Tuesday, July 31, 2012

~Gathering HCS ke 3~

tadi nampak kena update.
so, aku just maw share benda ni.


3rd gathering or perkumpulan Hijaber's sister kali ke 3 akan diadakan pada:
tarikh: 4 ogos 2012
Masa: 2pm hingga waktu berbuka.
tempat: Restoran Sri Nurain Catering.

restoran tu terletak berdekatan bangunan OUM.
bangunan OUM pula terletak di jalan Lintas menghala ke Airport.
kalau anda dari jalan Kolombong, bangunan ni di sebelah kiri.
dan jika anda dari jalan Putatan or airport, bangunan ni di sebelah kanan.
anda harus membuat pusingan U dahulu sebelum sampai ke destinasi.

bayaran yang dikenakan adalah:
Ahli berdaftar dan TELAH membayar yuran : RM 25.
Ahli berdaftar BELUM bayar yuran dan hijabers yang saja2 maw join : RM35.

untuk RVSP, contact Afiza 013 8979763 sebelum 3 OGOS 2012.

untuk lebih detail, boleh tengok page ini.

sekian.

diam!

.:END:.

~lahpar!~

Monday, July 30, 2012

~Restoran D'KL~

dulu aku pernah menulis tentang restoran ni di sini.
dan mungkin ada juga entri lain yang aku xdapat link kembali.

aku terpanggil untuk membuat entri tentang kedai ini lagi.
masih terletak di tempat yang sama, bersebelahan taman permainan dan rumah beratap putih.
berdekatan simpang jalan dan di corner.

setelah lama tidak datang, servis yang diberi boleh tahan.
aku pergi sudah 2 kali.
kali pertama, ok.
kali kedua, failed!

menunggu bil selama 35minit sangat membodohkan pelanggan.
kalau kami jalan ja buat xtaw dan tidak bayar, kau dapat trace?
memang time tu aku meletup sebab ada pekerja yang agak tidak sopan menyuruh aku bersabar walaupun aku telah meminta bil secara hormat nya kepada dia.
sejak awal lagi kami meminta secara berlemah lembut.
tiada perkataan kasar keluar melainkan dari mulut orang itu.
wehoo!

dipendekkan cerita, walaupun makanan kau sedap, tapi kalau pekerja hampeh, xberguna juga.
sila enjoy picca di bawah.
jangan berliur.

 rm 12.90

 rm10.90

 rm12.90

 rm13.90

rm12.90.

sekian.

diam!

.:END:.

~ngantuk oi!~

Sunday, July 29, 2012

~Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri dan Perasmian Masjid Haji Noor~

panjang sungguh tajuk entri.
harapnya korang faham apa yang aku maw tulis.
haha.

ekceli benda di atas berlaku pada 25 Julai 2012.
majlis tu berlaku di Kg. Serusup, Tuaran.
Tuaran terletak di Sabah.
Sabah pula masih dalam Malaysia.
itu info bagi orang yang fail geografi yang masih tidak tahu Sabah dan Sarawak adalah dalam Malaysia.

tidak maw cerita banyak.
aku maw share picca kami hari itu sahaja.
bukannya picca time majlis.
hanya kami yang camwhore.
haha.

enjoy.





sekian.

diam!

.:END:.

~apa2 seja lah~

Saturday, July 28, 2012

~Hijaber's Community Sabah @ Kolej Yayasan Sabah~

kali ini aktiviti HCS berlangsung di Kolej Yayasan Sabah kampus Sembulan.
Anjuran KYS dan RTM di bawah program Muslimah Dibentuk Terdidik Generasi.

banyak aktiviti telah dijalankan.
antaranya ialah Tutorial Hijab from Ummy Aliasgar dari Hijab Pilihan.
Tutorial Make Up from Afieyza.
menjual pelbagai produk hijab, makanan dan bermacam2 lagi.
serta pendaftaran ahli baru HCS.

untuk mengetahui apa itu HCS, boleh la rujuk di sini.
semuanya boleh diketahui di sana.
atau anda boleh Like group mereka di sini.
juga anda boleh tweet terus mereka dengan mention @HC_Sabah.
tweet anda akan dilayan secepat mungkin.

Aktiviti terbaru HCS adalah seperti di bawah.
ini aku dapat dari update dari kakak Aima.

Sempena bulan Ramadhan Al- Kareem ini, Hijabers Community Sabah mengalu-alukan perkongsian dari hijabersisters tentang pengalaman menyambut ramadhan yang akan memberikan inspirasi kepada kita semua. 

Kepada hijabersisters yang berminat untuk berkongsi pengalaman ramadhan dengan kami, emelkan kepada kami: hijaberscommunitysabah@gmail.com berserta nama, no kad pengenalan dan no telefon.

TARIKH TUTUP: 8hb Ogos 2012

3 PENGALAMAN MENARIK akan diterbitkan dalam belog HCS dan Surat Khabar Daily Express.

kesimpulannya, tengok la picca yang sedikit di bawah ni.




sekian.

diam!

.:END:.

~mengantuk lagi!~

Friday, July 27, 2012

~HR Steak House~

berpeluang untuk mengunjungi restoran ni pada 3 ramadhan yang lalu.
nasib baik tidak full house sebab khabarnya kedai ni menjadi tumpuan orang ramai.
mungkin orang pergi terawih, kami pergi makan.
eh.

terletak di Kg Baru, Kuala Lumpur.
senang cari.
nampak masjid Kg Baru, simpang kanan or kiri depends on keadaan korang.
jalan lurus.
kedai berada di kiri.

suasana kedai memang marvellous.
cantik.
tapi, terlalu malap sebab hanya menggunakan cahaya lilin dan bulan.
isk.
dan, lupa ambil picca.

meja bersih.
tidak melekit.
seronok meletakkan tangan di atas meja.

harga makanan yang agak murah bagi western food.
selalu yang aku jumpa sumpah mahal.
dan restoran ni affordable untuk mereka yang sudah menabung dan tidak berbelanja secara boros di bazaar ramadhan.
:)

aku memilih Chicken Grill dan Jus Epal.
adik aku memilih Chicken Chop dan Teh O Ais Limau.

bagi aku rasanya sedap.
ala2 daging dalam burger bakar.
dan chicken chop adik aku tu biasa2 ja.
gravy nya boleh diperbaiki.
rasa air yang nyummeh.

sebagai penutup entri.
tengok picca di bawah.
dan amaran, jangan baca entri di waktu pagi.
puasa.
eh.





sekian.

diam!

.:END:.

~ohmai!~

Tuesday, July 24, 2012

~MBO Cineplex~

cinema yang terletak di Space U8.

pekerja nya sumpah happening.
time tu around 915pm, semuanya masih bertenaga bah.
kalau di kk, mekong sudah tu muka2 dorang.
senyum pun malas.
haha.

banyak kaunter yang disediakan untuk membeli tiket.
dan juga ada kiosk kecil di tepi untuk membeli tix.
tiket yang diberi adalah hanya seperti resit yg didapati bila kita membeli di Jusco or 7eleven.
terpaksa aku menjadi extra careful supaya tidak terbuang tix ni.
aku prefer lagi tix GSC or TGV.
eh.


malam tu maw tengok batman, tapi full house.
so, tengok la Ice Age 4.

tiba2 time maw masuk cinema, aku berkeinginan untuk membeli popcorn.
pilih Double Combo 1.
harga RM11.50.
2 regular soft drinks and 1 Large popcorn.

sila tengok picca di bawah.


apa yang aku xpuas hati di sini, price sumpah la mahal kan.
tapi, maybe kebiasaan di sini range harga macam tu.
dan, POPCORN tu sumpah macam small popcorn di GSC dan TGV.
sikit lah.
tidak sesuai di panggil large popcorn.
suitable, extra small popcorn.
sedih.

keadaan dalam hall ok lah.
selesa juga.
aircond nya terlalu sejuk.
mengigil time masuk.

dan kesedihan yang kesekian kalinya adalah tentang Tandas.
maybe lewat malam, tandas pun berbau kurang menyenangkan.
kunci tandas pula banyak yang tidak berfungsi.
terpaksa lebih berhati2, takut orang tolak pintu time tengah menyelesaikan tugas di dalam toilet.
haha.

itu seja maw story.

sekian.

diam!

.:END:.

~alahai!~

Monday, July 23, 2012

~Space U8~

aku pun tapaham kenapa maw tulis entri pasal shopping mall ni.
tiba2 teringin pula.
haha.

shopping mall ni terletak di Bukit Jelutong.
sangat2 besar.
tahun lepas aku xberkesempatan pergi sebab kekangan masa.
kali ni merasa la juga.

konon2 nya shopping mall ni berkonsepkan mesra alam.
tiada penggunaan air conditioner, hanya ada kipas2 besar.
open space.
dan sangat2 sesuai untuk sesiapa yang mempunyai anak yang suka berlari.
:)

surau nya pun hebat.
ruang besar, tempat ambil wudhuk yang selesa.
ada tempat pengering kaki.
hiasan dalaman yang sungguh best.
eh.

malas maw cerita lagi.
sila tengok picca di bawah.
wehoo!







sekian.

diam!

.:END:.

~ohsem!~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey