Sunday, July 8, 2012

~8 jam~

ini cerita tentang movie baru di pasaran.
lakonan shaheizy sam.
ehem.

permulaan cerita ni ditunjukkan Alang di dalam penjara dan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh.
then, cerita tentang dia budak lorong dan bagaimana dia terlibat dengan mencuri.
kemudian, mama mati masuk rumah anak yatim dan jumpa Juliana.
kekasih hati sampai mati.

dipendekkan cerita, mak cik Juliana pelihara dia setelah mampu dan melupakan Alang.
kemudian, mereka terjumpa di Chow Kit dan kembali bercinta.
seterusnya ada watak mati.
endingnya, watak utama mati.

kesimpulannya, cerita ini tentang psiko yang sanggup membunuh kerana cinta.

serius cerita ini bosan, sumpah bosan.
tapi sebab ada shaheizy, cerita ni kurang bosan.
nampak sangat fanatik shaheizy.
haha.

bintang?
ehem.
aku sanggup  bagi 2 from 5 sebab ada shaheizy.
if orang lain, konpom jatuh 1 bintang ja.
eh.

oleh itu, ibu bapa memang xpatut bawa anak tengok cerita ni.
pergaduhan seperti telah menjadi trend movie skrg.
dan tambah dengan cinta2.
ini bosan.

tapi, kalau pasangan suami isteri tengok, ok la juga.
boleh ambil pengajaran jangan jadi psiko.
haha.

akhir kata, majulah filem melayu untuk ekonomi negara.

sekian.

diam!

.:END:.

~ngantuk~

Saturday, July 7, 2012

~The Amazing Spider-Man~

movie english baru!
akhirnya.

ini memang cerita pasal seorang lelaki disengat spider dan mendapat super power seterusnya menjadi mutan genetik.
seperti movie2 spider man yang lain, movie ni mengisahkan hidup Peter Parker yg menjadi manusia labah-labah.
ada sedikit perbezaan dari cerita lain sebab kononnya merungkai kematian parents Peter.

dipendekkan cerita, ada watak mati dalam movie ni.
iaitu uncle Ben.
-_-

ending nya, spider man bersama orang yang dicintai, Gwen Stacy.
eh, macam nama Stacy Angie.
:p

cerita ni tetap buat aku sedih part uncle Ben mati.
sedih oi!

dan ada juga part yang agak lutchu buat aku.
part yang lawan2 confirm ada.
part sedih2 ada.
dan sure part boring pon ada.

mungkin ada orang cakap cerita ni bosan.
but for me,its better than snow white n huntsman.
haha.

aku kurang idea maw merepek.

lain kali tulis lagi.

sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk!~

Friday, July 6, 2012

~Pesona Rasa~

review restoran.
ehem.

Pesona Rasa terletak di Basement Floor, 1 Borneo.
terletak di hujung bersebelahan dengan Toy R Us.
di belakang Kaison.

dipendekkan cerita, kalau maw try restoran ni fikir2 kan lah.
eh.

masuk kedai ni, order.
tiba2 dapat order sheet di bawah berserta harga sekali.
mungkin dia tiada tempat maw simpan kertas ni dikaunter.
positif.


kakak aku minta sirap limau dan aku teh o ais lemon.
cukup2 rasa dan tidak akan buat aku kencing manis.
haha.


dan kakak aku minta Nasi Ayam Goreng Berempah.
dia cakap ayam nya biasa seja.
tapi kari dan sambal tu boleh tahan.
fuh.

dan aku minta Soto Ayam.
sumpah serius xsedap.
tiada rasa.
aku fikir dia tuang air, minyak dan garam untuk buat kuah itu.
sabar seja.
malang sekali time tu aku xlapar, food tu xhabis.
isk.



tapi aku puji lah.
servis laju.
meja sentiasa bersih.
persekitaran restoran walaupun kecil tapi agak bersih.

kesimpulannya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna.

sekian.

diam!

.:END:.

~maigad~

Thursday, July 5, 2012

~Car Town~

entri kali ni kita bercerita tentang PFQ yang telah aku tinted cermin2 nya.
wehoo.

entri kali ini akan nampak aku terlampau jakun mcm xpernah tinted kereta.
eh, ini 1st time buat sendiri.
guna duit sendiri.
selalunya minta duit parents.
haha.

nama kedai yang aku tuju adalah Car Town.
terletak di Kepayan.
selepas bulatan Golden hill, pergi kiri, nampak commercial centre, sebelah kiri.
dan akan nampak lah kedai tu.

ekceli ada dua kedai Car Town, satu di Lintas dan satu lagi di Kepayan.

eh, di bawah ni picca kad orang tu.



ini rupa PFQ sebelum di tinted.
ekceli kalau zoom lebih sket, boleh nampak keburukan tinted lama.
lama sangat tinted tu, since 2003 ka.
haha.


pic di bawah adalah proses PFQ ditinted.
buka semua tinted lama.




dan tadaa.
PFQ dengan tinted baru.
haha.




rasa macam sungguh sakai.
eh.

servis tempat tu bagus.
sila bayangkan, ada bubbles sikit dekat bahagian cermin belakang tu, dia cabut balik buat baru.
kalau aku, xperasan pun kali bubbles2 yang ada.

lagipun owner kedai yang buat sendiri.
cakap melayu pun agak lancar.
xla susah maw faham.
:)

time buat pemilihan tinted tu, dia pun recommend ikut kemampuan.
dia terangkan juga apa kebaikan dan keburukan setiap jenis tinted tu.
yang penting, lagi mahal lagi bagus.
dan aku pilih yang moderate seja.
xmampu lagi.
-_-

oleh itu, marilah kita tinted kereta untuk merasai suasana kereta yang baru.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~plan cat kereta pula~

Wednesday, July 4, 2012

~KKTwtUpBazaar~

do i spell it correctly?
antam saja lah.
haha.

kktwtupbazaar.
nama panjang nya KK Tweet Up Bazaar.
disamping ada meeting tweeps ada bazaar.
eh, apa aku tulis.
sila jangan kutuk.

pergi situ dengan harapan banyak barang best.
tapi sedikit hampa.
mungkin aku datang lewat atau terlampau awal.

tapi, good effort untuk penganjur.
sebab yang ni 1st time oi kat kk.
pernah jumpa kat kk?
siapa ckp pernah, tolong kasi betul ni entri.
malas maw taip.
haha.

setelah berputar keliling bazaar sebanyak 2kali.
aku beli buku dibawah ni.
hei2.
aku bukan maw masuk neraka ka apa.
dan ini bukan novel berunsurkan ketuhanan ka apa.
penulis indie oi.
eh, pleas behave princessa.
haha.


dan aku beli red velvet cupcakes di bawah ni.
from Lyndora Cakes and Cookies.
sumpah sedap.
aku xtipu.
maw order, cari ja FB dorang.
eh.


kesimpulannya di sini, aku xfaham kenapa entri aku ni macam xberetika.
tiada isi yang menarik pon.
sia2 korang baca.

sekian.

diam!

.:END:.

~pemalas!~

Tuesday, July 3, 2012

~Amirun Licious paling teruk!~

itu nama kedai makan.
aku maw story pasal restoran ni.
ehem.

di satu malam yang indah, aku yang agak lapar mencari restoran untuk melantak.
bersama-sama babu dech kami pun menyusuri malam itu.
eceh, macam ayat novel.
haha.

eh, sambung.
kami pun meronda sekitar Indah Permai.
Jati Tomyam tidak buka.
akhirnya aku buat keputusan untuk cari restoran di Sulaman Central.

Sulaman Central adalah bangunan baru di tepi jalan berhadapan Indah Permai dan berdekatan dengan University Apartment 2.

sambung lagi.
kami ronda2 sulaman central dan ketika itu, aku pilih restoran berdasarkan nama.
dan nama Amirun Licious tuh macam sedap.
restoran ni terletak sebaris dengan Ramai Jaya Sulaman, bersebelahan dengan Restoran RNL Balqis.

ehem.
dan, kami pun duduk dan order.

Babu Dech : Nasi Goreng Tom Yam Seafood, Teh C Special, Mee Hoon Tom Yam Ayam dan Teh O Ais Limau.
Pelayan lelaki: Ok.
Babu Dech: Ko xmaw tulis ka dik? betul2 ingat semua?
Pelayan lelaki: confirm ingat. xlupa ni.
Babu Dech: Ok, jangan silap ah.

kami tunggu order sampai.
5minit kemudian, air sampai.
agak puas hati.

10minit kemudian, Nasi Goreng Tom Yam Seafood dan Meehoon goreng Seafood sampai.

Aku: Dik, saya minta Mee Hoon Tom Yam Ayam. Bukan mee hoon goreng seafood. [Nada paling lembut aku guna]

Pelayan Perempuan: Eh. bukan yang ni? kena tulis ini.

Aku: Saya minta mee hoon tom yam ayam. [berkeras]. Itu sebabnya saya tanya dia tadi, ingat xorder saya.

Pelayan Perempuan: Kau la ni salah. [menuju kepada pelayan lelaki]

10 minit kemudian lagi.
Mee Hoon Goreng Ayam sampai.

Aku: Dik, saya minta Mee Hoon Tom Yam. Bukan ini.

Pelayan Perempuan: Eh, bukan ini.

Aku: Dik, Mee hoon tom yam tu berkuah. yang ni ada rupa kuah?

Pelayan Perempuan : Menjeling dan buat muka menyampah.

Aku: Kurang sabar dan ambil keputusan berjalan sekitar kedai di sana.

10 minit kemudian lagi.
Mee Hoon Tom Yam Ayam sampai.

Aku: *muka happy sebab dapat apa yang dimahukan*

Pelayan Perempuan : Nah kak. Ada tu mee dalam kuah tom yam ni. [nada menyindir]

Aku: *panas hati* bukan say sorry, lagi maw menyindir.

dan aku pergi kaunter, bayar.
pergi kedai sebelah order.

budak tu terkejut, owner terkejut.
padan muka.

itu adalah apa yang berlaku ketika aku di restoran yang macam saitan perangai orangnya.

ini review tentang kedai tu.

rasa air kau memang sucks!
tidak sedap, kau maw aku kena kencing manis letak gula sebanyak2 yang mungkin?

meja dan kerusi sumpah melekit.
memang tidak sesuai untuk anak2 kecil duduk atas meja.
eh.

pelayan serius sakit mental.
dorang xpernah dengar perkataan 'Customer always right'.
kalau aku,  bila aku treat customer, macam mana salah dia, dia tetap betul.
kalau maw rasa sindiran, datang kedai ni.
plus, maw dapat layanan paling teruk, datang kedai ni.
tambahan lagi, kalau maw tengok orang tunjuk terer hafal order tapi salah bagi order, datang kedai ni.

food kau aku xrasa.
jadi aku xboleh komen tentang rasa.
tapi, aku boleh komen tentang rupa.
mee hoon kau xmenyelerakan.
itu sebab aku xmaw.
dan nasi goreng mak cik aku tu, bukan nasi goreng tom yam.
itu nasi goreng seafood.
tom yam yang kau hidang depan aku tu sumpah xmenarik hati.

fuh.
memang kaw2 aku mengutuk.

sorry.
if u treat me sucks, u'll get bad review.

minta maaf dan aku xkan tarik entri ni.

ini blog aku, luahan hati aku, apa yang aku experience.

sekian.

diam!

.:END:.

~panas hati~

Monday, July 2, 2012

~Aku, Kau dan Dia~

minggu lepas aku layan movie melayu semuanya.
fuh.
kagum dengan diri.
ini gara2 dipaksa bu dech dan aku memang pergi ja sebab tiada movie english yang terbaru.

movie ni pasal Mia yang kehilangan tunangnya, Han dan akhirnya terjumpa seorang yang baru iaitu Izlan.
Izlan digambarkan sebagai seorang yang baik, romantik dan sangat sayangkan Mia dan berusaha untuk menarik hati Mia.
manakala, Han, tunang yang mati dilanggar ketika mahu membantu seseorang melintas jalan juga seorang yang romantik dan telah mengubah lagu untuk Mia.

dipendekkan cerita, sebenarnya Izlan adalah khayalan Mia dan Han memang mati.
Izlan adalah Haris di dunia nyata.
dan mereka semua gembira.

sebenarnya cerita ni buat aku konfius.
setelah berfikir selama 2 hari, barulah otak aku dapat mencerna segala cerita itu.
kesian betul.
haha.

adegan berbaju putih itu agak suhwit.
seperti kata dech, kalau ada lelaki kasi buat ni, cair abis.
eh.

aku suka bila adik Mia panggil dia Gemik.
itu adalah kata lain bagi Gemuk.

dalam cerita ni Harun Salim Bachik jadi seorang bapa iaitu daddy Mia.
maigad, aku xboleh bayang dia serius.
tapi dalam movie ni dia serius.
dan itu buat aku rasa lutchu.
eh.

bintang untuk cerita ni hanyalah 2.
aku tapaham bah.
kesian ni.
siapa2 dapat kasi faham aku, mungkin akan tolong naikkan star itu.

kesimpulannya, seperti yang aku tulis di muka buku, eloklah kiranya cerita ini ditonton oleh sepasang suami isteri dan bukan kekasih.
aiseh.

sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey