Saturday, August 1, 2015

~ Ant Man ~

assalamualaikum and hi. 

mungkin review ni agak terlambat. 
sebab movie ni lama sudah release. 
tapi ai peduli apa. 
mau tulis juga. 
haha. 

movie ni pasal Scott Lang, bekas penjenayah yang mahu menebus kesalahan lampau. 
dia sangat hebat mencuri menggunakan akal dia yang cerdik. 
dia ada seorang anak perempuan yang anggap dia hero. 
bagi membuktikan dia sayang anak dia, bekas isteri dia suruh cari kerja dan tempat tinggal supaya dia boleh jumpa anaknya. 

dipendekkan cerita, si jahat, Darren Cross mau menjual sut yg berbahaya untuk dunia bagi mengaut keuntungan. 
Dr Hank Pym x mau benda tu terjadi dan hire si Scott untuk curi sut itu dengan guna sut Ant Man ciptaan dia. 
ada konflik anak beranak. 
dan pergaduhan, pencerobohan ke atas syarikat, tumbuk menumbuk, tembak menembak dan banyak lagi aksi. 
dan ending nya orang jahat kalah. 
kah kah kah. 

movie ni tanpa bias memang best. 
4 out of 5 star. 
maybe orang fikir ai bagi rate melebih. 
tapi ni sebab kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang bapa kepada anaknya. 
 dan ada sesi pembelajaran fizik dan kimia yang berlaku. 
atom, molekul, jisim atom relatif. 
macam2 lah tentang sains. 

banyak benda positif yang kita boleh ambil dari movie ni. 
yang memula tu pasal kasih sayang lah kan. 
sayangi org yang anda sayang seadanya. 
jangan hampakan mereka. 
berusaha untuk belajar dan aplikasikan pengetahuan anda. 
jangan melakukan jenayah. 
bercakap benda yang penting dan perlu di sampaikan sahaja. 
dan banyak lagi. 

kalau pergi tengok movie ni di cinema x rugi pun. 
kah kah kah. 

macam panjang suda ai tulis. 
so, till then. 

sekian. 

diam! 

.:END:. 

~ take care ~

0 kOmentar:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey