Friday, October 16, 2015

~ Crimson Peak ~

assalamualaikum and hi. 

itu tajuk movie. 
bukanlah tajuk lagu. 
dari kelmarin dia mau tengok movie ni. 
so, dengan semangat yang ada, kami pun gigih menonton movie ni bersama orang lain di hari ianya baru keluar. 

movie ni menceritakan tentang Edith Cushing. 
seorang perempuan yg mempunyai seorang ayah dan kematian ibu. 
cerita bermula dengan ayat hantu memang wujud.
semuanya berkisar tentang kehidupan Edith yg cuba menulis manuskrip dan cuba menerbitkan nya. 

dipendekkan cerita, dia terpesona dengan Thomas Spade yg mempunyai seorang kakak, Lucille. 
Edith mempunyai seorang peminat atau crush yg setia, Alan McMichael.
ayah Edith meninggal (read : dibunuh)  dengan kejam. 
Edith kawin dengan Thomas dan tinggal di Crimson Peak. 

misteri bermula di rumah Abedelle Hall itu. 
hantu mengacau Edith dan banyak benda yg tidak masuk akal berlaku. 
dan ending nya Edith dan Alan seja yang hidup. 

mau tau lebih lanjut pergi la tengok sendiri.
sebab nya ada part yg ai tutup mata. 
takut dengan bunyi yg tidak menyelesakan.

cerita ini ai bagi 2.5 from 5.
sebab ai yg penakut ni x menghayati cerita. 
dan terlalu banyak darah di dalam movie tu.

nilai yg kita boleh pelajari dari movie ni, kita akan lakukan apa sahaja untuk orang yang kita sayang. 
perlu nya rancangan yang rapi untuk melaksanakan sesuatu impian. 
sayangilah keluarga anda sebaiknya. 
dan banyak lagi. 

so, till then. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ sleepy head~

Thursday, October 15, 2015

~ Goosebumps ~

assalamualaikum and hi. 

malam tadi after road trip around Kuala Selangor which I will tell more later, kitorg pergi lah tengok movie. 
di antara ribuan orang yang tengok on the first day on public holiday. 
goosebumps. 

actually ai fikir cerita ni will be scary all the way. 
but salah tekaan iolls. 
cerita ni comedy with monster in it. 
dan ai enjoy. 

movie ni bermula bila Zach dan ibunya berpindah ke Madison. 
berjiran dengan seorang lelaki pelik dan sebenarnya penulis buku hantu, Goosebumps. 
di pendekkan cerita, Zach fikir anak Stine kena dera dalam rumah dan mahu selamat kan dia. 
tapi dia x taw semasa proses tu, dorg terlepas kan raksasa dari dalam buku. 
snow man keluar dan sempat huru hara kan ice rink. 
tapi dapat di selamatkan oleh Stine dan dia emo. 

bila balik rumah, ada lagi buku yang terbuka dan Slappy yang keluar. 
Slappy mau balas dendam dengan Stine dan mahu bunuh dia. 
Slappy rampas semua buku tu. 
kemudian, sila tengok sendiri di Cinema. 
ai cerita semua dekat sini nanti x best. 
sebab ada part yang kamu mesti tengok sendiri. 

ending nya, semua orang hidup dengan gembira. 
:) 

movie ni ajar, walau macam mana pun kau rasa keseorangan, jangan lah balas dendam dengan orang sekeliling. 
jangan buat harm kepada dorg dengan apa jua cara pun, dalam movie ni, buat cerita hantu untuk menakutkan dorang. 
family r everything. 
walaupun kau rasa kau terasa hati orang, come clean. jumpa orang tu and speak up. bukan dengan cara yang tiada kematangan. 
cinta tidak mengenal paras rupa. 
haha. 

bintang, ai mau bagi 4 out of 5. 
kurang 1 sebab ai tasuka tengok raksasa tu. 
menakutkan. 

so, till then. 
nanti ai tulis lagi. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ parents balik lusa yeah! ~

Tuesday, October 13, 2015

~ Lampuneon Cafe ~

assalamualaikum and hi. 

mood rajin review! 
clap hands. 
:) 

ai memang suka misi mencari makanan sedap sepanjang perjalanan. 
dan akan gugel apa yang orang suggest. 
tengok ig, tengok 4sq. 
if ada good comments, mesti mahu pergi. 
sejauh mana pun akan ai try. 
dengan bantuan waze atau Google maps. 
haha. 

road trip kali ni kami singgah dekat lampuneon Cafe, Tanjung malim. 
berbekalkan keazaman ai route guna waze. 
tapi x jumpa. 
try guna Google maps. 
sama juga. 
dan bila tengok ig lampuneon, baru nampak maps ke sana. 
tapi itu pun ai x reti tgk sebab quite confusing. 
nasib baik my beloved driver nampak landmark, Elite Futsal tu. 

so, here my instructions to get there safely. 
if sudah route guna waze or maps, sila off kan selepas nampak KTM tanjung malim. 
jalan depan sikit, nampak simpang ke kanan ada bangunan kedai, di situlah lampuneon.
dkt simpang tu ada orang jual kuih.
cafe ni sebelah building futsal. 

dan bila sampai ke situ ai pun blur mau order apa. 
everything in the menu rasa macam sedap.
haha. 

disebabkan day before tu their machine rosak, x boleh mau order any juice or blended drinks.
dan ai pilih blue lagoon. 
him, ai lupa namanya. 
tu hah gambar di bawah. 


my drink sedap dan ai suka.
tapi air dia sangat manis for me. 
semenjak ada gigi besi, ai can't handle too much sugar.
but he said it's okay. 
boleh minum dengan berjaya. 

for food. 
him, grilled black pepper chicken. 
me, maryland chicken with black pepper sauce. 
photo as below. 



overall food tu rasa sedap. 
but boleh improve in term jangan hangitkan sauce tu dan terkena dekat fries. 
grilled chicken tu lah. 
my food serious okay. 
ai enjoy the food. 
:) 

in term of price, affordable. 
harga itu di Tanjung malim dengan kualiti yang begitu sepadan. 
quote to him. 

interior cafe sangat ohsem. 
those decoration sangat menarik. 
sila Google kalau mau tengok. 
ai taboleh tahan lapar, jadi memang terus order food saja. 
haha. 

so, anyone yg pass by Tanjung malim shud visit this cafe. 
Masa perniagaan Ahad -  Jumaat. 
2pm above. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ I love food as I love you~

Monday, October 12, 2015

~ Knock Knock ~

assalamualaikum and hi. 

kembali review movie. 
kali ni tajuk movie tu Knock Knock. 
lakonan Keanu Reeves. 
sudah tua pun masih hensem. 
kah kah kah. 

movie ni tentang satu keluarga bahagia. 
ayah (Evan), ibu (Karen) , sepasang anak (Jake dan Lisa). 
ayah arkitek, ibu artis yg hasilkan karya dari batu atau arca.

ibu dan anak2 pergi ke pantai untuk menyambut hari bapa. 
tapi bapa x dapat join sebab kena siapkan kerja.
dan semasa keluarga ke pantai tu, ada orang datang rumah awal pagi.
dan adalah perkara 18sx berlaku.

dipendekkan cerita, perempuan yg datang rumah iaitu Bel dan Genesis torture Evan.
Dan mahu bunuh dia.
sempat lagi bunuh Louis.
ending yang ai taboleh terima adalah Evan x mati dan video 18sx tu kena post dekat Facebook.

movie ni ajar kita jangan terlalu ghairah share semua benda dalam laman sosial.
even tiny thing pun mau kasi tau.
elakkan orang dari tahu lokasi dan perbuatan kita.
dan jangan baik sangat dengan orang yang ketuk pintu rumah awal pagi.
haha.

bintang ai mampu bagi 2.5 from 5.
ai expect cerita ni best.
tapi kecewa.

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ tasiap kerja ~

Sunday, October 11, 2015

~ Taman Agro Al Mashoor ~

assalamualaikum and hi. 

rasa macam rajin mau review tempat makan. 
kalau lah ada orang baca blog ni kan. 
gaya macam ramai sangat follower. 
tapi ai takisah. 
kalau rasa benda ai tulis berfaedah, silakan lah baca. 
:) 

tajuk entry adalah tempat yang ai mau review. 
sepatutnya ai ambil gambar sekitar tu sebab cantik sangat. 
tapi sebab lapar, gambar makanan di bawah seja sempat. 
haha. 



pilihan untuk minum petang. 
waffle strawberi coklat,  RM 3.
homemade ice cream strawberry, RM 2.50

sebenarnya ai masuk tempat ni dua kali. 
memula ingat mau makan  ringan dulu. 
tapi ai tadapat tahan lapar. 
pergilah cari proper food dekat Tanah Rata. 

kedudukan Taman Agro Al Mashoor ni di Kg. Taman Sedia. 
kalau dari Tanah Rata,  masuk simpang yg ada tulis homestay taman sedia. 
kalau dari Brinchang, masuk simpang Iris hotel, straight ja and kena pusing sikit baru jumpa. 
tempat ni betul2 sebelah YZ Agro Farm. 

pekerja dia baik dan peramah. 
bukan muka masam tamau layan customer yang blur macam dkt YZ tu. 
she instruct and tell us what they do have there. 
after few moments, we decide above menu. 

ada lagi menu lain.
strawberi celup coklat. 
strawberi jam. 
tea. 
etc. 

suasana sejuk. 
ais krim tu serius sedap di tambah lagi dengan fresh strawberries on top of it. 
waffle tu panas dan gebu. 
sedap.

ai x minat self plucking strawberry tu semua. 
so I can't share the feeling about that. 

kesimpulannya tempat ni tidak mengecewakan kalau mau cari waffle dan ice cream homemade. 

sekian! 

diam! 

.: E.N.D :. 

~food! ~

Saturday, October 10, 2015

~ Regression ~

assalamualaikum and hi. 

bukan mau cerita pasal formula matematik. 
tapi movie yang berjaya di tonton malam tadi. 

time otw balik tu, dia tanya mau tengok movie kah.
and me like jom!  
padahal rasa ngantuk. 
but, keep searching for new movie. 
banyak juga movie yang baru released. 
dan akhirnya selepas mendapat kata sepakat, weolls pun tengok lah Regression. 

time baca sinopsis, ai ingat movie ni more to action movie. 
but sebenarnya thriller keagamaan kot. 

permulaan cerita, John Gray di tuduh oleh anak perempuan nya dan mengaku salah atas kesalahan itu. 
John masuk penjara. 
detektif penyiasat tu, Bruce Kenner dgn psychologist, Raines menyiasat kes tu dan menemui misteri baru, pemujaan syaitan. 

di pendekkan cerita, John sebenarnya tidak bersalah.
anak perempuan nya, Angela yg psiko dan benci keluarga sendiri. 
John kekal di penjara sebab mau menebus kesalahan kepada isteri nya sudah meninggal. 

 kesimpulannya fantasi boleh di jadikan realiti apabila kita cuba menanam dan menerima ia sebagai suatu yang benar tanpa menyiasat nya terlebih dahulu. 
itu teori regresi dan di tolak oleh dunia penggunaannya kerana tidak membantu. 
sama seperti kita, jangan mudah mempercayai dan mempertahankan sesuatu tanpa asas dan fakta yang kukuh. 
menerima sesuatu membuta tuli dan menegakkan nya tanpa pengetahuan adalah seperti tin kosong. 

dan kalau pun benci keluarga tu, tapayah jadi jahat sangat buat fitnah. 
mulut tu jaga sebaiknya. 
perbuatan tu lakukan lah secara beretika. 
bukan menuduh tanpa usul periksa dan buat kesimpulan sendiri. 
oh, dan ini di tuju memang untuk kamu yang suka terasa iolls asyik tulis semua pasal kau. 
get a life please. 

rasa mcm ilmiah sangat entri ni. 
kah kah kah. 

ai enjoy the movie. 
bintang. 
ai sanggup bagi 3.5 out of 5.
kurang 0.5 sebab tiada lelaki hensem. 
cuma ada Emma Watson. 
haha. 


sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ berfikir secara waras ~

Friday, October 9, 2015

~ Update : Harga tiket wayang ~

assalamualaikum and hi. 

ai perasan banyak yang landing dekat blog ni cari harga tiket movie. 
tu harga lama. 
back in 2012. 

oleh itu, atas rasa tanggungjawab tidak mahu orang kecewa, ai tulis harga tiket wayang yang ai tau. 
haha. 

Golden Screen Cinemas. 
Isnin -  Jumaat : RM 8.50 (before 6 pm, EM)  
RM10.50 - 13 (after 6, EM) 
RM 10.50 (before 6pm WM) 
dan after 6pm bagi WM depends on movie. 
kalau movie baru mahal sikit. 
but the maximum price will be rm15.

TGV Cinemas. 
Standard seat, RM17.
Preferred seat, RM19.
Student price, mon -  Fri before 6pm, RM 9.

semua harga tu untuk 2D sahaja. 
kalau beli online tambah 50 sen each tix. 

harga untuk MBO ai tadapat tulis. 
sebab jarang pergi. 
and ai tasuka MBO. 
haha. 

sekian. 

diam! 

.: E.N.D :. 

~ pemalas~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey