Sunday, March 24, 2013

~Oz The Great and Powerful~

entri review yang terlalu jauh ketinggalan.
baru tonton tadi.
boo me.
ingat maw tengok olympus fallen, tapi fullhouse.
dan waktu selepas itu tidak sesuai.

dipendekkan cerita, movie ni based on our fairytale story.
sangat teruja sebab hero hensem.
ok, sila muntah.

malas maw tulis sinopsis sebab mesti ramai sudah tengok kan.
oleh itu, sila baca kesimpulan yang aku buat.
jangan jadi manusia tamak.
kebaikan akan selalu mengatasi kejahatan.
sifat mementingkan diri tidak baik untuk manusia sejagat.
jangan memandang rendah akan kemampuan orang lain.

itulah nilai murni yang aku dapat tulis.

for me this movie should gave it a 4 from 5.
wehoo.

sekian.

diam!

.:END:.

~sleepy and hungry~

Wednesday, March 20, 2013

~Snitch~

itu tajuk movie.
terbuka juga hati aku maw review movie.
haha.

movie ini based on true story.

permulaan cerita, seorang budak Jason Collins sedang skype dengan kawannya, Craig dan tiba2 offline bila mamanya masuk.
dipendekkan cerita, Jason telah menerima satu pakej besar mengandungi ectasy dan telah diperangkap oleh Craig.
hukuman yg bakal dikenakan adalah minimum 10tahun penjara.
disebabkan bapanya, John Matthews, tasanggup sudah tengok penderitaan anaknya di penjara, dia pun offer diri untuk menangkap penjenayah berkaitan dadah bagi mengurangkan hukuman Jason.

then, John dengan bantuan Daniel dapat menemui seorang pengedar iaitu Malik dan memperoleh kepercayaan Malik.
John bekerjasama dgn narkotik dan pendakwaraya.
tetapi, bila hari serbuan, polis tidak menangkap Malik seperti yang dijanjikan kerana El Topo, penjenayah yang lebih besar berminat menggunakan khidmat lori John.

di akhir cerita, Jason bebas, John dan keluarganya selamat dan diletakkan di bawah program perlindungan saksi.
El Topo ditangkap, Malik mati.

nilai yang baik boleh diperolehi dari movie ini adalah jangan melawan cakap ibu bapa.
parents akan melakukan apa sahaja demi anak mereka.
oleh itu, always obey them. they are everything to us.

selain itu, aku belajar bahawa untuk mengurangkan hukuman penjara, kita perlu bekerjasama dengan polis.
dan pertermbungan di antara trailer dan kereta sedan, trailer/lori yang akan menang.
haha.

bintang?
ehem.
cerita ni so so ja.
2.5 from 5 kot.

oleh itu, berakhirnya entri ini.
bai.

sekian.

diam!

.:END:.

~oh my english!~

Friday, March 15, 2013

~15032013~

entri ini ditulis kerana aku malas maw sekolah ganti esok.
sebab utama, aku malas maw speaking dan tengok muka student.
bukan aku menyampah dengan dorang.
tapi sakit hati lah.
sakit hati dengan budak2.

kenapa?
sebab dorg suka lawan cakap.
dorang yakin ja paling betul, padahal sepatah haram xtaw apa.
then, dorg suka xbawa buku.
kemudian, sorg suka xsiapkan homework.
dan banyak lagi sebab lain.

aku denda dorg berdiri, ketuk ketampi atau marah bersebab.
bukan sengaja teacher maw marah.
dorg suka bising dalam kelas, dan suara teacher amatlah kuat tapi masih disaingi oleh suara dorg.
ada yang buat muka sakit hati dengan aku, tapi teacher cool ja.
nanti suatu masa dorg akan berterima kasih kenapa aku buat gitu.

setiap hari aku kena ingatkan bawa dictionary.
tidak kah mereka tahu teacher bukan kamus bergerak?
bila teacher cakap kena tengok kamus, mengeluh dan marah.
teacher mahu kamu pandai.
pandai tengok kamus.
pandai belajar.
isk.

walaupun dorg begitu, teacher masih sayang dorg.
masih ajar dorg dengan seikhlas hati.
dan aku sakit hati bila orang ckp aku xikhlas sebab aku tweet hari tu.
hei, dont judge me if u r not in my shoe.

oleh itu, jangan lah kita kurang ajar kepada guru.
mereka adalah sebaik2 manusia yang mencurahkan ilmu kepada kita.

sekian.

diam!

.:END:.

~sleepyhead~

Tuesday, March 12, 2013

~12032013~

setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku tulis entri ni.
eh.

sebenarnya setiap hari aku mahu tulis satu entri.
tapi, dengan internet connection yang sungguh bagus dan masa yang tidak pernah cukup untuk aku membataskan penulisan di sini.
fuh.

banyak yang aku mahu ceritakan.
movie yang sudah aku tonton dengan harga tiket yang mahal.
a good day to die hard, together, bullet to the head, jack and the giant slayer dan banyak lagi.
restoran yang aku telah jejaki dan makan disitu.
sungguh banyak, tapi semuanya mengalami kekangan.
isk.

untuk permulaan, bacalah apa yang aku merepekkan di sini.

sekarang aku sdg juggle between my mother tongue yg kena tukar dan speaking in every class.
dan aku bukan lecturer.
hanya cikgu ganti di sebuah sekolah di semenanjung malaysia.

selalunya aku akan lost word bila maw explain kepada student dalam BM.
benda nya ada dalam kepala, tapi xtaw maw terjemah.
dan budak2 pun buat muka blur.
oleh itu, langkah yang sungguh bijak aku ambil, bawa kamus pergi kelas.
iya, cikgu yg bawa kamus, bukan student.
tapi, kalau aku sakit hati, aku suruh budak2 yang cari makna sendiri.
itulah yang selalu aku buat sekarang.
budak2 ni xboleh dimanja.

dan aku harap budak2 ni xlah google nama aku dan jumpa blog ni.
risau jadi bahan dalam kelas.
sedangkan kerana status FB sesama mereka pun boleh buat bergaduh.
ish2.

aku malas sudah maw tulis.
lain kali tulis lagi.

sekian.

diam!

.:END:.

~sleeping beauty~

Monday, January 21, 2013

~Aizat Burger Bakar~

review makanan oi!
macam review burger bakar sedunia pula.
haha.

Burger Bakar yang terpilih kali ni Aizat Burger Bakar.

malam tu aku mmg niat maw pg cari burger bakar.
hujan lebat dari tuaran ke kk.
membuatkan aku lapar.
time maw balik tuaran, aku ckp dengan kakak aku, singgah mcD lah, tapi aku mcm maw cari burger bakar d kf tu.
so, kami pun memulakan pencarian dengan mencari twitter sebab maw taw lokasi dorang.

twitter dorang @aizatrecipez.
aku baca lah twitter dorg. 
dia buka di rumah sebab kedai tengah renovate.
kalau xsilap, dekat riverside kedai dorang.
tepi jalan ja tu.
:)

dipendekkan cerita, di malam hari dan hujan yang lebat, aku suruh kakak aku msg dorg tny buka ka lagi.
bila kena balas buka, tanya direction pula.
dan sesat time mencari lorong.
boohoo!

malar sesat kalau dalam kingfisher bah.
fail GPS aku dalam kf.
haha.

dan setelah sampai baru mengada2 maw order.
disebabkan malam tu hanya tinggal patty daging dan ikan yg tinggal, kami pilih beef patty with special homemade sauce.
blackpepper sauce n mushroom sauce habis.
isk.

tapi, kami xmenunggu lama.
selepas 15minit, burger siap!
hooray!

harga burger ni RM8.
bagi aku berbaloi sebab patty besar!
cheese sedap.
kesimpulannya sedap lah.

dan equation aku ada peningkatan.
Aizat Burger Bakar = Rawang Burger Bakar.
or lebih sedap lagi!

maka,
Aizat Burger Bakar > Rawang Burger Bakar > Burger Bakar HS > Burger Bakar Kaw Kaw > Burger Bakar Tg Aru.

fuh.

dan ayat pak cik tu yang aku xboleh lupa, kalau makanan ni, banjir pun orang sanggup datang kan.
well said uncle!
sebab kalau hujan lebat, jauh mana pun, makanan sedap tu aku sanggup cari!
wehoo!

sila enjoy tengok picca burger ni.
yums.
boleh jadi dapur no 2.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

Sunday, January 20, 2013

~Burger Bakar Habiba Suites~

entri review makanan.
kalau kamu tidak mahu baca, sila tekan Alt Del.
:)

aku tidak galakkan kamu baca, sebab entri ini bosan.
tiada gambar yang banyak.
haha.

kali ni aku maw cerita tentang Burger Bakar.
dulu aku pernah review pasal Rawang Burger Bakar dan Burger Bakar Kaw Kaw.
eh.

gerai Burger Bakar Habiba Suites (Burger Bakar HS) ni terletak di hadapan Habiba Suites.
jalan ke Bukit Bendera tu.
ekceli, aku xnampak sangat jalan nya, sebab abg aku yg drive.
tapi mengikut pemahaman aku, memang jalan naik bukit tu.
waze ja kalau sesat oi!
haha.

eh, Habiba Suites di Sabah ya kawan2.
jangan cari di peta semenanjung Malaysia, xjumpa tu.
:)

ekceli, dorang ni ada twitter.
@BurgerBakarHS
aku xfollow dorang sebab xrasa maw follow.
*kejam*

yang seronoknya dengan mereka ni, kamu boleh order by call or sms or mention di twitter pon boleh.
tapi, pastikan jangan busuk hati xdatang ambil order pula.
xpun dorang boleh delivery.
aku xpasti berapa patty baru dorg antar.

time hari kejadian, kakak ipar aku yang order.
oh, dia peminat tegar burger bakar dorang ni.
senang dia cakap, order pakai sms seja.

harga pun murah.
single patty hanya RM5.

rasa?
Rawang Burger Bakar lebih sedap dari Burger Bakar HS tapi lebih baik dari Burger Bakar Kaw Kaw.
dan adik aku cakap, Burger Bakar HS lebih baik dari Burger Bakar Tg Aru Plaza.
eh, aku belum rasa burger bakar Tg Aru dan adik aku membangkang utk aku pergi sana.
dia cakap, mahal dan sumpah xsedap.
dan aku percaya.
haha.

so, equation yang kita dapat buat adalah seperti di bawah.
Rawang Burger Bakar > Burger Bakar HS > Burger Bakar Kaw Kaw > Burger Bakar Tg Aru

sebagai penutup kata, tengoklah picca yang hanya ada satu.
aku xsempat ambil picca banyak2 sebab kami drive thru.
:)


sekian.

diam!

.:END:.

~done!~

Saturday, January 19, 2013

~Restoran Le Lac~

restoran ni terletak di seksyen 13 shah alam.
berhadapan Restoran Orkid.
bertentangan dengan kedai Lessa formula.
berhampiran dengan Shine Shine.

restoran ini berkonsepkan kelab.
eh, bukan kelab malam.
cuma ada live band dan orang menyanyi.
ada shisha.
ada burger bakar.

mengikut senarai menu banyak yang ditawarkan.
oleh kerana before keluar aku suda makan megi, aku pun maw order light food.
minta roti bakar, tiada.
minta kerang bakar, tiada.
last2 minta mee hailam ayam.
dan bf adik aku minta tom yam campur.

di bawah adalah picca food kami.



komen.
portion sedikit dengan harga yang agak mahal.
kalau lapar mesti rasa food ni sedap, but not for me.
xsedap pun.

minuman pula, aku kecewa xda star fruit.
terpaksa order jus epal.
nasib baik sedap.

servis agak cepat.
walaupun sorang pelayan tu macam blur bila hantar order.
kami assume dia baru kerja.
haha.

meja pun berada dalam keadaan agak bersih.
cuma kerusi yang agak kotor.
lantai?
aku senyum seja.

suasana yg ada live band tu aku suka.
tapi jangan bai mak cik poyo tu menyanyi boleh?
xboleh terima gaya orang gitu.

overall restoran ni ok lah.
:)

sekian.

diam!

.END:.

~bising~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey