Monday, January 7, 2013

~Cameron Highland~

ini cerita perjalanan yang kedua.
ehem.

selepas balik dari Melaka dan Port Dickson, kami merancang untuk menuju ke Penang.
tetapi disebabkan kami bangun 'awal', oleh itu plan itu gagal.
haha.

hasil dari buah fikiran orang bijak pandai, kami pun menukar destinasi ke Cameron Highland.
tiada homework ataupun research tentang apa yang berada di sana.
cuma, kami ingin merasai kesejukan dan pemandangan indah.
ayat macam berkarya.
eh.

dipendekkan cerita, setelah makan di restoran geng upin ipin, kami meneruskan perjalanan pada kira-kira 3.30petang.
kami melalui guthrie, masuk plus, keluar tanjung malim sebab aku maw tengok sekolah lama.
*batuk*
then, meneruskan perjalanan ke Tapah dan naik ke Tanah tinggi Cameron.

jalan time tu tidak terlalu sesak.
cuma banyak kereta yg naik dan turun dari kawasan tanah tinggi tersebut.
di Lata Iskandar, jalan agak sesak kerana orang park kereta di kiri dan kanan bahu jalan.
bijak.

setelah sampai, kami pun melihat kawasan sekitar.
gelap.
masa ketibaan adalah hampir pukul 7malam.
dan kami menuju ke tempat makan yang akan aku ceritakan di entri seterusnya.
kemudian, singgah di kedai cenderamata.
dapat beli nabati, coklat strawberi, asam, key chain dan fridge magnet.

oleh itu, sila tengok picca di bawah.
oh, ada 3keping seja.
sebab kesemua gajet ketika ini kehabisan bateri.
-_-





sekian.

diam!

.:END:.

~rajin pula!~

Sunday, January 6, 2013

~Port Dickson~

selepas menghantar cousin Azizi ke kem di port dickson, kami menuju ke Pantai Saujana.
aku lupa nama kem tu.
time tu tiada pun lelaki hensem.
maybe itu sebab aku xberapa ingat.
haha.

berbalik kepada cerita Pantai Saujana.
time kami datang, ada seperti jualan pasar malam di situ.
kami membeli buah rambutan, apam balik dan air.
kesemuanya tidak berapa sedap.
eh.

dan akhirnya, bagi menghilangkan rasa bosan, kami ambil gambar.
sila tengok di bawah.
dan jangan komen langsung.
:)





sekian.

diam!

.:END:.

~sleepy~

Saturday, January 5, 2013

~End Of Watch~

itu tajuk movie.
movie yang aku tengok 2 hari lepas.
di paradigm mall.

mall baru di kelana jaya.
hampir sesat di dalam mall ketika cari GSC.
sebab lif yg kami naik dari B1 tiada yg menuju terus ke level 3.
kesian.

berbalik kepada tajuk movie tersebut.
movie ni berkisar tentang kehidupan dua anggota polis, Brian Taylor dan Mike Zalava.
mereka ni polis peronda di sekitar south central LA. 

Brian ni suka ambil video tentang pergerakan harian dorg.
so, macam paranormal activity, movie ni kebanyakkannya hasil rakaman Brian.
dorg bergaduh dan menangkap penjenayah.
jumpa kartel dadah dan akhirnya diburu kartel tersebut.

kisah hidup Brian turut dipaparkan di sini.
macam mana dia jumpa isteri dia, dan akhirnya berkahwin.
tentang Mike yg sudah berkahwin dan menimang cahaya mata.

ending, ada yang mati.
untuk tahu siapa, sila tengok sendiri.

movie ni menarik untuk ditonton supaya memupuk sikap respect dgn polis.
apa pengorbanan yg dorg terpaksa lakukan demi keselamatan masyarakat.
xmudah terpengaruh dengan dunia kejahatan dan sentiasa berpihak kepada kebaikan.

cuma cerita ni memang untuk 18tahun ke atas.
sila jangan bagi anak2 anda download movie ni.
setiap part akan ada kata2 makian.
seperti satu adegan tu, dalam 1 minit hampir 10 kali perkataan f**k disebut.
fuh.

pelakonnya aku kenal.
tapi, xberapa famous.
kalau kamu ingat ada cerita Beauty and the beast ka tu, cerita sepanyol, perempuan tu ada berlakon.
dia semakin gemuk aku tengok.
haha.

bintang?
aduhai.
susah.
ini bukan filem action walaupun ada sedikit aksi tembak menembak.
bukan filem kekeluargaan sebab terlalu banyak kata makian.
mungkin aku perlu bagi 3 from 5.
sebab kalau xtengok betul2, mmg bosan cerita ni.

anak pegawai polis or polis sesuai tengok movie ni.
eh.

kesimpulannya, sila tengok untuk renungan bersama.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~am home!~

Friday, January 4, 2013

~D'One Steak~

entri ini tentang tempat makan.

kalau kamu pernah terbaca entri pertemuan semula GBS, kamu boleh perasan tempat pertemuan itu adalah seperti tajuk entri ini.
kedai yang sama aku kunjungi.
tapi, terletak di kawasan yang berlainan.

aku pergi cawangan D'One Steak yg berada di Seksyen 7 Shah Alam.
di Jalan Kristal.
sebaris dengan Restoran Hakim baru.
dan bersebelahan dengan restoran D'Hati.

restoran ni kami kunjungi sebelum menyambut detik ulangtahun adik aku yg ke22.
sebenarnya mahu buat suprise di sini.
tapi, lilin xjumpa.
dan kisah seterusnya akan aku kongsikan di entri yg lain.
:)

berbalik kepada restoran ini.
servis memang laju.
si pengambil order yg hensem *batuk* mengambil order dengan pantas.
si tukang masak yg xnmpk muka, menyediakan food dengan laju, less than 20mins siap suda.
unfortunately, mushroom soup aku tiada.
ngam2 habis si pengambil order berkata.
eh.

meja dan kerusi berada dalam keadaan yang bersih.
persekitaran restoran yg bersih.
tidak menyakitkan mata.
dan wifi free.
haha.

menu pilihan malam itu.
spaghetti bolognaise.
mixed steak.
chicken chop.
kelapa laut.
ice lemon tea.
mango juice.

rasa makanannya memang marvellous.
spaghetti itu mmg sedap berbanding spaghetti di Pizza Hut Seksyen 7.
agak mengecewakan sedikit air kelapalaut tu xberapa sama dgn branch Bangi.
walaubagaimanapun, kesemua food sedap!
memang berbaloi.
harga murah.
:)

di bawah ni picca food.
sila jangan terliur.






sekian.

diam!

.:END:.

~ehem!~

Thursday, January 3, 2013

~merindu~

tiada orang mahu dirindu.
hanya Alya Zuleyka.
hampir sebulan setengah tidak berjumpa.
hari lahir dia pun xdisambut bersama.
first time xsambut sama.
sedih.

sedang tengok-tengok folder.
jumpa picca lama dia.
comel.

dan Alya sudah masuk darjah satu.
sobs.
xdapat hantar pergi sekolah.

belajar rajin-rajin kakak.
aunty pun rindu.
nanti kita whatapps.
:(





sekian.

diam!

.:END:.

~bagai pungguk rindukan bulan~

Wednesday, January 2, 2013

~tiada kata kata pada hari Rabu~



Tuesday, January 1, 2013

~selamat tahun baru 2013~

selamat tahun baru dua ribu tiga belas.

tidak tahu apa azam tahun ini.
mungkin update dari azam yang lepas yang aku pun xtaw mana list nya.
haha.

walau apa pun.
selamat tahun baru sekali lagi.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~new year diperantauan~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey