Monday, January 21, 2013

~Aizat Burger Bakar~

review makanan oi!
macam review burger bakar sedunia pula.
haha.

Burger Bakar yang terpilih kali ni Aizat Burger Bakar.

malam tu aku mmg niat maw pg cari burger bakar.
hujan lebat dari tuaran ke kk.
membuatkan aku lapar.
time maw balik tuaran, aku ckp dengan kakak aku, singgah mcD lah, tapi aku mcm maw cari burger bakar d kf tu.
so, kami pun memulakan pencarian dengan mencari twitter sebab maw taw lokasi dorang.

twitter dorang @aizatrecipez.
aku baca lah twitter dorg. 
dia buka di rumah sebab kedai tengah renovate.
kalau xsilap, dekat riverside kedai dorang.
tepi jalan ja tu.
:)

dipendekkan cerita, di malam hari dan hujan yang lebat, aku suruh kakak aku msg dorg tny buka ka lagi.
bila kena balas buka, tanya direction pula.
dan sesat time mencari lorong.
boohoo!

malar sesat kalau dalam kingfisher bah.
fail GPS aku dalam kf.
haha.

dan setelah sampai baru mengada2 maw order.
disebabkan malam tu hanya tinggal patty daging dan ikan yg tinggal, kami pilih beef patty with special homemade sauce.
blackpepper sauce n mushroom sauce habis.
isk.

tapi, kami xmenunggu lama.
selepas 15minit, burger siap!
hooray!

harga burger ni RM8.
bagi aku berbaloi sebab patty besar!
cheese sedap.
kesimpulannya sedap lah.

dan equation aku ada peningkatan.
Aizat Burger Bakar = Rawang Burger Bakar.
or lebih sedap lagi!

maka,
Aizat Burger Bakar > Rawang Burger Bakar > Burger Bakar HS > Burger Bakar Kaw Kaw > Burger Bakar Tg Aru.

fuh.

dan ayat pak cik tu yang aku xboleh lupa, kalau makanan ni, banjir pun orang sanggup datang kan.
well said uncle!
sebab kalau hujan lebat, jauh mana pun, makanan sedap tu aku sanggup cari!
wehoo!

sila enjoy tengok picca burger ni.
yums.
boleh jadi dapur no 2.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

Sunday, January 20, 2013

~Burger Bakar Habiba Suites~

entri review makanan.
kalau kamu tidak mahu baca, sila tekan Alt Del.
:)

aku tidak galakkan kamu baca, sebab entri ini bosan.
tiada gambar yang banyak.
haha.

kali ni aku maw cerita tentang Burger Bakar.
dulu aku pernah review pasal Rawang Burger Bakar dan Burger Bakar Kaw Kaw.
eh.

gerai Burger Bakar Habiba Suites (Burger Bakar HS) ni terletak di hadapan Habiba Suites.
jalan ke Bukit Bendera tu.
ekceli, aku xnampak sangat jalan nya, sebab abg aku yg drive.
tapi mengikut pemahaman aku, memang jalan naik bukit tu.
waze ja kalau sesat oi!
haha.

eh, Habiba Suites di Sabah ya kawan2.
jangan cari di peta semenanjung Malaysia, xjumpa tu.
:)

ekceli, dorang ni ada twitter.
@BurgerBakarHS
aku xfollow dorang sebab xrasa maw follow.
*kejam*

yang seronoknya dengan mereka ni, kamu boleh order by call or sms or mention di twitter pon boleh.
tapi, pastikan jangan busuk hati xdatang ambil order pula.
xpun dorang boleh delivery.
aku xpasti berapa patty baru dorg antar.

time hari kejadian, kakak ipar aku yang order.
oh, dia peminat tegar burger bakar dorang ni.
senang dia cakap, order pakai sms seja.

harga pun murah.
single patty hanya RM5.

rasa?
Rawang Burger Bakar lebih sedap dari Burger Bakar HS tapi lebih baik dari Burger Bakar Kaw Kaw.
dan adik aku cakap, Burger Bakar HS lebih baik dari Burger Bakar Tg Aru Plaza.
eh, aku belum rasa burger bakar Tg Aru dan adik aku membangkang utk aku pergi sana.
dia cakap, mahal dan sumpah xsedap.
dan aku percaya.
haha.

so, equation yang kita dapat buat adalah seperti di bawah.
Rawang Burger Bakar > Burger Bakar HS > Burger Bakar Kaw Kaw > Burger Bakar Tg Aru

sebagai penutup kata, tengoklah picca yang hanya ada satu.
aku xsempat ambil picca banyak2 sebab kami drive thru.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~done!~

Saturday, January 19, 2013

~Restoran Le Lac~

restoran ni terletak di seksyen 13 shah alam.
berhadapan Restoran Orkid.
bertentangan dengan kedai Lessa formula.
berhampiran dengan Shine Shine.

restoran ini berkonsepkan kelab.
eh, bukan kelab malam.
cuma ada live band dan orang menyanyi.
ada shisha.
ada burger bakar.

mengikut senarai menu banyak yang ditawarkan.
oleh kerana before keluar aku suda makan megi, aku pun maw order light food.
minta roti bakar, tiada.
minta kerang bakar, tiada.
last2 minta mee hailam ayam.
dan bf adik aku minta tom yam campur.

di bawah adalah picca food kami.



komen.
portion sedikit dengan harga yang agak mahal.
kalau lapar mesti rasa food ni sedap, but not for me.
xsedap pun.

minuman pula, aku kecewa xda star fruit.
terpaksa order jus epal.
nasib baik sedap.

servis agak cepat.
walaupun sorang pelayan tu macam blur bila hantar order.
kami assume dia baru kerja.
haha.

meja pun berada dalam keadaan agak bersih.
cuma kerusi yang agak kotor.
lantai?
aku senyum seja.

suasana yg ada live band tu aku suka.
tapi jangan bai mak cik poyo tu menyanyi boleh?
xboleh terima gaya orang gitu.

overall restoran ni ok lah.
:)

sekian.

diam!

.END:.

~bising~

Friday, January 18, 2013

~sudah lama hari raya~

koleksi gambar raya.
again, dari tahun lepas belum post.
haha.

enjoice.








sekian.

diam!

.:END:.

~bila maw kurus balik ni!~

Thursday, January 17, 2013

~Open House 2012~

ini betul-betul entri tertunggak.
since last year maw post.
tapi asyik lupa.
tersimpan dalam draft setelah sekian lama.

sila tengok.
jangan komen.
:)











sekian.

diam!

.:END:.

~sudah gemuk dari gambar tu~

Wednesday, January 16, 2013

~wordless wednesday~





~15012013~

hakikat aku tertinggal jauh kebelakang tidak dapat disangkal lagi.
dari semua segi.
senaraikan apa sahaja, memang aku di belakang.

setiap kali aku mesti akan tersenyum bila orang menyoal tentang apa jua berkaitan dengan aku.
walaupun sebenarnya, hanya aku yang tahu.

mungkin teguran tu ada benarnya.
tapi, usaha yang aku lakukan xpernah diambil kira.
aku masih lagi dipandang seperti sambil lewa.
mungkin aku xbersungguh.
terlalu menikmati hidup.

aku xpernah memilih.
semuanya aku cuba, tapi tidak berjaya.
seringkali aku dengar, belum tiba masanya lagi.
mungkin aku tidak bersyukur.
ampunkan kekhilafan ku ya Allah.
aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Kau berikan.

mungkin jalan yang aku pilih pada mulanya sudah salah.
dan aku masih memilih jalan itu.
dan aku telah berusaha untuk berpatah balik, namun gagal.
kejayaan itu masih bukan milik aku.

aku perlu lebih kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi hari yang mendatang.
tabahkan hatiku dan berikan kesabaran kepada ku Ya Allah.
amin.

sekian.

diam!

.:END:.

~its hard to be me~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey