Sunday, June 29, 2014

~29062014~

entri kedua pada tahun ini.

aiseh.
semenjak dua menjak ni, kemalasan berganda.
mahu tulis satu post pun malas.

hidup tiada banyak perubahan, 
masih seperti dulu.
tiada yang menarik.

blackberry sudah hampir menemui ajal.
tapi, dad bagi pinjam (ai amek terus) bb10, oleh itu, aku masih boleh meneruskan hidup dengan bb. :)
lappy pink kesayangan ni pula, sana sini key yang xboleh ditekan.
tapi, masih dapat berkhidmat untuk tuannya yang agak ganas ini.

dan sebenarnya, aku sambung study buat kali kedua.
berbeza dengan yang dulu, kali ini aku lebih fokus.
tiada erti main2.
belajar dan terus belajar.
sekarang tengah cuti semester.
result pun ada yang sudah keluar.
dan aku agak sedih sebab xdapat result yang diingini.

pasal kerja.
aku baru lepas interview beberapa hari yang lepas.
soalan tidak banyak berbeza.
itu saja yang diulang setiap kali  interview.
doakan aku berjaya dapat kerja tu.
:)

orang cakap umur aku ni patut ada suami.
tapi, aku malas maw kisah.
kita tunggu dan lihat seja.
haha.

dan hari ni 1st Ramadhan.
di sini aku maw ucapkan selamat berpuasa.
ampun dan maaf kalau ada salah dan silap selama di luar dan di dalam blog ini.

akhir kata, doakan kerajinan aku untuk menulis lebih banyak dalam blog.
banyak benda maw cerita.
macam dulu2.
makanan.
movie.
vacation.
everthing.

lain kali kita jumpa lagi.

~sekian!~

.:END:.

~mari belajar~

Monday, March 17, 2014

~17032014~

entri pertama di tahun ini.
eh, tahun lepas macam tiada pos apa-apa.

nanti aku update picca2 dalam blog ni.
sebabnya, muka mereka yang berkenaan sudah berubah.
ada yang mengurus, ada yang menggemuk.
as for me, aku menggemuk.
haha.

dan sekarang hidup aku lebih kurang seperti dulu.
tiada kemajuan besar.
haha.

tapi, kali ni, mesti habiskan apa yang aku buat.
cerita dulu tu biarlah berlalu.
macam ayat orang putus cinta.
haha.
tapi cerita aku ni, bukan pasal percintaan pun.

apa yang aku buat sekarang?
next post aku cerita.
doakan kerajinan diri.
:)

~sekian!~

.:END:.

~mari review journal~

Friday, October 11, 2013

~11102013~

setelah sekian lama, akhirnya aku pun menulis entri ini.
sebenarnya banyak entri aku tulis.
tapi halfway sahaja penulisan, so masuk draft. 

dan sekarang sebenarnya aku agak konfius kenapa jari aku sangat ringan untuk menulis.
lebih setengah tahun aku meninggalkan blog ni.
tiada orang akan tertanya2 apa yang aku buat dalam waktu itu kan.

hidup aku tiada kemajuan.
masih di tempat yang sama.
mungkin ada orang akan cakap, hey loser!
okay, aku boleh terima.
sebab aku sedar hakikat itu.

tiada kerja tetap, tiada pendapatan tetap, semuanya yang berkaitan dengan perkataan tetap, masih belum melekat pada aku.
agak sedih.
tapi, aku positifkan diri.
ada orang cakap, lepas 3tahun pun belum masih ada rezeki?
aku senyum. 
tapi, kamu sedar pertanyaan itu paling menyedihkan?
balik-balik tanamkan dalam fikiran, otak, hati, rezeki itu belum ada untuk aku.

ada juga orang cakap, tidak nampak pun usaha kau mencari?
duduk-duduk relaks, senyum-senyum tengok telefon, online 24/7.
itupun selalu aku balas dengan ketawa.
sebab bagi aku, itu cara untuk sedapkan hati.
*again*

dan soal jodoh.
soalan paling malas untuk dijawab.
hey, adik-adik kau ada boyfee. kau mana?
ini sumpah aku ketawa kuat-kuat.
sebab kalau tiada, macam mana kita mahu adakan seorang?
bagi aku, hubungan yang dulu tu banyak sangat silapnya, jadi kita muhasabah diri sedikit.
sila baca twitter aku untuk ayat paling marvellous untuk jodoh ni.
:)

apa lagi?
tempoh 3 tahun hampir mahu habis, lepas ni kita dengar cakap.
kita buat apa kena suruh.
jangan menjawab.
tapi, dengar cakap dengan baik.

review movie, novel or anything, aku sangat malas.
harap ada kerajinan yang menyusul.
sekarang aku terjebak dengan online shopping, nanti aku reviewkan juga.
wehoo!

kesimpulannya di sini, terjumpa media sosial bekas boyfee adalah sangat suwey.
dia achieve banyak benda, aku still situ juga.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~motif?~

Thursday, July 11, 2013

~Meatball Duak Tujuh~

lama xupdate blog.
fuh.

sila jangan ketawa baca tajuk tu.
yes, am called this meatball as Meatball Duak Tujuh.

one and only in Kota Kinabalu.
First outlet is in Food Court Servay Putatan.
kalau xtaw dimana, sila guna Waze.
sumpah xsesat.

if kamu cakap ada meatball lain di KK, mesti tasedap.
this one aku guarantee  memang sedap!
sebab aku sudah pergi berkali2.
even sanggup order minta bawakan p keel.
haha.

homemade blackpepper sauce yang boleh dipilih either maw pedas atau tidak.
for me yang lidah memang tidak boleh tolerate pedas, memang nangis dapat yang pedas.
tapi, budak umur 2 tahun tahan pula.
*fail putri*

sila tengok picca di bawah.
set ni ada 12 biji meatball + fries. 
price? affordable bah.
only RM10.
mengenyangkan.

dan ada juga menu yang lain, such as pasta, wings.
semuanya dijamin sedap.
so, mari kita serbu meatball ni.
sumpah xmenyesal.
:) 



sekian.

diam!

.:END:.

~makan saja~

Wednesday, April 17, 2013

~Pakej Komunikasi Belia~

kali ni maw cerita tentang experience redeem rebat pakej komunikasi belia.
:)

disebabkan aku pelanggan tetap kepada Digi, aku p redeem rebat phone Samsung Galaxy Y ni di sana.
Digi shop di Aeon Bukit Raja.

servis terbaik.
laju, cekap dan peramah.
process sangat cepat.
gembira berurusan dengan that woman.
lupa tanya nama dia. 

sila nikmati picca phone baru aku.
haha.



sekian.

diam!

.:END:.

~lama xupdate~


Sunday, March 24, 2013

~Oz The Great and Powerful~

entri review yang terlalu jauh ketinggalan.
baru tonton tadi.
boo me.
ingat maw tengok olympus fallen, tapi fullhouse.
dan waktu selepas itu tidak sesuai.

dipendekkan cerita, movie ni based on our fairytale story.
sangat teruja sebab hero hensem.
ok, sila muntah.

malas maw tulis sinopsis sebab mesti ramai sudah tengok kan.
oleh itu, sila baca kesimpulan yang aku buat.
jangan jadi manusia tamak.
kebaikan akan selalu mengatasi kejahatan.
sifat mementingkan diri tidak baik untuk manusia sejagat.
jangan memandang rendah akan kemampuan orang lain.

itulah nilai murni yang aku dapat tulis.

for me this movie should gave it a 4 from 5.
wehoo.

sekian.

diam!

.:END:.

~sleepy and hungry~

Wednesday, March 20, 2013

~Snitch~

itu tajuk movie.
terbuka juga hati aku maw review movie.
haha.

movie ini based on true story.

permulaan cerita, seorang budak Jason Collins sedang skype dengan kawannya, Craig dan tiba2 offline bila mamanya masuk.
dipendekkan cerita, Jason telah menerima satu pakej besar mengandungi ectasy dan telah diperangkap oleh Craig.
hukuman yg bakal dikenakan adalah minimum 10tahun penjara.
disebabkan bapanya, John Matthews, tasanggup sudah tengok penderitaan anaknya di penjara, dia pun offer diri untuk menangkap penjenayah berkaitan dadah bagi mengurangkan hukuman Jason.

then, John dengan bantuan Daniel dapat menemui seorang pengedar iaitu Malik dan memperoleh kepercayaan Malik.
John bekerjasama dgn narkotik dan pendakwaraya.
tetapi, bila hari serbuan, polis tidak menangkap Malik seperti yang dijanjikan kerana El Topo, penjenayah yang lebih besar berminat menggunakan khidmat lori John.

di akhir cerita, Jason bebas, John dan keluarganya selamat dan diletakkan di bawah program perlindungan saksi.
El Topo ditangkap, Malik mati.

nilai yang baik boleh diperolehi dari movie ini adalah jangan melawan cakap ibu bapa.
parents akan melakukan apa sahaja demi anak mereka.
oleh itu, always obey them. they are everything to us.

selain itu, aku belajar bahawa untuk mengurangkan hukuman penjara, kita perlu bekerjasama dengan polis.
dan pertermbungan di antara trailer dan kereta sedan, trailer/lori yang akan menang.
haha.

bintang?
ehem.
cerita ni so so ja.
2.5 from 5 kot.

oleh itu, berakhirnya entri ini.
bai.

sekian.

diam!

.:END:.

~oh my english!~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey