Thursday, July 5, 2012

~Car Town~

entri kali ni kita bercerita tentang PFQ yang telah aku tinted cermin2 nya.
wehoo.

entri kali ini akan nampak aku terlampau jakun mcm xpernah tinted kereta.
eh, ini 1st time buat sendiri.
guna duit sendiri.
selalunya minta duit parents.
haha.

nama kedai yang aku tuju adalah Car Town.
terletak di Kepayan.
selepas bulatan Golden hill, pergi kiri, nampak commercial centre, sebelah kiri.
dan akan nampak lah kedai tu.

ekceli ada dua kedai Car Town, satu di Lintas dan satu lagi di Kepayan.

eh, di bawah ni picca kad orang tu.



ini rupa PFQ sebelum di tinted.
ekceli kalau zoom lebih sket, boleh nampak keburukan tinted lama.
lama sangat tinted tu, since 2003 ka.
haha.


pic di bawah adalah proses PFQ ditinted.
buka semua tinted lama.




dan tadaa.
PFQ dengan tinted baru.
haha.




rasa macam sungguh sakai.
eh.

servis tempat tu bagus.
sila bayangkan, ada bubbles sikit dekat bahagian cermin belakang tu, dia cabut balik buat baru.
kalau aku, xperasan pun kali bubbles2 yang ada.

lagipun owner kedai yang buat sendiri.
cakap melayu pun agak lancar.
xla susah maw faham.
:)

time buat pemilihan tinted tu, dia pun recommend ikut kemampuan.
dia terangkan juga apa kebaikan dan keburukan setiap jenis tinted tu.
yang penting, lagi mahal lagi bagus.
dan aku pilih yang moderate seja.
xmampu lagi.
-_-

oleh itu, marilah kita tinted kereta untuk merasai suasana kereta yang baru.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~plan cat kereta pula~

Wednesday, July 4, 2012

~KKTwtUpBazaar~

do i spell it correctly?
antam saja lah.
haha.

kktwtupbazaar.
nama panjang nya KK Tweet Up Bazaar.
disamping ada meeting tweeps ada bazaar.
eh, apa aku tulis.
sila jangan kutuk.

pergi situ dengan harapan banyak barang best.
tapi sedikit hampa.
mungkin aku datang lewat atau terlampau awal.

tapi, good effort untuk penganjur.
sebab yang ni 1st time oi kat kk.
pernah jumpa kat kk?
siapa ckp pernah, tolong kasi betul ni entri.
malas maw taip.
haha.

setelah berputar keliling bazaar sebanyak 2kali.
aku beli buku dibawah ni.
hei2.
aku bukan maw masuk neraka ka apa.
dan ini bukan novel berunsurkan ketuhanan ka apa.
penulis indie oi.
eh, pleas behave princessa.
haha.


dan aku beli red velvet cupcakes di bawah ni.
from Lyndora Cakes and Cookies.
sumpah sedap.
aku xtipu.
maw order, cari ja FB dorang.
eh.


kesimpulannya di sini, aku xfaham kenapa entri aku ni macam xberetika.
tiada isi yang menarik pon.
sia2 korang baca.

sekian.

diam!

.:END:.

~pemalas!~

Tuesday, July 3, 2012

~Amirun Licious paling teruk!~

itu nama kedai makan.
aku maw story pasal restoran ni.
ehem.

di satu malam yang indah, aku yang agak lapar mencari restoran untuk melantak.
bersama-sama babu dech kami pun menyusuri malam itu.
eceh, macam ayat novel.
haha.

eh, sambung.
kami pun meronda sekitar Indah Permai.
Jati Tomyam tidak buka.
akhirnya aku buat keputusan untuk cari restoran di Sulaman Central.

Sulaman Central adalah bangunan baru di tepi jalan berhadapan Indah Permai dan berdekatan dengan University Apartment 2.

sambung lagi.
kami ronda2 sulaman central dan ketika itu, aku pilih restoran berdasarkan nama.
dan nama Amirun Licious tuh macam sedap.
restoran ni terletak sebaris dengan Ramai Jaya Sulaman, bersebelahan dengan Restoran RNL Balqis.

ehem.
dan, kami pun duduk dan order.

Babu Dech : Nasi Goreng Tom Yam Seafood, Teh C Special, Mee Hoon Tom Yam Ayam dan Teh O Ais Limau.
Pelayan lelaki: Ok.
Babu Dech: Ko xmaw tulis ka dik? betul2 ingat semua?
Pelayan lelaki: confirm ingat. xlupa ni.
Babu Dech: Ok, jangan silap ah.

kami tunggu order sampai.
5minit kemudian, air sampai.
agak puas hati.

10minit kemudian, Nasi Goreng Tom Yam Seafood dan Meehoon goreng Seafood sampai.

Aku: Dik, saya minta Mee Hoon Tom Yam Ayam. Bukan mee hoon goreng seafood. [Nada paling lembut aku guna]

Pelayan Perempuan: Eh. bukan yang ni? kena tulis ini.

Aku: Saya minta mee hoon tom yam ayam. [berkeras]. Itu sebabnya saya tanya dia tadi, ingat xorder saya.

Pelayan Perempuan: Kau la ni salah. [menuju kepada pelayan lelaki]

10 minit kemudian lagi.
Mee Hoon Goreng Ayam sampai.

Aku: Dik, saya minta Mee Hoon Tom Yam. Bukan ini.

Pelayan Perempuan: Eh, bukan ini.

Aku: Dik, Mee hoon tom yam tu berkuah. yang ni ada rupa kuah?

Pelayan Perempuan : Menjeling dan buat muka menyampah.

Aku: Kurang sabar dan ambil keputusan berjalan sekitar kedai di sana.

10 minit kemudian lagi.
Mee Hoon Tom Yam Ayam sampai.

Aku: *muka happy sebab dapat apa yang dimahukan*

Pelayan Perempuan : Nah kak. Ada tu mee dalam kuah tom yam ni. [nada menyindir]

Aku: *panas hati* bukan say sorry, lagi maw menyindir.

dan aku pergi kaunter, bayar.
pergi kedai sebelah order.

budak tu terkejut, owner terkejut.
padan muka.

itu adalah apa yang berlaku ketika aku di restoran yang macam saitan perangai orangnya.

ini review tentang kedai tu.

rasa air kau memang sucks!
tidak sedap, kau maw aku kena kencing manis letak gula sebanyak2 yang mungkin?

meja dan kerusi sumpah melekit.
memang tidak sesuai untuk anak2 kecil duduk atas meja.
eh.

pelayan serius sakit mental.
dorang xpernah dengar perkataan 'Customer always right'.
kalau aku,  bila aku treat customer, macam mana salah dia, dia tetap betul.
kalau maw rasa sindiran, datang kedai ni.
plus, maw dapat layanan paling teruk, datang kedai ni.
tambahan lagi, kalau maw tengok orang tunjuk terer hafal order tapi salah bagi order, datang kedai ni.

food kau aku xrasa.
jadi aku xboleh komen tentang rasa.
tapi, aku boleh komen tentang rupa.
mee hoon kau xmenyelerakan.
itu sebab aku xmaw.
dan nasi goreng mak cik aku tu, bukan nasi goreng tom yam.
itu nasi goreng seafood.
tom yam yang kau hidang depan aku tu sumpah xmenarik hati.

fuh.
memang kaw2 aku mengutuk.

sorry.
if u treat me sucks, u'll get bad review.

minta maaf dan aku xkan tarik entri ni.

ini blog aku, luahan hati aku, apa yang aku experience.

sekian.

diam!

.:END:.

~panas hati~

Monday, July 2, 2012

~Aku, Kau dan Dia~

minggu lepas aku layan movie melayu semuanya.
fuh.
kagum dengan diri.
ini gara2 dipaksa bu dech dan aku memang pergi ja sebab tiada movie english yang terbaru.

movie ni pasal Mia yang kehilangan tunangnya, Han dan akhirnya terjumpa seorang yang baru iaitu Izlan.
Izlan digambarkan sebagai seorang yang baik, romantik dan sangat sayangkan Mia dan berusaha untuk menarik hati Mia.
manakala, Han, tunang yang mati dilanggar ketika mahu membantu seseorang melintas jalan juga seorang yang romantik dan telah mengubah lagu untuk Mia.

dipendekkan cerita, sebenarnya Izlan adalah khayalan Mia dan Han memang mati.
Izlan adalah Haris di dunia nyata.
dan mereka semua gembira.

sebenarnya cerita ni buat aku konfius.
setelah berfikir selama 2 hari, barulah otak aku dapat mencerna segala cerita itu.
kesian betul.
haha.

adegan berbaju putih itu agak suhwit.
seperti kata dech, kalau ada lelaki kasi buat ni, cair abis.
eh.

aku suka bila adik Mia panggil dia Gemik.
itu adalah kata lain bagi Gemuk.

dalam cerita ni Harun Salim Bachik jadi seorang bapa iaitu daddy Mia.
maigad, aku xboleh bayang dia serius.
tapi dalam movie ni dia serius.
dan itu buat aku rasa lutchu.
eh.

bintang untuk cerita ni hanyalah 2.
aku tapaham bah.
kesian ni.
siapa2 dapat kasi faham aku, mungkin akan tolong naikkan star itu.

kesimpulannya, seperti yang aku tulis di muka buku, eloklah kiranya cerita ini ditonton oleh sepasang suami isteri dan bukan kekasih.
aiseh.

sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

Saturday, June 30, 2012

~Mael Lambong~

Mael Lambong seorang penarik kereta profesional.
Mael LAmbong tidak mengamalkan rasuah.
itu tagline movie ni.

movie ni memang pasal Mael Lambong.
dia terjebak dengan seorang perisik iaitu Maria yang membanteras jenayah siber.
membawa lari diri ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penarik kereta untuk memajukan diri gara2 pinangan ditolak dan wajahnya berparut.
Mael dan Maria lari ke pantai timur dan akhirnya sampai ke kampung halaman Mael.

dipendekkan cerita, Mael berjumpa Rozie kekasih lama yang telah menjadi tunangan Tiger si musuh lama.
ending nya, Mael bersama Rozie.
Maria tetap jadi perisik.
:)

komedi yang disampaikan di sini berjaya.
cuma ada komedi yang tidak sesuai iaitu komedi berasaskan keluncahan.
itu tidak sesuai untuk kanak-kanak.
ibu bapa perlu control anak anda.
haha.

bagi aku filem ini mempromosikan negeri Kelantan.
or terengganu?
eh.
cantik pantainya.

bintang.
aku sanggup bagi 3 from 5 la.
malay movie is not my forte.

sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk~

Friday, June 29, 2012

~Baik Giler~

ini adalah filem yang tidak berkualiti yang telah ditayangkan di pawagam.
hei, ini pendapat aku.
jangan maw tweet atau jadikan bahan di blog.
haha.

movie ni berkisahkan tentang Taufik atau naman glamer nya Afik yang mengikut pengamatan aku orang yang xfaham bahasa.
dia salah anggap bila orang cakap 'Baik Giler' tu maksudnya dia baru baik dari penyakit mental.
keseluruhan cerita ni tentang perkataan 'Baik Giler'.

endingnya, dorang menari kegmebiraan di jambatan.
apadahal.

Afik lakonan Zizan tidak menjadi di sini.
terlalu bosan dan aku pun xfaham kenapa dia berlakon di dalam ni.
dan sesungguhnya Zizan promote baju BADGER.
eh.

Suraya lakonan Farahwahida, aku xfaham apa yang dia lakonkan.
sangat bida lah.
mesti maw improve kalau maw lakonan kau disukai orang.

komedi yang maw di sampaikan tidak berjaya.
mesej yang disampaikan pon aku xfaham.
mungkinkah dorang maw kestaw pasal jangan rosakkan bahasa yang kita cintai.
atau jangan mudah bersangka buruk.
-_-

sebenarnya cerita ni memang mempromosikan MELAKA.
oleh itu, orang MELAKA mesti tengok cerita ni.
semua tempat menarik di MELAKA ditonjolkan seperti, Dataran Pahlawan Mall, Menara Taming Sari dan banyak tempat lagi.

aku memang bagi 0.5 from 5 star. 
bayangkan, 15minit orang sudah keluar.
ikut hati aku pun maw keluar.
tapi, sengaja maw waste time.
sesuai la bintang di atas.

oleh itu, saranan aku kepada semua, tunggulah cerita ni time hari raya.
tidak berbaloi bayar mahal2 tengok movie ni di cinema.
minta maaf ayat kejam.

sekian.

diam!

.:END:.

~bosan~

Thursday, June 28, 2012

~Peta ke Universiti Malaysia Sabah~

peta yang detail sangat susah dicari.
ekceli itu kerja anak buah kakak aku cari peta.
tapi disebabkan period pain, aku pun mengada2 google.
dan peta yang detail amat susah la maw dijumpa.

kalau google maps tu, aku xberapa lengkap juga.
sebab xda tunjuk mcD segala.

setelah mencuri dari sini, aku edit picca tu.
dan akhirnya terjadilah picca di bawah ni.
:)


maw nampak lebih jelas, sila right click.

kesimpulannya, aku tiada mood.
haha.

sekian.

diam!

.:END:.

~diam lebih baik dari tersalah kata~


 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey