Wednesday, December 14, 2011

~GBS~

masih ingat geng aku dulu.
alah, geng time ukm.
stand for geng bas sekolah.

eh, tapi kami bukan geng bas sekolah.
kami kan geng bas rapid.
haha.

act, kami bereunion time puasa hari tu.
tapi sorang member xcukup.
sebab dia jauh nun di terengganu.

muka semua da matang kot.
xla macam kanak2.
time picca n diambil, lagi berapa minggu zura maw tukar status.
:)

ini kami selepas 2tahun.


sekian.

diam!

.:END:.

~sila buat pandai~

~Air Terjun Mahua~

air terjun ini terletak jauh di Tambunan. 
dari pekan Tambunan, it tooks 15km to drive here.
dan bila sampai, kena daki sikit.
penat lah juga, tapi bila nampak air terjun tu, sure hilang kepenatan.

dan kawasan air terjun ni ada waktu buka n tutup.
not sure waktu buka, tapi waktu tutup adalah 7pm.
sebab utama, tiada orang maw tengok2 korg selepas waktu tu.
gelap lah dan menakutkan kot hutan time lepas maghrib.
mistik plak.
haha!

time aku pergi dulu (4bulan yg lalu), kawasan rumah2 berdekatan masih dalam pembinaan.
maybe sekarang siap suda kot.

jika anda warganegara malaysia, yuran masuk rm3.
kalau foreigner maybe lebih sikit.
:)

air terjunnya sumpah sejuk yang amat.
tapi, seronok!
:)

enjoy the picca. 




sekian.

diam!

.:END:.

~blur~

~Puding Kelapa dan Lokan Bakar~

aku maw buat 20 entri malam ni. 
so, sila muntah kalau bosan or tekan Alt F4. 
:)

now, aku maw cerita pasal puding kelapa n lokan bakar.
eh, bukan aku yg buat.
aku beli lama dahulu.
kali ni baru maw cerita.
poyo.
 
salah satu tarikan di sabah adalah lokan bakar n puding ni.
bukan maw cakap tempat lain xsedap.
tapi lebihnya di sabah.
ops, riak.
minta maaflah ya.

tempat paling pemes untuk makan benda2 ni ialah di Salut.
bukan restoran seafood.
aku kurang pasti nama kampung di sini, tapi bila korg ckp puding salut, sure driver teksi taw.
terletak jauh sedikit dari pusat bandar.
maybe dalam 20km kot, aku xtaw precise. sorry.
yang penting, selepas politeknik KK.
:)

harga pun boleh tahan murah.
puding kelapa hanya rm4.
kalau kalau korg baik ckp sikit, puji2 mak cik tu sikit, boleh dpt ko 3 seploh hengget.

Lokan pula bermacam2 harga untuk bermacam2 saiz.
juga bergantung kepada musim lokan ni.
paling murah pernah dapat selonggok rm10.
rasanya marvellous.
lebih kurang kerang lah.
but ini saiz besar.

ada dua picca ja.
sebab aku kelaparan time ni.
:)




sekian.

diam!

.:END:.
 
~nyums~

~Selamat Hari Lahir Fathin~

lama xbuat ucapan birthday kan.
okay this entry goes to Nur Fathin Farhain Ghazali.
bFF adik aku.

semoga panjang umur murah rezeki.
eh, dan dapat boyfee seperti yg kita idamkan.
so, siapa2 yg masih solo, sila komen entri ni.
kawan adik aku nih sumpah cantik.
:)

malam tadi kunun2 nya kami buat suprise untuk dia.
together with her brother.
sampai menangis ok.
sebab terharu ba.

kami xbaling telur, xbaling tepung sebab adik2 ni semua ada test keesokan harinya.
:)

aku cuma dapat share picca kek.
sebab kami xbergambar pun malam tadi.
mood malas.
haha!


sekian.

diam!
.:END:.

~lalala~

~Pajeri Nenas~

betul kah tidak ejaan tu?
dan aku dengan berlagaknya assume betul. 
haha!

disebabkan aku mempunyai hobi yang baru, mari aku share resipi untuk Pajeri.
dan untuk pengetahuan semua aku xmakan masakan nih.
ini adalah masakan paksaan dari adik aku.
haha!

Bahan2:
3 ulas bawang merah
2ulas bawang putih.
2cm halia.
1 genggam udang kering (ditumbuk)
3 sudu besar serbuk kari.
1/2 cawan santan pekat.
1 sudu besar gula.
sedikit garam.
10 ketul nenas yg dipotong kecil.

 Cara membuatnya:

1. Tumis segala jenis bawang bersama2 dengan udang kering sehingga menjadi kekuningan.
2. Campurkan serbuk kari ke dalam 1 cawan air dan tuang ke dalam kuali.
3. Tuangkan santan, gula, garam dan nenas.
4. Masak sehingga anda puas hati dengan rasa dan rupanya.
5. Hidang kepada orang yg tersayang. :)

Di bawah ni hasil yang aku dapat.
aku buat ikut sedap aku ja.
malas lah pakai bunga lawang, cengkih, kerisik tu.
aku xberkenan.
asalkan adik2 aku kenyang.


sekian.

diam!

.:END:.

~kita enjoy!~

Monday, December 12, 2011

~Cinta Kontrak~

eh, jangan salah sangka dengan tajuk ni.
bukannya aku kena paksa dengan parents kawen kontrak pon.
ini tajuk novel.
Cinta Kontrak by Nurul Ain Syuhada.

last week time kat MPH Bukit raja, rank no 2 novel paling popular.
yg no 1 tentu n pastilah Ombak Rindu yg jadi kegilaan.
dan tiada pun buku tuh atas rak ni.
haha!

mari aku cerita sikit pasal novel ni ah.
aku rasa novel ni ala2 catatan harian si Nur Alia Airysha, watak utama novel ni.
dia luah segala apa yg berlaku dlm hidup dia dalam diari kesayangan.
mula2, dia ni hidup miskin di samping adik beradik, tiba2 tuah jatuh bergolek bila kakak dia kawen dgn sorg laki yg mmg suka dia dari dulu.
dan dia terpaksa kahwin dgn Danial Franz yg mmg terjatuh cinta pandang pertama dgn Alia.

dipendekkan cerita, Danial ada buat kontrak bodoh dan Alia sign. tapi malam pertama sudah p kasi hancur tuh kontrak.
ada konflik2 sikit bila lelaki idaman Alia, Farhan terjumpa di Uni dan gaduh2 laki bini, cemburu2, dan banyak lagi.

endingnya, tentulah Alia dan Danial bahagia.
mereka xbercerai walaupun banyak dugaan.

novel ni ada ciri alim2 sket.
sebabnya watak Alia dan keluarganya digambarkan cukup prihatin dgn soal agama.
alia bertudung labuh dan berstokin n berbaju besar.
manakala, watak Danial semestinya jejaka idaman Malaya berwajah campuran perancis tetapi tidak hanyut dengan budaya barat.
eh.

novel ni serius lutchu.
aku xrasa sedih pun baca novel nih.
sesuai untuk anak2 baca, tapi pastikan anak2 anda betul2 free dan tidur dengan cukup.
jangan terlalu concentrate baca novel ni.
haha!

utk tidak lebih merepek, aku stop sini.
malas bagi bintang, sebab lain orang lain citarasanya kan?
aku mungkin suka, tapi mungkin juga orang lain benci.

sekian.

diam!

.:END:.

~gemuks!~


Sunday, December 11, 2011

~Hobi Baru~

tahukah anda aku seorang yang rajin memasak?
ya, itu AUTA!
sumpah aku pemalas, kesian kat bakal suami aku nanti.
kita makan nasi lauk garam n kicap.
kalau future husband maw makan sedap, pergi makan kat kedai.
haha!

itu kejam lah.
semenjak duduk dengan adik2, aku terlebih rajin memasak.
kesian dorg asyik makan kat luar.
teringin juga tunjuk bakat memasak.
nasiblah masakan aku boleh dimakan, kalau x, sampai tua kena kutuk.
haha!

dan kepada bakal suami yg mungkin ada diluar sana, aku boleh memasak.
selagi ada encek gugel dan aku boleh membaca resipi2 di internet, semuanya boleh.
so, xpayah risau makan di luar.
tapi, anda kena risau aku xikut makan sekali.
terutama sayuran hijau.
:)

eh, aku tulis macam bakal suami baca ja.
xpalah, nanti kalau aku maw kahwin, aku suruh bakal suami baca blog ni.
baru dia paham bakal isteri dia ni gila.

eh, merepek lagi.
ok, sudah lah.
bai.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai~



 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey