Friday, September 12, 2014

~The Giver~

movie ni menceritakan tentang satu komuniti manusia.
rumah dipanggil dwelling.
keluarga diberikan oleh mereka yang konon lebih tua dan berpengalaman
setiap orang diberikan peranan masing2 apabila telah lepas graduate.

dan cerita ini tentang Jonas, diberikan jawatan Receiver atau penerima memori.
Penerima tangunggjawab dia besar, sebab manusia dikomuniti tu tiada memori, tiada apa2.

pendek cerita, adalah konflik kekeluargaan.
konflik komuniti.
percintaan dan etc.
ending dia best la juga.

sebenarnya movie ni mengajar manusia kurangkan sifat cemburu, iri hati, sebab ia boleh membawa kepada kehancuran komuniti.
jangan biasakan diri menipu atau berbohong kerana banyak implikasi yang akan timbul selepas itu.
kita perlu percaya akan kemampuan diri

penulisan di atas macam mak cik2 bagi nasihat dengan anak2 pula
haha.
bintang untuk cerita ni 3 dari 5.
:)

sekian!

.:END:.

~rajinkanlah diri menulis~

Thursday, September 11, 2014

~As Above, So Below~

kembali menulis dengan review movie.
maafkanlah.
maybe penulisan aku jadi agak bosan, lama sudah bah xmenulis.

back to business.
cerita ni pasal seorang perempuan yg teramat fanatik dengan satu batu, kiranya hasil tinggalan sejarah.
mula2 dia cari dkt Iraq, then pergi Perancis kali.
Scarlett dibantu oleh rakan baiknya George dan Papillon and the gang untuk ke terowong yg dikatakan menyimpan batu tu.
dipendekkan cerita, di sana semuanya terjadi. 
Geng2 dia yg turun ke terowong tu mati dibunuh atas dosa yang pernah dorg buat.
ending dia, adalah yang terselamat.
siapa yang terselamat tu, sila tengok sendiri. 
haha.

cerita ni ada part best. 
ada part bosan.
ada part melibatkan darah yang banyak which is aku sangat benci.

dan bintang!
lama suda xbuat begini.
aku sanggup bagi 2 dari 5.
sebab utama darah dan sejarah.
bikin geli dan bosan.

sekian!

.:END:.

~lama sudah xbuat gini~

Sunday, June 29, 2014

~29062014~

entri kedua pada tahun ini.

aiseh.
semenjak dua menjak ni, kemalasan berganda.
mahu tulis satu post pun malas.

hidup tiada banyak perubahan, 
masih seperti dulu.
tiada yang menarik.

blackberry sudah hampir menemui ajal.
tapi, dad bagi pinjam (ai amek terus) bb10, oleh itu, aku masih boleh meneruskan hidup dengan bb. :)
lappy pink kesayangan ni pula, sana sini key yang xboleh ditekan.
tapi, masih dapat berkhidmat untuk tuannya yang agak ganas ini.

dan sebenarnya, aku sambung study buat kali kedua.
berbeza dengan yang dulu, kali ini aku lebih fokus.
tiada erti main2.
belajar dan terus belajar.
sekarang tengah cuti semester.
result pun ada yang sudah keluar.
dan aku agak sedih sebab xdapat result yang diingini.

pasal kerja.
aku baru lepas interview beberapa hari yang lepas.
soalan tidak banyak berbeza.
itu saja yang diulang setiap kali  interview.
doakan aku berjaya dapat kerja tu.
:)

orang cakap umur aku ni patut ada suami.
tapi, aku malas maw kisah.
kita tunggu dan lihat seja.
haha.

dan hari ni 1st Ramadhan.
di sini aku maw ucapkan selamat berpuasa.
ampun dan maaf kalau ada salah dan silap selama di luar dan di dalam blog ini.

akhir kata, doakan kerajinan aku untuk menulis lebih banyak dalam blog.
banyak benda maw cerita.
macam dulu2.
makanan.
movie.
vacation.
everthing.

lain kali kita jumpa lagi.

~sekian!~

.:END:.

~mari belajar~

Monday, March 17, 2014

~17032014~

entri pertama di tahun ini.
eh, tahun lepas macam tiada pos apa-apa.

nanti aku update picca2 dalam blog ni.
sebabnya, muka mereka yang berkenaan sudah berubah.
ada yang mengurus, ada yang menggemuk.
as for me, aku menggemuk.
haha.

dan sekarang hidup aku lebih kurang seperti dulu.
tiada kemajuan besar.
haha.

tapi, kali ni, mesti habiskan apa yang aku buat.
cerita dulu tu biarlah berlalu.
macam ayat orang putus cinta.
haha.
tapi cerita aku ni, bukan pasal percintaan pun.

apa yang aku buat sekarang?
next post aku cerita.
doakan kerajinan diri.
:)

~sekian!~

.:END:.

~mari review journal~

Friday, October 11, 2013

~11102013~

setelah sekian lama, akhirnya aku pun menulis entri ini.
sebenarnya banyak entri aku tulis.
tapi halfway sahaja penulisan, so masuk draft. 

dan sekarang sebenarnya aku agak konfius kenapa jari aku sangat ringan untuk menulis.
lebih setengah tahun aku meninggalkan blog ni.
tiada orang akan tertanya2 apa yang aku buat dalam waktu itu kan.

hidup aku tiada kemajuan.
masih di tempat yang sama.
mungkin ada orang akan cakap, hey loser!
okay, aku boleh terima.
sebab aku sedar hakikat itu.

tiada kerja tetap, tiada pendapatan tetap, semuanya yang berkaitan dengan perkataan tetap, masih belum melekat pada aku.
agak sedih.
tapi, aku positifkan diri.
ada orang cakap, lepas 3tahun pun belum masih ada rezeki?
aku senyum. 
tapi, kamu sedar pertanyaan itu paling menyedihkan?
balik-balik tanamkan dalam fikiran, otak, hati, rezeki itu belum ada untuk aku.

ada juga orang cakap, tidak nampak pun usaha kau mencari?
duduk-duduk relaks, senyum-senyum tengok telefon, online 24/7.
itupun selalu aku balas dengan ketawa.
sebab bagi aku, itu cara untuk sedapkan hati.
*again*

dan soal jodoh.
soalan paling malas untuk dijawab.
hey, adik-adik kau ada boyfee. kau mana?
ini sumpah aku ketawa kuat-kuat.
sebab kalau tiada, macam mana kita mahu adakan seorang?
bagi aku, hubungan yang dulu tu banyak sangat silapnya, jadi kita muhasabah diri sedikit.
sila baca twitter aku untuk ayat paling marvellous untuk jodoh ni.
:)

apa lagi?
tempoh 3 tahun hampir mahu habis, lepas ni kita dengar cakap.
kita buat apa kena suruh.
jangan menjawab.
tapi, dengar cakap dengan baik.

review movie, novel or anything, aku sangat malas.
harap ada kerajinan yang menyusul.
sekarang aku terjebak dengan online shopping, nanti aku reviewkan juga.
wehoo!

kesimpulannya di sini, terjumpa media sosial bekas boyfee adalah sangat suwey.
dia achieve banyak benda, aku still situ juga.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~motif?~

Thursday, July 11, 2013

~Meatball Duak Tujuh~

lama xupdate blog.
fuh.

sila jangan ketawa baca tajuk tu.
yes, am called this meatball as Meatball Duak Tujuh.

one and only in Kota Kinabalu.
First outlet is in Food Court Servay Putatan.
kalau xtaw dimana, sila guna Waze.
sumpah xsesat.

if kamu cakap ada meatball lain di KK, mesti tasedap.
this one aku guarantee  memang sedap!
sebab aku sudah pergi berkali2.
even sanggup order minta bawakan p keel.
haha.

homemade blackpepper sauce yang boleh dipilih either maw pedas atau tidak.
for me yang lidah memang tidak boleh tolerate pedas, memang nangis dapat yang pedas.
tapi, budak umur 2 tahun tahan pula.
*fail putri*

sila tengok picca di bawah.
set ni ada 12 biji meatball + fries. 
price? affordable bah.
only RM10.
mengenyangkan.

dan ada juga menu yang lain, such as pasta, wings.
semuanya dijamin sedap.
so, mari kita serbu meatball ni.
sumpah xmenyesal.
:) 



sekian.

diam!

.:END:.

~makan saja~

Wednesday, April 17, 2013

~Pakej Komunikasi Belia~

kali ni maw cerita tentang experience redeem rebat pakej komunikasi belia.
:)

disebabkan aku pelanggan tetap kepada Digi, aku p redeem rebat phone Samsung Galaxy Y ni di sana.
Digi shop di Aeon Bukit Raja.

servis terbaik.
laju, cekap dan peramah.
process sangat cepat.
gembira berurusan dengan that woman.
lupa tanya nama dia. 

sila nikmati picca phone baru aku.
haha.



sekian.

diam!

.:END:.

~lama xupdate~


 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey