Showing posts with label aku dan perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label aku dan perkhidmatan. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

~Wordless Wednesday~


Monday, December 31, 2012

~Tuaran TV~

ekceli aku maw cerita pasal baju aku beli dengan mereka ini.
iya, aku semangat Tuaran.
gara-gara tempat mastautin banyak di Tuaran sekarang.
eh, aku di shah alam pula ni.
maybe i shud search for Shah alam town?
haha.

a big no no.
cause i love Sabah.
ada kaitan?
melalut.

ok lah.
di sini aku tunjukkan baju yang belum sampai di tangan gara-gara lupa dikirim hari tu oleh adik aku.
faham ka tu ayat.
bukan dorg belum deliver.
tapi, aku yang belum dapat di SA.
isk.


untuk mengorder baju di atas, boleh lah menghubungi admin TuaranTV.
ada banyak cara.

mereka peramah.
senang berkomunikasi.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~kenapa aku belum tidur?~

Friday, September 7, 2012

~Runway Show from Hijabers Community Sabah~

ekceli ini adalah entri tertunda.
tertunda tu lebih dari 1 bulan.
haha.

entri ini adalah tentang Fashion show Penggayaan tudung bagi wanita muslimah.
tidak kira di mana atau apa majlis, wanita muslimah boleh menggayakan tudung atau hijab mereka dengan lebih bergaya dan cantik.

ini adalah anjuran PETRONITA yang berpusat di Bangunan Petronas, Jalan Sembulan Kota Kinabalu.
berlangsung pada 11 Ogos 2012.
bertempat di Dewan Sri Kinabalu, Bangunan Petronas.
pada 11 pagi.


ahli HCS, Petronita yang telah menjayakan program tersebut.



time ni Hijab Pilihan telah diberi peluang untuk menunjukkan style tudung menggunakan bawal 4 segi.
Wakil dari Hijab Pilihan iaitu Intan telah memberikan gaya tudung kepada model dari Petronita.
:)



 material : Bawal 4 segi Zebra.

 Gaya Rapunzel.
material : bawal 4 segi Leopard.

 Gaya Rose D'Yanna.
material: Tudung Rose D'Yanna.

Gaya X.
material : bawal 4 segi cotton.


itu sahaja untuk waktu ini.
lain kali aku update lagi.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~sleepy!~

Wednesday, September 5, 2012

~Order Cake~

tiba2 mood untuk mempromote datang.
haha.

ini yang adik aku khabarkan kepada aku.
tempat order cakes yang sedap.
brownies.
cupcakes.
dan yang sewaktu dengan nya.

malangnya untuk orang di Kota Kinabalu, tempat tempahan adalah di Shah Alam.
ini facebook nya.

aku tadapat tempek piccas from their fb.
so, feel free to order from them.

untuk mereka yang di Kota Kinabalu, nanti aku share tempat order cupcakes dan lain2.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk!~

Tuesday, July 24, 2012

~MBO Cineplex~

cinema yang terletak di Space U8.

pekerja nya sumpah happening.
time tu around 915pm, semuanya masih bertenaga bah.
kalau di kk, mekong sudah tu muka2 dorang.
senyum pun malas.
haha.

banyak kaunter yang disediakan untuk membeli tiket.
dan juga ada kiosk kecil di tepi untuk membeli tix.
tiket yang diberi adalah hanya seperti resit yg didapati bila kita membeli di Jusco or 7eleven.
terpaksa aku menjadi extra careful supaya tidak terbuang tix ni.
aku prefer lagi tix GSC or TGV.
eh.


malam tu maw tengok batman, tapi full house.
so, tengok la Ice Age 4.

tiba2 time maw masuk cinema, aku berkeinginan untuk membeli popcorn.
pilih Double Combo 1.
harga RM11.50.
2 regular soft drinks and 1 Large popcorn.

sila tengok picca di bawah.


apa yang aku xpuas hati di sini, price sumpah la mahal kan.
tapi, maybe kebiasaan di sini range harga macam tu.
dan, POPCORN tu sumpah macam small popcorn di GSC dan TGV.
sikit lah.
tidak sesuai di panggil large popcorn.
suitable, extra small popcorn.
sedih.

keadaan dalam hall ok lah.
selesa juga.
aircond nya terlalu sejuk.
mengigil time masuk.

dan kesedihan yang kesekian kalinya adalah tentang Tandas.
maybe lewat malam, tandas pun berbau kurang menyenangkan.
kunci tandas pula banyak yang tidak berfungsi.
terpaksa lebih berhati2, takut orang tolak pintu time tengah menyelesaikan tugas di dalam toilet.
haha.

itu seja maw story.

sekian.

diam!

.:END:.

~alahai!~

Monday, July 23, 2012

~Space U8~

aku pun tapaham kenapa maw tulis entri pasal shopping mall ni.
tiba2 teringin pula.
haha.

shopping mall ni terletak di Bukit Jelutong.
sangat2 besar.
tahun lepas aku xberkesempatan pergi sebab kekangan masa.
kali ni merasa la juga.

konon2 nya shopping mall ni berkonsepkan mesra alam.
tiada penggunaan air conditioner, hanya ada kipas2 besar.
open space.
dan sangat2 sesuai untuk sesiapa yang mempunyai anak yang suka berlari.
:)

surau nya pun hebat.
ruang besar, tempat ambil wudhuk yang selesa.
ada tempat pengering kaki.
hiasan dalaman yang sungguh best.
eh.

malas maw cerita lagi.
sila tengok picca di bawah.
wehoo!







sekian.

diam!

.:END:.

~ohsem!~

Thursday, July 5, 2012

~Car Town~

entri kali ni kita bercerita tentang PFQ yang telah aku tinted cermin2 nya.
wehoo.

entri kali ini akan nampak aku terlampau jakun mcm xpernah tinted kereta.
eh, ini 1st time buat sendiri.
guna duit sendiri.
selalunya minta duit parents.
haha.

nama kedai yang aku tuju adalah Car Town.
terletak di Kepayan.
selepas bulatan Golden hill, pergi kiri, nampak commercial centre, sebelah kiri.
dan akan nampak lah kedai tu.

ekceli ada dua kedai Car Town, satu di Lintas dan satu lagi di Kepayan.

eh, di bawah ni picca kad orang tu.



ini rupa PFQ sebelum di tinted.
ekceli kalau zoom lebih sket, boleh nampak keburukan tinted lama.
lama sangat tinted tu, since 2003 ka.
haha.


pic di bawah adalah proses PFQ ditinted.
buka semua tinted lama.




dan tadaa.
PFQ dengan tinted baru.
haha.




rasa macam sungguh sakai.
eh.

servis tempat tu bagus.
sila bayangkan, ada bubbles sikit dekat bahagian cermin belakang tu, dia cabut balik buat baru.
kalau aku, xperasan pun kali bubbles2 yang ada.

lagipun owner kedai yang buat sendiri.
cakap melayu pun agak lancar.
xla susah maw faham.
:)

time buat pemilihan tinted tu, dia pun recommend ikut kemampuan.
dia terangkan juga apa kebaikan dan keburukan setiap jenis tinted tu.
yang penting, lagi mahal lagi bagus.
dan aku pilih yang moderate seja.
xmampu lagi.
-_-

oleh itu, marilah kita tinted kereta untuk merasai suasana kereta yang baru.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~plan cat kereta pula~

Tuesday, July 3, 2012

~Amirun Licious paling teruk!~

itu nama kedai makan.
aku maw story pasal restoran ni.
ehem.

di satu malam yang indah, aku yang agak lapar mencari restoran untuk melantak.
bersama-sama babu dech kami pun menyusuri malam itu.
eceh, macam ayat novel.
haha.

eh, sambung.
kami pun meronda sekitar Indah Permai.
Jati Tomyam tidak buka.
akhirnya aku buat keputusan untuk cari restoran di Sulaman Central.

Sulaman Central adalah bangunan baru di tepi jalan berhadapan Indah Permai dan berdekatan dengan University Apartment 2.

sambung lagi.
kami ronda2 sulaman central dan ketika itu, aku pilih restoran berdasarkan nama.
dan nama Amirun Licious tuh macam sedap.
restoran ni terletak sebaris dengan Ramai Jaya Sulaman, bersebelahan dengan Restoran RNL Balqis.

ehem.
dan, kami pun duduk dan order.

Babu Dech : Nasi Goreng Tom Yam Seafood, Teh C Special, Mee Hoon Tom Yam Ayam dan Teh O Ais Limau.
Pelayan lelaki: Ok.
Babu Dech: Ko xmaw tulis ka dik? betul2 ingat semua?
Pelayan lelaki: confirm ingat. xlupa ni.
Babu Dech: Ok, jangan silap ah.

kami tunggu order sampai.
5minit kemudian, air sampai.
agak puas hati.

10minit kemudian, Nasi Goreng Tom Yam Seafood dan Meehoon goreng Seafood sampai.

Aku: Dik, saya minta Mee Hoon Tom Yam Ayam. Bukan mee hoon goreng seafood. [Nada paling lembut aku guna]

Pelayan Perempuan: Eh. bukan yang ni? kena tulis ini.

Aku: Saya minta mee hoon tom yam ayam. [berkeras]. Itu sebabnya saya tanya dia tadi, ingat xorder saya.

Pelayan Perempuan: Kau la ni salah. [menuju kepada pelayan lelaki]

10 minit kemudian lagi.
Mee Hoon Goreng Ayam sampai.

Aku: Dik, saya minta Mee Hoon Tom Yam. Bukan ini.

Pelayan Perempuan: Eh, bukan ini.

Aku: Dik, Mee hoon tom yam tu berkuah. yang ni ada rupa kuah?

Pelayan Perempuan : Menjeling dan buat muka menyampah.

Aku: Kurang sabar dan ambil keputusan berjalan sekitar kedai di sana.

10 minit kemudian lagi.
Mee Hoon Tom Yam Ayam sampai.

Aku: *muka happy sebab dapat apa yang dimahukan*

Pelayan Perempuan : Nah kak. Ada tu mee dalam kuah tom yam ni. [nada menyindir]

Aku: *panas hati* bukan say sorry, lagi maw menyindir.

dan aku pergi kaunter, bayar.
pergi kedai sebelah order.

budak tu terkejut, owner terkejut.
padan muka.

itu adalah apa yang berlaku ketika aku di restoran yang macam saitan perangai orangnya.

ini review tentang kedai tu.

rasa air kau memang sucks!
tidak sedap, kau maw aku kena kencing manis letak gula sebanyak2 yang mungkin?

meja dan kerusi sumpah melekit.
memang tidak sesuai untuk anak2 kecil duduk atas meja.
eh.

pelayan serius sakit mental.
dorang xpernah dengar perkataan 'Customer always right'.
kalau aku,  bila aku treat customer, macam mana salah dia, dia tetap betul.
kalau maw rasa sindiran, datang kedai ni.
plus, maw dapat layanan paling teruk, datang kedai ni.
tambahan lagi, kalau maw tengok orang tunjuk terer hafal order tapi salah bagi order, datang kedai ni.

food kau aku xrasa.
jadi aku xboleh komen tentang rasa.
tapi, aku boleh komen tentang rupa.
mee hoon kau xmenyelerakan.
itu sebab aku xmaw.
dan nasi goreng mak cik aku tu, bukan nasi goreng tom yam.
itu nasi goreng seafood.
tom yam yang kau hidang depan aku tu sumpah xmenarik hati.

fuh.
memang kaw2 aku mengutuk.

sorry.
if u treat me sucks, u'll get bad review.

minta maaf dan aku xkan tarik entri ni.

ini blog aku, luahan hati aku, apa yang aku experience.

sekian.

diam!

.:END:.

~panas hati~

Saturday, June 23, 2012

~Nova Computer Service~

lama tidak merepek pasal servis laptop atau apa2 berkaitan kedai komputer kan.
last time repair skrin pecah.
dan macam tiap2 tahun ada ja masalah lappy.
isk.

seperti entri2 sebelum ini.
lappy aku rosak.
hasil siasatan kawan aku, dia ckp cakera keras or hard disk rosak.
dan terbang lah duit lagi.
nasib baik aku teringat ada HDD lama dari lappy yg sudah lama rosak.
selamat duit.
haha.

kali ni aku maw cerita pasal kedai Nova Services.
ekceli kakak aku yang jumpa kedai ni.
dekat page Mudah.
dia bertekad mencari charger lappy dia yg rosak.
dan kedai tu offer best price for an adapter.
senyum sampai telinga kakak aku.

dan aku pun menyelit lah menghantar lappy kesayangan.
hari tu kawan aku xrepair sebab dia tidak expert dengan mini lappy.
apakah.

dipendekkan cerita, mari aku share lokasi kedai ni.
terletak di deretan kedai berdekatan University Apartment (UA).
kedai ni di tingkat 1.
tangga naik ke atas berdekatan kedai runcit dan Orange.
memang senang maw cari.
deretan kedai paling depan menghadap jalan.
wehoo!

servis dorang ni di tahap excellent bagi aku.
sebabnya aku hantar tengah hari.
petang siap.
tapi, aku ambil keesokan harinya sebab adapter kakak aku belum ada stock.

bayaran pun murah.
aku ingatkan mahal, sangkaan meleset.
just kena charge untuk format lappy.
:)

kesimpulannya, kalau ada masalah lappy, aku syorkan ke sini.
tidak rugi lah.

 perasan kah sign kami hampir sama?
haha.


 abaikan kekotoran yang ada.
sila fokus kepada lappy yang sudah ON itu.
berbulan sudah x ON ni.

lappy kesayangan bernyawa.
wehoo!

dan di sini, aku maw mention yg penjaga kedai time aku ambil lappy hensem.
harap2 ko xbaca blog aku.
nanti malu maw pg kedai if ada masalah lagi.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~lalala~

Thursday, June 14, 2012

~Restoran Singgah Sokmo~

tengok nama pun taw itu restoran orang pantai timur kan.
restoran ni terletak di Kepayan Commercial centre.
if aku bagitaw macam tu, mesti orang blur kan.
ekceli aku pun xtaw.
haha.
apa aku merepek.

berbalik kepada lokasi kedai tu, ia terletak berdekatan Cyber City apartment.
area kepayan.
jalan lintas.
selepas petronas jalan lintas menghala ke KKIA tu, ambil simpang kiri ke Cyber City apartment.
masuk simpang tu, korang akan nampak kedai ni di sebelah kanan.
besar2 tu nama kedai.
sure jumpa.
:)

di sini aku maw menekankan bahawa nasi goreng paprik di sabah bukan bewarna merah.
maknanya, bukan berkuah merah macam di semenanjung, di sini colour putih macam masak ladna.
eh.
tapi, exception di Prapeni Thai putatan ada paprik merah.
haha.
sebab utama, orang kelantan yang jadi chef.
so, di restoran singgah sokmo pun aku confirm kelantanese jadi chef.
wehoo!

food di sini murah.
serius murah.
sedap pula tu.
meja tidak melekit langsung.
pelayan dia friendly dan hensem!
sorang tu ja, yang terlebih peramah tu tidak hensem sebab aku taw dia sabahan.
haha.

servis memang laju lah.
maw cakap sedap orang sikit, tidak juga.
ramai lah yang datang.
eh.

tapi, disebabkan jaraknya jauh, aku berkira2 maw pergi sini.
eh, itu tipu.
food sedap akan ku kejar ke mana sahaja.
:)


rm 6

rm 7.

rm7.50

sila berkunjung ke kedai ni.
serius xrugi.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku tidak dapat apa2 benefit pun if buat review oi!~

Wednesday, June 13, 2012

~Waktu Operasi BAru Poliklinik UMS~

gambar di bawah merupakan waktu operasi terbaru Poliklinik UMS.
ada kesalahan sedikit di bawah.
am jadi pm.
lawak xberkesan.
haha.


dapat tengok picca tu?
malas maw tekan?
ok lah.
aku tuliskan balik.

Isnin- Khamis : 8.00am - 1.00pm
                       2.00pm - 8.00pm

Masa rehat : 1.00pm - 2.00pm

Jumaat : 8.00am - 11.30pm
           2.00pm - 8.00pm

Masa rehat : 11.30am - 2.00pm

Sabtu : 9.00am - 1.00pm
       2.00pm - 8.00pm


Masa rehat : 1.00pm - 2.00pm


Ahad dan Cuti Umum : TUTUP


sekian.

diam!

.:END:.

~wah! hapdate benda lain!~

Friday, June 1, 2012

~UPDATE: Harga Tiket Wayang~

Mengikut entri ini, aku maw hapdate harga tiket wayang.
haha.
tiada kerja oi!

Golden Screen Cinemas.
 tix student price iaitu tiket tayangan sebelum 6 pm, Isnin - Jumaat adalah RM6.
sila pastikan anda tunjukkan kad pelajar.
kalau x, mimpi lah.
dan ketika hujung minggu iaitu Sabtu, Ahad, dan cuti umum, harga tiket adalah pada kadar biasa.
eh, itu harga untuk 2D.

untuk 3D, harga tiket biasa adalah RM15.
bagi pelajar, terma seperti di atas.
tapi, harga murah sikit, RM12.
dan yang harga pada weekends, adalah harga biasa.
 no student price.


Growball Cinemax.
 harga tiket student Setiap Hari adalah RM5.
dan sekali lagi, sila pastikan anda tunjukkan kad pelajar.
kalau x, mimpi lah.
tiket movie yang panas dan baru keluar oven tiada harga student.
itu harga biasa, RM15.
dan sekali lagi, itu untuk 2D.

untuk 3D, harga tiket biasa adalah RM15.
bagi pelajar, harga murah sikit, RM12.

dan di sini ada disediakan couple seat.
eh. mengada2 couple2 sekarang maw duduk sama2.
haha.
price mahal sikit lah.
plus, RM2 dari harga 2 tix biasa.

harga untuk cinema Megalong, memang aku xtaw.
sebab aku xpernah masuk.
sangat kesian.
-_-

Cathay pula, lama sudah xpergi.
susah oi.
banyak gangguan di situ.
tidak best.

dari aku merepek, aku maw stop.

sekian.

diam!

.:END:.

~batuk!~

Thursday, May 31, 2012

~Picca

pengalaman naik train, kamu boleh baca di sini dan di sini.
entri ni kamu boleh tengok picca di dalam train.
haha.

di bawah pemandangan KKIA dari dalam train.


ini pula picca kerusi train.
selesa oi!



ini adalah kipas.
kipas di dalam train yang bergerak sepoi2 bahasa.
-_-


lain kali aku snap banyak2.
time ni bateri hampir habis.
kesian.

sekian.

diam!

.:END:.

~wah2!~

Wednesday, May 16, 2012

~Train~

kali ni aku maw cerita pengalaman naik train dari Stesen Tanjung Aru ke Beaufort.
perjalanan mengambil masa 2jam.
dengan berhenti di 7buah stesen persinggahan selama 3minit setiap satu.
stesen yg terlibat, Putatan, Kinarut, Kawang, Kimanis, Papar, Bongawan dan Membakut.

tambang train ke Beaufort dari Tanjung Aru hanya RM4.80.
murah kan?
dan aku naik train 1.40pm.

untuk 1st timer macam aku, tiket bukannya purchase lebih awal.
140pm train bergerak, around 1pm baru kaunter buka untuk jual tix.
itu pengalaman aku hari tu la.
nasib baik security yg baik hati kestaw, if x, keras juga menunggu kaunter buka.
haha.

jadual perkhidmatan, sila tengok di bawah ni.

ini jadual Tg. Aru to Tenom.


ini jadual Tenom - Tg Aru.


dan jadual tambang, ini.


mungkin nasib malang hari tu, xmerasa train baru yg beraircond.
kami naik train berkipas yang tidak berkesan pun kipas tu.
dalam train panas oi!
macam maw menangis aku.
nasib baik boleh buka tingkap luas2 dan conquer tu tingkap sorg2 baru dpt bernafas.
haha.

overall, perjalanan mmg seronok lah.
sebab aku mmg excited sejak dari awal naik train.
tiada masalah time naik tu.
just, kepanasan global ja dirasai.

dan ada satu tunnel yg perlu dilalui yg buat jantung aku jatuh selama 3minit kot.
sumpah terkejut.
nasib xda heart attack, if x, mati sudah.
maybe dorg lupa on lampu untuk sekejap tu kan?
-_-

untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

ini picca time aku di dalam train.






sekian.

diam!

.:END:.

~batuk makan snickers~

Wednesday, April 18, 2012

~KK Box rate~


malas maw cerita banyak.
aku sertakan di sini, rate atau harga untuk KK Box, karamunsing.

bagi orang yang xtaw, KK Box ni terletak bersebelahan kompleks karamunsing.
bersebelahan juga dengan Shell karamunsing.
dan bagi orang yg telah duduk lama di KK, dulu KK Box ni Parkson.

nah, tengok la picca di bawah.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~tekananmental~

Monday, February 6, 2012

~Library @ Suria~

mari bercerita tentang perpustakaan atau bahasa bajau Library.
eh salah, english pula tu.
ok, xlawak.
*mouth zipped*

pada 1 Februari tu, Library @ Suria telah dibuka kepada umum.
time tu, pendaftaran keahlian adalah percuma kepada semua.
now, offer habis suda.
each membership application u need to pay rm10 fee.
:)

untuk pengetahuan semua, Library @ Suria adalah perpustakaan yg berada di DALAM pusat membeli belah Suria. 
dan ini adalah pertama kali aku dgr lib dlm shopping complex.
maybe ada di some part of the world, pengetahuan am aku kurang.
:)

ketika melangkah masuk ke dalam, tiba2 pekerja di situ berkata, 'Ini lah orangnya'
aku panik lah, ingat kawan foursquare or twitter yg tegur.
then, dorg ckp tahniah miss, kamu pengunjung ke 200.
wah2! dapat free merchandise ah.
wehoo!

malas cerita panjang, sila enjoy picca di bawah.
dan muka aku tiada di bawah, itu adik2 aku.









sekian.

diam!

.:END:.

~lapar~

Sunday, February 5, 2012

~Sairah Express~

kali ini aku maw cerita pasal perkhidmatan bas.
syarikat yg terpilih adalah SAIRAH Express.

untuk makluman semua, harga tiket bas ke Sandakan telah meningkat ke RM43 sehala.
so, pergi balik RM86 la kan.

berbalik kepada tajuk di atas, aku telah merasai pengalaman menaiki bas Sairah yg sangat mengujakan diri.
jika anda membeli tiket di kaunter, sila pastikan tiket anda BUKAN berwarna MERAH kerana tiket MERAH adalah bas tambahan yg servis nya sgt membanggakan.

perjalanan kali ini berdua dengan mak cik aku.
oleh itu, tidak lah bosan sangat.
dipendekkan cerita, kami memilih bas yg bertolak pada 3 petang.
guess what, penjual tiket tukar waktu tu ke 3.30pm pula.
boleh sabar lagi sebab bas belum sampai.
yg menaikkan suhu badan aku bila bas sampai 4.15pm.
sila kira sendiri kelambatan bas itu.

untuk menyedapkan hati, aku tengok bas tu.
wah, best juga bas ni lawa.
dan, suhu naik balik bila bas kami tu BURUK!
bas tambahan yg seperti bas berhenti2 di kawasan likas.
ok, itu adalah anggapan aku.

kami telah memilih tempat duduk terbaik ketika membeli tiket.
dan satu lagi kejutan menaikkan suhu apabila tempat duduk aku bersebelahan dgn TANDAS dan bau brek serta enjin yg menusuk2 rongga hidung.

mak cik aku cuba untuk menyedapkan hati aku untuk berlawak.
dan akhirnya kami xketawa.
haaha!
aku cuba tidur. 
dan buat pertama kali dalam sejarah, aku TIDAK tidur dalam bas.

selepas berhenti rehat di Ranau, perjalanan diteruskan.
waktu itu, 730pm.

selepas beberapa lama, iaitu tepat 830pm, bas tiba2 berhenti di tepi jalan 5km dari Telupid.
dlm fikiran aku, mungkin ada org maw turun.
tapi, rupa2nya bas sudah berasap.
kami terkandas kira 1jam lebih.
kiranya, kalau bas 6pm dari KK suda sampai p sandakan waktu kami terkandas.
dan aku perasan bas Tung Ma, 6 pm limpas tpt kejadian.

untuk lebih menarik, bas pun bergerak kembali apabila jam hampir 10lbey.
hebat sangat.
dan akhirnya kami sampai ke stesen bas Sandakan pada 115am.
sila kira sendiri berapa lama aku duduk dalam bas.
dan kami sampai bersama2 bas Tung Ma, 8pm.
terlalu HEBAT perkhidmatan bas SAIRAH.

selepas ni, sumpah aku xkan naik bas korg!

malas tulis lagi.

sekian.

diam!

.:END:.

~pengalaman pertama terburuk 2012~



 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey