Wednesday, December 14, 2011

~Puding Kelapa dan Lokan Bakar~

aku maw buat 20 entri malam ni. 
so, sila muntah kalau bosan or tekan Alt F4. 
:)

now, aku maw cerita pasal puding kelapa n lokan bakar.
eh, bukan aku yg buat.
aku beli lama dahulu.
kali ni baru maw cerita.
poyo.
 
salah satu tarikan di sabah adalah lokan bakar n puding ni.
bukan maw cakap tempat lain xsedap.
tapi lebihnya di sabah.
ops, riak.
minta maaflah ya.

tempat paling pemes untuk makan benda2 ni ialah di Salut.
bukan restoran seafood.
aku kurang pasti nama kampung di sini, tapi bila korg ckp puding salut, sure driver teksi taw.
terletak jauh sedikit dari pusat bandar.
maybe dalam 20km kot, aku xtaw precise. sorry.
yang penting, selepas politeknik KK.
:)

harga pun boleh tahan murah.
puding kelapa hanya rm4.
kalau kalau korg baik ckp sikit, puji2 mak cik tu sikit, boleh dpt ko 3 seploh hengget.

Lokan pula bermacam2 harga untuk bermacam2 saiz.
juga bergantung kepada musim lokan ni.
paling murah pernah dapat selonggok rm10.
rasanya marvellous.
lebih kurang kerang lah.
but ini saiz besar.

ada dua picca ja.
sebab aku kelaparan time ni.
:)




sekian.

diam!

.:END:.
 
~nyums~

~Selamat Hari Lahir Fathin~

lama xbuat ucapan birthday kan.
okay this entry goes to Nur Fathin Farhain Ghazali.
bFF adik aku.

semoga panjang umur murah rezeki.
eh, dan dapat boyfee seperti yg kita idamkan.
so, siapa2 yg masih solo, sila komen entri ni.
kawan adik aku nih sumpah cantik.
:)

malam tadi kunun2 nya kami buat suprise untuk dia.
together with her brother.
sampai menangis ok.
sebab terharu ba.

kami xbaling telur, xbaling tepung sebab adik2 ni semua ada test keesokan harinya.
:)

aku cuma dapat share picca kek.
sebab kami xbergambar pun malam tadi.
mood malas.
haha!


sekian.

diam!
.:END:.

~lalala~

~Pajeri Nenas~

betul kah tidak ejaan tu?
dan aku dengan berlagaknya assume betul. 
haha!

disebabkan aku mempunyai hobi yang baru, mari aku share resipi untuk Pajeri.
dan untuk pengetahuan semua aku xmakan masakan nih.
ini adalah masakan paksaan dari adik aku.
haha!

Bahan2:
3 ulas bawang merah
2ulas bawang putih.
2cm halia.
1 genggam udang kering (ditumbuk)
3 sudu besar serbuk kari.
1/2 cawan santan pekat.
1 sudu besar gula.
sedikit garam.
10 ketul nenas yg dipotong kecil.

 Cara membuatnya:

1. Tumis segala jenis bawang bersama2 dengan udang kering sehingga menjadi kekuningan.
2. Campurkan serbuk kari ke dalam 1 cawan air dan tuang ke dalam kuali.
3. Tuangkan santan, gula, garam dan nenas.
4. Masak sehingga anda puas hati dengan rasa dan rupanya.
5. Hidang kepada orang yg tersayang. :)

Di bawah ni hasil yang aku dapat.
aku buat ikut sedap aku ja.
malas lah pakai bunga lawang, cengkih, kerisik tu.
aku xberkenan.
asalkan adik2 aku kenyang.


sekian.

diam!

.:END:.

~kita enjoy!~

Monday, December 12, 2011

~Cinta Kontrak~

eh, jangan salah sangka dengan tajuk ni.
bukannya aku kena paksa dengan parents kawen kontrak pon.
ini tajuk novel.
Cinta Kontrak by Nurul Ain Syuhada.

last week time kat MPH Bukit raja, rank no 2 novel paling popular.
yg no 1 tentu n pastilah Ombak Rindu yg jadi kegilaan.
dan tiada pun buku tuh atas rak ni.
haha!

mari aku cerita sikit pasal novel ni ah.
aku rasa novel ni ala2 catatan harian si Nur Alia Airysha, watak utama novel ni.
dia luah segala apa yg berlaku dlm hidup dia dalam diari kesayangan.
mula2, dia ni hidup miskin di samping adik beradik, tiba2 tuah jatuh bergolek bila kakak dia kawen dgn sorg laki yg mmg suka dia dari dulu.
dan dia terpaksa kahwin dgn Danial Franz yg mmg terjatuh cinta pandang pertama dgn Alia.

dipendekkan cerita, Danial ada buat kontrak bodoh dan Alia sign. tapi malam pertama sudah p kasi hancur tuh kontrak.
ada konflik2 sikit bila lelaki idaman Alia, Farhan terjumpa di Uni dan gaduh2 laki bini, cemburu2, dan banyak lagi.

endingnya, tentulah Alia dan Danial bahagia.
mereka xbercerai walaupun banyak dugaan.

novel ni ada ciri alim2 sket.
sebabnya watak Alia dan keluarganya digambarkan cukup prihatin dgn soal agama.
alia bertudung labuh dan berstokin n berbaju besar.
manakala, watak Danial semestinya jejaka idaman Malaya berwajah campuran perancis tetapi tidak hanyut dengan budaya barat.
eh.

novel ni serius lutchu.
aku xrasa sedih pun baca novel nih.
sesuai untuk anak2 baca, tapi pastikan anak2 anda betul2 free dan tidur dengan cukup.
jangan terlalu concentrate baca novel ni.
haha!

utk tidak lebih merepek, aku stop sini.
malas bagi bintang, sebab lain orang lain citarasanya kan?
aku mungkin suka, tapi mungkin juga orang lain benci.

sekian.

diam!

.:END:.

~gemuks!~


Sunday, December 11, 2011

~Hobi Baru~

tahukah anda aku seorang yang rajin memasak?
ya, itu AUTA!
sumpah aku pemalas, kesian kat bakal suami aku nanti.
kita makan nasi lauk garam n kicap.
kalau future husband maw makan sedap, pergi makan kat kedai.
haha!

itu kejam lah.
semenjak duduk dengan adik2, aku terlebih rajin memasak.
kesian dorg asyik makan kat luar.
teringin juga tunjuk bakat memasak.
nasiblah masakan aku boleh dimakan, kalau x, sampai tua kena kutuk.
haha!

dan kepada bakal suami yg mungkin ada diluar sana, aku boleh memasak.
selagi ada encek gugel dan aku boleh membaca resipi2 di internet, semuanya boleh.
so, xpayah risau makan di luar.
tapi, anda kena risau aku xikut makan sekali.
terutama sayuran hijau.
:)

eh, aku tulis macam bakal suami baca ja.
xpalah, nanti kalau aku maw kahwin, aku suruh bakal suami baca blog ni.
baru dia paham bakal isteri dia ni gila.

eh, merepek lagi.
ok, sudah lah.
bai.

sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai~



Thursday, December 8, 2011

~I city lagi~

aku xpernah bosan cerita pasal I City.
dulu aku pernah merepek di sini.
bila aku update tweet pasal p icity, terketawa bila kak aima ckp kami adik beradik boleh jadi duta icity.
terlampau rajin pg nih.
haha!

so, ini adalah entry update tentang fee semua benda dalam i city tu.
:)

sekarang, pihak I City menggunakan sistem Autopay.
tidak perlu bayar time masuk.
but, ambil tix n bayar dkt machine.
bagi aku, benda ni kurang menjadi.
sebab kesesakan jalan raya berlaku ketika maw ambil tix dan ketika keluar.
mesin pun tidak diletakkan secara strategik.
kalau orang terlupa bayar pun, pembantu lambat bergerak.

dan untuk musim cuti sekolah, FEE per ENTRY adalah RM10.
semua lampu2 sudah dibaik pulih.
nampak cantik.

ibu bapa sila sediakan duit yang banyak ketika ke I City.
ini adalah kerana apabila anak anda merengek maw main permainan2 itu, harga tix adalah RM5.
kebanyakan permainan adalah RM5 per PERSON.
tidak boleh kongsi tiket ya parents2 sekalian.
maybe permainan Coaster2 itu, car boleh dikongsi berdua dan save cost, RM5 only.
double decker carousel, pirate ship, speed walk n etc adalah RM5 per PERSON.

permainan itu semua adalah untuk level kanak2.
orang tua bosan.
aku naik pon bosan sebab aku da tua.

sila bayangkan carousel tanpa music?
itulah yg berlaku malam tadi.
argh.
tiada music, budak pun nangis.
oh, jadi pantun. :)

supaya aku tidak menghentam lebih panjang, aku stop entri ini di sini.
ibu bapa aku nasihatkan jika anak anda berketinggian lebih 90 cm, sila bawa mereka ke Sunway Lagoon.
permainan boleh diulang2.
icity hanya dalam 3minit, dan per ride cost tinggi.

dan minta maaf.
entri ini tidak bergambar kerana cameraman tiada.
handphone low bat.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku malas~

Wednesday, December 7, 2011

~Ombak Rindu~

ini adalah tajuk filem kegilaan ramai buat masa sekarang.
kunun2 nya semua cinema full house.
tapi, kenapa aku boleh dapat tix pula?
haha!
aku xguna apa2 ilmu.
but, TGV bukit raja mmg banyak seat kosong.
hari ni maw tengok, sempat beli tix.

marilah kita bercerita tentang movie ini.
semua tahu, movie ni adaptasi novel Ombak Rindu by Fauziah Asshaari.
dua watak utama, Izzah n Hariz.
ada konflik2, semua kesedihan dan kurang kegembiraan.

bagi AKU, movie ni bosan.
maybe sebab aku pernah baca novel.
and i expect more from movie ni.
dan semua orang tahu aku xsuka movie melayu.
seperti kata2 kakak aku, macam mana movie melayu maw maju kalau aku xsokong.
so, aku pun dengan pasrah derma duit beli tix.
:)

movie ni ambil jalan shortcut.
part cintan cintun sikit ja.
watak semuanya macam kacau.
aku tetap bayangkan Maya Karin sebagai Pontianak.
Lisa Surihani berlakon dlm cerita Zoo di astro Ria.
tapi, Aaron aziz tetap hensem seperti movie2 nya yg lain.
haha.

nasib baiklah mamat sebelah hensem.
so, kurang tensen tengok movie ni.
:)

dan aku kurang faham kenapa orang maw nangis2 tengok movie ni.
sedia tissue berpacket2.
meleleh air mata dan teresak2 ka?
maybe dorg feeling lebih.
feel tu xsampai kat aku.

dari aku merepek lebih panjang, silalah tengok movie ni.
dan bagi AKU, breaking dawn wpn ada part bosan, Ombak rindu lagi bosan.
sorry peminat di luar sana.

dan jangan bawa anak kecik tengok movie nih.
mengganggu manusia yg tengok movie.
:)

sekian.

diam!

.:END:.

~aku sakit tekak~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey