Showing posts with label aku dan perjalanan. Show all posts
Showing posts with label aku dan perjalanan. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

~Rumah P Ramlee~

setelah beredar dari Masjid Terapung, kami menuju ke Rumah P.Ramlee.
rumah ni terletak di Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang.
hasil bantuan waze, kami jumpa rumah ni dengan mudah.
nasib baik xkena bawa pusing 1 pulau dulu.
:)

kami pergi hari Isnin.
untuk makluman semua, hari Isnin rumah ni tutup.
tapi akan dibuka jika ISNIN jatuh pada cuti umum atau cuti sekolah.
lucky us, datang time cuti sekolah.
jadi xkecewa.
haha.

sila tengok picca kami di sekitar rumah ni.
kalau bosan tengok muka kami, sila tekan Alt Del.
:)





















dalam rumah tu ada tabung yang disediakan untuk menderma bagi rumah ni.
jangan malu2 untuk menderma.
dana ni untuk preserve rumah tu.
jangan lah kasi hilang warisan bangsa.
bantulah seadanya.
macam buat iklan pula.
eh.

di sebelah rumah ni terdapat galeri P.Ramlee.
ada di pamerkan tentang susur galur hidup P.Ramlee.
xsia2 datang jika dapat lebih ilmu.

selain itu, ada juga dijual merchandise yang menarik.
key chain, fridge magnet, poskad, karaoke cd, movie dan etc.
aku sempat beli fridge magnet, rm4 dan key chain rm5.
yay!

akhir kata dari aku, silalah melancong ke tempat bersejarah.
haha.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~senyum!~

Friday, January 11, 2013

~Masjid Terapung~

setelah kami habis makan, kami meneruskan perjalanan untuk round bandar Pulau Pinang.
ekceli around batu feringgi hingga georgetown ja.
haha.

dan tiba2 ternampak masjud yang sungguh cantik.
masjid terapung tanjong bunga.
cantik.

tapi xberapa nampak terapung sebab air laut surut.

sila tengok picca.
malas tulis panjang2 nanti kamu bosan.
:)








sekian.

diam!

.:END:.

~malas oi!~

Monday, January 7, 2013

~Cameron Highland~

ini cerita perjalanan yang kedua.
ehem.

selepas balik dari Melaka dan Port Dickson, kami merancang untuk menuju ke Penang.
tetapi disebabkan kami bangun 'awal', oleh itu plan itu gagal.
haha.

hasil dari buah fikiran orang bijak pandai, kami pun menukar destinasi ke Cameron Highland.
tiada homework ataupun research tentang apa yang berada di sana.
cuma, kami ingin merasai kesejukan dan pemandangan indah.
ayat macam berkarya.
eh.

dipendekkan cerita, setelah makan di restoran geng upin ipin, kami meneruskan perjalanan pada kira-kira 3.30petang.
kami melalui guthrie, masuk plus, keluar tanjung malim sebab aku maw tengok sekolah lama.
*batuk*
then, meneruskan perjalanan ke Tapah dan naik ke Tanah tinggi Cameron.

jalan time tu tidak terlalu sesak.
cuma banyak kereta yg naik dan turun dari kawasan tanah tinggi tersebut.
di Lata Iskandar, jalan agak sesak kerana orang park kereta di kiri dan kanan bahu jalan.
bijak.

setelah sampai, kami pun melihat kawasan sekitar.
gelap.
masa ketibaan adalah hampir pukul 7malam.
dan kami menuju ke tempat makan yang akan aku ceritakan di entri seterusnya.
kemudian, singgah di kedai cenderamata.
dapat beli nabati, coklat strawberi, asam, key chain dan fridge magnet.

oleh itu, sila tengok picca di bawah.
oh, ada 3keping seja.
sebab kesemua gajet ketika ini kehabisan bateri.
-_-





sekian.

diam!

.:END:.

~rajin pula!~

Sunday, January 6, 2013

~Port Dickson~

selepas menghantar cousin Azizi ke kem di port dickson, kami menuju ke Pantai Saujana.
aku lupa nama kem tu.
time tu tiada pun lelaki hensem.
maybe itu sebab aku xberapa ingat.
haha.

berbalik kepada cerita Pantai Saujana.
time kami datang, ada seperti jualan pasar malam di situ.
kami membeli buah rambutan, apam balik dan air.
kesemuanya tidak berapa sedap.
eh.

dan akhirnya, bagi menghilangkan rasa bosan, kami ambil gambar.
sila tengok di bawah.
dan jangan komen langsung.
:)





sekian.

diam!

.:END:.

~sleepy~

Tuesday, December 11, 2012

~Big Bad Wolf 2012~

baru kali ini aku berpeluang untuk pergi ke pesta buku ini.
yay!
gembira sungguh rasa hati.
:)

walaupun kami berpandukan GPS, sebab tiada yang biasa sangat dengan jalan Serdang, kami berjaya menemui MIECC.
park d Mines dan jalan kaki ke MIECC.
happy!

time masuk exhibition hall, memang sangat rambang mata.
sangat besar dan luas.
tidak taw maw mula dari mana.
dan aku skip banyak tempat sebab xcukup masa.

Big Bad Wolf 2012.
bertempat di MIECC.
7 hingga 23 Disember 2012.
9 pagi hingga 9 malam.

tengok seja la picca.
mungkin ini part 1.
jika ada rezeki, ill go for second part.
amin.





sekian.

diam!

.:END:.

~sakit~


Monday, December 10, 2012

~Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012~

entri kali ini berkaitan dengan perjalanan yang telah aku tempuhi.
ceh, macam diari pula kan.
haha.
abaikan.
aku agak kurang sihat sekarang. 
:)

kali ini aku maw cerita pasal event seperti tajuk di atas.
Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012.
7 hingga 11 Disember 2012.
bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2.
10 pagi hingga 10 malam.

boleh tengok bunting di bawah ni.
:)


terdapat banyak aktiviti yang dijalankan di sini.
ada jualan barangan makanan tempatan.
seperti barangan keluaran agromas, hasil tani FAMA dan banyak buah-buahan tempatan.

selain itu, ada juga sudut Petting Zoo Arnab.
di sudut ini, kanak2 diberi peluang untuk mendekati arnab ini dan boleh memegangnya.
mereka juga boleh menjadikan haiwan2 ini sebagai haiwan peliharaan.
bayaran untuk itu aku kurang pasti.


terdapat juga gerai pameran dari FAMA dan agensi yg terlibat dengan hasil tani ni.
ada bibit tarap.
ada tanaman hidroponik.
ada jus buah naga.
dan bermacam2 lagi bahan pameran.

selain itu, terdapat juga ruang untuk makan Durian, Manggis dan Rambutan sepuas hati.
hanya perlu membayar RM15 untuk dewasa, kanak-kanak 6 hingga 12 tahun, RM10 dan kanak-kanak dibawah 6 tahun RM5.
berbaloi2.

kalau xmaw makan di sana, anda boleh bawa balik.
ada gerai jualan buah.
tadi kami dapat 5 kilo rambutan dengan harga RM10.
buah durian dan yang lain-lain kami xpandang.
sebab sudah kenyang makan di Bangi.
:)

itu seja maw update.


sekian.

diam!

.:END:.

~am coughing all the time~

Wednesday, December 5, 2012

~Kenduri kahwin Kak Ain~

majlis berlangsung di Merbok, Kedah.
dan aku bertolak dari Senawang bersama kakak senior @ kak mod.
wehoo.

perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam.
ini gara2 kami tidak singgah di mana2 RNR.
bukanlah semangat, tapi tersilap agak RNR yang mahu dituju.
haha.

ekceli aku xdapat ambil picca yg banyak.
ini adalah kerana camera canggih tiada.
telefon pintar pula kehabisan bateri.
sungguh tidak best.
oleh itu, hanya dua picca di bawah yang ada.
sila tengok dan jangan komen picca itu.
eh.




tahniah kepada kak Ain atau nama manjanya Puan Nurul Ain.
semoga berbahagia selalu.
hubungan jarak jauh anda ke jinjang pelamin!
eh.

lupa maw ambil sirih junjung buat tambah berkat.
haha.

lauk kenduri mmg sedap!
rasa macam maw tambah banyak kali.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~oh lapar~

Monday, July 23, 2012

~Space U8~

aku pun tapaham kenapa maw tulis entri pasal shopping mall ni.
tiba2 teringin pula.
haha.

shopping mall ni terletak di Bukit Jelutong.
sangat2 besar.
tahun lepas aku xberkesempatan pergi sebab kekangan masa.
kali ni merasa la juga.

konon2 nya shopping mall ni berkonsepkan mesra alam.
tiada penggunaan air conditioner, hanya ada kipas2 besar.
open space.
dan sangat2 sesuai untuk sesiapa yang mempunyai anak yang suka berlari.
:)

surau nya pun hebat.
ruang besar, tempat ambil wudhuk yang selesa.
ada tempat pengering kaki.
hiasan dalaman yang sungguh best.
eh.

malas maw cerita lagi.
sila tengok picca di bawah.
wehoo!







sekian.

diam!

.:END:.

~ohsem!~

Thursday, July 19, 2012

~Kellie's Castle~

lama tidak menulis.
confirm tiada yang maw rindu penulisan aku.
aiseh.
buat gaya merajuk.
*phui*

kali ni aku maw share tentang tempat di atas.
aku sudah pergi.
dulu pun pernah, tapi orang bawa.
kali ni aku drive sendiri oi!

konon2nya singgah sekejap di situ gara2 menunggu kawan2 habis kerja.
tempat ni terletak di Batu Gajah, Perak.

kalau drive dari kL ikut jalan lama, sekejap ja.
maybe dalam 1 jam stgh da sampai.
itupun kalau kamu berterus-terusan drive tanpa henti.
haha.

ekceli aku xmasuk ke dalam istana lama ni.
penat oi mendaki.
harga tiket adalah RM9.

faktor yang tidak memungkinkan aku mendaki ke atas ialah waktu itu adalah 2 petang.
matahari memancar2.
dan aku tiada mood.
adik aku xmaw join pula.
oleh itu, ambil picca dari jauh cukup.
:)

sila tengok di bawah.
itu gambar istana dan seseorang yang telah merosakkan kecantikan istana dengan meletakkan mukanya disitu.
haha.

bai.




sekian.

diam!

.:END:.

~diam lah oi!~

Thursday, May 31, 2012

~Picca

pengalaman naik train, kamu boleh baca di sini dan di sini.
entri ni kamu boleh tengok picca di dalam train.
haha.

di bawah pemandangan KKIA dari dalam train.


ini pula picca kerusi train.
selesa oi!



ini adalah kipas.
kipas di dalam train yang bergerak sepoi2 bahasa.
-_-


lain kali aku snap banyak2.
time ni bateri hampir habis.
kesian.

sekian.

diam!

.:END:.

~wah2!~

Wednesday, May 16, 2012

~Train~

kali ni aku maw cerita pengalaman naik train dari Stesen Tanjung Aru ke Beaufort.
perjalanan mengambil masa 2jam.
dengan berhenti di 7buah stesen persinggahan selama 3minit setiap satu.
stesen yg terlibat, Putatan, Kinarut, Kawang, Kimanis, Papar, Bongawan dan Membakut.

tambang train ke Beaufort dari Tanjung Aru hanya RM4.80.
murah kan?
dan aku naik train 1.40pm.

untuk 1st timer macam aku, tiket bukannya purchase lebih awal.
140pm train bergerak, around 1pm baru kaunter buka untuk jual tix.
itu pengalaman aku hari tu la.
nasib baik security yg baik hati kestaw, if x, keras juga menunggu kaunter buka.
haha.

jadual perkhidmatan, sila tengok di bawah ni.

ini jadual Tg. Aru to Tenom.


ini jadual Tenom - Tg Aru.


dan jadual tambang, ini.


mungkin nasib malang hari tu, xmerasa train baru yg beraircond.
kami naik train berkipas yang tidak berkesan pun kipas tu.
dalam train panas oi!
macam maw menangis aku.
nasib baik boleh buka tingkap luas2 dan conquer tu tingkap sorg2 baru dpt bernafas.
haha.

overall, perjalanan mmg seronok lah.
sebab aku mmg excited sejak dari awal naik train.
tiada masalah time naik tu.
just, kepanasan global ja dirasai.

dan ada satu tunnel yg perlu dilalui yg buat jantung aku jatuh selama 3minit kot.
sumpah terkejut.
nasib xda heart attack, if x, mati sudah.
maybe dorg lupa on lampu untuk sekejap tu kan?
-_-

untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

ini picca time aku di dalam train.






sekian.

diam!

.:END:.

~batuk makan snickers~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey