 
jangan terburu-buru. 
gunakan minda sedar anda. 
dan percayai lah rakan anda. 
guna kemahiran dengan baik. 
kah kah kah. 

bintang untuk movie ni is 4.5 from 5.
bias sebab hero hensem. 
but it quite lucu dan thrill. 
ai terhibur 

so, till then. 

sekian. 

diam! 

.:END:.

~ Ily and imy ~

Monday, August 3, 2015

~ 03082015 ~

assalamualaikum and hi. 

entah. 
mungkin penat. 
mungkin sengaja. 
mungkin jenaka. 

selalu nya kita akan sedar benda tu penting bila benda tu bukan milik kita lagi. 
mungkin lambat. 
mungkin cepat.
mungkin sakit. 

selalu kita tidak perasan orang cuba akan sesuatu. 
mungkin marah. 
mungkin sedih. 
mungkin stress. 

dan jangan terlalu lama. 
nanti menyesal. 
seorang pendendam. 
nanti terdiam. 
bila ia berlalu, ketahuilah tiada patah balik. 

itu yang di mahu, itu yang dituruti. 
akan di ingat sampai bila bila. 

till then. 

sekian. 

diam! 

.:END:.

~ if it's hard to understand, why bother to know at the first place ~

Saturday, August 1, 2015

~ Ant Man ~

assalamualaikum and hi. 

mungkin review ni agak terlambat. 
sebab movie ni lama sudah release. 
tapi ai peduli apa. 
mau tulis juga. 
haha. 

movie ni pasal Scott Lang, bekas penjenayah yang mahu menebus kesalahan lampau. 
dia sangat hebat mencuri menggunakan akal dia yang cerdik. 
dia ada seorang anak perempuan yang anggap dia hero. 
bagi membuktikan dia sayang anak dia, bekas isteri dia suruh cari kerja dan tempat tinggal supaya dia boleh jumpa anaknya. 

dipendekkan cerita, si jahat, Darren Cross mau menjual sut yg berbahaya untuk dunia bagi mengaut keuntungan. 
Dr Hank Pym x mau benda tu terjadi dan hire si Scott untuk curi sut itu dengan guna sut Ant Man ciptaan dia. 
ada konflik anak beranak. 
dan pergaduhan, pencerobohan ke atas syarikat, tumbuk menumbuk, tembak menembak dan banyak lagi aksi. 
dan ending nya orang jahat kalah. 
kah kah kah. 

movie ni tanpa bias memang best. 
4 out of 5 star. 
maybe orang fikir ai bagi rate melebih. 
tapi ni sebab kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang bapa kepada anaknya. 
 dan ada sesi pembelajaran fizik dan kimia yang berlaku. 
atom, molekul, jisim atom relatif. 
macam2 lah tentang sains. 

banyak benda positif yang kita boleh ambil dari movie ni. 
yang memula tu pasal kasih sayang lah kan. 
sayangi org yang anda sayang seadanya. 
jangan hampakan mereka. 
berusaha untuk belajar dan aplikasikan pengetahuan anda. 
jangan melakukan jenayah. 
bercakap benda yang penting dan perlu di sampaikan sahaja. 
dan banyak lagi. 

kalau pergi tengok movie ni di cinema x rugi pun. 
kah kah kah. 

macam panjang suda ai tulis. 
so, till then. 

sekian. 

diam! 

.:END:. 

~ take care ~

Friday, July 31, 2015

~ CCTV ~

assalamualaikum and hi. 

ai tulis entries ni bukan lah mau promote mana2 syarikat or mesin cctv tu. 
ni pasal movie yang baru release. 
dan ai berjaya tonton dengan babu jah.
ai tau baru release today sebab ternampak iklan nya di tv. 

movie ni pasal seorang installer cctv. 
eh, technician lah. 
nama dia Hariri. 
bos dia suruh tengok cctv dkt satu hospital semasa dia otw balik dari kerja. 
kekonon dia direct kerja for few days. 
agak penat. 

kemudian, dia pun melaksanakan kerja yang di suruh. 
tapi time mau cek tu, dia terjatuh tangga dan pengsan. 

di pendekkan cerita, ending dia semua orang mati. 
spoiler alert. 
haha. 

ai mmg x minat cerita hantu. 
atau seram. 
dan cerita ni bagi aku cerita seram yang lucah. 
ada part yang aku x faham kenapa perlu ada nya adegan tu. 
mungkin mau buktikan doktor tu pervert kali. 
mungkin. 

dan bintang untuk movie ini tanpa bias adalah 1 out of 5.
ai tgk sebab babu jah mau tgk. 
dan dia mau tgk sebab ada Aeril Zafrael. 
serius kalau harap jalan cerita, kamu tunggu ja lah keluar astro. 
sorry kalau ada yg x setuju. 
ini pendapat ai. 

ai tengah fikir apa nilai murni cerita ni. 
mungkin kita perlu berehat apabila penat. 
jangan memandu ketika mengantuk. 
dengar cakap bos tapi berpada pada. 
itu ja lah kali yg ai dapat fikir. 
ehem. 

so, till then. 

sekian. 

diam! 

.:END:. 

~ imysm ~

Friday, July 10, 2015

~ 10072015 ~

assalamualaikum and hi. 

sebenarnya mau cerita pasal survey ai. 
belum mula pun. 
belum approve pun questionnaire tu. 
email x kena jawab. 
mau jumpa jauh betul. 
jadi buat seja la bah kan? 
haha. 

dan sekarang ai full time jaga Alya di hospital. 
suspect agn. 
haritu sudah keluar. 
but monday kena admit semula. 
sebab urine berdarah. 

nasib baik ai cuti, ada juga orang berganti jaga Alya. 
kesian dekat Abg and kakak ipar. 
penat urus anak sekolah, kedai, hospital. 
harapnya discharge cepat. 
amin. 

LDR ni mudah. 
asalkan kau trust.
kalau ada doubt, terus tanya. 
dan jangan menipu.
susah if kantoi. 
jujur lebih baik dari penipuan.
rindu.

sekian.

diam!

.:END:. 

~ Ily ~

Thursday, July 9, 2015

~ Mee Udang & Ketam Sempoiii DiRaja ~

assalamualaikum and hi. 

kali ni iolls mau cerita pasal makanan. 
macam lama sudah x review food. 
haha. 

mee Udang dan Ketam Sempoiii DiRaja ni terletak di Tanjung Rambutan, Perak. 
cari lokasi pun guna waze. 
actually mau cari mee kari dekat bandar Ipoh. 
but bulan puasa ni restoran buka dan tutup x taw masa. 
and kami cari food berbuka pun pukul 8 malam sudah. 
susah cri restoran time puasa ni.
dan dua orang ni mengada cari sungkaian sampai perak.
kah kah kah.

servis memang bagus restoran ni.
layanan mmg best.
explain their menu and best dishes.
puas hati iolls.
x lah sakit hati layan an teruk kan.

food was very good.
seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
ai makan mee with soft shell crab.
he ate mee udang.
serius habis tanpa di suruh.
selalunya my food x habis, and dia lah jadi mangsa utk habiskan.
but kali ni semua masuk perut ai.
hihi.

air yg kami order lupa namanya.
tapi ai sure tajuk drama melayu.
semua inspired from drama.
dan mereka mesti berusaha untuk improve rasa minuman  tu.
pelik dan orang haus yg akan habiskan those drink.
but consumable lah juga.
:)

overall,  this restaurant was really good.
sesiapa mau makan Mee udang and ketam datanglah sini.
but he said kenot compete with Kuala sepetang lah.
ai tapernah pergi, so x taw.

nah, tengok lah picca food.




till then.

sekian. 

diam! 

.:END:. 

~ tidur hospital best juga ~

Monday, July 6, 2015

~ 06072015 ~

assalamualaikum and hi. 

tiba2 fikir pasal projek. 
ni sebab dia tanya pasal responden. 
bila elaborate, he gave his opinions.
ai agree semua tu, tapi entah lah. 
risau. 
takut. 
bukan pandai buat sosial survey ni. 
phew. 

but he said, InsyaAllah everything will be okay. 
lega sikit perasaan. 
mau jumpa orang. 
mau suruh jawab. 
mau dapatkan respon. 
semua tu merisaukan. 

dan sv ai tabagi respon for my questionnaire. 
mau jumpa mmg jauh kita. 
if buat ja, mcm kurang ajar pula kan. 
haih. 

300 ratus lebih responden. 
harap semuanya beri kerjasama. 
iolls pun bukan dapat bagi apa2 bila jawab. 
harap jasa baik seja ni. 
ehem. 

and tomorrow I'll be back in kk. 
sebenarnya sudah cuti since akhir bulan Jun tu.
tapi stay sekejap.
banyak hal. 
so, temporary LDR. 
I'll be missing you. 
I'll remember your advices. 
I heart you. 

till then. 

sekian. 

diam! 

.:END:.

~ senyum ~

Monday, June 29, 2015

~ Ted 2 ~

assalamualaikum and hi. 

ai tgk movie ni on first day released.
but sebab some limitations, ai tadapat update the review on the spot. 
am a busy women. 
haha. 

movie ni adalah sambungan dari filem Ted. 
teddy bear yang tiba2 come to alive tu. 
if xtaw, kamu tengok dulu yang first, baru bertambah best ketawa. 

this time cerita after Ted kahwin dgn Tammy, John divorce, marriage problem btwn Tammy n Ted and problem bila Ted tidak diiktiraf sebagai manusia. 
Walaupun basically Ted is teddy bear, tapi dia got perasaan and everything. 

dipendekkan cerita, di hujung cerita, semuanya gembira. 
Ted boleh kahwin balik dgn Tammy. 
John fall in love with new person, lawyer Ted, Samantha. 

movie ni for 18 years above. 
if ada parents yg mau tgk, pastikan lah jgn bawa anak bersama. 
or if keluar dkt HBO or apa2 channel. 
perkataan yg di gunakan amat tidak bagus dan keluncahan melampau. 
koh koh koh. 

story ni ada juga good thing to learn.
kita kena sayang orang seperti mana dia sayang kita. 
kita mesti ada pengetahuan yg luas dan yakin untuk berjaya dalam sesuatu hal. 
kita mesti jaga kesihatan demi tubuh badan yang sihat. 
:) 

serius dari awal cerita sampai habis, ai ketawa x stop. 
maybe sebab stress, ai rasa semua benda jadi humor. 
so, bintang for this movie, shud be 4 out of 5.

and thank you kesayangan sebab teman tgk movie. 
and for the best weekend and iftar. 

till then. 

sekian. 

diam! 

.:END:.

~ people did mistakes. repent and remember ~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey